latihan dasar pertahanan diri tenaga dalam

Upload: jbew508

Post on 14-Apr-2018

342 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    1/62

    TAHAP LATIHAN

    Tahap Satu Tahap Tiga

    Tahap Dua Tahap Empat

    TAHAP SATU

    Latihan Pemanasan/Lari Di Tempat/Latihan Meregangkan Otot Leher/Latihan Memompa Tubuh/

    Menguatkan Perut & Otot Bahagian Bawah/Latihan Memutar Lutut/ Teknik-teknik Serangan /Teknik

    Pukulan @ Jotosan/Teknik Tendangan/Tendangan Depan/Tendangan Belakang/Tendangan Samping

    /Teknik-teknik Mempertahankan Diri /Menangkis Pukulan Lurus/Menangkis Pukulan Bandul/

    Menangkis Tendangan Depan/Menangkis Tendangan Belakang /Menangkis Tendangan Samping

    Tahap Dua/Tahap Tiga/Tahap Empat

    LATIHAN DASAR PERTAHANAN DIRI TENAGA DALAM

    Kekuatan tenaga dalam, seperti yang telah dinyatakan bahawa ianya dapat dinyatakan atau

    diprojeksikan walaupun tanpa sokongan fizikal. Yang penting adanya rangsangan berupa: rasa amarah

    atau maksud jahat yang berasal dari luar. Akan tetapi memandangkan dalam praktik pertahanan diri

    (terutama pada tahap awal) tidak semua orang yang berkelahi mengeluarkan emosi sehingga

    mengakibatkan ilmu tenaga dalam kita tidak berfungsi, maka perlu kiranya para Pemula tenaga dalam

    itu dibekali dengan ilmu pertahanan diri biasa (umum). Dengan demikian maka mereka akan lebih

    percaya diri, di samping itu juga untuk mengantisipasi agar mereka tidak KO (knock-Out) sebelum

    mereka dapat menggunakan ilmu tenaga dalamnya.

    http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#lat%20pemanasanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#lat%20pemanasanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#lari%20ditempathttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#lari%20ditempathttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#lari%20ditempathttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#meregangkan%20otothttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#meregangkan%20otothttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#meregangkan%20otothttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#push%20uphttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#push%20uphttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#push%20uphttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#kuat%20perut%20otothttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#kuat%20perut%20otothttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#putar%20lututhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#putar%20lututhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#putar%20lututhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20seranganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20seranganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20seranganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20pukulanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20pukulanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20pukulanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20pukulanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20tendanganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20tendanganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20tendanganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20depanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20depanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20depanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20belakanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20belakanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20belakanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20sampinghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20sampinghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20sampinghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20pertahanan%20diri%20belaanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20pertahanan%20diri%20belaanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20pertahanan%20diri%20belaanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#menangkis%20pukulan%20lurushttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#menangkis%20pukulan%20lurushttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#menangkis%20pukulan%20lurushttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20pkl%20bandulhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20pkl%20bandulhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20pkl%20bandulhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20tendangan%20depanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20tendangan%20depanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20ten%20belakanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20ten%20belakanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20ten%20belakanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20ten%20sampinghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20ten%20sampinghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20ten%20sampinghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20ten%20belakanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20tendangan%20depanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tangkis%20pkl%20bandulhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#menangkis%20pukulan%20lurushttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20pertahanan%20diri%20belaanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20sampinghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20belakanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tendangan%20depanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20tendanganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20pukulanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20pukulanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20seranganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#putar%20lututhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#kuat%20perut%20otothttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#push%20uphttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#meregangkan%20otothttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#lari%20ditempathttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#lat%20pemanasanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%201
  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    2/62

    Catatan : Jika anda pernah mengikuti sebarang pelajaran seni mempertahankan diri seperti silat, tae

    kwan do, karate, dan sebagainya maka anda tidak akan menghadapi masalah dalam menguasai tahap

    ini.

    Latihan dasar pertahanan diri tenaga dalam yang akan diterangkan dalam tahap ini merupakan latihan

    dasar-dasar seni pertahanan diri Pencak Silat. Terdiri dari: latihan pemanasan, latihan belaan dan latihanserangan. Dalam tahap ini, hanya dasar-dasar serangan dan belaan pencak silat yang penting sahaja

    yang akan diterangkan.

    Walaupun demikian, disarankan agar Pemula (Pelatih) tidak menganggap sepele/mudah bentuk-bentuk

    latihan dasar ini. Bentuk-bentuk latihan dasar ini telah dipilih dan sengaja disajikan berdasarkan suatu

    kaedah yang juga akan mempercepat bangkitnya kekuatan tenaga dalam. Latihlah dengan sungguh-

    sungguh bentuk latihan dasar ini kira-kira selama 10 (sepuluh) hari, sebelum anda mempelajari cara-cara

    membangkitkan dan mengolah kekuatan tenaga dalam atau energi emosi.

    A. LATIHAN PEMANASAN

    Latihan pemanasan hanya memerlukan masa antara 10 hingga 15 minit. Masing-masing jenis latihan

    juga hanya perlu dilakukan kurang dari 2 kali 10 gerakan. Lakukan latihan secara perlahan-lahan mulai

    dari yang pertama hingga yang terakhir. Jangan dilakukan dengan cara menghentak-hentak, lakukan

    dengan gerakan yang menyihatkan tubuh. Apa yang harus diingat ialah, latihan pemanasan ini

    dimaksudkan untuk mempersiapkan kondisi fizikal dan mental guna menghadapi latihan-latihan yang

    lebih lanjut. Latihan pemanasan juga berguna untuk mencegah terjadinya cedera dan shock (cedera

    mental).

    1. Lari atau Lari Di Tempat.

    Latihan lari atau lari di tempat selalu dilakukan pertama kali sebelum latihan-latihan pemanasan yang

    lainnya. Dengan latihan ini, tidak hanya kaki yang mendapat gerakan pemanasan melainkan juga

    anggota-anggota tubuh yang lain. Lari atau lari di tempat juga sangat bagus untuk melatih jantung dan

    paru-paru.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    3/62

    Lari di tempat dengan tumit dipukulkan pada pantat. Latihan ini juga dapat dilakukan dengan berjalan.

    Lari di tempat dengan paha diangkat tinggi-tinggi. Latihan inipun juga dapat dilakukan dengan berjalan.

    Untuk menyokong bangkitnya saluran tenaga dalam anda, lakukan latihan-latihan tersebut dengan cara

    menahan nafas. Mula-mula tahanlah nafas selama 5 gerakan, kemudian ditingkatkan menjadi 10

    gerakan, 15 gerakan dan seterusnya dengan selisih 5 gerakan. Pada tahap awal. anda mungkin merasa

    sukar untuk melakukan latihan ini. Tetapi lama kelamaan latihan dengan cara menahan nafas tersebutakan berjalan secara automatik dan anda tidak perlu harus mengingat-ingat kiraan/hitungan.

    2. Latihan Meregangkan Otot Leher

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    4/62

    Latihan berikutnya ialah gerakan-gerakan untuk meregangkan kelompok otot-otot leher. Latihan terdiri

    atas: gerakan leher ke depan dan belakang, ke samping, gerakan setengah pusingan dan gerakan

    memusing leher penuh. Latihan ini akan membebaskan anda dari rasa kekakuan serta menghindari rasa

    pening dan sakit kepala setelah melakukan latihan. Perhatikan cara melakukannya pada peragaan

    berikut ini:

    Meregangkan otot leher dengan gerakan ke depan.

    Meregangkan otot leher dengan gerakan ke belakang.

    Latihan meregangkan otot leher (=ke depan, ke belakang, ke samping, setengah pusingan mahupun

    pusingan penuh), harus dilakukan masing-masing 2 kali gerakan. Misalnya dengan kiraan satu-dua ke

    depan dan satu-dua ke belakang dan seterusnya. Latihan ini juga harus dilakukan dengan cara menahan

    nafas seperti pada latihan lari di tempat. Agar penahanan nafas ini tidak terganggu (=bocor), sebaiknya

    kiraan satu-dua tersebut di atas tidak perlu disuarakan namun cukup dibatin (di dalam hati) sahaja.

    3. Latihan Memompa Tubuh ( Push-up )

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    5/62

    Latihan memompa tubuh yang lazim disebut push-up adalah latihan yang fungsinya kecuali untuk

    pemanasan juga untuk menguatkan otot-otot tubuh bahagian atas: dada, bahu, tangan dan otot-otot

    punggung/belakang. Latihan memompa tubuh ini bahkan menjadi standard bagi semua aliran seni

    mempertahankan diri, semakin banyak orang dapat melakukan latihan ini semakin kuat tubuh badan

    bagian atas orang itu.

    Cara melakukannya, letakkan kedua telapak tangan anda di lantai. Tarik kedua kaki anda ke belakang

    sehingga punggung menjadi lurus, kemudian turunkan dada anda ke bawah dan tahanlah beberapa inci

    dari lantai. Angkatlah badan dengan kedua tangan anda, pastikan agar punggung tetap lurus, kemudian

    turunkan lagi ke bawah dan tahan lagi beberapa inci dari lantai. Ulangi gerakan tersebut beberapa kali

    dan tingkatkan kiraannya setahap demi setahap sesuai dengan kemampuan anda.

    Latihan memompa tubuh ini boleh divariasikan dengan berbagai posisi tangan, misalnya dengan jari-jari

    tangan mengepal atau dengan menggunakan ujung-ujung jari sebagai tumpuan. Jika anda sudah

    terbiasa, kerjakan latihan ini sekurang-kurangnya 25 atau 30 kali setiap latihan. Akan lebih baik jika anda

    dapat latihan dengan menggunakan beban yang wajar (sesuai dengan kemampuan) yang diletakkan di

    atas punggung anda.

    Latihan memompa tubuh ini juga dapat dilakukan dengan push-up ular. Cara melakukannya: mula-mula

    letakkan kedua telapak tangan di lantai, tarik kedua telapak tangan itu lebih dekat dengan kedua kaki

    sehingga posisi badan anda akan membentuk segitiga dengan pantat sebagai ujungnya. Selanjutnya,

    gerakkan kepala anda ke bawah lalu melengkung ke atas menyerupai gerakan ular. Gerakan ini harus

    dilakukan dengan menekuk kedua tangan seperti pada latihan push-up biasa. Perhatikan peragaan-

    peragaan di bawah ini:

    (Kiraan 1:) Membentuk posisi segitiga dengan pantat sebagai ujungnya.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    6/62

    (Kiraan 2:) Menggerakkan kepala ke bawah, lalu melengkung ke atas langsung ke kiraan yang pertama.

