teori peribadi

Upload: noor-farhana-adnan

Post on 06-Jul-2015

1.473 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Noor Farhana Binti Adnan PPISMP Matematik Semester 7

2011

TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN

NAMA TEORI SENDIRI: GENIUS GAME

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI: Setelah saya memasuki kelas tahun 3 Bestari dan 2 Bestari buat pertama kali, saya telah membahagikan mereka dalam empat kumpulan. Setiap kali P&P dilaksanakan, saya akan telah melaksanakan aktiviti permainan di dalam Consolidation Stage yang diberi nama Genius Game. Saya ingin

menekankan konsep bermain sambil belajar. Beberapa jenis permainan telah diperkenalkan kepada murid-murid agar mereka berasa lebih bersemangat untuk belajar. Murid-murid akan berada di dalam kumpulan masing-masing dan bekerjasama melakukan aktiviti itu bersama-sama. Di dalam aktiviti Genius Game, soalan-soalan akan diberi agar murid-murid dapat mengukuhkan kemahiran yang telah diajar oleh guru. Selain itu, melalui Genius Game ini, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolongmenolong dan banyak lagi dapat diterapkan dalam diri murid-murid. Contoh-contoh genius game yang telah dilaksanakan ialah suaipadan, lakonan, menjawab soalan, teka-teki Matematik, silang kata Matematik, mengenalpasti, Music Box, Treasure Hunt, Bingo, Word Puzzle, Picture Puzzle dan pelbagai lagi. Aktiviti Genius Game ini telahpun dilaksanakan setiap kali pengajaran dan pembelajaan Matematik dilaksanakan. Pertama kali saya melaksanakan aktiviti Genius Game ini, murid-murid kelihatan seperti kurang biasa kerana jarang-jarang melakukan aktiviti di alam kumpulan. Setelah melaksanakan beberapa kali, murid-murid mula menunjukkan perubahan positif malah sangat aktif ketika melaksanaknan aktiviti Genius Game ini. Mereka juga seringkali bertanyakan keada saya permainan apa yang akan dilaksanakan pada sesi pengajaan dan pembelajaran yang akan datang.

Noor Farhana Binti Adnan PPISMP Matematik Semester 7

2011

Pada pendapat saya, saya murid-murid adalah merupakan kanak-kanak yang sedang membesar dan sukakan bermain bermacam-macam permaian. Oleh itu, saya percaya bahawa murid-murid akan dapat cepat belajar dan menguasai kemahiran yang diajar melalui aktiviti permainan di dalam kelas. Tambahan pula, aktiviti Genius Game ini bukanlah hanya dijalankan untuk keseronokan murid-murid malah ianya juga adalah untuk mengukuhkan kemahiran yang telah diajar oleh guru. Penyataa ini dapat menyangkal pendapat saya yang dahulu mengatakan bahawa bermian adalah untuk keseonokan sahaja. Kesimpulannya, aktiviti Genius Game game ini telah membantu saya untuk menjadikan psesi pengajaran dan pembelajaran yang diaksanakan menjadi lebih menarik. Selain itu, dapat membantu muri-murid itu sendiri mengukuhkan kemahiran yang diajar sambil melaksanakan aktiviti permainan. Walaubagaimanapun saya merasakan kaedah ini perlu ditambahbaikan untuk keguaan masa akan dating dan bersesuaian dengan situasi dan keadaan setempat.

Noor Farhana Binti Adnan PPISMP Matematik Semester 7

2011

TEORI SENDIRI YAG DIHASILKAN

NAMA TEORI SENDIRI: PENALTI DI DALAM KELAS

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI:

Setelah saya memasuki kelas tahun 3 beberapa kali, saya mendapati murid-murid kelas tahun 3 ini boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan pertama; kumpulan murid yang koginitfnya agak tinggi, kumpulan kedua; kumpulan kognitif yang sederhana tetapi mereka bersemangat untuk belajar dan kumpulan ketiga; kumpulan kognitif sederhana dan nakal di dalam kelas. Setiap kali P&P dilaksanakan, saya akan memberi kertas latihan untuk mereka siapkan, namun terdapat beberapa orang murid tidak menyiapkan latihan yang diberikan. Untuk kesalahan pertama murid-murid ini dimaafkan dan bagi kesalahan kedua murid-murid yang tidak menyiapkan latihan yang diberi telah diberi amaran keras oleh saya. Kebanyakan murid yang tidak menyiapkan latihan adalah murid yang terdiri daripada murid kumpulan kedua dan ketiga. Setelah amaran keras diberi murid-murid daripada kumpulan kedua telah mula menunjukkan perubahan dan mula menyiapkan latihan yang diberi. Pada minggu yang seterusya murid-murid daripada kumpulan ketiga masih lagi berdegil dan tidak menyiapkan latihan yang diberi dan mereka telah dikenakan Penalti iaitu mereka perlu berdiri sepanjang sesi P&P dijalankan sehingga mereka selesaikan semua latihan yang diberi. Ini disusuli mereka tidak diberi token untuk dipenuhkan di dalam Carta Token. Saya juga bersikap amat tegas dan memandang serius terhadap perkara ini.

Noor Farhana Binti Adnan PPISMP Matematik Semester 7

2011

Melalui apa yang dilakukan ini, (Penalti) saya mendapati murid-murid ini sudah mula menunjukkan perubahan positif dan memberi respon yang baik sewaktu P&P dijalankan. Kesimpulannya, kaedah Penalti ini amat membantu saya untuk menangani masalah murid tidak menyiapkan latihan yang diberi. Walaubagaimanapu kaedah ini perlu ditambahbaikan untuk keguaan masa akan dating dan bersesuaian dengan situasi dan keadaan setempat.

Noor Farhana Binti Adnan PPISMP Matematik Semester 7

2011

TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN

NAMA TEORI SENDIRI: ICE & WATER

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI: Peraturan ICE & WATER ini telah pun saya gunakan sejak dripada praktikum fasa 2 lagi. Peraturan ICE & WATER banyak membantu saya dalam mengawal kebisingan dan aktiviti murid-murid di dalam kelas saya. Oleh yang demikian, pada minggu pertama saya memasuki kelas 3 Bestari dan 2 Bestari, saya telah pun memperkenalkan peraturan ICE & WATER ini kepada murid-murid saya. Peraturan ICE & WATER ini akan dilaksanakan setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik dilaksanakan. Peraturan ini juga digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, tidak kira pada sesi set induksi, peringkat perkembangan mahupun pada aktiviti penutup. Peraturan ini berlaku apabila saya menyebut ICE secara kuat, semua murid haruslah serta merta berhenti melakukan kerja atau aktiviti yang mereka sedang lakukan, dan perlu berada dalam keadaan keras, diam serta perlu memberi tumpuan kepada guru. Dalam keadaan diam seperti ini, saya akan mengambil peluang ini untuk memberi apa-apa arahan atau memberi apa pesanan atau informasi kepada muridmurid. Seterusnya setelah selesai memberi arahan, pesanan atau informasi, saya akan menyebut WATER. Setelah itu murid-murid boleh kembali membuat kerja yang telah diarahkan oleh guru dan tidak membuat bising atau sebarang aktiviti lain. Pada minggu kedua saya telah mula menggunakan peraturan ini, nampaknya murid-murid kelas saya melakukan seperti apa yang saya arahkan dan memberi kerjasama kepada saya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Murid-murid kadangkala sendiri yang menyebut ICE secara kuat apabila mendapati

Noor Farhana Binti Adnan PPISMP Matematik Semester 7

2011

rakan-rakan mereka yang lain membuat bising semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.