temu bual guru cemerlang

8
TEMUBUAL BERSTRUKTUR Saya : Assalamualaikum cikgu. Kami dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Bolehkah kami menemubual cikgu? Guru cemerlang : Waalaikumussalam. Boleh. Silakan. Saya : Bagaimanakah cikgu mengurus organisasi kelas prasekolah dengan baik? Guru cemerlang : Dalam pengurusan organisasi prasekolah saya telah mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa/ penjaga murid dan guru-guru di sekolah ini dalam perlantikan ahli jawatankuasa permuafakatan prasekolah. Kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru sangat membantu dalam pengurusan organisasi prasekolah yang baik. Guru Besar dan guru penolong kanan sekolah sentiasa memberi sokongan dalam program yang dianjurkan oleh saya. Saya : Boleh cikgu terangkan mengenai tatacara pengurusan peralatan kelas prasekolah, peruntukan kewangan dan pembelian barangan makanan di kelas prasekolah? Guru cemerlang : Biasanya saya akan merujuk surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan contohnya dalam merekod harta modal dan peralatan prasekolah yang dibekal oleh kerajaan ke dalam rekod inventori yang berkenaan. Saya juga menyediakan takwim tahunan dan perancangan perbelanjaan tahunan dari sumber wang makan prasekolah, wang kokurikulum dan wang PCG prasekolah secara berhemah. Saya akan bekerjasama dengan pembantu pengurusan murid dalam menyediakan bekalan makanan kepada murid-murid . Saya akan menyediakan buku menu untuk memudahkan pembantu pengurusan murid menyediakan menu yang berkhasiat untuk murid. Saya Apakah aktiviti rutin cikgu bersama kanak-kanak sebelum

Upload: irmaismail

Post on 18-Nov-2015

356 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Guru Cemerlang Prasekolah

TRANSCRIPT

TEMUBUAL BERSTRUKTURSaya :Assalamualaikum cikgu. Kami dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Bolehkah kami menemubual cikgu?

Guru cemerlang :Waalaikumussalam. Boleh. Silakan.

Saya :Bagaimanakah cikgu mengurus organisasi kelas prasekolah dengan baik?

Guru cemerlang :Dalam pengurusan organisasi prasekolah saya telah mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa/ penjaga murid dan guru-guru di sekolah ini dalam perlantikan ahli jawatankuasa permuafakatan prasekolah. Kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru sangat membantu dalam pengurusan organisasi prasekolah yang baik. Guru

Besar dan guru penolong kanan sekolah sentiasa memberi sokongan dalam program yang dianjurkan oleh saya.

Saya :Boleh cikgu terangkan mengenai tatacara pengurusan peralatan kelas prasekolah, peruntukan kewangan dan pembelian

barangan makanan di kelas prasekolah?

Guru cemerlang :Biasanya saya akan merujuk surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan contohnya dalam merekod harta modal dan peralatan prasekolah yang dibekal oleh kerajaan ke dalam rekod inventori yang berkenaan. Saya juga menyediakan takwim tahunan dan perancangan perbelanjaan tahunan dari sumber wang makan prasekolah, wang kokurikulum dan wang PCG prasekolah secara berhemah. Saya akan bekerjasama dengan pembantu pengurusan murid dalam menyediakan bekalan makanan kepada murid-murid. Saya akan menyediakan buku menu untuk memudahkan

pembantu pengurusan murid menyediakan menu yang berkhasiat untuk murid.

Saya :Apakah aktiviti rutin cikgu bersama kanak-kanak sebelum

memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada setiap hari?

Guru cemerlang :Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya akan memeriksa kesihatan diri murid-murid, memastikan murid mengambil Punch Card kedatangan untuk dimasukkan ke dalam poket kedatangan harian bagi menunjukkan bahawa murid tersebut hadir ke sekolah pada hari tersebut. Selain itu saya juga memulakan rutin harian dengan bacaan doa dan nyanyian lagu-lagu patriotik di selangi dengan nyanyian lagu abjad pada setiap hari.

Saya :Apakah visi, misi. moto dan piagam pelanggan prasekolah cikgu?

