teori pemerolehan bahasa
DESCRIPTION
asasTRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), literasi bermaksud kebolehan
membaca dan menulis. Bahasa pula didefinisikan sebagai sisitem lambing bunyi
suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia, percakapan yang baik atau bersopan santun. Oleh itu, literasi bahasa
boleh didefinisikan sebagai kebolehan menguasai kemahiran menulis dan membaca
sebagai medium perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia yang
menggunakan bahasa yang sama. Pelajaran ini juga menekankan konsep KIA2M.
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis(KIA2M) bertujuan untuk
membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam
Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka
yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka
ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan
murid yang hanya perlukan pemulihan dalam khas. Oleh itu strategi pengajaran dan
pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk
membantu murid ini menguasai kemahiran asas dengan seberapa segera yang
boleh. Prinsip dan Kriteria Pemilihan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran juga
perlulah dititikberatkan supaya dapat mencapai objektif yang diinginkan. Oleh yang
demikian tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat,
mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai
objektif sesuatu pengajaran
1
2.0 KIA2M
Konsep KIA2M
KIA2M atau Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis ialah program yang
dirancang khusus untuk membantu murid-murid Tahun Satu menguasai kemahiran
membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Tujuan utama KIA2M ini adalah
membantu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri
daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan
pemulihan dalam kelas.Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak
digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai
kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.
Perlaksanaan K1A2M mensasarkan murid-murid dari darjah satu yang lambat
dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. KIA2M yang dilaksanakan
selama 3 atau 6 bulan. Hal ini bertujuan ini untuk membantu murid-murid tahun satu
menguasai kemahiran asas menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu. Program
ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid darjah satu untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kemampuan
masing-masing, maka tahap keyakinan dalam diri murid untuk belajar membaca dan
menulis dapat ditingkatkan. Selama program ini dilangsungkan, kelas KIA2M
dibentuk berdasarkan jumlah murid tahun 1 di sekolah terbabit. Namun begitu, dalam
sesebuah sekolah bilangan maksimum murid-murid KIA2M ialah sebanyak 30 orang
sahaja. Program ini dijalankan oleh guru Bahasa Melayu sepenuh masa. Guru-guru
yang lain juga terlibat dalam menjayakan program ini seperti guru Pemulihan Khas,
guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, guru Pendidikan Muzik serta guru
Pendidikan Seni Visual. Guru Bahasa Melayu bertanggungjawab ke atas kelas
KIA2M ini sepanjang murid-murid KIA2M ini berada di darjah satu atau setelah
mereka melepasi Ujian Penapisan atau Ujian Pelepasan 1 dan Ujian Pelepasan 2.
Dalam program inimereka akan menjalani proses menyebut, mengeja dan menulis
pola suku kata, perkataan dan ayat. Murid-murid KIA2M ini akan mengikuti kelas
seperti biasa setelah mereka lulus dalam Ujian Pelepasan 1 atau Ujian Pelepasan 2
atau mereka naik ke darjah 2.
2
Kemahiran Asas KIA2M
Dalam KIA2M guru-guru yang telah dikenalpasti untuk mengendalikan program
tersebut ini dikehendaki merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan merujuk kepada modul pengajaran yang dibekalkan. Akan tetap guru-guru
tidak terikat dengan modul pengajaran. Guru-guru boleh menukar aktiviti lain agar
sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid berkenaan. Antara kemahiran-
kemahiran asas dalam KIA2M yang harus dijalankan oleh guru adalah memberi
murid-murid mendengar sebutan, mengenal sebutan, membunyikan huruf dan suku
kata. Apabila murid-murid ini telah menguasai guru perlulah melangkah kehadapan
iaitu mengajar murid-murid membina, mengaja dan membaca perkataan dan ayat.
Perkara ini penting bagi murid-murid agar mereka dapat menguasai dan
menyesuaikan kehidupan harian mereka. Akhir sekali setelah dua peringkat ini
dikuasai oleh murid-murid guru bolehlah mengajar menulis huruf, suku kata,
perkataan dan ayat. Kemahiran kedua penting kerana jika murid-murid tidak pandai
membaca dan menulis murid tersebut tidak akan dapat membina ayat. Jadi guru
haruslah memainkan bekerja kuat agar murid-muridnya dapat menguasai kemahiran
kedua.
3
3.0 Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa
dunia teknologi negara kita semakin hari semakin pesat membangun. Jadi tidak
hairanlah bahan pengajaran yang dilaksanakan banyak berunsurkan teknologi dan
bukan teknologi. Mok Soon Sang (1991) mendefinisikan bahan pengajaran atau alat
bantu mengajar (ABM) merupakan intipati dalam membantu guru dalam melincinkan
dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan murid memahami konsep
dan isi serta fakta dalam proses P&P. Manakala, menurut Mohd Aris bin Othman,
Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004),
melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, murid bukan sahaja boleh memerhati
pergerakan yang dilakukan tetapi murid dapat memperbaiki kesalahan yang
dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan
proses P&P menjadi lebih menarik dan ia dapat menarik perhatian murid untuk
belajar dengan lebih bersungguh.
Sebenarnya, bahan bantu mengajar ini amat membantu guru dalam
memberikan pengajaran kepada murid mereka. Dalam hal ini ia tidak boleh disalah
artikan kerana tanpa alat bantu mengajar, guru tidak semestinya tidak dapat
menyalurkan ilmu pengetahuan kepada muridnya. Akan tetapi dengan adanya bahan
bantu mengajar ini ia lebih memberi rangsangan dan meningkatkan minat murid-
murid dalam pelajaran. Jadi dalam hal ini, apabila murid melihat bahan-bahan bantu
mengajar yang menarik disediakan oleh guru maka ia memberi daya penarik kepada
murid-murid untuk minat semasa belajar. Selain itu ia menyediakan dasar kukuh
untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak
balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. Dengan adanya bahan bantu
mengajar ini, ia dapat menyediakan murid untuk bergerak lebih cepat berbanding
tanpa bahan bantu mengajar. Disamping itu juga, dapat menguatkan kefahaman dan
mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. Apabila murid diberi
pendedahan abstrak maka mereka akan lebih faham dan mereka akan dapat
mengingatnya dengan lebih mudah. Jadi secara tidak langsung ia membantu murid
untuk lebih menguasai pembelajaran harian.
4
Bahan Bantu Pengajaran Bukan Eloktronik
Umum mengetahui bahawa semua bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang
tidak menggunakan kuasa elektronik ia dikenal sebagai media bukan elektronik.
Sebelum negara kita membangun dan kaya dengan dunia teknologi sistem
pengajaran ini sangat popular. Hal ini kerana bahan-bahan sebegini mudah dibuat,
murah dan senag dibawa ke mana sahaja. Penggunaan media bukan elektronik
banyak membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dan boleh
mengurangkan rasa bosan mereka terhadap pengajaran guru yang begitu sinonim
dengan papan putih di dalam kelas. Atan Long (1980:174) ada berpendapat bahawa
apabila sering kali menggunakan pancaindera semasa proses pembelajaran yang
menggunakan alat bantu mengajar bukan elektronik maka semakin berkesan
pembelajaran tersebut. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah apabila seseorang guru itu menggunakan bahan bantu
mengajar yang berfokuskan murid maka mereka akan terlibat aktif lebih-lebih lagi
bahan yang digunakan dekat dengan mereka. Jika perkara ini berlaku ia dapat
merangsang minda murid-murid untuk melihat, mendengar, bertutur dan
berkomunikasi sesama rakan mereka semasa melakukan aktiviti. Jadi sedikit
sebanyak ia membantu murid-murid untuk lebih menguasai semua pembelajaran
yang diketengahkan.
