teori evolusi charles darwin

10
TEORI EVOLUSI CHARLES DARWIN Pengenalan Latar Belakang Charles Darwin Charles Darwin merupakan seorang pakar penyelidik berkaitan alam semulajadi dan beliau lebih dikenali sebagai pengarang buku yang mahsyur " The Origin Of Species" .Beliau dilahirkan pada tahun 1809 di bandar Shrewsbury dari sebuah keluarga mewah. Bapanya adalah seorang tabib yang terkemuka manakala datuknya ,Eramus Darwin juga merupakan seorang tabib yang terkenal sebagai ahli falsafah yang telah banyak menulis mengenai alam. Darwin sejak kecil lagi amat meminati dan mencintai alam semulajadi dan suka memerhatikan haiwan-haiwan dan tumbuhan yang ditemuinya. Beliau juga merupakan seorang yang sabar dan tekun. beliau berjaya menjadi sebagai seorang penyelidik alam semulajadi yang terkenal di dunia sains hasil daripada sifat-sifat beliau ini. Di Bahia Blanca,Darwin telah mengambil langkah yang pertama dalam teori evolusinya. Terdapat banyak rangka-rangka haiwan yang melekat pada batu,termasuk juga fosil Megatherium yang dijumpai oleh beliau. Beliau sentiasa memerhatikan jasad hidupan disekelilingnya dengan teliti kemana saja beliau pergi. Selain daripada itu, beliau selalu suka menjadikan spesimen-spesimen yang kecil dan senang disimpan sebagai barangan pengumpulannya. Beliau belayar dari Amerika Selatan ke utara Pulau Galapagos. Ketika beliau berada di pulau tersebut, beliau melihat dan mendapati bahawa adanya persamaan antara burung-burung di Pulau Galapagos dengan burung-burung di Amerika Selatan yang mempunyai jaraknya lebih kurang 600 batu dari pulau tersebut. Kemudiannya, beliau telah kembali ke England pada tahun 1837, dan pada ketika tersebut beliau mempunyai banyak persoalan yang menjadi masalah dan memulakan dengan penyelidikkan dan penulisannya. Masyarakat pada kurun ke 17 percaya bahawa bumi ini terbentuk pada kira-kira 4000 tahun sebelum zaman Kristian. Jangka masa tersebut terlalu singkat untuk berlakunya proses evolusi dan juga untuk menghasilkan pelbagai ragam hidupan. Teori Evolusi

Upload: ramachandran-arjenan

Post on 05-Dec-2014

91 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kajian Teori Darwin

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Evolusi Charles Darwin

TEORI EVOLUSI CHARLES DARWIN

Pengenalan

Latar Belakang Charles Darwin

Charles Darwin merupakan seorang pakar penyelidik berkaitan alam semulajadi dan beliau lebih dikenali sebagai pengarang buku yang mahsyur " The Origin Of Species" .Beliau dilahirkan pada tahun 1809 di bandar Shrewsbury dari sebuah keluarga mewah. Bapanya adalah seorang tabib yang terkemuka manakala datuknya ,Eramus Darwin juga merupakan seorang tabib yang terkenal sebagai ahli falsafah yang telah banyak menulis mengenai alam. Darwin sejak kecil lagi amat meminati dan mencintai alam semulajadi dan suka memerhatikan haiwan-haiwan dan tumbuhan yang ditemuinya. Beliau juga merupakan seorang yang sabar dan tekun. beliau berjaya menjadi sebagai seorang penyelidik alam semulajadi yang terkenal di dunia sains hasil daripada sifat-sifat beliau ini.Di Bahia Blanca,Darwin telah mengambil langkah yang pertama dalam teori evolusinya. Terdapat banyak rangka-rangka haiwan yang melekat pada batu,termasuk juga fosil Megatherium yang dijumpai oleh beliau. Beliau sentiasa memerhatikan jasad hidupan disekelilingnya dengan teliti kemana saja beliau pergi. Selain daripada itu, beliau selalu suka menjadikan spesimen-spesimen yang kecil dan senang disimpan sebagai barangan pengumpulannya. Beliau belayar dari Amerika Selatan ke utara Pulau Galapagos. Ketika beliau berada di pulau tersebut, beliau melihat dan mendapati bahawa adanya persamaan antara burung-burung di Pulau Galapagos dengan burung-burung di Amerika Selatan yang mempunyai jaraknya lebih kurang 600 batu dari pulau tersebut. Kemudiannya, beliau telah kembali ke England pada tahun 1837, dan pada ketika tersebut beliau mempunyai banyak persoalan yang menjadi masalah dan memulakan dengan penyelidikkan dan penulisannya. Masyarakat pada kurun ke 17 percaya bahawa bumi ini terbentuk pada kira-kira 4000 tahun sebelum zaman Kristian. Jangka masa tersebut terlalu singkat untuk berlakunya proses evolusi dan juga untuk menghasilkan pelbagai ragam hidupan.