    Latihan ini juga harus dilakukan dengan cara menahan nafas, seperti pada latihan-latihan sebelumnya.

    4. Menguatkan Perut dan Otot-otot Tubuh Bahagian Bawah.

    Latihan yang lazim digunakan untuk menguatkan perut dan kelompok-kelompok otot bahagian bawah,

    ialah latihan Sit-up. Kecuali sebagai pemanasan, latihan ini akan menguatkan perut, punggung bahagian

    bawah, otot-otot pinggang, otot-otot paha dan betis bahagian belakang. Dengan otot perut dan

    pinggang yang kuat, maka dapat melindungi organ-organ yang penting yang berada di dalamnya dari

    benturan yang boleh berupa pukulan mahupun tendangan. Perhatikan cra melakukannya pada peragaan

    berikut:

    Berbaringlah dengan kaki yang lurus dan kedua telapak tangan diletakkan di belakang kepala

    (memegang kelompok otot leher bahagian belakang).

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    7/62

    Angkatlah badan dan kepala anda ke atas dan usahakan agar hidung anda mampu mencium lutut (kaki

    harus tetap lurus). Kemudian langsung kembalilah ke posisi semula.

    Latihan penguatan perut dan kelompok otot-otot tubuh bahagian bawah ini, jika dilakukan secara

    konsisten, akan sangat menunjang luas dan tidaknya radius tenaga dalam anda terutama pada waktu

    anda melakukan jurus tenaga dalam yang ke-1 yang akan diberikan dalam tahap 3. Lakukan latihan sit-

    up ini dengan menahan nafas seperti pada latihan-latihan sebelumnya.

    5. Latihan Memutar Lutut

    Latihan memutar lutut berfungsi untuk melemaskan sendi lutut, menghilangkan kekakuan dan rasa

    berat pada kaki. Di samping akan meningkatkan kelincahan, latihan ini sangat penting untuk mencegah

    terjadinya cedera sendi misalnya terseliuh pada waktu kaki digunakan untuk menendang atau menahan

    benturan dari alat serang lawan.

    Cara melakukannya, mula-mula pegang kedua lutut anda dengan kedua tangan anda. Rapatkan lutut

    anda antara yang satu dengan yang lain, tekuk sedikit kedua lutut anda ke muka sehingga punggung

    anda akan ikut membungkuk. Selanjutnya putar kedua lutut anda bersama-sama dengan rileks, sesuai

    dengan arah pusingan jam. Lakukan gerakan itu kira-kira 10 kali kiraan, kemudian balikkan gerakannya

    berlawanan dengan arah pusingan jam, juga kira-kira 10 kali kiraan/putaran.

    Yang harus diingat, latihan memutar lutut ini tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa melainkan

    harus dilakukan dengan tenang dan dengan gerakan yang efektif. Jika anda masih punya cukup masauntuk melakukan latihan, tingkatkan latihan ini misalnya dengan memutar sendi-sendi yang lainnya:

    pergelangan tangan, sendi siku, lengan, pinggang dan pergelangan kaki. Perhatikan cara-cara

    melakukannya pada peragaan-peragaan di bawah:

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    8/62

    Berdirilah dengan kaki rapat kemudian pegang kedua lutut anda dengan kedua tangan anda, sama

    seperti posisi orang melakukan rukuk.

    Kemudian tekuk lutut anda ke depan dan putar ke arah kiri (searah dengan pusingan jam) sebanyak 5

    putaran. lalu baliklah gerakan itu ke arah kanan juga sebanyak 5 kali putaran dan seterusnya.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    9/62

    Latihan Memutar Pinggul: Berdirilah dengan kedua kaki terbuka (kangkang), kemudian pegang kedua

    pinggang anda dengan kedua tangan anda. Cara memegangnya berbeza dengan pada waktu kita

    bercekak pinggang, ibu jari harus diletakkan di samping/depan perut bukannya di belakang perut.

    Selanjutnya dorong pinggul anda ke depan dan putar ke kiri searah dengan pusingan jam, sebanyak 5

    kali. Baliklah putaran tersebut berlawanan dengan arah pusingan jam sebanyak juga 5 kali pusingan dan

    seterusnya.

    Latihan memutar persendian-persendian tersebut berfungsi untuk meningkatkan kelenturan tubuh dan

    menghilangkan perasaan kaku. Harus dilakukan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan panduan, kerana

    latihan ini akan sangat menyokong penguasaan baik gerakan-gerakan dasar mempertahankan diri

    mahupun jurus-jurus tenaga dalam. Dan jangan lupa, latihan-latihan tersebut juga harus ditingkatkan

    dengan cara menahan nafas yang harus ditingkatkan kiraannya setahap demi setahap.

    B. TEKNIK-TEKNIK SERANGAN

    Serangan di dalam Seni Pencak Silat diertikan sebagai usaha mempertahankan diri dengan cara

    melancarkan pukulan, tendangan dan lain-lain pada suatu sasaran di bahagian tubuh lawan. Dikatakan

    sebagai usaha mempertahankan diri kerana pada dasarnya semua teknik di dalam Pencak Silat (sama

    ada serangan mahupun pertahanan) semata-mata hanya untuk mempertahankan diri atau membela

    diri. Kepada Pemula/Pelatih diharapkan mengutamakan praktik pertahanan diri terlebih dahulu daripada

    praktik menyerang. Kata para pendekar :"MUSUH TAK DICARI BERSUA PANTANG LARI."

    Serangan dasar yang paling popular di dalam Seni Pencak Silat,iaitu memukul dengan kepalan tangan

    dan menendang dengan ujung telapak kaki, tendangan dengan sisi telapak kaki dan tendangan dengan

    tumit. Teknik serangan dasar ini harus dikuasai secara baik dan benar, kerana hal ini akan sangat

    berpengaruh pada penguasaan teknik-teknik serangan di tingkat lanjutan.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    10/62

    1. Teknik Pukulan atau Jotosan

    Pukulan dengan kepalan tangan (:jotosan) diberi berdasarkan arah lintasan serangan, iaitu: pukulan

    lurus, pukulan dari arah samping, pukulan dari arah atas ke bawah dan pukulan dari arah bawah ke atas.

    Kekuatan pukulan Pencak Silat seperti halnya dengan karate dan kung fu, terpusat pada dua buku jari

    yang besar (jari telunjuk dan jari tengah) yang yang terletak di punggung tangan. Pukulan harus

    dilancarkan dengan cara menghentakkan tangan, seperti gerakan "sendal pancing" atau cemeti

    mengayun. Dengan teknik ini maka tangan yang kita gunakan untuk memukul tidak mudah ditangkap

    dan dipatahkan oleh lawan, di samping itu juga sukar untuk dihindari atau ditangkis. Yang penting, pada

    waktu mengirimkan pukulan tangan dan kepalan harus dalam keadaan lentur dan rileks, baru setelah

    mengenai sasaran kepalan tangan diperkeras dan tenaga disalurkan dengan sepenuhnya. Pukulan

    Pencak Silat tidak boleh dilakukan dengan mengambil awalan, kerana akan mudah diantisipasi oleh

    lawan. Perhatikan peragaan teknik-teknik jotosan berikut:

    Cara mengepal yang benar, lipatlah buku-buku jari tangan anda kemudian kancinglah dengan ibu jari

    anda. Pergelangan tangan harus lurus, tidak boleh bengkok.

    Pukulan Depan/Lurus : Berdirilah dengan sikap kuda-kuda tengah (=ongkong-ongkong), kepalkan kedua

    tangan anda dan letakkan di samping pinggang. pukulkan kepalan tangan anda tersebut lurus ke arah

    depan, bergantian kiri dan kanan. Lakukan latihan ini dengan cara menahan nafas. Mula-mula tahanlah

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    11/62

    nafas selama 5 gerakan/pukulan, kemudian ditingkatkan menjadi 10 gerakan/pukulan dan seterusnya

    dengan gandaan 5 pukulan.

    Sasaran pukulan depan/lurus adalah dada. Pukulan ini dapat digunakan untuk menyerang semua

    sasaran yang berada di depan, bawah mahupun atas.

    Pukulan Bandul atau Saduk : Berdirilah dengan sikap kuda-kuda tengah , kepalkan kedua tangan anda

    dan letakkan di samping pinggang. Pukulkan kepalan tangan anda tersebut dengan arah gerakan dari

    bawah ke atas atau sedikit dimiringkan ke arah samping.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    12/62

    Sasaran pukulan bandul atau saduk ialah perut/ulu hati, pinggang/ginjal kiri dan kanan, dagu dan alat

    kemaluan.

    2. Teknik Tendangan

    Tendangan dasar yang paling popular di dalam Pencak Silat ialah tendangan depan dan tendangan

    belakang. Tendangan depan dilakukan dengan menggunakan ujung telapak kaki, telapak kaki dan sisi

    telapak kaki atau pedang kaki. Sedangkan tendangan belakang dilakukan dengan menggunakan tumit.

    Seperti halnya dengan pukulan, agar tendangan itu efektif juga harus dilakukan dengan teknik "sendal

    pancing". Agar tidak mudah diantisipasi oleh lawan, tendangan juga tidak boleh dilakukan dengan

    terlebih dahulu mengambil awalan atau ancang-ancang. Yang penting untuk dijadikan sebagai catatan,

    sangatlah penting memperhatikan keseimbangan badan pada waktu melakukan tendangan. Pada waktu

    menendang posisi badan tidak boleh terlalu doyong/maju ke depan atau ke belakang. Jangan pula anda

    menendang terlalu tinggi melampaui kemampuan postur tubuh anda, kerana hal ini di samping akan

    menjadikan tendangan tidak efektif juga akan memperlemah kedudukan kaki anda yang satunya yang

    dijadikan sebagai tumpuan.