Bahan yang tidak menggunakan media elektronik terdapat pelbagai jenis.
Antara bahan-bahan media bukan elektronik seperti suara, gambar,carta, model,
surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad
imbasan, buku dan sebagainya. Terdapat juga bahan-bahan yang digunting daripada
majalah, buku atau surat khabar dijadikan aktiviti pembelajaran untuk kanak-kanak.
Selain itu, benda-benda berbentuk maujud juga dikira bahan media bukan elektronik.
Antara bahan maujud yang dimaksudkan adalah seperti, boneka, buah-buahan, alat-
alat tulis dan seumpamanya. Semua bahan ini dikira sebagai bahan bantu mengajar
bukan eletronik. Bahan bantu mengajar bukan eletronik ini juga boleh dikelaskan
apabila seseorang guru itu menggunakan alat-alat tersebut sebahagian daripada
kaedah dan idea-idea yang disampaikan semasa mengajar dan kaedah tersebut
disedari oleh murid-muridnya.
Bahan bantu mengajar bukan elektronik sering digunakan pakai disekolah-
sekolah kawasan luar bandar. Ini kerana media pengajaran yang berasaskan
teknologi sukar didapati di sekolah-sekolah d kawasan pendalaman. Jadi disebabkan
5
sukar diperolehi maka kerajaan telah menyarankan agar guru lebih kreatif untuk
menggunakan bahan pembelajaran bukan teknologi untuk dilaksanakan dalam kelas.
Pengajaran bukan elektronik ialah pengajaran yang melibatkan seorang guru
memberikan pengajaran kepada murid –murid nya tanpa melibatkan sebarang
peralatan elektronik yang membantu dalam pengajaran tersebut.
Dalam melaksanakan pembelajaran yang tidak berasaskan media elektronik
guru-guru perlulah pandai bermain dengan emosi murid-murid. Guru-guru
seharusnya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dan tidak bosan
walaupun sebarang audia atau video yang dipancarkan. Bahan bantu mengajar
elektronik bolehlah digantikan dengan bahan bantu mengajar bukan elektronik
seperti menggunakan kadbod, kertas mah-jong, kotak, model rekabentuk , atau
barang –barang kitar semula. Pelbagai jenis bahan bukan elektronik lagi yang boleh
digunakan guru untuk membantu pengajarannya.
Semasa membuat atau menyediakan bahan bantu mengajar bukan elektronik,
guru tidak perlu membeli bahan dengan harga yang mahal. Guru hanya perlu
menggunakan bahan bahan-bahan terbuang untuk melaksanakan aktiviti. Contohnya
untuk aktiviti murid-murid lembab guru-guru boelehlah memotong keratan-keratan
surat khabar untuk dijadikan suku kata untuk dieja oleh murid-murid di dalam kelas.
Selain itu dalam aktiviti pendidikan jasmani guru hanya perlu sebatang kapur dan
batuan kecil. Misalannya guru boleh menggunakan kapur dan batuan kecil untuk
aktiviti permainan kecil seperti teng-teng yang mengajar murid –murid pergerakan
lokomotor dalam subjek Pendidikan Jasmani. Bahan mudah lain adalah seperti
kertas mah-jong dan marker pen untuk aktiviti berkumpulan. Aktiviti berkumpulan
tersebut bertujuan menerapkan kerjasama dalam kumpulan dan sikap tolak ansur
serta toleransi dengan ahli –ahli dalam kumpulan.
Apabila lihat perubahan dunia, bahan bantu mengajar elektronik merupakan
alat pengajaran yang begitu maju. Kemajuan ini banyak mendatangkan pelbagai
manfaat kepada murid-murid agar lebih maju dalam kehidupan harian. Akan tetapi
guru tidak boleh bergantung kepada penggunaan teknologi ini 100% kerana jika
berlaku seberang perkara yang tidak diingini maka pembelajaran tersebut terpaksa
dibatalkan. Jadi plan lain perlulah dibuat. Untuk melaksanakan cara pengajaran yang
laon maka pengajaran yang tidak berasaskan elektronik perlulah diguna pakai. Jadi
apabila tiada sumber elektrik guru boleh menggantikan bahan pengajaran elektronik
tersebut dengan bahan bukan elektronik yang juga menarik dan membantu
6
keberkesanan pembelajaran murid di dalam kelas tersebut.
Dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran, guru-guru bolehlah
menyelitkan pengajaran berasaskan teori kepada murid-murid. pengajaran yang
dilakukan oleh guru bolehlah menggunakan set roda impian yang sangat popular di
rancangan television suatu masa dahulu. Guru boleh menggunakan set roda impian
untuk mengajar mengeja suku kata. Penggunaan set sebegini merupakan set awal
bagi membolehkan murid-murid dapat membaca dengan lebih mudah. Pembelajaran
sambil diselitkan unsur bermain membuatkan murid-murid lebih cepat dapat tangkap
pembelajaran yang dijalankan. Kreativiti dan corak bahan yang menarik secara tidak
langsung menyebabkan murid turut mengingati suku kata yang diajar menggunakan
roda impian tersebut.
Selain itu dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran, guru-guru bolehlah
menggunakan papan pamer sebagai bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar
papan buletin ini merupakan satu bahan pengajaran yang abstrak dan kreatif. Ia
boleh membantu murid untuk memahami sesuatu dengan lebih cepat. Untuk
melaksanakan aktiviti tanpa sebarang gangguan guru-guru bolehlah menyediakan
bahan pembelajaran ini sebelum memasuki kelas lagi. Jadi apabila bahan
pengajaran siap dibina maka ia menjimatkan masa guru untuk menyiapkan bahan
untuk melaksanakan aktiviti. Selain itu, apabila bahan-bahan pengajaran siap dibina
terlebih dahulu jadi apabila guru masuk ke kelas ia dapat menunjukkan terus kepada
murid-murid mereka. Penggunaan papan pamer ini ia banyak membantu murid
memdapatkan idea baru, maklumat baru, dapat memperkayakan perbendaharaan
kata, dan meningkatkan daya kreativiti dan pengetahuan murid. untuk menampakkan
set papan pamer ini lebih menarik guru-guru bolehlah menghias papan pamer
tersebut. Hiasan yang dilakukan perlulah sesuai dengan keadaan supaya ia
menenggelamkan perkara yang hendak diajarkan. Walaupun dihias secara ala kadar
daya penarik terhadap papan pamer perlulah kuat kerana jika tidak murid akan
bosan dan apabila mereka bosan mereka akan melaksanakan kerja mereka sendiri.
Jadi apabila ini berlaku maka sistem pengajaran yang dilaksanakan oleh guru gagal
dilaksanakan.
