folder peribadi guru 2015

23
SJK(C) LIANG HUA Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 国国国国国国

Upload: leong-bing

Post on 09-Jul-2016

58 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Menyenaraikan tugas dan maklumat penting

TRANSCRIPT

Page 1: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

国家教育哲理在马来西亚,教育是一项持续性的事业,它致力于全面及综合地发展个人之潜质。在信奉及遵守上苍的基础上,塑造一个在智力、情感、心理与生理方面都能平衡与和谐的人。其目标在于造就具有丰富的学识、积极的态度、崇高的品德、责任感,并有能力达致个人幸福的大

Page 2: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

马公民,从而为家庭、社会与国家的和谐与繁荣作出贡献。

VisiPendidikan Berkualiti

Insan TerdidikNegara Sejahtera

素质教育、优秀国民、国家和谐

MisiMelestarikan Sistem Pendidikan

Yang BerkualitiUntuk Membangunkan

Potensi IndividuBagi

Memenuhi Aspirasi Negara永续发展素质教育激发个人潜质

Page 3: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

体现国家宏愿

Piagam SekolahKami staf sekolah ini dengan penuh tekad dan iltizam berikrar

Dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1. Mendidik pelajar-pelajar menuju ke arah kecemerlangan dalam pendidikan.

2. Membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah Kurikulum dan Kokurikulum.

3. Menyemai sikap bertanggungjawab ,berdisiplin dan menyayangi sekolah .

4. Sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dengan penuh kemesraan

Dan bersopan untuk kecemerlangan pelajar dan sekolah .

5. Mewujudkan suasana sekolah yang selesa, indah, bersih dan selamat .

服务准则本校教职员将竭尽所能:(一)领导学生迈向教育功成。(二)协助学生解决有关课内与课外的难题。(三)培养负责任、守纪律和爱校的品德。

Page 4: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

(四)与各有关方面或成员,通力合作,以便学生能在和谐融洽的气 氛下,达致教育功成的目标。(五)塑造一个理想、美观、整洁和安全的学习环境

Jawatankuasa Kurikulum SekolahBidang Tugas:

1. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi akademik dalam peperiksaan UPSR.

2. Membincangkan hal-hal berikut :

a) Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran

b) Menetapkan garis panduan penyediaan rancangan kerja

c) Buku teks

d) Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan pelajaran

e) Peningkatan Pengajaran & Pembelajaran

f) Peperiksaan & Penilaian

g) Bahan Alat Bantu Mengajar

h) Pemulihan

i) Kerja & Latihan Murid

j) Meningkatkan prestasi pelajar dalm mata pelajaran

3. Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas dan alat-alat bagi mata pelajaran

yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.

4. Melaksanakan rancangan lima tahun akademik sekolah.

5. Merancang & melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan.

6. Mengesan dan memastikan supaya sukatan dan perancangan pelajaran dilaksanakan

dengan sempurna .

7. Merancang kursus dan pendedahan kepada guru akademik mengenai perkara baru dalam

pendidikan.

8. Menyebar bahan-bahan bacaan dan maklumat mengenai pendidikan kepada guru.

9. Mengkaji analisa keputusan UPSR dan peperiksaan dalaman serta merangka program

Page 5: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

jangka pendek dan panjang untuk mengatasi kelemahan.

10. Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oleh pelajar

untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan.

11. Berusaha untuk membanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.

12.Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.

13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran(SPI Bil 4/1986: Panitia Mata Pelajaran)

Penubuhan panitia mata pelajaran di sekolah bertujuan menggembeleng tenaga mengajar dalam menyelaras

aktiviti dan tugas mengajar melalui strategiPdP yang berkesan.

Objektif Panitia Mata Pelajaran

1. Merancang dan menyelaraskan pengurusan dan aktiviti mata pelajaran.

2. Meningkatkan mutu dan keberkesanan PdP.

3. Memperoleh strategi / kaedah pengajaran inovatif dan kreatif mengikut perkembangan pendidikan

semasa.

4. Memperbaikan prestasi murid dalam peperiksaan sekolahdan awam dalam mata pelajaran akademik.

5. Mewujudkan kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan Persatuan.

Peranan dan Fungsi Panitia Mata Pelajaran

1. Memeperoleh sukatan pelajaran semasa dan menyediakan rancangan mengajar yang diselaraskan

mengikut keperluan sesuatu tahun/kelas.

2. Memilih dan mencadangkan buku-buku teks dan rujukan yang sesuai kepada pihak pentadbir

sekolah untuk digunakan oleh murid-murid.

3. Menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang penggunaannya.

4. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan sekolah – tubuhkan Bank Soalan.

5. Menganalisis keputusan peperiksaan dan mengambil langkah-langkah mengatasi kelemahan

murid dan PdP guru.

6. Menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia berkaitan profesionalisme perguruan.

7. Membantu guru baharu dalam perkara ikhtisas.

8. Menentukan bilangan minimum latihan-latihan yang diberi dari segi jenis / kepelbagaian.

9. Pastikan latihan disemak secara konstruktif dan kemaskini.

10. Bekerjasama dengan persatuan akademik untuk tingkatkan prestasi pembelajaran murid dalam

mata pelajaran berkenaan.

Page 6: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

11. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum.

12. Merancang program khas murid bermasalah 3M.

13. Menguruskan fail-fail rasmi panitia di pejabat sekolah secara kemaskini dan berterusan.

14. Menjalankan mesyuarat panitia secara formal.

Peranan Ketua Panitia

1. Melaksanakan tugas PdP : *Mengajar mengikut opsyen* Guru contoh.

Merancang, melaksanakan, menyelia dan menilai PdP: *mengurus dan menggerakkan panitia*agen perubahan/inovasi *melaksanakan pemantauan

2. Kemajuan Staf: *membuat analisis keputusan*merancang dan melaksanakan program latihan dalaman.

Perkara-perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Panitia Berkaitan Dengan Mesyuarat Panitia

Agenda-agenda mesyuarat:

1. Ucapan Guru Besar / PK 1

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

3. Perkara-perkara berbangkit

4. Isu-isu perbincangan:

a. Rancangan Pelajaran dan Sukatan Pelajaran

b. Pemilihan Buku-buku Teks, Rujukan dan Buku Kerja

c. Pembelian Bahan-bahan Mengajar dan Anggaran Perbelanjaan

d. Penggubalan soalan dan format Ujian / Peperiksaan

e. Analisis Keputusan Murid dalam Ujian / Peperiksaan

f. Perkembangan Staf

h. Pengagihan Kerja-kerja Rumah

g. Program Pemulihan / Aktiviti Pertandingan Panitia

h. Pelaksanaan PBS

i. Isu / Masalah berkaitan dengan PdP – murid atau guru.

( Ketua Panitia memilih isu-isu yang sesuai dengan masa mesyuarat)

(Agenda e, g, h, I wajib wujud setiap kali mesyuarat panitia diadakan)

Page 7: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

5. Lain-lain Perkara

Surat Penggilan mesyuarat panitia kena diedar kepada semua AJK 7 hari sebelum mesyuarat.

Minit mesyuarat hendak disiapkan dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat dan serah kepada PK 1

untuk mendapatkan tandatangan.

Maklum balas kena disediakan untuk memastikan tindakan telah diambil.

Minit mesyuarat hendak dimasukkan ke dalam fail rasmi panitia (SPSK).

Peranan dan Tanggungjawab Guru ICT

1. Pengajaran dan Pembelajaran

1.1 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktuseminggu.

1.2 Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran

berbantukan ICT di sekolah.

2. Pengurusan ICT Sekolah

2.1 Merancang dan menyelaras program bimbingan pengintegrasianteknologi dalam pengajaran

dengan kerjasama Guru Cemerlang di sekolah.

2.2 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk

menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi tujuan pengintegrasian dalam

pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk

menyelaras pembekalan perisian-perisian aplikasi pendidikan di sekolah berdasarkan

keperluan bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Mengurus dan menyelaras dan menyediakan akaun pengguna emel bagi warga sekolah untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran sekolah.

2.5 Merancang, menyelaras dan mengurus dan menjadualkan penyelenggaraan (corrective dan

preventive) kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi pendidikan oleh Juruteknik

Komputer serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul dari semasa ke

semasa

2.6 Mengurus, memantau dan melaksana program bagi mempromosi penyaluran maklumat

berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data yang berkaitan

dengan teknologi di sekolah.

Page 8: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

3. Khidmat Bantu Kepakaran ICT Sekolah

3.1 Pentadbir, Guru dan Staf

3.1.1 Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi guru

menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam mengintegrasi ICT dalam P&P

3.1.2 Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak

guna bagi staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam aktiviti pengurusan

dan pentadbiran.

3.1.3 Merancang dan menyediakan khidmat bantu di sekolah sebagai pakar rujuk berkaitan

teknologi pendidikan.untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran.

3.1.4 Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan dan bimbingan untuk guru

meningkatkan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran murid dengan

mengintegrasikan ICT melalui pengajaran dan pembelajaran.

3.1.5 Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran serta bahan pengajaran dan

pembelajaran yang boleh digunakan dalam pelbagai platform, seperti laman web,

pangkalan data, aplikasi interaktif, blog, wiki, laman perkongsian video dan lain-lain

untuk membantu guru mengintegrasi ICT dalam P&P

3.1.6 Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan bahan P&P berasaskan ICT dan memberi

khidmat kepakaran dalam mengaplikasi penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk

proses P&P bagi mata pelajaran tertentu.