    Tendangan yang baik merupakan koordinasi antara sikap tangan, kaki dan badan. Untuk itu maka

    lakukan latihan dengan perlahan-lahan terlebih dahulu, baru kemudian ditingkatkan dengan

    menggunakan kekuatan dan kecepatan. Agar diperoleh gerakan automatik (refleks), lakukan latihan

    secara rutin dan terus menerus. Untuk meningkatkan kekuatan tendangan, dapat dilakukan latihandengan menggunakan beban. Tetapi latihan dengan menggunakan beban hanya diperbolehkan jika

    berat beban disesuaikan dengan kemampuan. Peragaan dan keterangan-keterangan di bawah ini

    menjelaskan tentang bagaimana cara melatih tendangan secara baik dan efektif.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    13/62

    Sikap Pasang Permulaan (Stand) : Awali semua latihan tendangan dengan stand/sikap pasang seperti

    gambar di atas. Berdirilah dengan kuda-kuda tengah yang ringan-ringan sahaja, julurkan tangan kiri anda

    ke depan sementara tangan yang satunya dikepalkan dan diletakkan di depan dada, siap untuk

    mengantisipasi setiap gerakan dari pihak lawan.

    Tendangan Depan

    Tendangan Depan yang lazim disebut Tendangan A ialah tendangan yang dilakukan dengan posisi badan

    menghadap ke muka, dengan lintasan gerakan dari arah belakang ke depan. Bagian kaki yang digunakan

    untuk dibenturkan pada sasaran ialah hujung depan telapak kaki. Cara melatihnya : mula-mula awali

    dengan stand/sikap pasang seperti ditunjukkan pada peragaan di atas, tekuk dan angkatlah tinggi-tinggi

    lutut anda. Ikuti dengan menekuk jari-jari kaki ke atas lalu tendangkan ke depan dengan suatu gerakan

    menyodok dengan menggunakan hujung telapak kaki bagian depan. Pada saat hujung telapak kaki

    dibenturkan pada sasaran, seluruh kekuatan harus disatukan pada ujung telapak kaki bagian depan itu.

    Setelah ditendangkan, segera tarik kembali kaki anda seperti gerakan cemeti mengayun (spring) dan

    paha tetap diangkat tinggi, lalu letakkan kembali ke lantai untuk membentuk sikap pasang seperti pada

    waktu akan melakukan tendangan.

    Pada waktu melakukan tendangan, kedua tangan harus dikepalkan dan diletakkan di samping pinggang.

    Hal ini dimaksudkan untuk menjaga agar badan tetap adlam keadaan seimbang dan seluruh kekuatan

    dapat disalurkan. Lakukan latihan tendangan ini dengan cara menahan nafas, misalnya mula-mula

    menahan nafas selama 3 tendangan kemudian ditingkatkan menjadi 6 tendangan, 9 tendangan dan

    seterusnya.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    14/62

    Tendangan Depan/Tendangan A

    Sasaran daripada tendangan depan (Tendangan A) ialah perut/ulu hati dan alat kemaluan. Jika

    tendangan ini digunakan untuk menyerang bahagian-bahagian tubuh lawan yang berada di luar

    jangkauan postur tubuh, misalnya untuk menyerang kepala, biasanya menjadi tidak efektif kerana akan

    kehilangan kekuatan.

    Tendangan Belakang

    Tendangan Belakang atau yang lazimnya disebut Tendangan B ialah tendangan yang dilakukan dengan

    posisi badan menghadap ke belakang, dengan arah lintasan tendangan dari arah depan ke belakang.

    Bahagian kaki yang dibenturkan pada saat melakukan tendangan ialah hujung tumit.

    Cara melakukannya : Awali dengan sikap pasang/stand, kemudian tendangkan kaki anda yang di

    belakang ke arah depan. Lakukan tendangan ini dengan memutar tubuh ke kiri atau ke kanan (:bila kaki

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    15/62

    kiri yang ditendangkan tubuh diputar ke arah kanan dan apabila kaki kanan yang ditendangkan, tubuh

    diputar ke arah kiri). Pada waktu memutar tubuh, kaki yang dijadikan tumpuan harus dijinjitkan. Untuk

    menjaga keseimbangan tubuh, pada waktu melakukan tendangan kedua tangan harus dikepalkan dan

    dirapatkan erat-erat di samping pinggang.

    Tendangan Belakang atau Tendangan B

    Agar tendangan belakang ini dapat anda lakukan dengan benar, jangan menoleh pada waktu

    menendang. Pandanglah lawan melalui selangkangan anda. Setelah kaki ditendangkan, segera tarik

    kembali kaki anda dengan gerakan emeti mengayun (spring) kemudian letakkan kembali kaki anda untuk

    membentuk sikap pasang seperti semula. Latihlah tendangan ini juga dengan cara menahan nafas.

    Tendangan Samping

    Tendangan Samping atau yang lazimnya disebut Tendangan T adalah tendangan yang dilakukan dengan

    sikap tubuh miring. bahagian kaki yang dibenturkan pada saat melakukan tendangan iaitu sisi telapak

    kaki atau "pedang" kaki. Cara melakukan tendangan T ini pada prinsipnya sama dengan tendangan-

    tendangan yang lain. Latihlah tendangan ini juga dengan cara menahan nafas.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    16/62

    Tendangan Samping atau Tendangan T : Gunakan salah satu tangan anda untuk melindungi alat

    kemaluan.

    C. TEKNIK-TEKNIK PERTAHANAN DIRI / BELAAN

    Di dalam pencak silat, pertahanan diri atau Belaan diertikan sebagai usaha mempertahankan diri dari

    serangan-serangan lawan dengan cara menghindar, menangkis dan lain-lain, sama ada dilanjutkan

    mahupun tidak dilanjutkan dengan serangan ke arah tubuh lawan.

    Belaan dasar pencak silat yang paling popular ialah belaan/pertahanan diri dengan cara menangkis.

    Terutama menangkis dengan menggunakan lengan dan menangkis dengan menggunakan lutut. Seperti

    halnya dengan serangan dasar, belaan dasar ini juga harus dilatih secara baik dan benar kerana akan

    sangat berpengaruh pada penguasaan teknik-teknik belaan di tingkat lanjutan.

    Ada dua teknik utama yang harus dimengerti agar dapat melakukan tangkisan secara baik dan benar.

    Pertama, jika alat yang kita gunakan untuk melakukan tangkisan adalah bahagian tubuh yang keras

    (:lutut, siku, kepalan tangan) harus dilakukan dengan teknik benturan. Caranya iaitu dengan

    membenturkan alat tangkis dengan alat serang lawan, tepat pada saat serangan itu akan mendarat pada

    bahagian tubuh yang hendak kita lindungi. Teknik tangkisan benturan ini sangat efektif sebagai sarana

    pertahanan diri, kerana semakin keras serangan yang dilancarkan oleh lawan maka akan semakin parah

    akibat yang harus diderita oleh lawan. Falsafah para Pendekar : "BARANGSIAPA INGIN MENYAKITI

    DIALAH YANG AKAN KESAKITAN, BARANGSIAPA INGIN MEMBUNUH DIALAH YANG AKAN MATI."

    Teknik yang kedua, jika alat yang kita gunakan untuk melakukan tangkisan adalah bahagian tubuh yanglunak ( ; lengan, telapak tangan, telapak kaki) harus dilakukan dengan teknik yang disebut "teknik

    tangkap bandol" atau "teknik tangkap bola". Serangan lawan tidak perlu kita tangkis dengan

    membenturkan alat tangkis dengan alat serang lawan, melainkan cukup dengan cara mengikuti laju alat

    serang lawan. Pada saat serangan itu akan mendarat/sampai di bahagian tubuh kita, laju serangan lawan

    kita tahan dengan kekuatan yang ringan-ringan sahaja, selanjutnya kita ikuti lagi laju serangan lawan.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    17/62

    Dengan cara demikian maka kekuatan daripada serangan akan musnah sebelum serangan itu mencapai

    pada sasaran.

    Teknik tangkisan tangkap bola ini juga sangat efektif sebagai sarana untuk mempertahankan diri.

    Dengan teknik ini lawan akan cepat lelah kerana terlalu banyak tenaga yang dibuang-buang secara sia-

    sia. Dibandingkan dengan teknik tangkisan benturan, teknik yang meminjam tenaga lawan ini lebih sukaruntuk dilakukan. Anda yang ingin menguasai teknik ini secara sempurna harus bersedia melatihnya

    secara terus menerus di samping harus rajin untuk melakukan percubaan-percubaan. Keterangan dan

    peragaan-peragaan di bawah ini menjelaskan tentang cara melatih tangkisan-tangkisan dasar tersebut di

    atas.

    1. Menangkis Pukulan Lurus

    Pukulan lurus biasanya diarahkan pada dada atau muka. Untuk menangkis pukulan lurus kita dapat

    menggunakan salah satu lengan atau siku. Caranya iaitu dengan menekuk lengan/siku tersebutkemudian membenturkannya (dengan alat serang lawan) ke arah kiri, ke arah kanan atau ke arah atas.

    Tangkisan ini harus dibarengi dengan menggeser kaki dan memutar pinggang, sehingga badan tetap

    dalam keadaan seimbang. Tangkisan yang baik dilakukan dengan cepat, tepat pada saat alat serang

    lawan hampir mendarat pada sasaran.

    Sabetkan lengan dan siku anda tepat pada saat pukulan hampir mendarat pada sasaran, jangan

    terlambat atau mendahului. Putar pinggang anda dan geser kaki kanan anda sedikit ke belakang,

    sehingga kepalan/alat serang lawan dapat kita buang lebih jauh.

    2. Menangkis Pukulan Bandul

    Pukulan Bandul atau pukulan Saduk biasanya diarahkan ke ulu hati atau ke arah ginjal kiri dan kanan.

    Pukulan ini dapat ditangkis dengan menggunakan lengan bawah bahagian dalam. Caranya : lengan

    bawah bahagian dalam tersebut kita sabetkan ke lengan bawah bahagian dalam milik lawan, ke bawah

    atau ke samping depan. Gerakan menangkis harus dilakukan dengan teknik tangkap bola atau teknik

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    18/62

    tangkap bandul. Dengan teknik tersebut maka laju serangan lawan akan dapat dengan mudah

    dihentikan tanpa menimbulkan rasa sakit pada tangan.

    Pukulan Bandul merupakan pukulan jarak dekat, jangan mengambil jarak terlalu jauh agar tangkisan

    dapat dilakukan dengan lebih baik. Pukulkan lengan anda ke lengan lawan, putar pinggang dan

    condongkan kuda-kuda anda sedikit ke belakang. Tangkisan lebih aman jika dilakukan dengan jari-jari

    mengepal.