Malahan itu, gambar –gambar juga boleh dijadikan bahan bantu mengajar
guru semasa proses pengajaran didalam kelas. Melalui gambar –gambar berbentuk
grafik yang pelbagai, guru dapat membantu menjana dan merangsang pemikiran
murid–murid. Ini disebabkan murid –murid akan cuba mendapatkan bayangan
7
melalui gambar tersebut seterusnya menyimpan maklumat penting tersebut dalam
kotak fikiran. Hampir kesemua mata pelajaran adalah bersesuaian dengan kaedah
pengajaran menggunakan gambar. Sebagai contoh, matapelajaran sejarah yang
dapat membantu murid –murid untuk cuba mengenang dan membayangkan sejarah
silam, atau mata pelajaran kajian tempatan yang banyak memperkenalkan murid –
murid dengan tempat –tempat yang mungkin belum pernah dilihat mereka. Melalui
gambar –gambar tersebut maka murid akan dapat mengaitkan dengan maklumat
yang dipelajari.
Untuk murid-murid tahap dua, bagi merangsang minda mereka untuk lebih
berminat dalam aktiviti pembelajaran guru-guru bolehlah menggunakan kaedah
melukis dan mewarna. Penggunaan kaedah ini ia memudahkan murid untuk
menguasai pembelajaran mereka. Mereka akan melakar peta minda mengikut
kreativiti mereka untuk mata pelajaran yang dikhususkan agar mereka lebih cekap
dan fahami pembelajaran yang dijalankan dalam kelas. Jadi dengan kaedah ini ia
membantu para murid untuk memperolehi pengajaran dengan lebih mudah lagi.
Disamping itu juga guru boleh menggunakan kaedah model. Model adalah
merupakan bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar.Model ialah bahan tiga
dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau bagaimana sesuatu itu berfungsi.
Jenis-jenis model antaranya adalah model berskala (kadar pembesaran/pengecilan
yang berbezadaripada bahan sebenar), model potongan (keratan) dan akhir sekali
model olok-olok (gambaran tiga dimensi). Model-model selalunya diperbuat daripada
kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, stirobusa (styro foam) atau plaster of Paris
Seterusnya bahan bantu mengajar ialah fail tegak dan bahan bacaan. Fail
tegak terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku.
Contohnya seperti majalah, kalender, poskad, surta khabar, risalah atau buletin,
poster, buku panduan, kertas kerja dan sebagainya. Fail ini boleh disimpan sebagai
koleksi fail dalam kabinet fail. Fail tegak ini juga boleh dihasilkan bersama-sama
antara murid-murid dan guru. Surat khabar lama dan majalah-majalah ilmiah yang
mempunyai maklumat yang berguna boleh di gunting dan di simpan di dalam fail
tegak. Fail tegak selalunya dijadikan sebagai sumber bahan bacaan dan rujukan
dalam pusat sumber sekolah atau bilik darjah.
Di semua sekolah di negara kita dibekalkan papan hitam dan papan tulis yang
merupakan bahan asas dalam pengajaran. Kebanyakkan sekolah menggunakan
papan hitam atau papan tulis di dalam bilik darjah. Papan hitam ini sangat sesuai
8
digunakan oleh guru untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar supaya murid
dapat membaca dan mengingati isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.
Buku teks juga merupakan salah satu bahan pengajaran bukan elektronik. Papan
hitam selalunya digunakan oleh guru untuk membuat aktiviti pengukuhan untuk
murid-murid. Selalunya soalan-soalan aktiviti pengukuhan diambil dari buku teks
untuk dilaksanakan olehmurid-murid.
Buku teks merupakan sumber utama untuk membuat rujukan ketika mengajar
murid-murid di dalam kelas. Kebanyakan guru juga memberikan latihan berdasarkan
buku teks yang digunakan. Buku teks merupakan alat bantu mengajar yang khusus
oleh beberapa penulis dan pengarang. Namun begitu, pembelajaran akan jadi
membosankan jika guru lebih menumpukan kepada penggunaan buku teks sahaja.
Walaubagaimanapun untuk mengelakkan murid daripada bosan menggunakan buku
teks semata-mata maka guru juga menyiapakan buku latihan pengukuhan terlebih
dahulu agar murid dapat menjawab soalan-soalan lain dari yang lain.
Semasa melaksanakan aktiviti pengalaman berasaskan sekolah kita ada
melihat guru-guru membawa alat bantu mengajar seperti kad imbasan dan
cantuman. Kad imbasan dan kad cantuman merupakan salah satu bahan bantu
mengajar yang sangat popular digunakan di kalangan guru terutamanya guru-guru
tahap 1 di sekolah. Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang
diberi makna di belakangnya. Alat bantu mengajar seperti ini dapat memperkenalkan
perkataan-perkataan baru kepada pelajar terutamanya bagi murid tahun 1 yang baru
untuk mengenal perkataan. Kad cantuman pula terdiri daripada kad yang dibentuk
dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad dan kemudian kad itu di
potong. Murid akan diminta untuk mencantumkan semula keratan-keratan kad
supaya dapat membentuk perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki.
Murid-murid sekolah rendah yang selalu terdedah dengan kartun, boneka
menjadikan mereka rapat dengan bahan tersebut. Jadi dalam aktiviti pengajaran
dalam kelas guru bolehlah mencipta boneka-boneka untuk dijadikan bahan bantu
mengajar. Bonkea-boneka yang ingin digunakan dalam pembelajaran bolehlah
dibentuk dalambentuk binatang, tumbuh-tumbuhan dan juga manusia. Boneka boleh
digunakan dalam kelas lebih kepada penceritaan, dailog dan juga lakonan. Untuk
mencipta boneka ini ia bolehlah diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas
rendaman.
9
Akhir sekali dalam penggunaan bahan bantu mengajar bukan elektronik
adalah diorama. Diorama merupakan sebuah reka bentuk gabungan bahan-bahan
sebenar, patung dan model yang diletakkan dalam satu susuan. Kedudukan ini
seperti keadaan sebenar tetapi dalam skla yang dikecilkan dalam persembahan tiga
dimensi (3D). Diorama sangat sesuai digunakan untuk subjek Sains dan Kajian
Tempatan. Hal ini kerana murid-murid akan didedahkan dengan persekitaran
sebenar namun dalam bentuk skala yang dikecilkan. Contohnya, bentuk muka bumi
Malaysia. Guru boleh menghasilkan diorama mengenai bentuk muka bumi Malaysia.
Dengan itu, murid dapat melihat dengan lebih dekat lagi bentuk muka bumi Malaysia
walaupun sekadar model. Diorama sering kita lihat dalam pembelajaran sains pada
masa kini. Hal ini guru lebih menggunakan untuk topik letusan gunung berapi agar
murid-murid dapat melihat bagaimana proses gunung berapi itu boleh terjadi.
Jadi jika tiada bahan bantu mengajar elektronik ia bukanlah satu masalah
pengajaran yang ketara. Bahan bantu mengajar bukan elektronik boleh
menggantikan pengajaran di dalam kelas. Cuma guru yang menggunakan bahan
bantu menagajar bukan elektronik perlulah kreatif agar aktiviti yang dijalankan dapat
mencapai matlamat pengajaran. Pengajaran menggunakan bahan bantu mengajar
bukan elektronik merupakan salah satu kaedah yang kreatif dan mampu
meningkatkan kemampuan murid mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan cepat
dalam diri murid-murid. Oleh yang demikian bahan bantu mengajar bukan elektronik
bukanlah menjadi penghalang kepada pengajaran tetapi ia menjadi sebahagian
sumber menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan
bantu mengajar yang disediakan juga akan sentiasa bersesuaian dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
10
4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SET RODA IMPIAN
Bahan pengajaran dan pembelajaran iaitu “Roda Impian” amat sesuai
digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas
Membaca dan Menulis (KIA2M). Hal ini kerana penciptaan set “Roda Impian” tidak
menggunakan kos yang tinggi kerana ia dibina menggunakan bahan terbuang iaitu
kotak yang telah digunakan. Ini menyebabkan tidak wujud pembaziran kerana kita
telah memanfaatkan kotak tersebut dengan baik. Selain itu, roda impian yang dibina
bersifat mesra pengguna. Dengan adanya set bahan bantu mengajar ini, kita juga
dapat menyemaikan sikap sayang akan alam sekitar dalam diri murid-murid. Bak
kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Di samping itu, ia juga
senang dibawa ke mana-mana kerana ia ringan dan mudah dileraikan kepada
bahagian-bahagian tertentu. Kita juga tidak perlu bimbang tentang “Roda Impian” jika
ia rosak kerana ia mampu dibina dengan mudah.
Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian dalam
merancang pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman murid-murid dalam
bahasa melayu. Pelbagai kaedah telah dicipta bagi membuatkan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran itu menjadi sangat menarik dan interaktif tanpa
mengabaikan minat dan fokus kepada memberi pengajran yang bermakna kepada
murid di sekolah. Jadi untuk menarik minat murid-murid satu jenis permainan yang
sangat interaktif telah dibina untuk dijadikan bahan bantu mengajar di sekolah.
Permainan telah dipilih iaitu set roda impian yang boleh digunakan dalam
pembelajaran suku kata bahasa Melayu. Set roda impian merupakan satu inovasi
daripada program Roda Impian yang pernah ditayangkan di TV3 sebelum ini. Ia
pernah menjadi satu siri program yang sangat diminati oleh semua lapisan
masyarakat di negara kita pada suatu ketika dahulu. Keberkesanan program ini
dalam menarik minat penonton, menjadikan ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai
bahan bantu mengajar di sekolah.
Antara kelebihan yang dapat diambil daripada penggunaan set roda impian ini
adalah dapat menarik murid untuk belajar. Dalam hal ini guru sememangnya
digalakkan untuk memupuk minat murid dalam sesuatu bidang di samping
menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak murid mereka. Oleh sebab itu, guru
perlulah memupuk minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini dengan
11
menggunakan pelbagai alternatif seperti ganjaran dan sebagainya. Menurut Teori
Behavourisme yang dipelopori oleh B.F Skinner, peneguhan boleh dilakukan dalam
dua bentuk. Pertama, peneguhan positif di mana jika guru menggalakkan murid
untuk mengulangi tingkah laku yang diingini olehnya seperti rajin, suka bertanya,
berjaya dalam peperiksaan, dan sebagainya, guru tersebut akan memberikan
sesuatu kepada anak muridnya supaya muridnya itu diberi motivasi entrinsik dan
melonjakkan motivasi intrinsiknya yang menyebabkan anjakan paradigma dan
pengulangan perlakuan yang sama. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya guru ingin
memberhentikan tabiat buruk muridnya, guru tersebut boleh menggunakan
pendekatan ini melalui peneguhan negatif, di mana, guru tersebut akan memberikan
tekanan yang membina terhadap pelajar yang bertindak tidak baik dan tidak disukai
oleh guru tersebut. Sebagai contoh, guru berleter kepada anak muridnya yang tidak
memberikan perhatian semasa berada dalam kelasnya. Jadi lama-kelamaan murid
tersebut akan memberhentikan perbuatan itu supaya tidak menerima leteran
daripada gurunya itu. Natijahnya, murid tersebut akan mengubah sikap yang tidak
baiknya itu kepada sikap yang lebih baik.
Sehubungan dengan itu, set permainan Roda Impian ini amat berkait rapat
dengan Teori Behavourisme ini berdasarkan rasional set permainan ini mampu
memberikan perlaziman yang positif kepada murid-murid iaitu guru memberikan
rangsangan (gambar yang terdapat pada set roda), manakala murid akan
melengkapkan perkataan tersebut dengan menggabungkan huruf konsonan dan
vokal (K+V). Murid akan berasa seronok dan mampu menghindarkan rasa bosan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini sangat penting supaya
murid sentiasa dapay memberi tumpuan semasa belajar. Tambahan pula, perasaan
seronok tersebut akan mempengaruhi daya pemikiran murid kerana mereka
berusaha untuk menjalankan proses mental supaya kemahiran membaca dapat
dikuasai. Rangsangan daripada rasa seronok bermain boleh mencetus pemikiran
yang kreatif dalam kalangan murid.Sebagai ganjaran murid tersebut akan
memperoleh markah jika berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.
Tambahan, gambar-gambar yang interaktif yang ditunjukkan oleh guru kepada
muridnya itu akan membina satu set skema baharu dalam struktur kognitif mereka.
Perkara ini hanya jelas ditunjukkan kepada murid-murid dalam darjah satu hingga
darjah 3 kerana pada masa itulah mereka sedang mengayakan perbendaharaan
12
kata atau kosa kata untuk menjadi penutur Bahasa Melayu yang unggul. Jadi, pada
peringkat ini juga, perkembangan bahasa kanak-kanak berada pada fasa yang
sangat optimum untuk berkembang dengan progresif. Selain itu, murid juga akan
dapat mengaplikasikan pembelajaran Bahasa Melayunya ini ke dalam kehidupan
seharian mereka. Hal ini kerana dalam set permainan Roda Impian ini mereka
diberikan rangsangan atau soalan yang melibatkan benda konkrit seperti “batu”,
“mata” dan sebagainya. Pendek kata, hampir kesemua modus operandi set
permainan ini dicipta berdasarkan Teori Behavourisme ini.
Disamping itu, antara kelebihan set roda impian dalam pembelajaran adalah ia
memudahkan murid untuk membaca sesuatu perkataan. Ini kerana dengan
pembelajaran set roda impian ini ia lebih kepada membatangkan suku kata dalam
perkataan. Dalam hal ini, apabila guru membuat cara sebegini kepada murid-murid
linus ia memudahkan seseorang murid tersebut mengikuti sesuatu pembelajaran
tersebut. Apabila murid-murid dapat mengikuti pembelajaran maka mudahlah murid
menangakap pembelajaran tersebut. Selalunya murid-murid sukar untuk mengikuti
pembelajaran kerana guru mengajar dengan laju. Jadi apabila guru menggunakan
kaedah sebegini jadi tidak sesukar mana untuk seseorang murid mengikuti
pembelajaran yang dibuat tidak kira murid itu lemah atau cepat.
Seterusnya, dengan set roda impian ini ia boleh menggalakkan guru bermain
satu permainan yang dipanggil permainan bahasa. Permainan ini ia lebih berbentuk
kepada permainan membina ayat. Guru akan meminta murid mereka membuat
empat kumpulan kecil. Dalam kumpulan tersebut guru-guru akan meminta murd-
murid mereka untuk melantik seorang ketua untuk menggerakkan set roda impian
tersebut. Apabila murid tersebut mendapat satu perkataan murid tersebut perlulah
membina ayat bersama-sama ahli kumpulan mereka. Setiap kumpulan perlulah
membuat perkara yang sama seperti ahli kumpulan lain. Jadi diakhir permainan guru
perlulah mengira seberapa banyak ayat yang dibina. Kumpulan yang dapat membina
banyak membina ayat akan diangkat menjadi pemenang dalam permainan tersebut.