Guru cemerlangVisi Sekolah Saya ialah Pendidikan Berkualiti Insan terdidik negara sejahtera, Misi pula Menjadikan Prasekolah Ceria SK Durian Daun (K) dapat membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara . Moto pula Datang Dengan Gembira, Pulang Dengan Ceria.Manakala piagam pelanggan kelas ini pula murid-murid keluaran prasekolah akan berjaya menguasai kemahiran asas dalam membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Saya :Adakah pembantu pengurusan murid sekolah cikgu mengetahui tugas dan peranannya?

Guru cemerlang :Ya. kerana beliau memiliki fail meja pembantu pengurusan murid.

Saya :Adakah murid-murid faham peraturan bilik darjah yang dipamerkan di dalam kelas cikgu?

Guru cemerlang :Saya berpendapat bahawa murid faham kerana menjadi rutin kami juga melakukan aktiviti mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Saya :Apakah sukatan pelajaran yang digunakan oleh cikgu dalam mengajar murid?

Guru cemerlang :Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan dan Pendekatan secara Modul Pengajaran Bertema dan Teras Asas. Saya juga akan menyiapkan perancanga tahunan untuk pengurusan kelas

prasekolah merangkumi takwim, aktiviti tahunan prasekolah, anggaran perbelanjaan mengurus prasekolah, jadual waktu, carta organisasi ,rancangan pengajaran tahunan, rancangan pengajaran mingguan, manakala rancangan pengajaran harian di tulis dalam buku persediaan mengajar yang diselaraskan bagi negeri Melaka.

Saya :Berapa kalikah dalam setahun guru besar memantau cikgu dan pembantu pengurusan murid?

Guru cemerlang :

Saya :Pemantauan daripada Guru Besar dilakukan 4 kali setahun. Manakala pemantauan saya kepada pembantu pengurusan murid dilakukan pada setiap hari yang mana pembantu perlu melengkapkan senarai tugasan dan dihantar setiap hari Jumaat kepada saya untuk disemak dan disahkan oleh Guru Besar seminggu sekali.

Adakah pembantu pengurusan murid diberi peluang berkursus

untuk meningkatkan tahap kompetensinya?

Guru cemerlang :

Ya. Biasanya kursus yang diikuti adalah anjuran Pegawai Pendidikan Daerah/ Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Sumber Manusia.

Saya :Siapa yang akan membantu cikgu sekiranya pembantu berkursus atau bercuti.

Guru cemerlang :

Biasanya sekiranya pembantu pengurusan murid berkursus atau bercuti, beliau akan memaklumkan kepada saya dahulu dan saya akan memajukan permohonan cuti beliau kepada Guru Besar untuk menghantar pekerja sekolah bagi membantu saya menguruskan murid. Makanan pula biasanya saya tempah dari kantin sekolah.

Saya :Apakah sumbangan cikgu kepada komuniti setempat?

Guru cemerlang :

Saya terlibat secara langsung sabagai Ahli Jawatankuasa Penduduk di Kampung Lendu dan saya juga melibatkan diri sebagai wanita Umno Dun Masjid Tanah dan melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan jahitan dan masakan anjuran KEMAS Parlimen Masjid Tanah.

Saya :Bagaimanakah hubungan cikgu bersama guru-guru dan staf sekolah ini?

Guru cemerlang :

Tiada masalah, kerana kami bekerja dalam satu pasukan.

Malahan kelas saya ini menjadi kelas tumpuan guru-guru terutamanya untuk menunggu waktu kokurikulum pada hari Selasa yang akan dijalankan pada jam 3.30 petang hingga 5.30 petang. Cikgu-cikgu yang tidak balik lebih selesa berehat dan solat di kelas prasekolah saya. Kata mereka kelas saya ini, sejuk dan selesa.

Saya :Sebagai guru cemerlang prasekolah, adakah cikgu mengalami masalah dalam pengurusan tingkah laku kanak-kanak di dalam kelas?