3.1.7 Mengurus dan melestarikan kolaborasi di antara murid dan guru di dalam program

pengantarabangsaan sekolah melibatkan P&P.

3.2 Murid

3.2.1 Merancang dan menyediakan program yang sesuai bagi mengalakkan murid untuk

membaca, melihat, mendengar dan bertindak balas dalam persekitaran pembelajaran

yang menyeronokkan melalui ICT.

3.2.2 Merancang, memantau dan melaksana program bagi mendidik dan membimbing murid

mengenai integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data dalam

penggunaan ICT di sekolah.

3.2.3 Merancang, memantau dan melaksana program bagi melatih kemahiran ICT tambahan

kepada murid Briged Bestari secara berterusan.

3.2.4 Merancang, memantau dan melaksana program bagi memupuk kemahiran

pembelajaran abad ke-21 supaya murid dapat membina kemahiran, ilmu dan sahsiah

Page 9: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

yang positif ke arah penggunaan teknologi dalam pembelajaran sepanjang hayat agar

mampu bersaing di peringkat antara bangsa.

3.2.5 Merancang memantau dan melaksana program bagi memupuk pembelajaran secara

kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri menggunakan ICT sebagai pengupaya

supaya murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri

3.2.6 Merancang, memantau dan melaksana program bagi membimbing murid mengakses

maklumat melalui pembelajaran ubiquitous (belajar di mana-mana dan pada bila-bila

masa) bagi tujuan melatih untuk mengumpul, memproses dan menghasilkan laporan

terhadap maklumat tersebut.

3.2.7 Merancang, memantau dan melaksana program bagi membimbing murid berkolaborasi

bersama guru, rakan sekolah ataupun di luar negara menggunakan teknologi

komunikasi dan media.

3.2.8 Merancang, memantau dan melaksana program membimbing murid menggunakan

sumber teknologi yang sedia ada di sekolah untuk tujuan merancang strategi

penyelesaian masalah dalam pembelajaran mereka.

4. Pengurusan Penarafan Sekolah Melalui Smart School Qualification Standards (SSQS)

4.1 Mengurus, menyelaras dan melaksanakan penarafan SSQS di sekolah.

4.2 Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada pihak yang berkenaan.

4.3 Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program peningkatan budaya ICT di

sekolah berdasarkan pencapaian keputusan SSQS semasa.

5. Am

5.1 Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti Pembestarian Sekolah kepada

pihak yang berkenaan.

5.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke

semasa.

Page 10: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

Peranan dan Tanggungjawab Guru VLE FROG

1. Sebagai Frog Admin

1.1 Mengemaskini School Dashboard pada setiap minggu.

1.2 Mengemaskini Parents Noticeboard pada setiap bulan.

1.3 Melatih Jawatankuasa Frog mengikut bidang tugas dan keperluan.

1.4 Melaksanakan Bengkel Pembinaan Laman / Latihan Dalam Perkhidmatan pada setiap

minggu / bulan.

1.5 Menghantar laporan penggunaan Frog VLE guru dan pelajar kepada Pengetua / Guru Besar

pada setiap minggu.

2. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2.1 Memastikan laman Badan Pengawas Sekolah sentiasa dikemaskini.

2.2 Memuat naik buku disiplin / peraturan tatatertib ke dalam School Documents dan Parent

Noticeboard.

2.3 Memuat naik semua boring ke dalam School Documents(Contohnya, Borang Pertukaran

Sekolah, Borang Permohonan Biasiswa, Borang RMT, Borang Lawatan)

2.4 Memastikan Parents Not iceboard dilengkapkan dengan maklumat seperti Sarana Ibu Bapa

dan Carta Organisasi PIBG, mempromosikan aktiviti-aktiviti HEM.

2.5 Mempromosikan aktiviti-aktiviti HEM menggunakan Frog VLE (Laman Unit UBK, Laman

3K, Laman Anti-Buli dan Lamn Latihan Kebakaran)

Page 11: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

3. Kaunselor

3.1 Membina / Mengemaskini Laman Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)

3.2 Mengunakan widget Forum di dalam lamn kaunseling sebagai pelantar suara (contohnya,

berkaitan biasiswa dan kerjaya, teknik belajar dan motivasi, kesihatan dan kebajikan)

3.3 Menggunakan widget Form begi tempahan sesi kaunseling (Laman UBK)

3.4 Mempromosi Lamn UBK kepada pelajar dalam sesi pertemuan dan taklimat UBK.

3.5 Memastikan setiap pelajar menjawab ujian Learning Style yang terdapat di dalam Frog

VLE.