    3. Menangkis Tendangan Depan

    Tendangan depan biasanya diarahkan ke bahagian ulu hati/perut dan alat kemaluan. Tendangan depan

    atau tendangan A yang terlatih dengan baik boleh sangat membahayakan, terutama jika mengenai alat

    kemaluan. Tendangan ini dapat ditangkis dengan mengangkat lutut ke atas, atau dengan cara

    mengibaskan telapak tangan (dengan pergelangan tangan yang ditekuk) ke kiri atau kanan. Jika alat

    tangkis yang kita gunakan untuk menahan serangan adalah lutut, kita harus menggunakan teknik

    benturan. Dan jika menggunakan telapak tangan, kita harus menerapkan teknik tangkap bola.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    19/62

    Geser kaki kiri sedikit ke samping kiri, kibaskan telapak tangan anda ke betis lawan. Gerakan menangkis

    itu harus dilakukan tepat pada saat serangan hampir mengenai sasaran.

    4. Menangkis Tendangan Belakang

    Tendangan belakang atau Tendangan B biasanya diarahkan ke bahagian perut ke atas hingga dagu.

    Apabila dilakukan dengan cepat dan sempurna, tendangan ini sangat sukar diantisipasi. Akan tetapi jika

    dilakukan dengan sedikit terlambat, tendangan belakang ini malah boleh menjadi senjata makan tuan.

    Cara yang paling praktis untuk menahan tendangan belakang ialah dengan membenturkan lutut yang

    kita angkat ke atas dengan alat serang lawan (tumit).

    Angkat lutut anda tepat pada saat serangan akan mendarat pada sasaran di bahagian perut kita,

    bersamaan dengan itu, keprukkan kedua kepalan tangan anda. Tangkisan harus dibuat serapat mungkin

    sehingga benar-benar boleh melindungi tubuh kita.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    20/62

    5. Menangkis Tendangan Samping

    Tendangan Samping atau Tendangan T biasanya diarahkan ke perut atau dada dan hampir tidak efektif

    jika tendangan ini diarahkan ke muka atau ke alat kemaluan. Meskipun demikian tendangan samping ini

    sebenarnya lebih sukar ditangkis dengan menggunakan tangan dan kaki. Tendangan ini lebih mudah

    dihindari dengan sedikit merendahkan kuda-kuda. Inipun harus langsung disusul dengan serangan

    bawah. Jika tidak disusul dengan serangan, maka hindaran yang kita lakukan hanya akan sia-sia bahkan

    boleh mencelakakan diri kita sendiri.

    Dalam keadaan terjepit tendangan samping dapat kita atasi dengan menangkiskan dua lengan atau siku

    yang kita rapatkan (blok). Gerakan tangkisan harus dilakukan dengan teknik tangkap bola, sehingga alat

    tangkis kita tidak terlalu keras membentur pada alat serang lawan. Pada waktu menangkis jari-jari harus

    dikepalkan untuk menghindari terjadinya cedera pada pergelangan.

    Tangkislah tendangan samping tepat pada pedang kakinya (sisi telapak kaki). Tangkisan harus dilakukan

    dengan teknik tangkap bola, serta dengan sedikit menggeser kaki ke belakang. Usahakan agar kepalan

    tangan tidak terlalu dekat dengan muka.

    Sebagai penutup, perlu ditekankan di sini bahawa teknik-teknik serangan mahupun teknik-teknik

    pertahanan/belaan tidak dapat dikuasai sekadar dengan memahami teori yang diberikan. Teknk-tekniktersebut harus dilatih secara rutin dan terus menerus, sehingga dapat menghasilkan gerakan-gerakan

    secara automatik/spontan. Di samping itu, apabila anda konsisten dengan teknik latihan penahanan

    nafas, maka secara berangsur-angsur saluran tenaga dalam anda akan terbuka dan akan terbentuk pula

    suatu radius tenaga dalam / Aura (= pagar automatik tenaga dalam ). Pada Tahap Empat nanti, anda

    akan diajari bagaimana cara membuktikan kewujudan pagar tenaga dalam automatik ini.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    21/62

    Setelah anda benar-benar telah menguasai Tahap Satu ini barulah anda beralih ke Tahap Dua. Inilah

    kunci Kejayaan Latihan Tenaga Dalam ini.

    Tahap Dua/Tahap Tiga/Tahap Empat

    To The TOP

    TAHAP DUA

    Pengetahuan Dasar Pernafasan Tenaga Dalam/Proses Pernafasan/Teknik Pernafasan Tenaga Dalam/

    Teknik Pernafasan Dada/Teknik Pernafasan Perut /Teknik Pernafasan Diafragma/Pola Pernafasan

    Tenaga Dalam/Pola Pernafasan Segitiga Samasisi/Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi/Latihan

    Pernafasan Tenaga Dalam/Panduan Latihan/Tempat Latihan/Masa Latihan/Larangan/Cara

    Melakukan Latihan Pernafasan Tenaga Dalam

    Tahap Satu/Tahap Tiga/Tahap Empat

    Kekuatan tenaga dalam dapat dikategorikan sebagai TENAGA POTENSIAL, yakni tenaga yang tersimpan

    dalam suatu benda diam. Tenaga itu baru akan muncul apabila benda yang menyimpannya diaktifkan.

    Misalnya sebuah getah/blader, jika ia ditarik atau ditekan selalu akan kembali pada posisinya semula.

    kekuatan untuk kembali ke posisinya semula itu merupakan tenaga simpanan atau tenaga potensial.

    http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#atashttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#atashttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pengetahuan%20dasarhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pengetahuan%20dasarhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#proses%20pernafasanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#proses%20pernafasanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#proses%20pernafasanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#Teknik%20Pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#Teknik%20Pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#Teknik%20Pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20pernafasan%20dadahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20pernafasan%20dadahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20pernafasan%20peruthttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20pernafasan%20peruthttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20pernafasan%20peruthttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20pernafasan%20diafragmahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20pernafasan%20diafragmahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20pernafasan%20diafragmahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20segitiga%20samasisihttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20segitiga%20samasisihttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20segitiga%20samasisihttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20segitiga%20tidak%20samasisihttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20segitiga%20tidak%20samasisihttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20segitiga%20tidak%20samasisihttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#latihan%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#latihan%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#latihan%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#latihan%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#panduan%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#panduan%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#panduan%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tempat%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tempat%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tempat%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#masa%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#masa%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#masa%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#laranganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#laranganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#laranganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#cara%20melakukan%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#cara%20melakukan%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#cara%20melakukan%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#cara%20melakukan%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#cara%20melakukan%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#cara%20melakukan%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#laranganhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#masa%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tempat%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#panduan%20latihanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#latihan%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#latihan%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20segitiga%20tidak%20samasisihttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20segitiga%20samasisihttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pola%20pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20pernafasan%20diafragmahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20pernafasan%20peruthttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20pernafasan%20dadahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#Teknik%20Pernafasan%20tdhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#proses%20pernafasanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#pengetahuan%20dasarhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#atashttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202
  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    22/62

    Begitu pula dengan sebuah alat pelanting (lastik), apabila kita tarik, kemudian kita lepaskan mampu

    melontarkan sebuah batu kerikil yang boleh memecahkan kaca jendela.

    Setiap manusia dalam kesatuan fizikal dan jiwanya, merupakan benda yang menyimpan tenaga

    potensial. Tenaga potensial manusia yang tersimpan dalam kesatuan fizikal dan jiwanya itu dapat

    dibangkitkan melalui suatu proses pengolahan atau penekanan tertentu. Tenaga potensial itu dapatdibangkitkan sekurang-kurangnya melalui tiga saluran/perwujudan Chi iaitu : fizikal yang menghasilkan

    tenaga otot, perasaan yang menghasilkan tenaga emosi dan fikiran yang menghasilkan tenaga kehendak

    atau daya cipta. Dan hebatnya, manusia sebagai sumber tenaga potensial memiliki banyak kelebihan

    dibandingkan dengan sumber-sumber tenaga potensial yang lainnya. Kerana tidak hanya tenaga yang

    dimilikinya lebih besar, manusia dapat berhubungan langsung dengan sumber daya hidup atau sumber

    Chi. Kemudian menghisap sebanyak-banyaknya daya hidup atau Chi itu daripadanya untuk dihimpun di

    dalam dirinya (:tempat untuk menghimpun daya hidup disebut CAKRA). Dengan demikian maka tenaga

    potensial yang boleh dilontarkan oleh manusia menjadi berlipat kali ganda.

    Dalam latihan ini kita hanya akan menghadkan pada teknik membangkitkan tenaga potensial melalui

    saluran perasaan, yang akan menghasilkan tenaga emosi atau kekuatan tenaga dalam. Ada bermacam-

    macam cara untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam, antara lain adalah dengan : latihan

    pernafasan, berpuasa, berdzikir, menglafaz mantera/jampi, atau dengan cara menggabungkan

    pernafasan -puasa-dzikir dan jampi. Cara yang paling popular dan lebih dapat dipertanggungjawabkan

    secara rasional ialah membangkitkan kekuatan tenaga dalam dengan latihan pernafasan tanpa puasa,

    dzikir mahupun jampi serapah. Di samping itu, latihan pernafasan juga tidak banyak mengandung

    konotasi mistis-magis. Membangkitkan kekuatan tenaga dalam dengan pernafasan bahkan juga boleh

    meningkatkan kesihatan dan kecergasan.

    Kecuali untuk mereka yang ingin belajar sendiri, sesi latihan ini dipersiapkan agar dapat dipelajari oleh

    sesiapa sahaja tanpa harus memaksakan agama dan kepercayaan masing-masing. Oleh kerana itulah

    maka cara membangkitkan tenaga dalam dengan pernafasan tanpa puasa, dzikir dan melafaz jampi,

    menjadi pilihan yang paling tepat untuk disajikan dalam latihan ini. Puasa, dzikir dan mantera,

    sebenarnya hanyalah merupakan sarana penunjang. Yang terpenting dan pertama sekali harus dilakukan

    ialah, melatih kesedaran akan adanya suatu kekuatan daya hidup yang dikurniakan oleh Tuhan kepada

    manusia dalam bentuk unsur-unsur hidup, sifat-sifat hidup dan lain sebagainya, yang kesemuanya itu

    melalui suatu imej ditingkatkan keberadaannya. Jika hal itu sudah terlatih dengan baik maka apa sahaja

    yang telah dicipta (kehendak), dirasa (dibatin) dan dilakukan dengan rasa-nya, secara automatis akan

    menjadi doa, menjadi mantera/jampi dan menimbulkan suatu daya atau kekuatan.