Guru cemerlang :

Biasanya pada minggu pertama persekolahan atau bulan pertama persekolahan sahaja saya mengalami sedikit masalah dalam mengurus tingkah laku kanak- kanak . Namun setelah

mereka diberi peraturan dan disiplin tentang apa yang perlu di lakukan di sekolah , akhirnya masalah tingkah laku dapat di atasi.

Saya :Bolehkah cikgu berkongsi pengalaman bagaimana ciri-ciri untuk menjadi guru cemerlang?

Guru cemerlang :

Saya :Bukan senang untuk mendapat pangkat ini. Kita haruslah

menunjukkan prestasi yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu, kita juga harus menjaga

hubungan dengan guru-guru, Guru besar dan semua pihak. Tambahan lagi, guru haruslah membina kecemerlangan diri termasuk semua aspek dan boleh membantu kawan-kawan yang lain. Dari segi perkhidmatanpula para guru hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tujuh tahun pengalaman mengajar. Bukan itu sahaja, komunikasi dengan orang luar juga sangat penting untuk menambahkan keyakinan diri dalam pergaulan dan mengambil pengalaman daripada orang lain untuk dijadikan panduan dalam hidup. Kesan daripada itu, saya telah

mendapat Anugerah Perkhidmatan cemerlang pada tahun 2006, Guru Cemerlang DGA32 pada tahun 2009 dan Guru Cemerlang DG34 pada tahun 2014.

Sebagai seorang guru yang berpengalaman , bolehkan cikgu berkongsi kepada kami bagaimanakah caranya untuk mengawal kelas?

Guru cemerlang :

Senang sahaja, semuanya bergantung kepada tanggapan pertama atau " first impression". Pada kali pertama kita masuk ke kelas, kita hendaklah menunjukkan ketegasan supaya kanak-kanak hormat dan tidak mudah mempersendakan kita. Tambahan lagi kita perlu mempunyai unsur kecindan kerana ia akan lebih mudah menarik perhatian kanak-kanak terhadap kita. Elakkan bercakap terlalu lama dan gunakan alatan bantu mengajar untuk menerangkan sesuatu konsep atau benda baru, ia dapat menarik perhatian kanak-kanak. Selain itu, gunakan teknologi ICT untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran seiring dengan Pembelajaran Alaf 21. Ada kalanya saya menggunakan LCD untuk pengajaran, memberi peluang kanak-kanak menggunakan komputer dan membawa mereka ke makmal sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berlainan.

Saya :Oh. begitu rupanaya. Bolehkan cikgu berkongsi serba sedikit bagaimanakah untuk mengekalkan perhatian kanak-kanak di dalam kelas?

Guru cemerlang :Pedagogi merupakan perkara yang penting untuk menarik minat dan perhatian murid di dalam kelas. Contohnya penggunaan Alat Bantu Mengajar, menggunakan radio, slaid, laptop dan sebagainya mampu menarik perhatian murid yang lebih lama dalam pengajaran dan pembelajaran.

Saya :Bagaimana pula caranya untuk memberikan arahan yang jelas

Guru cemerlang :Arahan yang diberikan haruslah mudah, ringkas dan padat. Selain memastikan murid melihat ke arah guru semasa menerima arahan.

Saya :Bagaimanakah proses untuk kita menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran?

Guru cemerlang :Kita boleh merumuskan hasil pembelajaran atau mengadakan kuiz, sesi soal jawab dan refleksi serta memberi peneguhan berbentuk hadiah atau pujian kepada kanak-kanak yang berjaya menjawab soalan atau menyiapkan aktiviti yang diberi dengan baik.

Saya :Apakah bahan Inovasi yang cikgu hasilkan dan mendapat pengiktirafan yang melayakkan cikgu diangkat sebagai guru cemerlang Prasekolah Negeri Melaka?

Guru cemerlang :: Saya telah menghasilkan beberapa kajian tindakan yang saya gunakan sendiri untuk mengatasi masalah saya dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya :

1. Pokok Nombor bagi menerangkan konsep nombor mengikut turutan dan nilai nombor. 2. Dart Vokal bagi memperkenalkan huruf vokal

3. Kad Titik Nilai bagi memperkenalkan nilai dalam nombor

4. Buku Permainan Kecil untuk aktiviti Perkembangan Fizikal .

Saya :Apakah faktor yang mendorong cikgu untuk membuat kajian tindakan / Amalan Terbaik/ Bahan Inovasi di kelas prasekolah?