Selain itu, kelebihan set roda impian ini juga dikatakan sangat berkesan dalam
proses pengajaran guru kepada murid-murid. Ia lebih praktikal kerana penggunaan
set roda impian ini boleh digunakan pelbagai cara dan ia dapat dijalankan dalam
keadaan yang lebih santai. Jika murid-murid bosan ketika pembelajaran
13
dilaksanakan maka guru bolehlah menggunakan set roda impian ini untuk melakukan
aktiviti dalam kelas. Mengikut kajian 66.7% orang murid yang akan mengantuk dalam
kelas semasa proses pembelajaran yang dijalankan. Disamping itu, sebanyak 80%
murid yang melupai pembelajaran yang dijalankan dalam kelas. Jadi dengan adanya
set roda impian ini ia membantu murid untuk mengingati sesuatu pembelajaran itu
dengan lebih cepat. Pembelajaran dalam kelas yang hanya melibatkan teori sahaja,
ia sudah semestinya membosankan dan tidak menarik perhatian serta minat murid
untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran dalam bilik darjah. Apatah lagi murid
tahap satu, mereka tidak gemar pembelajaran berbentuk teori kerana mereka lebih
gemar untuk bermain. Hal ini kerana, mereka masih sangat aktif sehinggakan lebih
60% daripada masa dalam sehari mereka digunakan untuk bermain dengan raka-
rakan dan juga diri sendiri. Jadi, melalui set roda impian ini murid boleh belajar
sambil bermain. Maka pembelajaran masih lagi berlaku di situ bukan semata-mata
untuk seronok bermain, bahkan untuk menimba ilmu juga yang dapat diserapkan ke
dalam aktiviti bermain mereka itu tadi. Jadi, objektif pembelajaran yang hendak
dicapai pada pembelajaran kali tersebut juga tercapai sekiranya, semua murid
mengambil bahagian dalam permainan ini.
Di samping itu, permainan Roda Impian ini mampu menjadi daya penarik
perhatian kepada murid terutama sekali murid-murid yang aktif dan sangat suka
bermain. Hal ini kerana dengan permainan set roda impian ini murid-murid dapat
memutarkan set tersebut. Semasa mereka memutarkan set tersebut mereka akan
tertunggu-tunggu untuk mendapatkan jawapan dari set itu. Dengan adanya
mekanisme untuk digunakan untuk menyalurkan ilmu kepada murid-murid, maka
pembelajaran akan berlaku dengan lebih senang dan berkesan. Selain itu juga,
dengan mekanis ini ia dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Hal ini kerana
pembelajaran yang dijalankan adalah 2 dalam 1 iaitu belajar sambil bermain. Set
permainan Roda Impian ini juga amat menarik perhatian mereka dengan hiasan
yang dilekat atau diwarnakan oleh guru tersebut dengan cantik serta berwarna-warni.
Perkara ini juga sangat memberi impak terutama sekali mengelakkan murid-murid
daripada mengantuk dan tertidur di dalam kelas. Penggunaan warna-warna sebegini
amat menarik. Jadi memang benar dengan penggunaan hiasan ia dapat menarik
perhatian murid kerana dengan warna-warni pada hiasan ia akan membuka minda
murid dengan lebih luas. Justeru, warna atau perhiasan yang cantik pada set roda
14
impian ia akan memberikan ekspresi yang menyegarkan kepada murid-murid.
Apabila minda murd-murid terbuka maka mereka akan lebih seronok untuk
menghadiri sesi pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Natijahnya, mereka akan
mengikuti di sepanjang sesi pembelajaran itu berlangsung tidak kira pembelajaran
yang dijalankan pada waktu tengah hari atau waktu pagi.
Selain itu, kelebihan utama permainan ini ialah interaktif. Jadi jelaslah disini
set roda impian ini ia berhubung dengan pemikiran kanak-kanak. Selain itu, dengan
penggunaan set roda impian, ia akan lebih menarik minat murid untuk belajar kerana
dengan penggunaan suku kata pecahan ia akan merangsang murid-murid untuk
mendapatkan satu perkataan semasa bermain. Murid-murid disini setiap kali
memusingkan roda ini mereka akan membaca suku-kata yang mereka perolehi. Jadi
di sini akan dapat meningkatkan lagi ilmu dalam diri mereka. Dalam menjalankan
aktiviti, kita sedia maklum, bahan bantu mengajar (BBM) ini dihias dengan cantik,
menambahkan lagi unsur penarikan perhatian murid-murid terutama murid-murid dari
tahap satu. Jadi pendekatan ini sangat kreatif dan inovasi bagi mengelakkan murid-
murid menghadapi masalah kebosanan semasa pembelajaran dijalankan di bilik
darjah. Memandangkan rancangan Roda Impian di TV3 sangat popular dan menarik
perhatian murid-murid, maka guru boleh mengambil kesempatan itu untuk mengubah
suai rancangan itu dan menukarkannya ke dalam bentuk BBM untuk mengajar
murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, horizon pemikiran
mereka akan meluas menyingkap segenap pelosok pemikiran seorang kanak-kanak
yang infiniti tanpa sekatan dan sempadan. Inilah yang kita kehendaki di mana
sekolah mampu melahirkan murid yang berminda kelas pertama, lebih-lebih lagi, kini
kurikulum di Malaysia mementingkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi
melahirkan sarjana yang mampu menghasilkan rentetan pemikiran yang bernas dan
dapat membantu memakmurkan masyarakat di Malaysia. Sehubungan dengan itu,
permainan ini juga menerapkan pembelajaran berbentuk kooperatif dan kolaboratif
yang sangat penting bagi memupuk silaturrahim antara murid di dalam bilik darjah.
Mereka akan berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain apabila mereka
cuba menjawab soalan yang betul berdasarkan perbincangan dalam kumpulan
masing-masing. Pada masa yang sama berlaku juga sinergi antara mereka yakni
saling bertukar idea dan pandangan bagi mengayakan pembendaharaan kata
KV+KV.
15
Set permainan ini juga mampu memberikan pembelajaran secara langsung
atau bersemuka kepada murid-murid. Pembelajaran secara langsung ini dapat
dikonotasikan sebagai satu bentuk pembelajaran di mana murid melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran di samping menimba ilmu dan pengalaman
secara langsung tanpa batasan dan halangan secara fizikal. Dengan permainan
secara langsung ini sedikit sebanyak ia dapat mengukuhkan ingatan murid terhadap
perkara yang telah dipelajari. Apabila murid dapat melihat apa yang mereka lakukan
maka secara tidak langsung ia memudahkan murid untuk menerima maklumat yang
dipelajari dengan mudah. Maksudnya, murid tersebut boleh mendapat ilmu dan
objektif pembelajaran tercapai dengan hanya memberikan pengalaman langsung
kepada murid-murid. Perkara ini amat penting memandangkan pengalam yang
diperoleh melalui permainan Roda Impian ini akan kekal lama dalam sistem memori
kanak-kanak. Hal ini disebabkan oleh pengalaman langsung ini akan terus dikodkan
oleh memori kanak-kanak dan dilabelkan sebagai perkara yang sangat penting dan
disimpan di dalam memori jangka panjang (long term memory). Perkara ini juga
disokong oleh rangsangan yang konkrit dan kukuh seperti gambar menyebabkan
proses mengingat dan penyimpan data ke dalam sistem memori murid berlaku
dengan lebih efisien dan efektif. Rangsangan itu juga meningkatkan proses capaian
kembali (retrieve) apabila kanak-kanak tersebut menyebut perkataan yang
dipelajarinya di dalam kelas yang sebelumnya.