    A. PENGETAHUAN DASAR PERNAFASAN TENAGA DALAM

    Untuk memperoleh tenaga otot orang perlu makan dan makanan tersebut terlebih dahulu harus

    dioksidasi dengan oksigen yang berasal dari udara di sekeliling kita. Proses oksidasi makanan terjadi di

    dalam sel tubuh, dan akan menghasilkan tenaga yang akan digunakan untuk memanaskan tubuh, kerja

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    23/62

    otot dan kegiatan alat-alat tubuh lainnya. Selain menghasilkan tenaga, proses oksidasi ini juga

    menghasilkan air dan karbon dioksida sebagai zat-zat sisa yang akan dikeluarkan dari dalam tubuh.

    Untuk keperluan oksidasi tersebut orang cukup melakukan pernafasan biasa, seperti yang dilakukan

    oleh makhluk-nakhluk darat yang lain. Akan tetapi untuk memperoleh tenaga emosi/kekuatan tenaga

    dalam, orang harus melakukan suatu pernafasan yang tidak biasa yang juga disebut pernafasan tenagadalam. Sebelum lebih banyak kita berbicara tentang latihan pernafasan tenaga dalam, pengetahuan-

    pengetahuan di bawah ini harus difahami.

    1. Proses Pernafasan

    Alat-alat pernafasan manusia berfungsi memasukkan udara yang mengandungi oksigen dan

    mengeluarkan udara yang mengandungi karbon dioksida dan wap air. Saluran pernafasan terdiri atas:

    rongga hidung/mulut, pangkal tenggorokan (laring), tenggorokan (trakea) dan paru-paru (pulmo) yang

    terletak di dalam rongga dada. Rongga dada dibatasi oleh tulang rusuk dan diafragma. Diafragmamerupakan sekat yang membatasi rongga dada dengan rongga perut, posisinya melengkung ke atas dan

    sifatnya elastis (lihat gambar).

    Gambar: Organ Saluran Pernafasan

    Bernafas meliputi tiga proses, iaitu: menarik/menghirup nafas, menahan nafas dan

    mengeluarkan/menghembuskan nafas. Keluar-masuknya udara dari dan ke dalam paru-paru disebabkan

    kerana perubahan volume dari rongga dada. Mengembang dan mengecilnya rongga dada disebabkan

    kerana berkontraksinya dan mengendurnya otot diafragma dan otot-otot tulang rusuk yang juga dibantu

    oleh kontraksi otot perut.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    24/62

    Pada waktu menarik nafas, otot diafragma berkontraksi. Pada mulanya kedududkan diafragma

    melengkung ke atas sekarang menjadi lurus atau mendatar sehingga rongga dada menjadi

    mengembang. Hal ini disebut pernafasan perut. Bersamaan dengan kontraksi otot diafragma, otot-otot

    tulang rusuk juga berkontraksi sehingga rongga dada mengembang. Hal ini disebut pernafasan dada.

    Akibat mengembangnya rongga dada, maka tekanan dalam rongga dada menjadi berkurang, sehinggaudara dari luar masuk melalui hidung selanjutnya melalui saluran pernafasan akhirnya udara masuk ke

    dalam paru-paru yang ditandai dengan mengembangnya paru-paru.

    Sebaliknya, pengeluaran nafas disebabkan kerana melemasnya otot diafragma dan otot-otot tulang

    rusuk dan juga dibantu dengan berkontraksinya otot perut. Diafragma kembali menjadi melengkung ke

    atas, tulang-tulang rusuk turun ke bawah dan bergerak ke arah dalam. Akibatnya rongga dada mengecil

    dan tekanan dalam rongga dada itu naik. Dengan naiknya tekanan dalam rongga dada, maka udara dari

    dalam paru-paru keluar melalui saluran pernafasan dan akhirnya keluar dari rongga hidung/mulut.

    Sedangkan menahan nafas merupakan keadaan di mana kita mempertahankan paru-paru (beberapa

    saat) dalam keadaan penuh dengan udara atau sebaliknya sama sekali tanpa udara. Sama ada

    menghirup/menghisap, menahan mahupun menghembuskan nafas, mempunyai kegunaan yang

    berbeza-beza di dalam ilmu tenaga dalam. Mengenai hal ini akan diterangkan dalam Tahap Tiga kelak.

    2. Teknik Pernafasan Tenaga Dalam

    Pada dasarnya teknik pernafasan tenaga dalam itu dibahagi menjadi tiga, iaitu:

    a. Teknik Pernafasan Dada

    b. Teknik Pernafasan Perut, dan

    c. Teknik Pernafasan Diafragma.

    Di dalam praktik ada aliran perguruan tenaga dalam yang hanya memberikan teknik pernafasan dada

    sahaja, teknik pernafasan perut sahaja, teknik pernafasan diafragma sahaja, atau ketiga-tiganya

    sekaligus. Apabila orang melatih tenaga dalam dengan teknik pernafasan dada, maka sentral/pusat

    getar dari kekuatan tenaga dalamnya kelak akan berpusat di dalam dada. Begitu pula jika kita

    melatihnya dengan teknik pernafasan perut, pusat getar dari kekuatan tenaga dalam kita akan terpusat

    pada perut. Dan apabila kita melatihnya dengan teknik pernafasan diafragma, maka pusat getar

    kekuatan tenaga dalam kita akan berpusat pada perut dan dada. Di dalam latihan ini, ketiga teknikpernafasan tersebut akan dilatih secara khusus satu demi satu.

    Teknik Pernafasan Dada :- DADA

    Teknik Pernafasan Perut :- PERUT

    Teknik Pernafasan Diafragma :- PERUT & DADA

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    25/62

    Teknik Pernafasan Dada

    Teknik pernafasan dada ini dilakukan apabila pada waktu menarik nafas ke dalam paru-paru dan

    menghembuskan nafas dari dalam paru-paru, yang berkontraksi (dikembang-kempiskan) hanya otot

    difragma, otot-otot rusuk dan rongga dada. Pada teknik ini otot-otot perut sama sekali tidak ikut

    berkontraksi (perhatikan gambar di bawah):

    Pernafaasan Dada

    Teknik Pernafasan Perut

    Teknik pernafasan perut ini kebalikan dengan teknik pernafasan dada. Teknik pernafasan ini dilakukan

    apabila pada waktu menarik nafas dan mengeluarkan nafas, ke dalam dan dari paru-paru, hanya otot-

    otot perut yang berkontraksi. Sedangkan otot-otot rusuk, diafragma dan rongga dada sama sekali tidak

    ikut berkontraksi ( = tidak ikut mengembang dan mengempis).

    Untuk membezakan antara teknik pernafasan dada dan teknik pernafasan perut, cubalah anda berdiri

    dan ambillah nafas dalam-dalam kemudian tekan pernafasan anda ke bawah pusar. Tahanlah beberapa

    saat di sana dan cubalah untuk berkata-kata. Apabila kata-kata anda boleh terdengar dengan cukup jelas

    tanpa harus mengubah posisi kontraksi otot-otot perut, bererti anda telah melakukan pernafasan perut

    dengan betul.

    Perhatikan ilustrasi di bawah ini:

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    26/62

    Gambar: Pernafasan Perut

    c. Teknik Pernafasan Diafragma

    Teknik pernafasan diafragma ini merupakan kombinasi antara pernafasan perut dan pernafasan dada.

    Pada waktu menarik dan mengeluarkan nafas ke dalam dan dari paru-paru, sama ada diafragma, otot-

    otot rusuk, rongga dada mahupun otot-otot perut berkontraksi secara bersama-sama. Jika kita rasakan

    seolah-olah udara tidak hanya masuk ke dalam paru-paru tetapi juga ke dalam perut.

    Perhatikan ilustrasi di bawah ini:

    Pernafasan Diafragma

    3. Pola Pernafasan Tenaga Dalam

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    27/62

    Teknik-teknik pernafasan di atas ( : teknik pernafasan dada, perut dan diafragma), harus dilakukan

    dengan pola pernafasan yang sudah ditentukan. Pada prinsipnya pola pernafasan itu ada dua jenis, iaitu

    : Pola Pernafasan Segitiga Samasisi dan Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi. Kedua pola pernafasan

    tersebut mempunyai kegunaan dan tujuan yang berbeza. Pola pernafasan Segitiga Samasisi digunakan

    untuk keperluan bermeditasi, sedangkan pola pernafasan Segitiga Tidak Samasisi untuk

    menghimpun/mengumpul dan membangkitkan kekuatan tenaga dalam.

    Akan tetapi di dalam praktik, ada perguruan tenaga dalam yang menggunakan pola pernafasan segitiga

    samasisi untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam. Hasilnya tentu sahaja kurang memuaskan. Dan

    hal itulah barangkali yang menyebabkan kenapa kekuatan tenaga dalam antara perguruan yang satu

    berbeza dengan yang lain.

    a. Pola Pernafasan Segitiga Samasisi

    Yang dimaksudkan dengan pola pernafasan segitiga samasisi iaitu suatu pola bernafas yang mengandung

    muatan masa/kiraan yang sama antara menghirup, menahan, dan menghembuskan nafas. Apabila pada

    saat menghirup nafas menggunakan masa atau kiraan selama 10 saat, menahan nafas harus dilakukan

    selama 10 saat dan begitu pula pada masa menghembuskan nafas. Proses menghirup nafas harus

    dilakukan dengan melalui hidung, menahan nafas (boleh di: dada, perut atau diafragma), dan

    menghembuskan nafas juga harus melalui hidung. Pola pernafasan Segitiga Samasisi tersebut dapat

    digambarkan dengan ilustrasi seperti di bawah :

    Gambar: Pola Pernafasan Segitiga Samasisi

    Waktu yang digunakan untuk menghirup, menahan, dan mengeluarkan nafas, tidak boleh langsung ke

    10 saat. tetapi harus ditingkatkan setahap demi setahap, mulai dari saat yang pertama. Begitu pula pada

    waktu akan mengakhiri pernafasan juga harus diturunkan sesaat demi sesaat. Pola pernafasan Segitiga

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    28/62

    Samasisi ini digunakan untuk bermeditasi bukan untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam dan oleh

    kerana itu maka tidak akan diajar dalam latihan ini.

    b. Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi

    Pola pernafasan Segitiga Tidak Samasisi, iaitu suatu pola bernafas yang juga terdiri dari proses

    menghirup, menahan, dan menghembuskan nafas, namun muatan masa/kiraan yang digunakan untuk

    ketiga proses ( : menghirup, menahan dan menghembuskan) tersebut tidak sama. Oleh kerana pola

    pernafasan ini digunakan untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam pada tenaga getar ( : pusat

    tenaga atau Cakra), maka penekanan adalah pada lamanya menahan nafas. Peningkatan kiraan hanya

    dibenarkan dalam proses menahan nafas, sedangkan proses menghirup dan menghembuskan nafas --

    tidak. Lamanya menghirup nafas dan mengeluarkan nafas akan disesuaikan secara automatik pada

    lamanya menahan nafas.

