teori pemerolehan

20
1.0 Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.Oleh itu, guru mestilah menyedari kepentingan teori pemerolehan bahasa dan mengaplikasikanya dalam bilik darjah supaya pelajar danpat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara berperingkat – peringkat. Apabila seorang bayi itu,turut bersama-samanya ialah alat fizikal yang sesuai untuk memperoleh bahasa.Perkembangan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkat mengikut perkembangan otaknya,iaitu hasil perkembangan fizikal bayi.Kanak- kanak akan belajar bahasa melalui interaksi tidak formal dalam kalangan persekitaran keluarga dan kemudian dalam masyarakat yang didiaminya. Terdapat lima teori pemerolehan bahasa iaitu Teori Mentalis,Teori kognitif,Teori intraksionalisme,Teori Konstruktivisme dan Teori Behavioris. Pengaplikasian teori teori

Upload: ezzani82

Post on 19-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa

Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya.Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.Oleh itu, guru mestilah menyedari kepentingan teori pemerolehan bahasa dan mengaplikasikanya dalam bilik darjah supaya pelajar danpat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik.Bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara berperingkat peringkat. Apabila seorang bayi itu,turut bersama-samanya ialah alat fizikal yang sesuai untuk memperoleh bahasa.Perkembangan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkat mengikut perkembangan otaknya,iaitu hasil perkembangan fizikal bayi.Kanak-kanak akan belajar bahasa melalui interaksi tidak formal dalam kalangan persekitaran keluarga dan kemudian dalam masyarakat yang didiaminya. Terdapat lima teori pemerolehan bahasa iaitu Teori Mentalis,Teori kognitif,Teori intraksionalisme,Teori Konstruktivisme dan Teori Behavioris. Pengaplikasian teori teori ini dalam membantu guru meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Pendedahan kepada penggunaan bahasa di peringkat awal ini akan dipelajari oleh kanak kanak sedikit demi sedikit dari yang mudah kepada kompleks dan yang konkrit kepada yang abstrak.Sebagi seorang guru bahasa,adalah guru itu mestilah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa oleh seorang kanak-kanak.

1.1.1 Teori BehaviourismeTeori behaviourisme atau mekanis lebih menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa daripada fenomena mental.Aliran ini banyak dipengaruhi oleh teori-teori dalam ilmu psikologi. Tokoh-tokoh berpendapat bahawa terdapat hubungan yang rapat antara rangsangan dan gerak balas serta akan berlakunya ulangan sekiranya gerak balas tersebut diberikan ganjaran ataupun peneguhan positif.Tokoh behaviouris seperti Bloomfiled, Edward Sapir, dan Brooks menganggap pembelajaran sebagai satu proses mekanis bagi membentuk kebiasaan.Skinner dan Braine pula telah melanjutan teori behaviouris dan menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam pembelajaran bahasa.Sesuatu ujaran yang dilafazkan dan diucapkan terbentuk disebabkan adanya rangsangan dalam bentuk bahasa dan bentuk bukan bahasa.Bagi meneguhkan bentuk bentuk bahsa yang betul,bentuk-bentuk bahsa mestilah diulangi berkali kali dan diberikan peneguhan positif oleh ibu-bapa,penjaga dan pengasuh.Ini kerana proses ulangan memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa.Ciri-ciri behaviouris adalah seperti berikut : 1. Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan antara rangsangan (stimulus) dengan gerak balas (respon) 1. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran 1. Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang positif akan lebih sering diulangi 1. sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk pula kebiasaan1. proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaaan.Penguasaan bahasa adalah proses mekanis yang memerlukan daya mental .1. pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta .Pengukuhan yang diwujudkan adalah melalui ganjaran yang diberikan kepada murid.1. Latih tubi amat digalakkan dalam proses pembelajaran.Selain itu pengajaran tatabahasa juga berdasarakan pendekatan induktif,iaitu dengar kemudian tutur.1. Pembelajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru,rakan dan suasana serta iklim bilik darjah.Prinsip-prinsip pengajaran bahasa berdasarkan falsafah aliran behaviourisme1. Kemahiran bahasa yang diutamakan ialah kemahiran lisan,kemahiran bahasa tulisan merupakan yang kedua terpenting.Ini bermaksud bahawa pengajaran bahasa mestilah dimulakan dengan dengan kemahiran lisan,kemudian diikuti dengan kemahiran bahasa tulisan.Oleh itu,guru mestilah memastikan murid-murid dapat bertutur dalam bahasa melayu terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan pengajian secara lebih mendalam.Dalam hal ini,murid mestilah menguasai sistem bunyi dan struktur bahasa kerana kemahiran bahasa lisan merupakan asas bagi kemahiran bahasa yang lain,iaitu membaca dan menulis.

