teori pemerolehan bahasa

85
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Nellson Joumin Augustine a/k Singga Nur Hayati Binti Hamdin

Upload: hayati-hamdin

Post on 02-Jan-2016

117 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BMM3117

TRANSCRIPT

BMM3117Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

Nellson Joumin

Augustine a/k Singga

Nur Hayati Binti Hamdin

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

~Teori Behavioris~Teori Kognitif~Teori Mentalis~Teori Interaksionalis

TEORI BEHAVIORISProses Mekanis

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Tokoh-tokoh Teori

Behavioris

Pelaziman Klasik

Pavlov Watson

Pelaziman Operan

Thorndike Skinner

Teori Pelaziman KlasikIvan Pavlov

IVAN PAVLOV

Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov(1849-1939)

Fokus kajian Pavlov: tentang pengeluaran air liur anjing Salah satu kajiannya:

1. Pavlov menyalakan lampu suluh. Anjing

tidak memberikan sebarang respon

kepada cahaya tersebut. Cahaya lampu

tidak ada sebarang hubungan dengan

anjing.Rangsangan neutral:

R (cahaya lampu) G

(tiada)

2. Pavlov menyalakan lampu dan seterusnya

menunjukkan daging kepada anjing.

Air liur anjing meleleh keluar setiap kali

prosedur ini diulang.

Secara semula jadi, air liur anjing akan meleleh

apabila melihat makanan

Rangsangan semula jadi:

R (cahaya lampu) G (lelehan air liur)

R (daging)

3. Pavlov menyalakan lampu suluh tanpa daging

makanan anjing tetapi anjing melelehkan air liur.

Anjing bergerak balas terhadap rangsangan

cahaya lampu di mana cahaya lampu menjadi

isyarat yang bermakna kepada anjing sebagai

masa untuk makan.

R (cahaya lampu) G (lelehan air liur)

Jenis-jenis Rangsangan

1. Rangsangan Neutral

Semua objek/ perkara/peristiwa dalam persekitaran

yang tidak ada hubungan langsung dengan diri, kita

tidak akan memberikan respon kepadanya

2. Rangsangan Semula Jadi

Semua objek/ perkara/ peristiwa yang ada

hubungan secara semula jadi dengan diri, kita

akan bergerak balas secara semulajadi.

3. Rangsangan Terlazim

Rangsangan neutral yang wujud beserta

rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak

balas yang serupa.

Jenis-jenis Gerak Balas

1. Gerak Balas Semula Jadi

Gerak balas yang berlaku secara semula jadi

atau berupa pantulan.

Contoh:

lapar-makan

makanan-air liur meleleh

2. Gerak balas terlazim

Gerak balas yang berlaku hasil perkaitan

dengan rangsangan semula jadi dan

rangsangan neutral iaitu yang dipelajari.

Rangsangan Terlazim danGerak Balas Terlazim

LOCENG(Rangsangan

Terlazim)

Daging(Rangsangan Semula Jadi)

LELEHAN AIR LIUR

(Gerak Balas Semula Jad)i

LELEHAN AIR LIUR

(Gerak Balas Terlazim)

Kesimpulan Kajian Pavlov

1. Penguasaan(Acquisition) 

Penguasaan atau bagaimana organisme

mempelajari sesuatu gerak balas atau respons

baru berlaku berperingkat-peringkat.

Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh

penguasaan berkenaan.   

2. Generalisasi(Generalisation )  

Pavlov menggunakan bunyi loceng yang

berlainan nada, tetapi anjing masih

mengeluarkan air liur.

Organisme telah terlazim dikemukakan dengan

sesuatu rangsangan tak terlazim(RTT) juga akan

menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur)

walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir

sama. 

3. Diskriminasi (Discrimination) 

Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada

bunyi loceng, anjing masih mengeluarkan air liur.

Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi

asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur.

Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan

dapat membezakan atau mendiskriminasi antara

rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk

tidak bertindak atau bergerak balas.

4. Penghapusan (Extinction)  

Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim(loceng)

tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim

(makanan),lama-kelamaan organisme itu tidak

akan bertindak balas.Gerak balas berperingkat-

peringkat terhapus.

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa

rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan

yang boleh dilazimkan atau dipelajari.

• Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas

dapat diperkukuhkan melalui latihan.

• Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan

sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas

terlazim itu.

• Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku

jika peneguhan tidak diberikan.

• sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak

diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu

mungkin akan terhapus begitu sahaja.

