teori perkembangan artistik viktor lowenfeld

4
Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld Viktor Lowenfeld merupakan seorang professor dalam bidang pendidikan seni di Universiti Pennsylvania Macmillan. Beliau menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak ini kebanyakannya dibantu dengan penggunaan alat sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan sains. Bagi beliau pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk diatasi. Kanak-kanak ini semakin membesar, seni visualnya juga semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh. Menurut Lowenfeld lagi, bidang seni halus, pengetahuan teknik-teknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memberi sumbangan dalam meningkatkan kemahiran seni lukis serta imej artistik yang dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak lazimnya jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Kanak-kanak akan melukis berkaitan dengan perkara yang mereka tahu bukan apa yang mereka lihat. Lowenfeld percaya bahawa setiap kanak-kanak ini dilahirkan kreatif. a) Peringkat Contengan (Scribbling: 2-4 Tahun) Kanak-kanak pada usia 2-4 tahun ini akan menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Dalam peringkat ini mereka akan bermula dengan peringkat contengan dan seterusnya kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Pada peringkat ini contengan yang dibuat oleh kanak-kanak ini bukan secara suka-suka dan tanpa sebarang tujuan. Kanak-kanak ini sebenarnya mempamerkan kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan-mata. Dalam jangka masa tertentu mereka boleh manamakan apa yang telah mereka lukis sehinggalah umur mereka meningkat kepada umur 3 tahun, kanak-kanak ini akan mula menambah maklumat dengan lebih terperinci . Mereka dapat bercakap tentang lukisan mereka berdasarkan warna , bentuk dan sebagainya. b) Peringkat Praskematik ( 4-7 Tahun)

Upload: aris-jamaludin

Post on 08-Dec-2015

1.888 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Perkembangan seni kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld

Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld

Viktor Lowenfeld merupakan seorang professor dalam bidang pendidikan seni di Universiti Pennsylvania Macmillan. Beliau menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak ini kebanyakannya dibantu dengan penggunaan alat sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan sains. Bagi beliau pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk diatasi. Kanak-kanak ini semakin membesar, seni visualnya juga semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh.

Menurut Lowenfeld lagi, bidang seni halus, pengetahuan teknik-teknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memberi sumbangan dalam meningkatkan kemahiran seni lukis serta imej artistik yang dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak lazimnya jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Kanak-kanak akan melukis berkaitan dengan perkara yang mereka tahu bukan apa yang mereka lihat. Lowenfeld percaya bahawa setiap kanak-kanak ini dilahirkan kreatif.

a) Peringkat Contengan (Scribbling: 2-4 Tahun)

Kanak-kanak pada usia 2-4 tahun ini akan menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Dalam peringkat ini mereka akan bermula dengan peringkat contengan dan seterusnya kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Pada peringkat ini contengan yang dibuat oleh kanak-kanak ini bukan secara suka-suka dan tanpa sebarang tujuan. Kanak-kanak ini sebenarnya mempamerkan kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan-mata. Dalam jangka masa tertentu mereka boleh manamakan apa yang telah mereka lukis sehinggalah umur mereka meningkat kepada umur 3 tahun, kanak-kanak ini akan mula menambah maklumat dengan lebih terperinci . Mereka dapat bercakap tentang lukisan mereka berdasarkan warna , bentuk dan sebagainya.

b) Peringkat Praskematik ( 4-7 Tahun)

Pada peringkat ini berlaku peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan untuk melukis objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menggunakan garisan. Kebanyakan kanak-kanak pada usia sebegini akan melukis gambar bentuk orang dengan melukis satu bulatan kecil untuk kepala, satu bulatan untuk badan dan dua garisan ke bawah untuk kaki. Selain itu kanak-kanak ini akan melukis tanda-tanda kecil untuk mata, hidung dan mulut. Mereka sering melukis imej orang, kerana ia merupakan imej terpenting bagi mereka.

Malah kaki dan tangan juga merupakan imej yang penting kerana bagi mereka kaki penting untuk berjalan dan tangan penting untuk mereka makan. Pada peringkat ini lukisan mereka berciri simbolik di mana simbol –simbol tersebut mewakili sesuatu objek. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga

Page 2: Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld

telah mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong.

c) Peringkat Skematik ( 7-9 Tahun )

Pada peringkat usia 7 – 9 tahun kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal. Lukisan yang dihasilkan mula mengikut skema atau konsep tertentu. Perhatian dan penekanan lebih diberikan kepada penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek di sekelilingnya. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah bersifat spontan, bebas dan berskala besar. Lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak.

Pada peringkat ini juga penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Pada tahap ini juga lukisan yang dihasilkan melibatkan bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek. Oleh itu, pada keseluruhannya peringkat ini kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka tahu melalui pengalaman. Sebagai contoh, kanak-kanak pada usia ini jika mereka melukis lukisan sebuah kotak dan mereka juga akan melukis isi di dalam kotak itu. Kanak-kanak ini akan melukis objek yang jauh dengan saiz yang kecil dan objek yang dekat dengan saiz yang lebih besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif.

d) Peringkat Kesedaran Realisma ( 9- 12 tahun)

Kanak – kanak pada peringkat ini melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Imej yang dilukis pada usia ini dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan yang dilukis mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikan dengan hasil karya sendiri. Pada peringkat ini mereka mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya. Oleh sebab itu, mereka akan melukis dengan lebih berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan. Kanak-kanak pada peringkat ini lebih cenderung melukis sesuatu objek seperti objek yang sebenar. Mereka akan berasa kecewa sekiranya mereka gagal untuk menyamai ciri-ciri sebenar objek yang mereka lukis. Oleh yang demikian kanak-kanak peringkat ini akan mula hilang minat untuk melukis kerana mereka tidak puas hati dengan lukisan yang mereka hasilkan.

Page 3: Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld

e) Peringkat Rasional (12 – 14 Tahun)

Kanak-kanak pada tahap ini didapati mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan . Mereka lebih menitik beratkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Kanak-kanak ini juga kebanyakannnya lebih gemar melukis sesuatu melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Mereka akan berasa malu dan perasaan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. Oleh sebab itu, lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya.

f) Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14 – 17 Tahun)

Peringkat ini lebih kepada peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Pada peringkat ini, kanak-kanak didapati lebih matang dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Secara keseluruhannya, kanak-kanak pada peringkat tadika dan pra sekolah adalah kreatif, ekspresif, dan aktif. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.