1. Pengukuhan merupakan prasayarat penting dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakan elemen yang penting dalam pembentukan tingkah laku yang berkesan.Misalnya,dalam pembelajaran sosial kanak-kanak,apabila kanak kanak mengucapkan terima kasih,meminta tolong dan selamat petang dengan sopan,mereka diberikan kata kata pujian,motivasi serta galakan dan .Dengan ini,mereka akan mengulangi perbuatan tersebut dan menjadi sebahagian daripada kebiasaan.1. Latihan pembelajaran yang dikukuhkan Maksud latihan disini merujuk kepada latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan.Latihan dan latih tubi mestilah dilakukan dalam keadaan yang bermakna agar murid murid tidak berasa bosan dan tertaik untuk meneruskan aktiviti dalam jangaka masa yang lama.Oleh itu,bahan bantu mengajar amat penting dan memerlukan perhatian yang rapi daripada guru.Kekuatan Teori Behaviorisme

1. Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya.

1. Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.

1. Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.

1. Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.

Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

Kelemahan Teori Behaviourisme

1. Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.

1. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.

1. Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.

1. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan.

1. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru.

1. Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MELAYU TAHUN 5Mata pelajaran: Bahasa MelayuKelas : Tahun 5Tarikh: 16 Ogos 2012Masa:60 minitBilangan Murid :30 orangTema : Minggu KemerdekaanTajuk : Malaysia MerdekaHASIL PEMBELAJARANFokus utama (Kemahiran membaca,bertutur dan mendengar)5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca

Aras 2 (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Fokus Sampingan (Kemahiran Menulis)

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk

Aras 1(ii) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Objektif Pelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid:

1. Mendeklemasikan teks prosa dengan lancar.1. Membina sekurang-kurangnya lima ayat tungal menggu menggunakan perkataan dalam prosa.1. Membina sekurang-kurangnya 3 ayat majmuk ayat tunggal yang dibina.

Pengisian kurikulum:

Ilmu:Pendidikan Moral dan SivikNilai Murni :Patriotisme,Kesyukuran dan Semangat bermasyarakat

Sistem Bahasa:

1. Sebutan dan intonasi: Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul1. Tatabahasa: Kata hubung1. Kosa Kata: perjuangan,prajurit,tanah air

Kemahiran Bernilai Tambah :

1. Kecerdasan Pelbagai : Linguistik,Muzik,Interpersonal1. Kemahiran Berfikir : Membanding beza,Menilai dan Mengenal sebab dan akibat1. Kajian Masa Depan: Dapat meramal apa akibatnya sekiranya tiada semangat kemasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia

Bahan Bantu Mengajar :

1. Petikan Teks1. Kotak ajaib1. Kad Manila 1. Pen Marker1. Bendera Malaysia

Pengetahuan sedia ada :

1. Murid faham akan erti kemerdekaan serta kepentingan perjuangan untuk megekalkan kemerdekaan tersebut1. Murid tahu bahawa bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan.

2.1.1 Langkah-langkah pengajaranLangkah/MasaIsi PelajaranAktiviti P&PCatatan

Set induksi5 minit

Bendera Malaysia1. Guru masuk ke kelas dengan mengibarkan bendera Malaysia1. Guru mendeklemasikan pantun dua rangkapBahan Bantu:Bendera Malaysia

Langkah 1(15 minit)Teks Prosa :Malaysiaku MerdekaContoh kosa kata:1. Prajurit1. Perjuangan1. Patriotik

1. Guru mengedarkan teks prosa kemerdekaan.1. Murid diminta membaca teks secara senyap.1. Beberapa orang murid dipanggil untuk mendeklemasikan prosa di hadapan kelas1. Murid diminta menggariskan beberapa kosa kata penting.1. Guru mengedarkan kamus kepada murid.Bahan Bantu:Teks prosa kemerdekaan dan kamusTeknik:Bacaan mekanis

Langkah 2(10 minit)Sesi Soal Jawab:1. Apakah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unk dan makmur pada hari ini ?1. Mengapakah kemerdekaan mestilah dinikmati dan dijaga ?1. Apakah erti kemerdekaan kepada murid ?Penerapan nilai murni:1. Patriotisme1. Semangat kemasyarakatan

1. Guru bersoal jawab dengan murid1. Murid bebas memberi apa sahaja jawapan yang relevan

1. Guru membincangkan jawapan yang diberi dengan murid yang lain .Soal jawab secara lisanKBT:Kajian masa depan dan kemahiran berfikir