• Konsep pemulihan serta-merta juga dapat

membantu seseorang guru meningkatkan

keberkesanan pembelajaran. 

Teori Pelaziman OperanE.L Thorndike

E.L THORNDIKE

Teori Pelaziman Operan E.L Thorndike (1874-1949)

• Thorndike memperkenalkan istilah celik akal dan

hukum kesan untuk mengkaji.

• Sesetengah rangsangan mengakibatkan tingkah

laku yang dilemahkan.

• Kanak-kanak dikatakan memperoleh bahasa

melalui proses cuba jaya.

• Mementingkan proses pengulangan dalam

pemerolehan bahasa atas alasan bahasa lahir

sebagai gerak balas terhadap sesuatu

rangsangan.

Tiga Prinsip/Hukum Pembelajaran Anjuran Thorndike

1. Hukum kesediaan

• Kesediaan untuk memungkinkan tindakan atau gerak balas berlaku

• Kesediaan belajar:

• Kesediaan kognitif (pengetahuan/pengalaman lepas)

• Kesediaan afektif (kecenderungan dan minat)

• Kesediaan psikomotor (kemahiran fizikal)

• Hukum kesediaan mengarah kepada pencapaian

matlamat pembelajaran.

• Gangguan atau halangan kepada pencapaian matlamat

akan mengakibatkan kegusaran dan kekecewaan

• Sekiranya individu sudah bersedia untuk bertindak,

dia dibimbing dan dibantu, kesannya amat

memuaskan

• Sekiranya individu sudah bersedia untuk bertindak

tetapi dihalang, kesannya mengecewakan

• Sekiranya individu belum bersedia untuk bertindak

tetapi dipaksa, kesannya juga mengecewakan

Teori Pelaziman Operan B.F Skinner

• EKSPERIMEN SKINNER

• Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor

tikus lapar ke dalam ‘kotak skinner’. Kotak itu

dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Apabila

alat itu ditekan, biji-biji makanan akan terkeluar.

Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini

kerana lapar.

• Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat

penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan

terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali

sehingga tikus itu mendapati bahawa alat penekan

dipijak maka makanan diperolehi. Ini menunjukkan tikus

itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam

kotak. 

• Seterusnya skinner memutuskan hubungan

makanan dengan alat penekan. Ini menyebabkan

makanan tidak terkeluar apabila alat makanan

ditekan. Ini menyebabkan tikus itu berhenti dari

menekan butang tersebut.

• Perbuatan menekan butang untuk memperoleh

makanan disebut pelaziman operan.

• Pembelajaran melalui cara ini disebut

pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini

menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya

akan berulang jika wujud ganjaran.

• Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen

tersebut. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak

balas itu akan terhapus

• Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat

jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa

sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau

positif.

• Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran,

hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting

kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu

mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan.

Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh

disamakan dengan hukuman atau denda.

Jenis-jenis proses Teori Pelaziman Operan Skinner

1. Peneguhan Positif,

2. Peneguhan Negatif,

3. Dendaan,

4. Prinsip Premack Dan 

5. Pelupusan.

IMPLIKASI TEORI PENGAJARAN TERHADAP PEMBELAJARAN DAN

PENGAJARAN.

1. Untuk mengukuhkan sesuatu kemahiran atau teknik

yang baru dipelajari hendaklah memberikan

peneguhan secara berterusan dan diikuti secara

berkala.

2. Berbanding peneguhan negatif yang membawa

kesakitan, penggunaan peneguhan positif yang

membawa keseronokan adalah lebih berkesan.

3. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman

operan adalah lebih sesuai digunakan untuk

memodifikasikan tingkah laku murid yang tidak

diingini, misalnya menghentikan peneguhan yang

diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif

atau peneguhan negatif.

4. Konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan

membantu murid untuk memperolehi ilmu serta

kemahiran dengan tepat.

5. Prinsip Jadual Peneguhan Skinner dapat digunakan

untuk merancang serta melaksanakan peneguhan

berterusan dan peneguhan berkala yang berpatutan

agar menjamin tingkah laku operan dapat dikekalkan.

6. Ganjaran hendaklah sesuai dengan usia murid.

7.Guru harus berhati-hati dalam memberi

peneguhan negatif kerana murid akan

menganggapnya sebagai hukuman

TEORI KOGNITIFProses Mental

• Teori kognitif mendefinisikan pembelajaran sebagai

perubahan proses mental yang berlaku secara aktif.

• Pembelajaran menurut pandangan psikologi kognitif

ialah perubahan dalam struktur mental yang

membolehkan pelbagai tingkah laku ditunjukkan.