    Perhatikan ilustrasi berikut:

    Gambar: Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi

    Lamanya menahan nafas pada pola pernafasan tersebut tidak boleh dikira langsung ke kiraan/saat yang

    ke-10. Melainkan harus ditingkatkan setahap demi setahap, mulai dari kiraan/saat yang pertama. Begitu

    pula setelah sampai pada kiraan yang tinggi dan kita sudah tidak kuat untuk meningkatkannya lagi, kita

    harus menurunkan juga sesaat demi sesaat. Hal ini dimaksudkan agar paru-paru dan jantung tidak

    mendapat beban kerja secara mendadak. Jika latihan tadi dilakukan secara konsisten, besar sekali

    pengaruhnya bagi kesihatan kedua organ vital tersebut.

    Catatan :

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    29/62

    -- menghirup nafas dan menghembuskan nafas, sama ada pada pola pernafasan Segitiga Samasisi

    mahupun Tidak Samasisi harus dilakukan dengan melalui hidung. Begitu pula pada waktu

    menggira/menghitung lamanya menghirup, menahan dan menghembuskan nafas harus dilakukan

    dengan dibatin (dalam hati), tidak boleh diucapkan dengan kata-kata. Hal ini dimaksudkan agar tidak

    terjadi kontraksi otot pada waktu melakukan pernafasan, kerana gerakan sekecil apapun (kecuali rongga

    hidung dan otot-otot yang menyokong proses pernafasan yang terdapat di bahagian dada dan perut)

    akan mengurangi tingkat efektivitas/keberkesanan pernafasan. Khususnya pernafasan untuk

    membangkitkan tenaga dalam.

    B. LATIHAN PERNAFASAN TENAGA DALAM

    Latihan pernafasan tenaga dalam yang akan diajarkan di dalam sesi latihan ini meliputi : teknik

    pernafasan dada, teknik pernafasan perut dan teknik pernafasan diafragma. Ketiga-tiga teknik

    pernafasan tersebut dilakukan secara berurutan, dengan menggunakan pola pernafasan Segitiga Tidak

    Samasisi.

    1. Panduan Latihan

    Panduan-panduan latihan di bawah ini harus anda perhatikan, agar anda dapat melakukan pernafasan

    dengan benar, efektif dan dapat memberi pengaruh positif bagi kesihatan fizikal mahupun mental anda.

    a. Latihan pernafasan tenaga dalam yang akan diberikan dalam sesi latihan ini harus dilakukan setelah

    terlebih dahulu anda melakukan gerakan-gerakan pemanasan. paling ideal jika dilakukan setelah

    melakukan latihan dasar-dasar pertahanan diri tenaga dalam.

    b. Tempat Latihan

    Latihan harus dilakukan di tempat yang terbuka, tidak tercemar oleh pencemaran udara dan jauh dari

    kesibukan. Latihan dapat pula dilakukan di tempat tertutup asalkan banyak udara yang boleh masuk.

    Latihan harus dilakukan di atas tanah atau lantai dan tidak diperkenankan menggunakan sebarang alas.

    Lebih baik jika anda melakukan dengan tanpa menggenakan baju (misalnya, cukup memakai seluar

    pendek), sehingga dengan demikian badan anda akan berhubungan langsung dengan udara dan

    tanah/lantai.

    c. Masa Latihan :

    Pagi :- ( 07.00 pagi sehingga 09.00 pagi )

    Petang :- ( 03.00 petang sehingga 05.00 petang )

    Malam :- (10.00 malam sehingga 03.30 subuh )

    d. Larangan :

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    30/62

    Latihan tidak boleh dilakukan dalam keadaan perut kenyang atau sebaliknya dalam keadaan perut

    kosong sama sekali. Kerana hal ini dapat menimbulkan gangguan pada saluran pencernaan.

    Latihan tidak boleh dilakukan di luar waktu-waktu yang telah ditentukan di atas, kerana boleh memberi

    efek/pengaruh yang tidak baik bagi kesihatan fizikal dan mental.

    Latihan tidak boleh dilakukan pada waktu cuaca buruk, misalnya pada saat matahari terik, saat

    mendung, hujan dan banyak guruh.

    Pada waktu melakukan latihan, semua indera anda akan menjadi sangat sensitif. Jangan sampai anda

    disentuh atau diganggu orang lain, kerana boleh menimbulkan gangguan pada sistem saraf anda. Maka

    jika anda melakukan latihan di tempat terbuka sebaiknya ditunggui oleh orang lain. Dan jika melakukan

    latihan di dalam ruangan/bilik sebaiknya ruangan itu dikunci.

    Pada waktu melakukan pernafasan dilarang "kentut", membuka mata, menggerakkan anggota tubuh

    dan menghirup atau mengeluarkan nafas ebelum sampai pada waktunya. Jika larangan-larangan itu

    anda abaikan, maka tenaga dalam anda akan "bocor" dan latihan pernafasan anda menjadi tidak efektif.

    Bagi mereka yang memiliki penyakit jantung sebaiknya berjumpalah dulu dengan doktor, sebelum

    melakukan pernafasan tenaga dalam.

    2. Cara Melakukan Latihan Pernafasan Tenaga Dalam

    Lakukan latihan pernafasan tenaga dalam secara berurutan sesuai dengan urutan gambar-peragaan dan

    keterangan-keterangan di bawah ini :

    a). Berbaringlah di atas lantai, tanpa alas dan tanpa bantal. Letakkan kedua belah tangan anda lurus

    dengan kaki, dengan telapak tangan menghadap ke atas. Pusatkan konsentrasi, singkirkan untuk

    sementara semua keruwetan dan tekanan hidup dari fikiran mahupun perasaan anda. Aturlah

    pernafasan anda se-selesa mungkin sehingga anda dapat melakukan sikap yang pertama ini tanpa

    tekanan apapun.

    Berbaring dengan se-rileks mungkin, semua ketegangan fizikal mahupun mental harus

    dilepaskan/dikendurkan. Posisi tangan dan kaki harus ditempatkan secara automatik.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    31/62

    b). Pejamkan mata (ringan-ringan sahaja), kemudian berdoalah kepada Tuhan untuk meminta kekuatan

    lahir dan batin. Doa boleh dengan cukup di batin (diucapkan dalam hati) atau diucapkan dengan kata-

    kata.

    c). Sekarang mulailah mengambil nafas melalui hidung, tahan di dada selama 1 kiraan ( : 1 saat).

    Kemudian keluarkan perlahan-lahan juga melalui hidung. Langsung ambil nafas lagi melalui hidung,tahan di dada selama 2 kiraan. Kemudian keluarkan perlahan-lahan melalui hidung. lakukan pernafasan

    tersebut dengan meningkatkan kiraannya satu demi satu hingga mencapai pada kiraan yang tidak

    terbatas/terhad. Setelah mencapai pada suatu kiraan tertentu dan anda merasa sudah terlalu berat,

    maka turunkan kembali pernafasan satu demi satu dari atas hingga sampai pada kiraan satu.

    Meningkatkan kiraan dan menurunkan kiraan harus dilakukan setahap demi setahap, tidak bolehsekaligus.

    Pada saat menghirup nafas, anda harus merasakan seolah-olah menghisap daya hidup atau Chi dari

    alam. Pada saat menahan nafas, anda harus merasakan seolah-olah daya hidup yang telah diserap itu

    terhimpun di dalam dada. Dan semasa mengeluarkan nafas, anda harus merasakan seolah-olah daya

    hidup itu anda sebarkan ke seluruh bahagian tubuh anda. Rasakan adanya suatu sensasi dari perasaan

    yang teramat nyaman di segenap tubuh anda, yang seolah-olah mengalir bersama dengan hembusan

    nafas yang keluar dari dalam hidung.

    d). Setelah selesai menurunkan kiraan pernafasan hingga ke kiraan 1, sekarang ambil nafas lagi melalui

    hidung, tekan dan tahan pernafasan itu di bawah pusar/pusat selama 1 kiraan. Kemudian keluarkanperlahan-lahan juga melalui hidung, langsung ambil nafas lagi melalui hidung, tekan dan tahan di bawah

    pusar selama 2 kiraan kemudian dikeluarkan. Begitu seterusnya dengan meningkatkan kiraan seperti

    pada waktu melakukan pernafasan dada tersebut di atas.

    Pada waktu menghirup nafas, anda juga harus merasakan seolah-olah menghirup daya hidup atau Chi

    dari alam bebas. Namun pada waktu menahan nafas daya hidup atau Chi yang telah anda serap tidak

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    32/62

    dihimpun di dalam dada melainkan di dalam perut (tepatnya kira-kira 10 cm di bawah pusar). Pada

    waktu mengeluarkan nafas, daya hidup harus dirasakan mengalir ke segenap bahagian tubuh anda.

    e). Sesudah pernafasan perut selesai, lakukan dengan cara yang sama untuk pernafasan diafragma.

    f). Dan setelah melakukan pernafasan diafragma, latihan pernafasan tenaga dalam ini dapat diakhiri

    dengan bersyukur kepada Tuhan lalu meraupkan kedua telapak tangan ke muka. Bersamaan dengan itu,

    anda harus membuka mata perlahan-lahan, yang bererti semua rangkaian latihan pernafasan anda

    sudah selesai.

    Dengan melakukan teknik pernafasan dada, perut dan teknik pernafasan diafragma tersebut maka di

    samping pintu gerbang sumber kekuatan tenaga dalam anda telah terbuka, anda juga telah memiliki

    cadangan kekuatan tenaga dalam yang tidak kecil jumlahnya. Tentu sahaja jika latihan pernafasan

    tersebut dilakukan secara rutin dan terus menerus. Persoalan berikutnya yang masih harus anda

    selesaikan iaitu bagaimana cara menyalurkan/melontarkan kekuatan tenaga dalam yang telah anda

    kuasai untuk keperluan-keperluan yang baik dan membina/konstruktif.

    Setelah anda benar-benar telah menguasai Tahap Satu ini barulah anda beralih ke Tahap Dua. Inilah

    kunci Kejayaan Latihan Tenaga Dalam ini.