Pembelajaran berdasarkan permainan Roda Impian ini merupakan sebuah
pembelajaran bermakna seperti yang ternyata dalam Teori Pembelajaran Ausubel
yang mengatakan bahawa sebuah pembelajaran yang efektif ialah sebuah
pembelajaran bermakna (meaningful learning) dan bukannya pembelajaran secara
hafalan (rote learning). Dalam permainan ini juga murid-murid diajar berdasarkan
pengalaman sedia ada mereka. Jadi pembelajaran akan semakin berkesan dengan
adanya unsur pengukuhan skema sedia ada mereka. Hal ini disebabkan oleh soalan
yang dikemukakan kepada murid-murid ialah soalan yang berbentuk konkrit. Pendek
kata, murid-murid diminta untuk mengeja (suku kata KV+KV) perkataan-perkataan
yang konkrit seperti batu, gula dan sebagainya. Oleh hal yang demikian
pengetahuan murid-murid akan teserlah dengan lebih baik memandangkan
perkataan tersebut bersifat konkrit dan terdapat di persekitaran hidup harian mereka.
Secara tidak langsung, mereka dapat mengulang kaji pelajaran KV+KV ini dengan
16
mengeja benda-benda yang terdapat di sekeliling mereka, walaupun pada saat
mereka berjalan-jalan di taman permainan. Boleh dikatakan bahawa murid-murid
dapat mengulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu sebanyak 90% semasa mereka
menjalani rutin harian mereka dengan adanya barangan rangsangan di sekeliling
mereka.
Di samping itu, dengan menggunakan “Roda Impian” semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran, ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif di
mana semua murid diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam permainan “Roda
Impian” secara menyeluruh. Apabila wujud suasana yang menyeronokkan sewaktu
aktiviti dijalankan maka akan wujud pembelajaran yang berkesan yang berlaku pada
tahap yang optimum. Menurut Skinner dalam teori behavioris, beliau menyatakan
apabila wujud suasana yang menyeronokkan semasa pembelajaran maka akan
wujud pelaziman terhadap kandungan pembelajaran. Ini adalah kerana keinginan
untuk bermain adalah sifat semula jadi yang terdapat dalam diri kanak-kanak.
Apabila seseorang murid itu seronok bermain jadi apa yang diajar akan mudah
diikuti. Jadi disini ia dapat memudahkan dan mengukahkan kemahiran seseorang
murid itu membaca frasa dan ayat mudah. Melalui pengulangan dalam permainan
ini, murid akan membentuk satu pelaziman yang memperkukuhkan lagi kemahiran
membacanya. Murid-murid pada hari ini mereka lebih cenderung kepada sesuatu
benda yang konkrit dan realiti berbanding sesuatu yang abstrak. Menurut Jean
Piaget, beliau mengatakan bahawa main merupakan salah satu aktiviti yang
mempunyai motivasi intrinsik dan ia dilaksanakan untuk memberikan kepuasan.
Selain itu, suasana pembelajaran yang tenang dan menggembirakan merupakan
suasana yang paling sesuai untuk murid-murid yang berumur dalam lingkungan 6 –
12 tahun memperoleh pembelajaran dengan berkesan. Walaupun roda impian ialah
sesuatu objek yang konkrit, tetapi ia juga mempunyai unsur yang abstrak yang dapat
diketahui semasa pelaksanaannya. Semasa permainan roda impian dijalankan,
murid-murid perlu menggunakan minda dan kemahiran intelek mereka untuk
menyelesaikan tugasan atau soalan. Keadaan ini amat sesuai untuk meningkatkan
tahap perkembangan kognitif mereka. Ini kerana sewaktu permainan dijalankan
murid harus membina perkataan secara sendiri tanpa bimbingan guru. Ini melibatkan
penggunaan pengetahuan sedia ada murid. Kesimpulannya, set permainan Roda
Impian ini adalah sebuah bentuk pengajaran yang bersifat bermakna atas dasar
17
bahan-bahan pembelajaran murid terdapat di sekeliling mereka dan mereka dapat
mengaitkan pengetahuan mereka yang sebelumnya dengan pembelajaran mereka di
dalam bilik darjah dengan adanya unsur penambahbaikan atas bimbingan guru di
sekolah
Dalam melihat kelebihan set roda impian untuk pembelajaran bahasa terdapat
juga kelemahan yang tidak dapat dielakkan.Jika dilihat kelemahan permainan set
roda impian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah disebabkan oleh
guru yang melaksanakan kurikulum di sekolah, akan tetapi kekhilafan ini muncul
tanpa diduga. Kelamahan yang pertama , dalam permainan ini adalah murid yang
pasif tidak akan melibatkan diri secara aktif dalam permainan ini. Hal ini
disebabkan terdapatnya murid yang lebih bijak akan mendominasi sesebuah
kumpulan yang terdiri daripada murid yang mempunyai latar belakang tahap
pengetahuan yang berbeza antara satu sama lain. Jadi, kanak-kanak yang
mempunyai prestasi yang kurang memberangsangkan dalam pelajaran mereka akan
cuba untuk menyenyapkan diri dan mengalah kepada murid yang lebih pandai bagi
mendapatkan markah yang lebih tinggi sekali gus memenangi permainan ini. Apa
yang bermain di dalam minda mereka ialah hanya menang dalam permainan itu
sahaja tanpa mengira hasil pelajaran atau objektif permainan Roda Impian itu
sendiri. Jika perkara ini berlarutan, maka permainan ini hanyalah satu usaha yang
sia-sia bagai mencurahkan air ke daun keladi memandangkan objektif utamanya
ialah membimbing murid-murid mencipta perkataan yang konkrit dengan sendiri
berdasarkan suku kata KV+KV. Keadaan ini juga akan menjadi sangat ketara apabila
murid yang paling menonjol dalam pelajaran di kelas itu disatukan dalam kumpulan
untuk bermain permainan ini dengan murid yang selalu mendapat tempat terakhir
dalam kelas tersebut. Masalah kooperatif dalam kumpulan murid-murid
menyebabkan ada murid yang tercicir. Golongan murid tercicir ini berlaku apabila
murd yang lebih pandai akan bersama-sama bermain roda impian ini. Jadi apabila ini
berlaku maka masalah keciciran ini akan terjadi. Oleh itu maka jelaskan kita dapat
lihat bahawa set roda impian ini juga mempunyai kekurangan tersendiri. Dalam
menyelesaikan masalah ini maka, guru harus bijak dalam mengatur kumpulan murid-
murid bagi mendapatkan kumpulan murid yang mempunyai kebolehan yang
seimbang.