Langkah 3 (15 minit )1. Membina dan menulis ayat tunggal .1. Faham akan maksud dan penggunaan perkataan baru yang dipelajari daripada teks .1. Guru mengedarkan kotak ajaib.1. Setiap murid dikhendaki mengambil dua kad perkataan daripada kotak ajaib.1. Murid dikhendaki membina ayat tunggal berdasarkan kad yang dipilih.1. Murid diminta menulis ayat tunggal di kad manila yang dilekatkan di papan hitam.Bahan bantu:Kotak ajaib,kad manila dan pen marker

Langkah 4(10 minit)1. Membina dan menulis ayat majmuk.Tatabahasa:Kosa kata dan kata hubung1. prajurit1. kemerdekaan1. agar1. apabila1. manakala

1. Murid diminta membina ayat majmuk menggunakan ayat tunggal yang ditulis di kad. manila1. Murid membina kata majmuk.1. Guru membimbing aktiviti murid.Teknik:Latih tubi

*Menjana idea murid untuk mengembangkan kosa kata

Penutup(5 minit)Rumusan : Kognitif

1. Penghayatan nilai kemerdekaan kepada rakyat Malaysia1. Kepentingan hidup secara muafakat dan mengamalkan prinsip rukun negara dalam kehidupan seharian

1. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini1. Murid menyatakan apa nilai murni yang dipelajari pada hari ini.1. Guru membantu murid melekatkan kad manila di papan bulletin kelas.