Teori Evolusi

Teori evolusi dalam Sains Moden digambarkan sebagai teori yang menyatakan bahawa kejadian manusia berasal daripada binatang, khususnya dari binatang yang berupa mawas atau orang utan kepada manusia. Beliau juga mengutarakan satu saranan bahawa semua makhluk yang hidup telah wujud hasil daripada proses evolusi daripada satu atau beberapa nenek moyang. Dalam teori beliau, perhatian terhadap proses bagaimana bentuk haiwan yang biasa atau normal berevolusi untuk menjadi bentuk yang kompleks amat ditumpakan. Berdasarkan pengalamannya, beliau telah merumuskan bahawa semua jenis binatang berasal dari ameba,sejenis haiwan yang mempunyai satu sel. Beliau mentafsirkan bahawapada mulanya, Pencipta hanya mencipta satu atau beberapa bentuk organisma yang normal. Kemudiannya, organisma yang kompleks akan terbentuk melalui proses pertarungan semulajadi. Akan tetapi, perkara yang paling penting di sini ialah Darwin percaya bahawa organisma-organisma atau spesis-spesis yang kompleks berhasil dari nenek moyang yang sama iaitu spesis yang biasa atau normal. Beliau sedar bahawa rekod-rekod fosil tidak menyokong faktanya tetapi menyimpannya dengan harapan bahawa penyelidikkan beliau yang seterusnya akan mengisi kekosongan tersebut. Tiga asas utama yang dikaji berikutan Kekalahan Darwinisme yang berhadapan dengan sains berdasarkan kepada :

Page 2: Teori Evolusi Charles Darwin

1.) Teori ini gagal menjelaskan proses bagaimana kemunculan sesuatu hidupan buat kali pertamanya.2.) Tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan bahawa “mekanisme evolusi” yang didakwa oleh teori ini, dapat memberikan sebarang kesan evolusi.3.) Rekod-rekod fosil telah menunjukkan gambaran yang berlawanan dengan jangkaan teori ini.

Asas Hipotesis Darwin

Semua yang sedang atau pernah hidup berasal daripada organisma yang lebih rendah atau kurang sempurna melalui proses berketurunan disertai dengan perubahan dijelaskan dengan berdasarkan Hipotesis Darwin. Antara bukti-bukti yang diutarakan oleh Darwin menurut keutamaannya adalah seperti berikut.

i. Bukti-Bukti UtamaDi antara kebanyakkan spesis, terdapat pelbagai perbezaan dan perubahan. Perbezaan ini sangat jelas di kalangan haiwan ternakan dan tumbuhan pertanian. Organisma (haiwan atau tumbuhan) yang akan terus hidup merupakan organisma yang paling mampu untuk mempertahankan diri atau menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan suasana persekitarannya. Organisma-organisma yang terbaik itu kemudiannya akan memindahkan baka-bakanya kepada keturunannya secara semulajadi. Peranan yang penting untuk mewujudkan sesuatu spesis yang baru dimainkan oleh proses mutasi dan pemencilan. Terbuktinya bahawa evolusi pernah berlaku adalah disokong dengan rekod-rekod fosil dari zaman purba yang dijumpai di lapisan geologi.

ii. Bukti-Bukti SampinganSelain bukti utama seperti di atas, juga terdapat beberapa bukti sampingan berdasarkan asas Hipotesis Darwin ini. Antaranya adalah seperti : a) Persamaan yang dapat dilihat dari peringkat "embrio" ke peringkat "fetus" antara organisma yang jelas mempunyai perbezaan pada peringkat dewasa.b) Kebolehan untuk mengklasifikasikan organisma kepada kelas-kelas tertentu berdasarkan keturunan dan peringkat-peringkat kesempurnaan.c) Adanya anggota-anggota (organ) yang dianggap sebagai tidak berkembang. Anggota tersebut telah disangka sebagai turunan anggota yang berperingkat lebih rendah di mana anggota itu didapati dalam keadaan yang sempurna dan sangat berguna.