18
Selain itu, bagi menghasilkan set bahan bantu mengajar, pemilihan saiz juga
haruslah dititikberatkan. Pemilihan saiz bagi roda impian dipengaruhi oleh keadaan
bilik darjah seperti bilangan murid, pelan kedudukan murid, tahap pengamatan
murid, keupayaan fizikal murid dan sebagainya. Jika bilangan murid di dalam
sesebuah bilik darjah adalah ramai maka saiz roda impian haruslah besar. Hal ini
kerana murid-murid lebih mudah memahami tugasan dan pembelajaran yang ingin
disampaikan jika perkataan yang terdapat di atas roda impian tersebut besar dan
jelas. Ia juga dapat membantu murid yang mempunyai masalah penglihatan untuk
melihat perkataan dengan mudah
Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan berlakunya sesi pengajaran dan
pembelajaran tersasar daripada objektif pembelajaran yang telah disasarkan bagi
setiap unit pelajaran, guru seharusnya memberikan perhatian yang intensif dalam
mengendalikan permainan ini. Hal ini kerana, apabila murid-murid berada dalam
keadaan yang teruja, mereka bukan sahaja mengabaikan kepentingan pelajaran
pada masa itu, malahan mereka akan menganggap permainan itu sebagai
keutamaan untuk keseronokan semata-mata. Hal ini juga menyebabkan keadaan
kelas berada dalam keadaan yang tidak terkawal rapi oleh guru walaupun, guru
itu sedaya upaya untuk menenangkan keadaan di kelas tersebut. Ada dalam
kalangan murid yang menjerit dan membuat bising di dalam kelas kerana mereka
tidak mahu mengalah dalam permainan Roda Impian ini. Oleh hal yang demikian,
keadaan ini berada di luar kawalan guru. Pengawalan yang tidak terkawal ini bukan
bermakna guru tersebut gagal dalam mengawal kelas atau kelemahan beliau dalam
pengurusan kelas tetapi sikap murid yang terlalu aktif menyebabkan keadaan kelas
menjadi huru hara. Jadi, ternyata bahawa kelemahan ini terletak pada set permainan
Roda Impian yang digunakan oleh guru semasa memilih set permainan ini sebagai
bahan bantu mengajar untuk mengajar suku kata KV+KV. Walau bagaimanapun,
masalah ini dapat diatasi oleh guru dengan baik. Cara guru mengatasi masalah ini
adalah dengan mengenakan satu syarat di mana murid yang membuat bising akan
dipotong markahnya dan mereka didenda untuk hilang satu pusingan permainan.
Natijahnya, murid-murid akan sedaya upaya untuk mengawal diri agar tidak terlalu
‘hyper’ sehingga kumpulannya ditolak markah dalam permainan set roda impian
tersebut. Pendek kata, guru harus memberikan perhatian yang intensif dan bijak
19
mengendalikan kelas bagi mengelakkan murid-murid di bawah didikannya mendapat
pelajaran yang berasaskan obejektif pembelajaran bagi topik pada hari tersebut.
Tuntasnya, set permainan ini jika dinilai dari segi PMInya (Plus Minus
Interesting) memang sesuai digunakan sebagai bahan bantu pengajaran Bahasa
Melayu di bawah program KIA2M yang menekankan kemahiran membaca dan
menulis dalam kalangan murid terutamanya murid darjah satu. Pada masa yang
sama guru tidak mengabaikan keseronokkan murid dalam mempelajari topik tersebut
seterusnya menyemarakkan lagi semangat dan minat mereka untuk terus belajar
membaca dan menulis. Legasi KIA2M ini diteruskan dengan program ‘Literacy and
Numeracy Screening’ (LINUS) yang dicanangkan oleh YAB Menteri Pelajaran
Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin semasa membentangkan
Bidang Keberhasilan Negara (National Key Result Areas, NKRA) pada bulan Ogos
2009. Oleh itu, bagi mencapai matlamat negara ini, guru-guru di sekolah umumnya
dan guru-guru Bahasa Melayu khususnya harus berganding bahu menggembleng
beban dan amanah yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka untuk
mengimplementasikan seterusnya menjayakan program-program pendidikan yang
digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
20
Kesimpulan
Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
guru seharusnya mempelbagaikan aktiviti pengajaran dengan mengaplikasikan
bahan bantu mengajar yang sesuai. Ini adalah kerana pada peringkat ini kebolehan
kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan
padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit
seperti susunan angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan
melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif.
Penggunaan bahan bantu mengajar akan meningkatkan lagi tahap
penguasaan dan pemahaman murid bagi membandingkan ukuran tanpa
menggunakan unit piawai. Namun begitu, murid perlu dibimbing agar tidak berlaku
salah konsep dalam sesuatu pembelajaran yang dijalankan. Guru boleh
menggunakan bahan bantu mengajar yang sedia ada dipersekitaran murid
contohnya, alat bantu mengajar yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti
alatan yang terdapat dirumah. Bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran
amat mudah diperoleh serta murah. Dengan adanya alat tersebut, murid dapat
memahami dengan lebih jelas tentang konsep perbandingan isipadu cecair.
Terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan oleh guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai alatan
dalam proses pembelajaran dapat merangsang minda murid kerana murid sering
membuat perbandingan berdasarkan kepada tinggi bekas dan bukannya pada
kapasiti sesuatu bekas tersebut. Tafsiran yang salah mengenai konsep isipadu
cecair sering dihadapi oleh murid terutama semasa membuat perbandingan tentang
kapasiti di antara dua buah bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Oleh itu, guru
seharusnya lebih kreatif dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
agar murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas. Malahan itu juga
supaya kadar buta huruf dapat diatasi oleh guru-guru di negara kita ini
Ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar
yang cerdas manakala aktiviti pemulihan untuk kumpulan murid yang lemah.
Sedangkan kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang
untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau lemah
(D'Augustine, 1973; Nik Azis, 1996)). Aktiviti pengayaan dan pemulihan merupakan
21
kompenon yang penting dalam kurikulum pendidikan matematik KBSR dan KBSM
(PPK, 1989). Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha
menolong murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran.Manakala aktiviti
pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan
mencabar (PPK, 1982). Aktiviti pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan
pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. Kedua-dua aktiviti
tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya ianya tidak
membeban dan membazirkan masa pelajar
Refleksi
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan berkat dan kurnianya, saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Saya berasa sangat gembira kerana
daripada perlaksanaan kerja kursus ini saya dapat menambahkan ilmu saya baik dari
aspek kemahiran mahupun pengetahuan dalam bidang keguruan di bawah
spesifikasi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Semasa menyiapkan kerja khusus ini saya menghadapi pelbagai masalah.
Akan tetapi masalah-masalah yang timbul ini bagi saya sebagai satu cabaran untuk
melaksanakan kerja-kerja dengan begitu baik. Pengalaman telah mengajar saya
bagaimana mengendalikan dan menyelesaikan sesuatu masalah supaya ia tidak
diambil oleh saya sebagai satu tekanan yang boleh memudaratkan diri saya. Berkat
kekuatan dan pemikiran yang keluar dengan pelbagai alternatif kepada penyelesaian
masalah ini, saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik yang
mungkin pada masa yang tepat. Setelah itu, barulah saya tahu bahawa diri saya
telah lali dan menjalani proses pembelajaran kerana tingkah laku saya terhadap
kerja kursus telah berubah. Saya juga baru sedar bahawa segalanya adalah
disebabkan oleh pengalaman yang telah diberikan kepada saya oleh kerja-kerja
kursus yang terdahulu.
Dalam melaksanakan kerja khusus ini, saya telah didedahkan dengan
pelbagai jenis rintangan dan pengalaman bagi menghasilkan sebuah alat bantu
22
mengajar. Bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan adalah satu set
permainan Roda Impian. Set ini digunakan dalam pengajaran subjek Bahasa Melayu
di bawah program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M).