• Teori ini bersifat mentalis kerana cuba menghubungkan realiti

mental dengan perlakuan bahasa yang sebenarnya.

• Mengikut pandangan teori ini, pengetahuan bukanlah satu latihan

pancaindera tetapi adalah daripada pemikiran manusia.

• Teori ini menganggap bahawa bahasa adalah pengetahuan yang

dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf setelah

menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada

pancaindera.

Prinsip-prinsip Teori Kognitif:• Otak manusia aktif berfikir untuk memahami persekitarannya.

• Pembelajaran dan perkembangan bergantung pada pengalaman

individu.

• Pelajar membina pengetahuan, bukan merekod. Pengetahuan

melibatkan aktiviti memberi makna kepada pengalaman.

• Pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada

pelajar.

• Pembelajaran meningkat dalam persekitaran sosial yang sesuai.

• Pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas.

• Apa yang perlu dikaji adalah proses yang terjadi

dalam otak dan saraf yang dapat merumus dan

menghasilkan bahasa itu sehingga bersifat abstrak.

• Kreativiti yang wujud di dalam otak atau pemikiran

penutur bahasa itu adalah keperluan dalam diri

manusia yang dibawa sejak lahir dan bukannya

hanya alat luar untuk berkomunikasi.

• Teori ini menerangkan adanya ciri-ciri kesejagatan pada

tiap-tiap bahasa bagi bahasa-bahasa di dunia.

• Ciri-ciri kesejagatan ini ada hubungannya dengan kognitif.

• Peranan kognisi yang ada pada otak manusia inilah yang

menjadikan penghasilan sesuatu bahasa itu bersifat kreatif

iaitu tidak terbatas kepada objek-objek dan peristiwa-

peristiwa atau pengalaman-pengalaman yang hanya digarap

oleh perilaku semata-mata.

• Jika bahasa adalah hasil interaksi perilaku dalam alam

sekitar sahaja, tentulah sifat-sifat kreatif yang ada pada

setiap bahasa di dunia ini tidak wujud.

• Menurut teori ini, bahasa diperolehi pada peringkat awal

tidaklah bergantung kepada operasi rangsangan dan

tindak balas sahaja seperti yang dikatakan di dalam teori

behaviur, tetapi peranan kognitif juga turut serta.

• Tanpa peranan kognitif perkembangan

bahasa seperti sintaksis, morfologi dan

fonologi hanya terbatas kepada apa yang

dapat dialami sahaja.

JEAN PIAGET

TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

• Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait

rapat dengan perkembangan mentalnya (Abd. Aziz Talib,

2000).

• Piaget berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah

manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya.

• Untuk memperolehi penguasaan bahasa seseorang kanak-

kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan

kognitifnya.

• Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-

motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18

bulan hingga 2 tahun.

• Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skema atau

struktur kognitif hasil daripada interaksi aktif dengan

persekitaran.

• Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk

simbolik.

• Peringkat kedua ialah peringkat tahap pemikiran

praoperasi konkrit pada umur 2 hingga 7 tahun.

• Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-

kanak semakin berkembang.

• Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah

mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat

serta memahami percakapan orang lain.

• Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7-12 tahun)

iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran

seperti hukum pengekalan, konsep hubungan,

pengkategorian dan persirian.

• Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai

peringkat operasi formal.

WOLFGANG KOHLER

Teori Kognitif : Wolfgang Kohler

• Kohler (1887-1967) lahir di Reval, Estonia pada 21 Januari 1887.

• Melakukan eksperimen terhadap seekor cimpanzi yang diletakkan di

dalam sangkar.

• Apabila organisma dihadapkan pada sesuatu masalah,

ketidakseimbangan kognitif akan berlaku.

• Manusia mempunyai kebolehan mental istimewa yang disebut celik

akal.

• Membolehkan manusia menghayati perkaitan antara beberapa unsur

pengetahuan baru berasaskan persekitaran untuk pembentukan

makna dan penyelesaian masalah.

KURTKOFFKA

Teori Kognitif Kurt Koffka

• Kurt Koffka (1886-1941) dilahirkan di Berlin.

• Teori Koffka tentang pembelajaran menjelaskan bahawa :

i. Proses ingatan merupakan satu pengalaman yang

meninggalkan kesan pada otak.

ii. Perjalanan masa begitu berpengaruh terhadap

proses ingatan.

iii. Latihan yang berterusan mampu memperkuat proses

ingatan.