Perbezaan Kepelbagaian dan Kelainan (Diversifikasi dan Diferensiasi)

Diversifikasi biasanya disebut apabila terdapat banyak variasi di dalam sesuatu spesies. Takrif istilah "spesis" dimana secara kebiasaannya digunakan bagi menyatakan organisma-organisma yang meliputi suatu populasi. Satu dari ciri-ciri penting hipotesis evolusi ialah organisma-organisma yang lebih sempurna muncul atau berasal daripada makhluk yang lebih sederhana atau dengan erti kata yang lain, evolusi mencari penjelasan terhadap terjadinya sesuatu yang baru. Diversifikasi dan variasi-variasi kerap diutarakan untuk menyokong hipotesis evolusi terhadap perubahan-perubahan yang terdapat dalam lingkungan sesuatu spesis iaitu dalam bidang mendatar, sedangkan evolusi merupakan perubahan yang melompat dari satu jenis ke satu jenis di tingkat yang lebih tinggi iaitu dalam bidang menegak dan mewujudkan masalah dalam penjelasannya. Evolusi mikro merupakan perubahan-perubahan

Page 3: Teori Evolusi Charles Darwin

dan variasi-variasi berkaitan yang terdapat dalam sesuatu organisma dan boleh dilihat secara eksperimen. Perubahan-perubahan tersebut adalah kecil dan terhad dalam lingkungan sesuatu spesis sahaja. Contohnya seperti, dari satu jenis lalat buah-buahan yang bernama Dropsophila Melanogaster, pelbagai variasi boleh dikenalpasti melalui eksperimen, namun demikian variasi-variasi tersebut tetap digolongkan dalam kategori kumpulan Drosophila dan tidak melintas batasnya sehingga terjelma suatu jenis spesies yang baru. Teori evolusi ini juga mengutarakan bahawa bentuk leher zirafah itu sebagai satu contoh semulajadi. Hipotesisnya ialah, leher zirafah itu menjadi panjang sedikit demi sedikit. Walaupun hipotesisnya ini benar, zirafah itu masih mendatar dimana kita masih belum melihat penjelmaan spesis yang baru tetapi hanya mendapat bentuk-bentuk variasi dan diferensiasi dikalangan keluarga zirafah. Sebaliknya, evolusi makro pula memperlihatkan perubahan secara besar-besaran yang dikatakan pernah terjadi dalam sejarah kehidupan. Perubahan-perubahan yang besar seperti yang dikatakan inilah dipercayai menjadi asas kepada terjelmanya sesuatu spesis yang baru. Akan tetapi, masalahnya ialah perubahan itu tidak dapat dilihat melalui metod-metod eksperimen tetapi hanya sebagai hipotesis atau andaian sahaja.

Mutasi Dan Akibatnya

Pengikut teori evolusi menyatakan bahawa daya penggerak dalam perkembangan evolusi adalah proses mutasi. Satu perubahan yang terjadi dengan mendadak dan boleh diwariskan kepada keturunanya disebut sebagai mutasi. Akan tetapi, keturunan itu pada kebiasaannya tidak boleh menyesuaikan diri dengan keaadaan persekitarannya. Sebagai contohnya, kebanyakkan variasi-variasi tumbuhan pertanian dan haiwan ternakan adalah akibat mutasi, tetapi bentuk seperti itu selalunya pupus dengan sendirinya. Ini adalah kerana mutasi pada kebiasaanya tidak dapat menyesuaikan diri kepada keadaan persekitarannya. Ianya tidak membawa sebarang perubahan yang beransur secara sedikit demi sedikit bagi sesuatu anggota tetapi terhenti atau terbatas jika sebagaimana sifat itu dibandingkan pada permulaannya. Ini adalah bertentangan dengan kepercayaan Darwin bahawa evolusi itu adalah suatu proses yang beransur membawa perubahan kepada sesuatu sifat yang berguna sedikit demi sedikit dalam jangka masa yang panjang hingga terjelma spesis yang baru.Sungguhpun demikian pada akhir-akhir ini para ahli sains telah berjaya membuktikan bahawa ada beberapa mutasi yang berguna dan yang tidak berubah secara mendadak boleh berlaku khasnya diperingkat mikro organisma. Contohnya, kultur bakteria colon (Escherichia Coli) yang diserang oleh bakteria fages didapati beberapa strain rintangan bakteria itu,akibatnya mutasi yang boleh mempertahankan diri dari pembinasaan oleh bakteriofages. Strain rintangan itu terjelma secara mutasi dengan kadar satu dalam 50 juta generasi-generasi sel, tidak kira samada diserang oleh bakteriofages atau tidak. Oleh kerana itu para ahli sains menyarankan bahawa mutasi yang berguna kepada seleksi tabii untuk perkembangan evolusi, ialah mutasi yang tidak menunjukkan perubahan mendadak.