Pengajaran tersebut adalah berkisarkan pembelajaran di bawah topik pembentukan
perkataan yang terdiri daripada gabungan KV+KV. Perkara ini sebenarnya nampak
mudah dan senang, namun hakikatnya, langkah perlaksanaannya adalah sangat
rumit dan memerlukan penelitian yang intensif. Pembinaan set Roda Impian ini
dilakukan secara berkumpulan namun ia memerlukan perbincangan dan mengambil
keputusan yang terbaik bagi menghasilkan sebuah set permainan yang sangat
berfaedah dan berguna sebagai bahan bantu mengajar (BBM) semasa guru
mengajar murid di dalam kelas.
Sebelum mencipta sesuatu bahan pengajaran iaitu set permainan Roda
Impian, seseorang guru haruslah mengambil bebarapa aspek yang perlu diteliti agar
penggunaan bahan pengajaran dalam pengajaran dalam bilik darjah selamat
digunakan. Guru perlulah sentiasa memastikan bahawa segala bahan yang dicipta
dapat digunakan dengan baik ketika proses pembelajaran. Jadi sebelum mencipta
reka bentuk set Roda Impian ini maka kami telah berbincang dan melakarkan
beberapa reka bentuk yang dikira sebelum memilih salah satu daripada mereka
berdasarkan perbincangan dan rasional yang tinggi. Mencipta set permainan Roda
Impian ini memerlukan kerja yang diorganisasikan dengan baik oleh ahli. Ia bermula
dengan reka bentuk hinggalah kepada penciptaan. Semasa kami berbincang kami
telah melakar lima buah set untuk dijadikan bahan pengajaran kami. Akan tetapi
setelah berbincang kami telah memilih reka bentuk yang terbaik di antara reka
bentuk-reka bentuk yang telah dilakarkan untuk dijadikan set pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Setelah kami mendapat reka bentuk set Roda Impian
kami pula berbincang cara-cara pembinaannya dengan ahli-ahli kumpulan.
Seterusnya, barulah saya dan rakan-rakan yang lain berbincang mengenai
perjalanan operasi set permainan ini jika digunakan di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
Semasa melaksanakan set roda impian ini, kami bukan mengambil 100%
bahan-bahan terpakai. Ada juga bahan-bahan yang kami perlu beli untuk
memperkemaskan Roda Impian kami. Jadi salah satu aspek yang diambil kira
semasa penciptaan bahan pengajaran ialah kos.untuk menjimatkan kos, kami
sedaya upaya mencari dan menggunakan bahan-bahan buangan seperti kotak,
23
batang aiskrim, pencangkuk langsir yang telah digunakan, besi dan sebagainya.
Akan tetapi, dalam menonjolkan kekemasan dan menaikkan daya penarik murid-
murid kami telah membeli sedikit kertas-kertas warna untuk menampakkan seri
dalam set Roda Impian yang digunakan. Dalam mencari bahan buangan sedar tidak,
saya telah dididik untuk menghargai alam sekitar dengan menggunakan semula
bahan-bahan buangan. Secara tidak langsung, nilai murni dapat digarapkan di dalam
tugasan ini selaras dengan kurikulum kini di mana setiap subjek yang diajarkan
direntasi kurikulumnya dengan mata pelajaran lain.
Dalam pada itu, saya juga dilatih untuk mencipta bahan pengajaran yang
berbentuk bukan elektronik. Pada pandangan saya, langkah kerja ini melatih saya
supaya tidak hanya bergantung kepada bahan pengajaran yang berbentuk elektronik
dan semuanya berada di alam maya. Andai kata, suatu masa kelak saya ditugaskan
di pedalaman dan capaian internet tidak dapat dilakukan, maka saya boleh
mengambil inisiatif untuk mencari alternatif lain bagi meneruskan pengajaran di bilik
darjah dengan bahan pengajaran yang interaktif supaya mencapai matlamat obejektif
pembelajaran murid-murid. Jadi, walaupun tiada bahan pengajaran yang senang
yakni bahan pengajaran elektronik, saya masih lagi boleh mencapai matlamat
objektif pembelajaran murid dengan adanya bahan pengajaran berbentuk bukan
elektronik.
Semasa menjalankan tugasan dalam bentuk penulisan, saya dapat
mengayakan lagi ilmu saya mengenai perlaksanaan program-program transformasi
pendidikan yang dicanangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebagai
contoh, walaupun tempoh perlaksanaan Kelas Intervensi Awal Membaca dan
Menulis (KIA2M) telah pun tamat namun perlaksanaan mengukuhkan kemahiran
membaca dan menulis masih lagi dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah di bawah
program yang dikenali sebagai Literacy and Numeracy Screening (LINUS). Melalui
program transformasi pendidikan ini, bidang pendidikan khasnya formula kemahiran
4M yang dahulunya hanya 3M, yakni membaca, menulis , mengira dan menaakul,
sekolah-sekolah di Malaysia ini setaraf dengan sekolah-sekolah berstatus
antarabangsa.
Selain itu juga, saya menganalisis program KIA2M, bahan pengajaran bukan
elektronik dan juga model set permainan Roda Impian ciptaan saya dan ahli
kumpulan saya dari aspek kelebihan dan kelemahannya apabila digunakan sebagai
bahan pengajaran di bilik darjah untuk mengajar murid di bawah tajuk pembentukan
24
perkataan KV+KV. Saya harus berfikiran analitik untuk mendapatkan intipati dan
menulis esei seperti yang terdapat di dalam kerja kursus ini.
Jadi secara kesimpulannya, saya bangga kerana saya dapat mengikuti
kursus ini dan menyiapkan tugasannya dengan baik. Setelah perlaksanaan tugas ini
saya berharap segala apa yang saya pelajari di IPGM Kampus Tuanku Bainun
amnya, dan bagi subjek Literasi Bahasa Melayu ini khasnya, akan saya aplikasikan
ketika saya berada di sekolah nanti. Saya tidak akan mensia-siakan ilmu yang saya
peroleh untuk diperturunkan ke generasi yang seterusnya.
RUJUKAN
Buku
Husin, D. F., Mastura, B. M., Nazariyah, S., & Siti, I. H. (2011). Literasi Bahasa
Melayu. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Internet
Kerdil, I. (2012, July Monday, 16 ). Linus Bahasa. Retrieved Julai 8, 2013, from
Blogspot: http://dplipralinusbahasa.blogspot.com/2012/07/program-kia2m.html
Asri, Ismail. (2013, May Tuesday, 12 ). Life is Education. Retrieved Julai 8, 2013,
from Blogspot: http://lifeiseducation09.blogspot.com/2013/03/teori-belajar-
25
bahasa.html
(2013, Mac, 8 ). Roda Impian. Retrieved Julai 8, 2013, from Wikipedia:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Roda_Impian
Amir, Hamzah. (2011, December, 11 ). Teori Pemerolehan Bahasa. Retrieved Julai
10, 2013, from Blogspot: http://encikamirhamzah.blogspot.com/2011/07/teori-
pemerolehan-bahasa-bmm-3117.html
Atiqah, Aiza. (2013, Mac, 8 ). Teori Pemerolehan Bahasa. Retrieved Julai 10, 2013,
from Blogspot: http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/03/bmm3117-teori-
pemerolehan-bahasa.html
Munirah, Sobri. (2011, December, 11 ). Bahan Bantu Mengajar. Retrieved Julai 15,
2013, from Wordpress:
http://munirahsobri.wordpress.com/2012/12/09/penggunaan-bahan-2d3d-
dalam-pembelajaran/
26