Guru cemerlang :Faktor yang mendorong saya untuk menghasilkan inovasi adalah impian untuk melihat murid saya dapat apa yang saya ajar. Menghasilkan sesuatu yang bermakna dalam pengajaran berkesan dan mencari pengalaman apabila memasuki pertandingan dengan berjumpa guru-guru prasekolah dari negeri-negeri lain dan

mengkomersialkan prasekolah dalam arus pendidikan agar setanding dengan agensi-agensi swasta lain. Selain itu saya juga ingin menyumbang sesuatu kepada negara kerana saya mula berfikir bahawa tanyalah kepada diri apa sumbangan anda kepada negara bukan sumbangan negara kepada anda. Jadi bertitik tolak daripada kesedaran kendiri itulah saya berhasrat untuk menghasilkan amalan terbaik dalam prasekolah. Manakala anugerah yang saya terima pula adalah rezeki dari Allah atas usaha saya dengan sedikit kebolehan dan ilmu Allah yang saya ada

Saya :Sejauh manakah keberkesanan penggunaan bahan yang dihasilkan terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid?

Guru cemerlang :Bahan inovasi yang saya hasilkan memang bermanfaat kepada murid-murid. Kebanyakan hasil saya adalah untuk memperkenalkan dan memudahkan murid memahami konsep asas dalam bacaan dan mengira. Asas yang kukuh akan menjamin kecemerlangan murid ini apabila berada pada tahun 1. Alhamdulillah berkat usaha saya ini, murid keluaran Prasekolah Ceria merupakan murid yang aktif, bijak dan mudah menyesuaikan diri dengan alam pembelajaran formal pada tahun 1. Maklumbalas yang diterima oleh guru tahun 1 juga amat memberangsangkan.

Saya :Selain daripada bahan kajian yang cikgu hasilkan ini, apakah amalan terbaik yang lain cikgu aplikasikan dalam kelas prasekolah?

Guru cemerlang : Sistem Punch Card yang saya gunakan berjaya menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Ia berfungsi sebagai penanda kehadiran murid itu ke sekolah untuk hari tersebut. Alhamdulliah sistem yang saya gunakan ini menjadi amalan dan rutin seharian mereka apabila datang dan sebelum pulang . Saya juga menggunakan Carta Literasi bagi menandakan pencapaian murid untuk penguasaan mereka. Ganjaran dalam bentuk bintang dan hadiah akan diberikan bagi meniup semangat membaca di kalangan murid.

Saya :Apakah harapan cikgu terhadap kajian yang cikgu hasilkan ini dapat membantu diri cikgu dan rakan-rakan yang lain?

Guru cemerlang : Harapan saya agar ilmu yang ada ini dapat di manfaatkan dan digunakan oleh guru-guru yang lain bagi mencari altenatif lain dalam mewarnai dunia pendidikan masa kini. Saya juga sedia membantu dan berkongsi ilmu ini bagi membantu guru-guru yang lain dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu lebih mudah dan menarik di samping hasilnya murid berjaya menguasai kemahiran asas dengan berkesan.

Saya :Apakah pegangan hidup cikgu dalam bidang pendidikan?

Guru cemerlang : Bidang pendidikan adalah bidang yang dinamik bukan statik, jadi sebagai pengamalnya kita harus bersedia menerima perubahan sama ada dari segi dasar, pelaksanaan , inovasi dan sebagainya dengan kata lain jika kita menerima sesuatu perkara secara positif, maka positiflah hasilnya tetapi jika kita menerima sesuatu perkara baru sebagai beban maka susahlah diakhirnya.

Saya :Terima kasih cikgu kerana sudi ditemubual dan memberi kerjasama yang baik kepada kami. Saya doakan cikgu terus berjaya di dunia dan di akhirat.

Guru cemerlang : Sama-sama. Mudah-mudahan perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk semua.