    Tahap Satu/Tahap Tiga/Tahap Empat

    To The TOP

    http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#atashttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#atashttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#atashttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%201
  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    33/62

    TAHAP TIGA

    Teknik Dasar Melaontarkan Kekuatan Tenaga Dalam/Teknik Melontarkan Tenaga Dalam Dengan Nafas

    Tolak/Teknik Melontarkan Tenaga Dalam Dengan Nafas Tarik/Teknik Melontarkan Tenaga Dalam

    Dengan Nafas Tahan/Syarat-syarat Utama/Syarat-syarat Penunjang/Jurus SATU:Gerakan 1/

    Gerakan 2/Formasi Gerakan/Jurus DUA :Gerakan 1/Gerakan 2/Gerakan 3/Langkah Silang/

    Gerakan 4/Jurus TIGA:Gerakan 1/Gerakan 2/Gerakan 3/Gerakan 4/Jurus EMPAT:Gerakan 1/

    Gerakan 2/Gerakan 3/Gerakan 4 /Jurus LIMA:Gerakan 1 /Gerakan 2/Gerakan 3/Gerakan 4 /

    Gerakan 5/Gerakan 6/Gerakan 7 /Gerakan 8/Jurus ENAM:Gerakan 1/Gerakan 2/Gerakan 3/

    Gerakan 4

    Tahap Satu/Tahap Dua/Tahap Empat

    Kekuatan tenaga dalam boleh dilontarkan sama ada dengan sokongan/bantuan fizikal mahupun tanpa

    sokongan/bantuan fizikal. Melontarkan kekuatan dengan sokongan fizikal, menggunakan suatu

    perangkat yang disebut Jurus Tenaga Dalam. Dan jika tanpa sokongan fizikal, perangkat yang digunakan

    ialah apa yang disebut dengan Visualisasi ( = menggambarkan/membayangkan keadaan yang

    sebenarnya dengan perasaan ).

    Sama ada dengan sokongan fizikal mahupun tanpa sokongan fizikal, kekuatan tenaga dalam hanya boleh

    dilontarkan/ditunjukkan apabila ada rangsangan ( berupa: serangan yang dilandasi dengan amarah,

    perasaan benci dan maksud-maksud lain yang bersifat jahat/merosak), yang datang dari luar.

    Latihan melontarkan kekuatan tenaga dalam yang akan diberikan di dalam seri latihan ini terutamaditekankan pada latihan melontarkan dengan menggunakan perangkat Jurus-jurus tenaga dalam. Kerana

    selain daripada menyihatkan cara ini juga lebih mudah dan efektif. Sesiapa sahaja yang belajar tenaga

    dalam mulai dari "kosong" ( sama ada dengan Guru mahupun tanpa Guru), anda disarankan terlebih

    dahulu mempelajari jurus-jurus tenaga dalam sebelum mempelajari cara-cara Visualisasi. Cara-cara

    pelontaran tenaga dalam dengan Visualisasi memerlukan Prakondisi yang lebih sukar, dan biasanya

    hanya boleh dilakukan oleh mereka yang telah menguasai tenaga dalam di tingkat yang lebih tinggi.

    Akan tetapi sebagai latihan (dan berdasarkan pengalaman praktikal, hasilnya ternyata lebih

    memuaskan), latihan-latihan jurus tenaga dalam yang akan diberikan dalam seri latihan ini sedikit-

    banyak akan dipadukan dengan penggunaan cara-cara visualisasi. Untuk itu, pelajari terlebih dahuludasar-dasar pengetahuan berikut.

    A. TEKNIK DASAR MELONTARKAN KEKUATAN TENAGA DALAM

    Teknik dasar melontarkan kekuatan tenaga dalam pada prinsipnya ada tiga jenis, iaitu:

    http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20dasar%20melontarhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20dasar%20melontarhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20melontar%20tenagahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20melontar%20tenagahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20melontar%20tenagahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20melontar%20tenagahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20melontar%20tenaga-tarikhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20melontar%20tenaga-tarikhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20melontar%20tenaga-tarikhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20melontar%20td%20-%20tahanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20melontar%20td%20-%20tahanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20melontar%20td%20-%20tahanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20melontar%20td%20-%20tahanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#syarat%20utamahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#syarat%20utamahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#syarat%20utamahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#syarat%20penunjanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#syarat%20penunjanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#syarat%20penunjanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%20satuhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%20satuhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%20satuhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jur%201%20gerkan%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jur%201%20gerkan%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jur%201%20gerkan%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%201%20ger%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%201%20ger%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#formasi%20gerakanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#formasi%20gerakanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#formasi%20gerakanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j2%20ger%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j2%20ger%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j2%20ger%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%202%20g%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%202%20g%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%202%20g%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%202%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%202%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%202%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#langkah%20silanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#langkah%20silanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#langkah%20silanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%202%20g%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%202%20g%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%205http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%205http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%205http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g2http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g2http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g2http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g3http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g3http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g3http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g4http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g4http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g4http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g5http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g5http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g6http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g6http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g6http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g7http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g7http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g7http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g8http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g8http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g8http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%206http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%206http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%206http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g1http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g1http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g1http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g2http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g2http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g2http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g3http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g3http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g3http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g4http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tahap%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g4http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g3http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g2http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%206%20g1http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%206http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g8http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g7http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g6http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g5http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g4http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g3http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g2http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%205%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%205http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%204%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%203%20g%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%202%20g%204http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#langkah%20silanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%202%20g%203http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%202%20g%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j2%20ger%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#formasi%20gerakanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#j%201%20ger%202http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jur%201%20gerkan%201http://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#jurus%20satuhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#syarat%20penunjanghttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#syarat%20utamahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20melontar%20td%20-%20tahanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#tek%20melontar%20td%20-%20tahanhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20melontar%20tenaga-tarikhttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20melontar%20tenagahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20melontar%20tenagahttp://tenagadalaman.tripod.com/abc.htm#teknik%20dasar%20melontar
  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    34/62

    1. Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakan NAFAS TOLAK/LONTAR.

    2. Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakan NAFAS TARIK/HISAP, dan

    3. Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakan NAFAS TAHAN.

    Ketiga teknik dasar pelontaran tenaga dalam tersebut harus difahami sebelum anda mempelajari jurus-

    jurus tenaga dalam. Kenapa begitu? Kerana jurus-jurus tenaga dalam pada prinsipnya merupakan

    penerapan dari ketiga teknik dasar tersebut yang diwujudkan dalam suatu rangkaian gerakan.

    Kecuali teknik-teknik dasar pelontaran tenaga dalam, anda juga harus mengetahui syarat-syarat (

    prakondisi ) yang harus dipenuhi agar teknik-teknik dasar tersebut dapat digunakan untuk melontarkan

    kekuatan tenaga dalam. Dengan mengetahui pelajaran-pelajaran dasar tersebut, diharapkan para

    Pelatih tidak hanya melatih gerakan-gerakan jurus tenaga dalam sekadar pelajaran oleh keperluan

    belakan. Melainkan lebih dari itu, Pelatih dapat merasakan aliran-aliran tenaga/energi yang masuk dan

    terpancar melalui pernafasan dan gerakan-gerakan.

    1. Teknik Melontarkan Tenaga Dalam Dengan Nafas Tolak.

    Teknik melontarkan tenaga dalam dengan Nafas Tolak ini dilakukan dengan cara: mengambil nafas

    melalui hidung dengan lembut dan menghembuskannya ( juga melalui hidung ) dengan keras/kuat.

    Teknik nafas tolak ini digunakan untuk melakukan serangan dari jarak jauh dan melemparkan lawan ke

    belakang. Teknik nafas tolak ini bersifat merosak/menghancurkan, apabila digunakan dengan

    menggunakan jurus-jurus tenaga dalam yang berbahaya boleh menimbulkan luka dalam pada lawan.

    Apabila digunakan dalam perawatan, teknik nafas tolak ini juga boleh digunakan untuk

    menghancurkan/membunuh penyakit.

    2. Teknik Melontarkan Tenaga Dalam Dengan Nafas Tarik

    Teknik melontarkan tenaga dalam dengan Nafas Tarik ini dilakukan dengan cara : mengambil nafas

    melalui hidung dengan keras/kuat dan menghembuskannya ( juga melalui hidung ) dengan perlahan-

    lahan atau lembut. Teknik nafas tarik ini digunakan untuk menarik lawan atau objek sehingga lawan atau

    objek tersebut bergerak ke arah kita tanpa kendali/kontrol. Di dalam praktik perawatan, teknik ini

    digunakan untuk menyedut penyakit (: energi penyakit yang bersifat merosak ) dari dalam tubuh orang

    yang sakit. Teknik ini biasanya digunakan setelah penyakit si pesakit dihancurkan dengan menggunakanteknik nafas tolak ( penyakit dihancurkan terlebih dahulu ).

    3. Teknik Melontarkan Tenaga Dalam Dengan Nafas Tahan

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    35/62

    Teknik melontarkan tenaga dalam dengan Nafas Tahan ini dilakukan dengan cara : menarik/mengambil

    nafas melalui hidung dengan keras/kuat kemudian menahannya pada pusat getar ( di perut atau dada )

    dengan mengeraskan pusat getar tersebut. Teknik nafas tahan ini digunakan untuk membentuk

    perisai/benteng di sekeliling tubuh, sehingga serangan yang dilancarkan oleh lawan tidak akan sampai

    pada sasaran. Teknik nafas tahan ini bersifat defensif dan akan memberi kesan kekebalan pada tubuh.

    Serangan lawan yang dilancarkan tanpa emosi dan mengenai tubuh kita, harus kita hadapi dengan

    menggunakan teknik nafas tahan ini sehingga tidak menimbulkan rasa sakit.

    Ketiga teknik dasar pelontaran tenaga dalam tersebut hanya boleh dilakukan secara baik apabila telah

    memenuhi syarat-syarat tertentu. Ada dua syarat yang harus dipenuhi agar ketiga teknik tersebut dapat

    diterapkan secara baik, iaitu : syarat utama dan syarat penunjang.

    Syarat-syarat Utama :

    Pemusatan Tenaga ( KONSENTRASI ). Kekuatan tenaga dalam hanya boleh kita lontarkan apabila kita

    dapat memusatkan tenaga yang akan kita lontarkan itu pada pusat getar, kemudian bergerak dan

    terpancar melalui saluran-saluran yang tersedia, misalnya telapak tangan, jari-jari tangan dan lain-lain.