Rekod-Rekod Fosil

Dalam usaha untuk membuktikan bahawa proses evolusi telah berlaku dari kenyataan sejarah adalah diperlukan dan ianya hanya boleh diperolehi dari fosil-fosil. Rekod-rekod fosil tidak menunjukkan siri-siri fosil yang berturutan dimana mempunyai sedikit perubahan yang beransur dari bentuk yang mudah kepada bentuk yang kompleks. Challinor merupakan seorang ahli geologi yang terkenal dalan bukunya "Darwin’s Biological Work" (1959) mengakui bahawa rekod-rekod fosil hanya menyokong sebahagian evolusi tetapi rekod

Page 4: Teori Evolusi Charles Darwin

tersebut juga menyokong ciptaan secara bersendirian dan bebas. Beliau juga menyatakan bahawa bukti yang jelas belum ada untuk menunjukkan atau menyokong evolusi telah berlaku. Demi mempertahankan teori-teorinya, beliau telah mengemukakan satu jenis haiwan dari fosil bernama Archeopteryx. Walaubagaimanapun setelah dikajiselidik oleh para ahli sains, mereka berpendapat bahawa haiwan tersebut tidak mempunyai sebarang tanda yang membuktikan wujudnya rantai perhubungan antara reptilia dan burung tetapi tetap digolongkan dalam kategori burung. Asal usul keturunannya tidak dapat dikenalpasti. Ada pula yang menyarankan bahawa rantai perhubungan antara amfibia dan reptilia ialah Seymouria.

Dalil Sampingan Embriologi

Antara dalil-dalil sampingan yang penting harus diutarakan ialah persamaan yang dapat dilihat pada taraf kandungan hingga perubahan yang sudah mulai terbentuk sebelum organisma tersebut dilahirkan. Pada suatu peringkat kandungan, embrio manusia hampir sama seperti embrio haiwan. Contohnya seperti ikan atau monyet. Oleh yang demikian, pada peringkat tersebut manusia mempunyai ekor yang kecil dan tertentu. Maka, Huxley dan rakan-rakannya dengan ini berpendapat bahawa manusia pada suatu masa yang lampau telah melalui peringkat berekor dalam evolusinya. Tetapi ini hanyalah suatu sangkaan sahaja dan tidak sama sekali memberi atau disokong dengan sebarang bukti bahawa evolusi telah berlaku.