JAROME BRUNNER

Teori Kognitif Jarome Brunner

• Seymour Jarome Brunner lahir pada 1 Oktober 1915 di New York

City, Amerika Syarikat.

• Mengemukan empat tema dalam pendidikan :

i. Pentingnya pengertian tentang struktur pengetahuan.

ii. Kesediaan untuk belajar

iii. Menekankan nilai intuisi dalam proses P&P

iv. Moivasi atau keinginan untuk belajar dan cara-cara yang

sedia ada pada guru untuk merangsang motivasi.

• Bahan pembelajaran meliputi struktur pengetahuan,

kesediaan untuk belajar, nilai intuisi dalam proses P&P

dan motivasi atau keinginan untuk belajar.

• Proses pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan

kreatif jika guru memberikan kesempatan kepada murid

untuk menemukan sesuatu konsep, teori, aturan atau

pemahaman berpandukan contoh-contoh dalam

kehidupan.

ROBERT M. GAGNE

Teori Pemerolehan Bahasa Gagne• Pembelajaran menyumbang kepada adaptasi

yang diperlukan untuk mengembangkan proses logik sehingga perkembangan tingkah laku terbentuk daripada hasil pembelajaran aktif.

• Gagne mendefinisikan pembelajaran sebagai mekanisme seseorang menjadi anggota masyarakat yang berfungsi secara kompleks.

Teori Pemerolehan Bahasa Gagne• Kompetensi tersebut meliputi kemahiran,

pengetahuan, sikap dan nilai-nilai yang diperlukan oleh manusia sehingga pembelajaran dapat membentuk pelbagai tingkah laku.

• Yang terpenting dalam pembelajaran adalah keadaan yang dirancang.

Kategori Pembelajaran

Informasi Verbal

• Menyebut, menceritakan atau menggambarkan insformasi yang telah tersimpan sebelumnya.

• Melabel, menyusun fakta-fakta dan menjelaskannya.

Kemahiran Intelektual

• Menerangkan konsep dan peraturan untuk mengatasi masalah dan menjana idea-idea

• Menganalisis berita.

Kategori Pembelajaran

Strategi Kognitif

• Mengelola pemikiran dan proses belajar seseorang.

Kemampuan pembelajaran (Skill )

• Melaksanakan suatu tindakan dengan tepat dan cepat.• Membuat pernyataan, penyusunan frasa atau melaporkan maklumat.

Sikap/Perilaku

• Menentukan tindakan peribadi.

Tahap Pengolahan Kognitif (Fasa-fasa Belajar)

Persiapan untuk belajar

Perolehan dan perbuatan

Peralihan pembelajaran

Membangkitkan perhatian

Menyatakan tujuan

pembelajaran pada murid

Merangsang ingatan

Menyampaikan bahan

rangsangan

Memberikan bimbingan

dalam pembelajaran

Penilaian pembelajaran

DAVID AUSUBEL

Teori Pemerolehan Bahasa Ausubel

• Mengembangkan potensi kognitif murid menerusi proses pembelajaran bermakna dan pembelajaran verbal yang dikenali dengan nama pembelajaran pendedahan.

• Murid memperoleh pengetahuan bahasa melalui penerimaan bukan penemuan.

• Konsep, prinsip dan idea yang disajikan kepada murid akan diterima dan ditemukan sendiri oleh murid.

Teori Pemerolehan Bahasa Ausubel

• Pembelajaran Bermakna:- Proses mengaitkan maklumat baharu dengan

konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang murid.

• Murid-murid tidak selalu mengetahui apa-apa yang penting atau relevan untuk dirinya sendiri sehingga mereka memerlukan motivasi untuk melakukan gerak kognitif dalam mempelajari apa-apa yang diajarkan oleh guru.

Tugas Guru

• Menstrukturkan situasi belajar.

• Memilih bahan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid.

• Menyampaikan bahan pembelajaran secara teratur yang dimulai daripada sesuatu gagasan.

Ciri Kognitif• Bahasa dihasilkan melalui proses mental.

• Kanak-kanak boleh merumuskan bahasa berdasarkan keupayaan semula jadi yang berlaku secara biologi.

• Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut aspek-aspek yang dikuasai.

• Pembelajaran bahasa berlaku secara tidak formal.

Ciri Kognitif• Penguasaan bahasa berdasarkan logik dan

boleh difahami kerana mempunyai makna.

• Pembelajaran bahasa tidak melalui kebiasaan, ulangan dan latih tubi.

