teori pemerolehan bahasa

Upload: sylvia-wong

Post on 07-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa

TEORI BEHAVIOURISMEPakar berpendapat bahawa otak manusia merupakan sati kotak hitam yang gelap dan apa-apa yang berlaku di dalamnya tidak dapat diamati.Ilmu psikologi berkaitan rapat dengan teori behaviourisme.Bahasa ialah proses perilaku iaitu hasil daripada rangsangan yang berkaitan dengan hati naluri.Pakar aliran behaviourisme ialah J.B. Watson, Edward L. Thorndike, B.F. Skinner dan E.R. Guthrie.Aliran ini menyatakan bahawa bahasa merupakan satu kebiasaan yang diperoleh dengan mengulang-ulang aktiviti yang hendak dilakukan.Bahasa dapat dipelajari melalui pembelajaran formal dan tidak formal.Pembelajaran tidak formal berlaku pada peringkat awal iaitu sejak kanak-kanak itu masih kecil lagi. Pembelajaran formal pula berlaku di peringkat sekolah.Pengukuhan, pemerhatian dan sikap ingin tahu ialah faktor utama dalam pembelajaran bahasa.TEORI MENTALISBahasa merupakan aktiviti mental yang merupakan kebolehan manusia semula jadi,Menganggap bahasa sebagai ilmu yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan berlaku setelah dirangsang oleh deria pancaindera.Bidang huraian bahasa mestilah logik kerana sesuatu perkara yang tidak ada makna itu tidak dapat diterima.Teori ini juga menekankan pengetahuan seseorang itu. Manusia sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa sejak lahir lagi.Terdapat dua aspek yang penting dalam proses penguasaan bahasa iaitu keupayaan dan prestasi.Bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan pemikiran manusia.Bahasa juga mempunyai ciri-ciri sejagat dalam teori ini.TEORI KOGNITIFMenganggap pembelajaran bahasa sebagai satu pemikiran atau aktiviti mental yang merupakan kebolehan semula jadi manusia.Pengetahuan dapat membantu pelajar untuk menguasai bahasa yang dipelajari dengan lebih efektif lagi.Mementingkan pengetahuan dan kesedaran sintaksis dan leksikal.Pemahaman pelajar terhadap struktur bahasa yang dipelajari sangat penting.

Kanak-kanak mempunyai satuTEORI INTERAKSIONALIS