4. Penolong Kanan Kokurikulum

4.1.Mempromosi aktiviti sukan melalui Lamn Rumah Sukan.

4.2Memastikan setiap Persatuan / Kelab/ Badan Beruniform mempunyai laman sendiri.

4.3 Mempromosi proses pendaftaran Persatuan / Kelab/ Badan Ko-Kurikulum dengan

menggunakan Google Form.

4.4 Menyarankan agar widget Poll digunakan dalam pemilihan AJK

4.5 Mengumpul dan menyimpan semua data kokurikulum ke dalam Frog VLE dengan

menggunakan Google Drive (galeri foto, minit mesyuarat, carta organisasi dan laporan

aktiviti)

5. Pembantu Guru Kelas

5.1 Memastikan setiap pelajar dalam kelas memiliki 1Bestarinet Yes ID dan kata laluan

5.2 Menyimpan semua dokumen yang berkaitan dengan kelas di dalam Document.

5.3Memuat turun templat laman kelas dari FrogStore dan berkongsikannya dengan para pelajar.

AJK kelas boleh diberi kebenaran untuk mengemaskini maklumat seperti Carta Organisasi

Kelas, Wall, Forum, Jadual Waktu Kelas, Jadual Kebersihan Kelas, Nama Guru yang

mengajar mengikut subjek, 1Bestarinet Yes ID pelajar.

5.4 Mengalakkan perbincangan di luar kelas melalui penggunaan widget Forum / Wall

5.5 Menghubungi ibu bapa / penjaga dengan menggunakan YesMail bagi tujuan perkongsian.

Page 12: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

Peranan dan Tanggungjawab Guru Bertugas HArian / Mingguan

Senarai Tugas

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan

bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/

tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.

3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng

pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan

munasabah; jika perlu.

4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.

5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.

6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ ke rumah.

7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.

8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa

pertukaran guru.

9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda

sekolah.

11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform

dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.

12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu

persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:

12.1 kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan

Page 13: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

12.2 pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit

12.3 lawatan-lawatan, pelawat

12.4 ucapan/ pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan

12.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan.

13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan

terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

14. Perhimpunan

14.1 Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.

14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.

14.3 Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

Peranan dan Tanggungjawab Guru Disiplin

1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.

2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.

3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.

4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.

5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.

6. Menjadi Pegawai Perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga dalam

menangani masalah disiplin.

7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah di kalangan

pelajar dan guru.

8. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/ buku

laporan disiplin.

9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM

seminggu sekali.

Page 14: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

Peranan dan Tanggungjawab Guru Data1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang

ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua (PGB).

2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-

bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan

lain-lain agensi kerajaan.

2.1 Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS,

iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran,

pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah

mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:

2.1.1 Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;

2.1.2 Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;

2.1.3 Staf bukan guru;

2.1.4 Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;

2.1.5 Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

2.2 Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat

pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku

Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, Peperiksaan, Asrama, Kokurikulum, Buku Teks dan

Sistem Pangkalan Data Murid.

3 Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi

sekolah

Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.

Page 15: Folder Peribadi Guru 2015

SJK(C) LIANG HUA

4 Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat

sekolah bagi Sistem Pangkalan Data Murid.

5 Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat

peringkat sekolah.

6 Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).

7 Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa

ke semasa.

SENARAI SEMAK EMISBerikut adalah senarai bahan berkaitan EMIS yang perlu ada di sekolah:

1. Fail EMIS sekolah

2. Cetakan Analisa data kutipan Januari, April, Jun dan Oktober tahun semasa.

3. Sistem Utiliti Semak Ralat Data Online terkini

4. Manual Pengguna Utiliti EMIS Online terkini

5. Buku Definisi Variabel EMIS Online terkini

6. Kemaskini data dari masa ke semasa.

7. Muat turun data EMIS Online sekolah setiap akhir bulan.

8. Koleksi disket arkib kutipan-kutipan terdahulu

9. Koleksi Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang terdahulu yang dicetak dari

aplikasi EMIS .

TUGAS GURU DATA SEBAGAI SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH(JPMS)1. Memastikan data dalam bentuk soft copy serta bercetak yang disediakan setelah

disemak, dan ditentu sah bagi menghasilkan data dan maklumat yang berkualiti, sahih

dan menepati masa.

2. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah (pengantara) dalam

rangkaian maklumat antarasekolah, PPD, JPN dan KPM.

3. Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan peringkat sekolah.

4. Memastikan mesyuarat JMPS dilakukan pada akhir bulan Januari, April, Jun dan

Oktober (kutipan perdana) iaitu sebelum data EMIS Online dimuat turun oleh PPD / JPN

/ KPM.