Bidang pengajaran Bahasa Malaya memerlukan perancangan yang rapi serta diikuti dengan cara penyampaian yang sistematik agar kandunganya dapat dilahirkan kepada murid dengan betul.Oleh itu, guru bahasa mestilah kretif dalam mengolah cara pengajarannya dengan mevariasikan kaedah den pendekatan pengajaran.Selain itu,pelbagai strategi dan teknik juga boleh dicuba oleh guru untuk menarik minat pelajar dan mengukuhkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Penggunaan dan pengolahan teknik serta pendekatan ini akan menceriakan lagi suasana bilik darjah serta membantu melancarkan proses pembelajaran di sekolah.Kini,soal mengajar bahasa dengan berkesan dan kreatif sentiasa menjadi satu hal yang menyusahkan para guru.Ini kerana,mengajar bahasa kepada para murid semakin hari semakin mencabar.Hal ini juga disebabkan oleh kurangnya minat murid terhadap penghayataan bahasa.Justeru,guru bahasa terpaksa bersungguh-sungguh memikirkan pendekatan yang terbaik untuk menarik minat para pelajar untuk menumpukan perhatian di dalam kelas dan meneruskan pengajian.Selepas mendalami definisi dan memahami konsep strategi,pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu saya telah mengaplikasikannya dalam Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan untuk mengajar kelas tahun lima. Dengan ilmu yang saya perolehi itu,saya telah merancang dan melaksanakan proses pengajaran dengan jayanya.Penggunaan strategi pengajaran yang betul dapat merangsang pemikiran murid dan menarik perhatian murid dalam kelas.Strategi pengajaran didefinisikan sebagai kebijaksanaan pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.Terdapat elemen dapat melaksanakan strategi pengajaran yang berkesan,yang pertama adalah pengajaran yang berpusatkaan guru,dimana Guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua.Fokus pengajaran ataupun aktiviti dimonopoli oleh guru.Melalui pemusatan murid pula, Murid memainkan perananpenting dalam proses pembelajaran,melalui strategi ni,murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajran beliau.Di dalam bilik darjah guru merupkan pembimbing.Yang terakhir adalah pemusatan bahan,iaitu bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dimana interaksi berlaku antara murid dengan bahan dan guru dengan bahan.Untuk menjadikan pengajaran bermakna dan berkesan,bahan yang digunakan mestilah kreatif dan dapat menjana perkembangan kognitif pelajar.Dalam rancangan pengajaran harian saya,saya telah menggunakan dua strategi pengajaran.Ini kerana saya mahu mempelbagaikan cara pendedahan maklumat kepada murid mengikut kesesuaian maklumat yang diberikan.Apabila saya menggunakan strategi pemusatan guru,saya telah memastikan para pelajar akur pada arahan saya supaya membaca teks prosa dengan senyap dan menghayati teks tersebut.Seterusnya,saya telah menyuruh mereka membina ayat tunggal dan ayat majmuj tanpa bantuan rakan rakan serta buku teks.Dalam pemusatan bahan pula,saya telah memaksimumkan penggunaan teks prosa pilihan dalam mencapai hasil pembelajaran pada hari itu.Saya telah menggunakan kad perkataan yang diambil daripada teks sebagai kosa kata untuk murid bagi aktiviti membina dan menulis ayat tunggal serta ayat majmuk.Bukan itu sahaja,penggunaan kotak ajaib telah berjaya menarik minat murid dan memberi satu kelainan kepada proses pengajaran.Murid berasa lebih teruja untuk menjalankan aktiviti walaupun ia hanya aktiviti penulisan dan pembinaan yang lazim dilakukan di sekolah.Pendekatan pengajaran yang baik akan membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Pendekata disini merujuk kepada arah atau hala yang diambil oleh guru untuk menuju sasaran( objektif pembalajaran).Oleh itu,pemilihan pendekatan pengajaran mestilah dilakukan dengan teliti agar murid senang untuk memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru.Terdapat empat jenis pendekatan pengajaran bahasa melayu iaitu,induktif,deduktif,eklektik dan komunikatif.Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.MenurutJ.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.Pendekatan deduktif pula merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik.Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran.Pendekatan eklektikmenggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan.Pendekatan komunikatifmerupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.Ketika saya mengajar tempoh hari,saya telah menggunakan pendekatan induktif.Pertama sekali saya telah memberi gambaran yang menyeluruh kepada murid mengenai tema dan tajuk pengajaran pada hari itu.Ini adalah apabila saya masuk ke kelas sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan berpantun.Pelbagai jenis reaksi telah dtunjukkan oleh pelajar,ada yang tertawa dan ada juga yang memberikan perhatian apabila saya berpantun.Oleh itu,murid memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan oleh saya pada hari itu.Saya yakin bahawa dengan penggunaan pendekatan yang betul,kecenderungan murid akan sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.Murid-murid teruja untuk mengetahui apakah yang bakal dipelajari oleh mereka nanti,dan mereka juga tertanya-tanya akan perihal aktiviti mereka pada hari itu.Penggunaan bahan mengajar seperti teks prosa dan bendera telah membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.Tambahan pula,gabungan pendekatan induktif dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai telah berjaya membantu perkembangan kognitif,jasmani dan rohani para pelajar.Seterusnya,teknik pengajaran adalah satu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.Tujuan penggunaan teknik pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar serta membangkitkan perasaan ingin tahu.Apabila guru bahasa bijak memilih teknik pengajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar,guru akan berjaya mengekalkan perhatian murid sepajang proses pembelajaran.Terdapat beberapa teknik pengajaran yang booleh digunakan oleh guru,iaitu teknik main peranan,permainan bahasa,latih tubi,bercerita,simulasi serta drama.Teknik main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.Teknik permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya dan ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.Teknik latih tubi merupakan pilihan saya kerana ia dapat membantu pelajar mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekalannya.Pada mulanya pelajar telah mengalami proses mendegar dimana saya memilih beberapa orang murid secara rawak untuk mendeklemasi puisi di hadapan kelas,seterusnya mereka telah memikirkan maksud perkataan saerta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan perkataan tersebut.Mereka juga telah menggunakan kamus untuk mengesahkan maksud perkataan tersebut.Akhirnya,apabila mereka mahir dengan penggunaan perkataan baru tersebut,mereka membina ayat tunggal dan latihan pengukuhan yang digunakan ialah pembinaan ayat majmuk daripada ayat tunggal tersebut.Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedurtersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.Terdapat lapan jenis kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu melancarkan proses pembelajaran dalam kelas.Saya telah menggunkan kaedah oral-aural dimana pelajar dapat memperkembang dan memperasah keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.Ini dapat membantu pelajar mengembangkan kosa kata dan memberi nafas baru dalam penulisan mereka.Apabila murid-murid mencari makna perkataan menggunakan kamus dan seterusnya membina ayat menggunakan perkataan baru tersebut,secara tidak langsung mereka sedang memperbaiki kemahiran berbahasa mereka.Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak kaedah, teknik, strategi serta pendekatan yang boleh digunapakai oleh guru untuk menceriakan dan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah guru mestilah sedar bahwa apa sahaja langkah yang diambil mestilah bersesuaian dengan kemampuan pelajar.Hal ini kerana murid-murid mempuyai kemampuan mereka yang tersendiri,bukan semua boleh diajar dengan menggunakan teknik ataupun strategi yang sama.Oleh itu,guru mestilah prihatin akan kemampuan kognitif murid dan merancang pelan perancangan pengajaran yang paling sesuai agar semua murid dapat mencapai hasil pembelajaran dengan jayanya.