• Pembelajaran bahasa mempunyai struktur dalaman dan luaran.

• Ungkapan yang hendak diucapkan adalah difikirkan terlebih dahulu.

Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

• Guru hendaklah menyusun isi kandungan mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak dan yang paling relevan adalah daripada:

• konkrit kepada abstrak

• dekat kepada jauh

• pengalaman sedia ada kepada pengetahuan baharu

• kasar kepada halus.

• Guru berperanan sebagai fasilitator dalam proses p&p yang bertugas sebagai penyusun maklumat yang hendak disampaikan bagi memudahkan murid mengaitkan pelajaran baharu dengan pelajaran lepas.

• Guru perlu bijak memainkan peranan dalam proses pembelajaran berlangsung dan menyedari terdapatnya murid yang berbeza dari segi tahap pembelajarannya serta memikirkan cara yang efisien bagi menarik minat mereka.

Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

TEORI MENTALISProses dalam otak

NOAM CHOMSKY

Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky

Peranti Pemerolehan

Bahasa (Language Acquisition

Device, LAD)

Kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa

Peringkat Perkembangan dalam Pemikiran

Deria Motor

Praoperasi

Operasi Konkrit

Operasi Formal

Aspek Yang Ditekankan

•Diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid.•Proses pembelajaran berlaku secara sistematik.

Proses perkembangan

pemikiran kanak-kanak

•Murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif sendiri.

Pembelajaran mengikut

kadar kendiri

•Melibatkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran, termasuk menggunakan bahan-bahan pembelajaran.

Strategi pengajaran berpusatkan

murid

TEORI INTERAKSIONALISInteraksi Linguistik

MICHAEL HALLIDAY

Teori Pemerolehan Bahasa Interaksionalis

• Berkembang dalam bidang psikologi dan linguistik, terutamanya pada tahun-tahun 60-an dan 70-an.

Bloom (1970), Bowennan (1973 & 1976) dan Cromer (1976),

• Kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa .• Ini kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-

kanak dengan kebolehan mentafsir makna, tetapi pentafsiran ini tidak boleh dilahirkan dalam bentuk kata.

Teori Pemerolehan Bahasa Interaksionalis

Snown (1972 & 1977), Ringler (1978) dan rakan

• Pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah hasil daripada interaksi para penjaga atau ahli-ahli masyrakat dengan kanak-kanak.

Noor Aina Dani (2007)

• Golongan interaksionalis didapati telah berkompromi dengan mengambil jalan tengah antara teori behaviorisme dengan teori mentalis.

• Mereka berpendapat persekitaran luaran dan faktor bawaan semula jadi memainkan peranan yang sama penting dalam pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak.

Teori Pemerolehan Bahasa Interaksionalis

• Faktor-faktor seperti persekitaran sosial, kematangan, biologi dan kognitif memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.

Ciri dalam Penguasaan Bahasa Kanak-kanak

• Kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka ingin memenuhi keperluan untuk berinteraksi dalam masyarakat.

• Selepas kanak-kanak berjaya menguasai fungsi ujaran bahasa, mereka akan menguasai pula fungsi informatif bahasa.

• Sistem bahasa kanak-kanak berupaya menyatakan satu-satu fungsi sementara bahasa orang dewasa mengandungi lebih daripada satu fungsi.

• Situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak.

Ciri dalam Penguasaan Bahasa Kanak-kanak

• Kanak-kanak dibantu dalam menguasai peraturan-peraturan bahasa.

• Kanak-kanak menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa.

• Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa.

• Komunikasi dan interaksi diutamakan dalam pendekatan komunikatif.

• Sistem tatabahasa kanak-kanak boleh menyatakan dua perkara dalam satu masa.

RumusanTeori Pemerolehan Bahasa

• Wujud akibat adanya kepelbagaian pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang pemerolehan bahasa.

Teori Behavioris • Tokoh penting-Skinner, Thorndike dan Pavlov.

• Wujud hubungan dinamik antara rangsangan dengan gerak balas.

Teori Kognitif • Tokoh penting-Jean Piaget dan Sinclair

• Pembelajaran ialah proses mental dan bukannya proses mekanis.

Rumusan

Teori Mentalis • Tokoh penting-Noam Chomsky• Bahasa sebagai pengetahuan yang

dihasilkan melalui proses otak.

Teori Interaksionalisme • Tokoh penting-Bloom, Bowennan, Cromer dan Halliday

• Kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna, tetapi pentafsiran ini tidak boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa.

Sekian Terima Kasih…