    Tanpa konsentrasi, tenaga dalam tak akan pernah terwujud.

    Penguatan Daya Dorong ( KEYAKINAN/KEPERCAYAAN ). Tenaga dalam merupakan hal yang abstrak,

    tanpa adanya unsur kepercayaan atau keyakinan terhadap kewujudan/eksistensi dari daya tenaga dalam

    maka tenaga dalam juga tidak dapat dilontarkan. Semakin besar keyakinan/kepercayaan yang kita miliki,

    maka semakin besar tenaga dalam yang dapat kita lontarkan.

    Penggambaran/Pembayangan ( VISUALISASI ). Tenaga dalam merupakan tenaga murni yang bebas nilai,

    ia akan menemukan bentuknya sesuai dengan cipta-rasa pemiliknya. Untuk dapat melontarkan kekuatan

    tenaga dalam harus diciptakan suatu gambaran atau visualisasi dari sebuah bentuk aplikasi tenaga

    dalam. Visualisasi ini merupakan syarat utama, kerana tanpa visualisasi tenaga dalam tak akan

    berbentuk dan dengan sendirinya tak akan dapat dilontarkan.

    Syarat-syarat Penunjang :

    Kecuali tiga syarat utama tersebut di atas, ada beberapa syarat penunjang yang tidak semestinya dipakainamun apabila dilakukan dengan baik akan sangat membantu semua syarat utama. Bahkan beberapa

    aliran perguruan tenaga dalam menggunakan syarat-syarat penunjang ini sebagai hal yang prinsip/pokok

    dan apabila ditinggalkan besar sekali pengaruhnya terhadap kekuatan tenaga dalam yang dilontarkan.

    Syarat-syarat penunjang/pendukung itu ialah : Manteran/Jampi, Doa dan Kata-kata.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    36/62

    Mantera / Jampi. Mantera atau jampi adalah rangkaian kata-kata atau kalimat ( seperti puisi ), yang

    apabila diucapkan atau dilafaz dengan suatu sikap/tatalaku tertentu dan diyakini akan menimbulkan

    suatu daya atau kekuatan.

    Doa. Doa adalah suatu tuntunan untuk meminta kepada Tuhan Allah. Berbeza dengan mantera, doa

    mempunyai sumber yang jelas yakni berasal dari tuntunan para Nabi. Kalimat-kalimat yang tersusundalam suatu doa juga mempunyai erti yang jelas, tidak seperti mantera/jampi yang susunan mahupun

    erti kata atau kalimat-kalimatnya pada umumnya tidak jelas, kabur bahkan jungkir-balik.

    Kata-kata. Yang dimaksudkan dengan kata-kata di sini ialah ucapan-ucapan yang dilakukan secara

    spontan semasa seseorang melontarkan tenaga dalam. Kata-kata ini selalu menggunakan bahasa yang

    difahami oleh orang yang melakukannya. Misalnya, pada waktu kita melontarkan tenaga dalam kita

    iringi dengan mengucapkan salah satu sifat Allah ( Asma Ul Husna ) yang berbunyi " Ya Qowiyyu " = Yang

    Maha Kuat. Kata-kata yang kita ucapkan pada waktu melontarkan tenaga dalam juga dapat diambil dari

    bahasa sehari-hari tanpa harus mengikuti aturan tertentu. Yang penting kita meyakininya, dengan

    mengucapkan kata-kata itu tenaga dalam kita akan lebih terpusatkan.

    Dari penjelasan-penjelasan tersebut jelaslah bahawa syarat-syarat penunjang mempunyai nilai yang

    positif yang boleh membantu konsentrasi, keyakinan mahupun visualisasi. Syarat-syarat penunjang

    tersebut sifatnya subjektif dan perguruan-centris, masing-masing perguruan tenaga dalam mempunyai

    pelajaran dan tata cara yang berbeza-beza. Dan agar tidak mengurangi nilai "keumuman" sesi latihan ini

    maka ketiga syarat penunjang tersebut sengaja tidak diberikan di dalam sesi latihan ini. Walau

    bagaimanapun, dijamin bahawa kesahihan daripada pelajaran ilmu tenaga dalam dalam sesi latihan ini

    tidak di bawah mana-mana ilmu tenaga dalam yang menggunakan mantera, doa mahupun kata-kata.

    B. LATIHAN JURUS-JURUS TENAGA DALAM

    Jurus tenaga dalam adalah rangkaian gerakan yang dijalankan menurut arah, pola dan cara melangkah

    tertentu yang ada di dalam ilmu tenaga dalam. Gerakan-gerakan yang dirangkaikan di dalam jurus

    tenaga dalam tidak disiapkan untuk menghadapi hubungan/kontak langsung dengan serangan fizikal

    dari pihak lawan. Akan tetapi lebih ditekankan sebagai latihan guna mempersiapkan fizikal agar dapat

    dijadikan sebagai sarana yang baik dalam pengungkapan/pelontaran kekuatan tenaga dalam. Dengan

    jurus-jurus tenaga dalam, fizikal diberi latihan yang mengarah kepada terbukanya saluran tenaga dalam

    melalui fizikal.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    37/62

    Jurus Satu

    Jurus Satu merupakan jurus untuk membentuk benteng atau pagar tenaga dalam. Dengan jurus ini,

    maka di sekeliling tubuh anda akan terbentuk suatu pancaran tenaga dalam ( aura ) yang akan

    melindungi diri anda dari serangan yang bersifat jahat dan destruktif/merosak. Radius tenaga dalam

    yang boleh ditimbulkan dengan memperagakan jurus yang pertama ini, tebal-nipisnya sangat

    bergantung pada keberkesanan latihan anda.

    Jurus yang pertama ini berfungsi untuk pertahanan diri ( defensif ), dilakukan dengan menggunakan

    TEKNIK NAFAS TAHAN. Dalam radius tertentu, lawan yang menyerang dari berbagai arah tidak akan

    mampu mendekati anda. Setiap kali hendak mendekat ia akan terdorong atau terpental/terpelanting ke

    belakang. Bahkan jika tenaga dalam yang kita miliki terlalu kuat, ia akan langsung terpelanting ke tanah

    dan pengsan. Perhatikan cara melatihnya pada peragaan-peragaan di bawah ini :

    Gerakan / Kiraan 1

    Gerakan / Kiraan 1 :

    Berdirilah dengan tegap, kaki rapat. Tarik nafas dengan keras melalui hidung dan tahanlah di dalamdada. Bersamaan dengan itu, letakkan tangan kiri di depan dada dengan hujung-hujung jarinya

    menghadap ke atas, manakala tangan kanan dirapatkan/ditempelkan rapat-rapat di samping/sisi

    pinggang ( perhatikan gambar Gerakan 1 ). Pada saat melakukan gerakan tersebut, seluruh kekuatan

    harus dipusatkan pada perut, dada dan kedua belah tangan anda. Pertahankan/kekalkan posisi demikian

    selama 8 ( lapan saat ), kemudian keluarkan nafas dengan lembut melalui hidung.

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    38/62

    Gerakan / Kiraan 2 :

    Ambil nafas dengan keras melalui hidung dan tahanlah di dalam dada. Bersamaan dengan itu balikkan

    badan anda ke kanan ( seperti orang sedang kawat/berbaris ), dan buatlah gerakan seperti pada

    gerakan/kiraan 1. tetapi posisi tangan harus dibalik, tangan kanan diletakkan di depan dada sedangkan

    tangan kiri di sisi pinggang. Pertahankan posisi demikian selama 8 saat, lalu keluarkan nafas dengan

    perlahan-lahan melalui hidung.

    Formasi jurus 1 adalah membentuk gerakan empat penjuru/mata angin, dilakukan dengan 4 kali kiraan

    dengan gerakan dari arah kiri ke kanan. Apabila pada kiraan 1 anda menghadap ke sebelah selatan makapada kiraan 1 anda menghadap ke sebelah barat. Pada kiraan 3 anda menghadap ke utara dan pada

    kiraan 4 anda menghadap ke sebelah timur. Pada kiraan 1, anda kembali menghadap ke sebelah selatan.

    Gerakan/kiraan 1 sama dengan gerakan kiraan 3, dan gerakan kiraan 2 sama dengan gerakan kiraan 4.

    Perhatikan gambar di bawah:

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    39/62

    Formasi gerakan se-arah dengan pusingan jam, merupakan putaran alam yang boleh menimbulkan

    suatu kekuatan dan tenaga.

    Jurus Dua

    Jurus Dua merupakan jurus dorong, jurus untuk melontarkan kekuatan tenaga dalam melalui satu

    tangan. Lawan yang terkena serangan jurus ini akan terpental ke belakang. Bahkan jika tenaga dalam

    yang kita miliki terlalu kuat dan lawan menyerang dengan emosi yang tinggi, lawan akan terdorong

    dengan keras dan langsung pengsan. Jurus ini dilakukan dengan TEKNIK NAFAS TOLAK, dan terdiri dari 4

    gerakan atau kiraan. Perhatikan cara melakukannya pada peragaan-peragaan di bawah ini:

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    40/62

    Gerakan / Kiraan 1

    Gerakan / Kiraan 1 :

    Berdirilah dengan tegap dan kaki rapat, seperti ketika akan mengawali jurus satu. Kemudian ambil nafas

    yang dalam dengan perlahan melalui hidung dan tahanlah di dalam dada. Bersamaan dengan itu,

    buatlah posisi kuda-kuda tengan (ongkong-ongkong) dan letakkan kedua tangan di samping pinggang.

    Tarik kedua tangan anda itu ke belakang bersama dengan tarikan nafas, pergelangan tangan harus

    menempel/rapat pada pinggang dan hujung-hujung jari menghadap ke bawah. (Perhatikan gambar di

    atas ).

  • 7/27/2019 Latihan Dasar Pertahanan Diri Tenaga Dalam

    41/62

    Gerakan / Kiraan 2

    Gerakan / Kiraan 2 :

    Geser kaki kiri anda dan dorongkan telapak tangan anda ke depan. Bersamaan dengan itu, hembuskan

    nafas anda dengan keras melalui hidung. Pada saat melakukan gerakan dan pernafasan tersebut, anda

    harus menggambarkan/merasakan seolah-olah tenaga dalam anda terpancar melalui telapak tangan kiri.

    Catatan : Untuk menguatkan pusat getar, pada saat melakukan gerakan/kiraan 2 ini maka perut, dadadan tangan kanan harus dikeraskan. Ini boleh dibant