Penjenisan Mengikut Keturunan Dan Persamaan

Sistem klasifikasi tabii yang benar perlu mengikut geonologi seperti yang diperkatakan oleh Darwin iaitu menurut aliran keturunan dari bentuk yang kurang sempurna. Oleh itu, sistem klasifikasi tabii ini dianggap sebagai suatu bukti yang menyokong evolusi. Akan tetapi, berasaskan kepada teori Darwin, evolusi sebenarnya tidak dipandu oleh sebarang kudrat tetapi adalah akibat daripada seleksi tabii dan bergerak atas variasi kecil secara kebetulan. Proses tersebut berlaku tanpa sebarang pengecualian bagi semua hidupan seperti haiwan dan tumbuhan. Jika ianya adalah benar, maka kita tidak berharap untuk mendapatkan sedikit sahaja pelan bentuk asas yang sama tetapi inilah yang didapati. Dunia hidupan haiwan boleh dibahagikan kepada sepuluh kumpulan utama mengikut bentuk. Bagi keseluruhan Taksonomi, dari susunan yang telah dibuat kelihatan teratur sebab adanya perbezaan jelas dan mendadak. Tiap-tiap kumpulan tersebut terpisah dengan sesuatu kekosongan iaitu tidak ada bentuk peralihan. Beliau cuba menjelaskan masalah ini dengan menyatakan bahawa organisma yang mempunyai rantai perhubungan tidak stabil dan dihapuskan oleh seleksi tabii. Bentuk-bentuk yang ada sekarang bukannya rantai perhubungan tetapi bentuk pengkhususan yang tidak akan berubah lagi. Secara kebiasaanya, teori evolusi didapati mengambarkan perhubungan antara suatu jenis haiwan dengan yang lain serta asal keturunannya. Gambaran yang diutarakan itu boleh menimbulkan beberapa masalah pokok. Menurut teori evolusi, setiap jenis haiwan itu adalah dalam proses evolusi yang berubah ke peringkat yang lebih sempurna. Oleh kerana itu bentuk haiwan serta manusia yang ada pada masa ini adalah dalam bentuk peralihan dan akan berubah ke bentuk yang lebih sempurna.

Page 5: Teori Evolusi Charles Darwin

Anggota Yang Tidak Berkembang

Terdapat beberapa organ yang dikatakan tidak berkembang boleh dikenalpasti pada beberapa jenis haiwan khususnya tulang pangkal paha yang tidak berkembang pada ikan paus. Huxley dan rakan-rakan beliau berpendapat bahawa ini adalah satu bukti untuk menyokong teori evolusi tetapi ditentang oleh seorang ahli biologi yang mempunyai pendapat tersendirinya dengan mengutarakan tiga sebab anggota tidak berkembang iaitu: a) Anggota-anggota tersebut diturunkan secara semulajadi. Anggota tersebut memainkan peranan penting dalam proses membesar.b) Kita tidak mempunyai sebarang bukti bahawa anggota-anggota itu berkembang dengan sempurna jika dibandingkan dengan keturunan yang sebelumnya. c) Andainya anggota tersebut wujud sekarang ini namun tidak bermakna anggota itu telah wujud pada masa yang lampau kerana kemungkinan sesuatu yang sedang berlaku sekarang boleh menghasilkan anggota itu. Antara contoh-contoh lain untuk menyokong teori evolusi yang diutarakan oleh pengikutnya ialah anggota-anggota yang dikatakan tidak berkembang serta mempunyai fungsi yang sama seperti kelenjar susu (mammary gland) dan usus buntu (appendix) manusia.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, melalui teori evolusi, Darwin membuat kesimpulan bahawa beliau tidak pernah mengenal teori mutasi yang berkemungkinan wujudnya perubahan mengejut pada sesuatu keturunan tersebut. Beliau hanya percaya bahawa hanya alam sekitar sahaja yang boleh menimbulkan modifikasi yang disampaikan oleh plasma darah. Dari sifat analogi haiwan dan tumbuhan, beliau juga yakin bahawa organisma hidup itu berasal dari suatu keturunan. Kenyataan ini telah disokong oleh penemuan beliau sendiri bahawa haiwan berasal dari proses yang serupa dan mempunyai keserupaan bentuk. Teori evolusi yang dikembangkan oleh Darwin adalah bercanggah dengan sains evolusi kerana fakta yang diketengahkan oleh beliau tidak releven sebagaimana fakta hasil penemuannya selepas itu.

Page 6: Teori Evolusi Charles Darwin

BIBLIOGRAFI

Sulaiman Haji Nordin & Suzanah Abdullah. 1978. TEORI EVOLUSI Suatu fakta Atau Asas Ideologi. Akademi Sains Islam Malaysia.

R.E Soeriaatmadja ,1973 .Makna Evolusi Bagi Manusia .Jabatan Sains Hayat UKM.

Sulaiman Haji Nordin,1997 .Sejarah Pemikiran ; Sumber Ilmu ,Perbandingan Ideologi Dan ‘Order Baru Dunia’. Pusat Pengajian Umum UKM.

Marston Bates,Manusia Dengan Alamnya,Dewan Bahasa Dan Pustaka ,1979.Charles Darwin ,Richard E.Leakey,Origin Of Species.