templat_rp_assure

Upload: izzati-suhaimi

Post on 09-Mar-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh penggunaan Model Assure dalam pendidikan sejarah

TRANSCRIPT

ASSURE Model Instructional Plan Template

Model ASSURE Rekabentuk Pengajaran

Tajuk: Tokoh Terbilang, ParameswaraGuru: Norul Hazierah Binti JunaidiTahun: 4 AffaMata Pelajaran: Sejarah Tempoh Masa: 1 JamAnalisis Pelajar

1. 20 orang2. 9 Lelaki/ 11 Perempuan

3. 10 tahun

4. Kecekapan spesifik (pengetahuan sedia ada, kemahiran, sikap) :

- Tiga orang murid pernah melawat ke Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka- Dua orang murid mewakili sekolah dalam pertandingan drama

- Ada murid yang introvert dan extrovert

5. 6. Gaya Pembelajaran

(Anggaran Peratus Pelajar)

-Visual 35%

-Auditori 25%

-Kinestetik 40%

Nyatakan Objektif

1.Murid akan dapat menjelaskan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka dengan tepat.

2. Murid akan dapat mensimulasikan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka tanpa bimbingan guru. 3. Murid akan dapat menyatakan rasa bangga dengan kebijaksanaan Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka. (menyenaraikan sifat positif Parameswara)

Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan

Senarai media, kaedah atau bahan yang digunakan:1. Buku Teks

2. Props lakonan (Topeng muka)3. Kaedah simulasi, bercerita4. Komputer (Muzik latar)

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah

Buku Teks Guru akan menceritakan (kaedah bercerita) rentetan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka berpandukan buku teks. Props- Kemudian, murid diminta untuk melakonkan semula (simulasi) peristiwa tersebut dengan menggunakan props yang dibekalkan. Komputer Guru memainkan muzik latar daripada komputer semasa murid membuat simulasi.

Penglibatan Pelajar

Induksi:Murid menjawab soalan guru tentang peribadi Parameswara.Aktiviti:Teknik Penceritaan

1. Guru menceritakan rentetan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka berpandukan buku teks kepada murid-murid.

Kaedah Simulasi

1. Guru memilih beberapa orang murid berdasarkan watak yang terdapat dalam peristiwa Parameswara membuka negeri Melaka.

2 Murid-murid dikehendaki melakonkan semula peristiwa tersebut dengan menggunakan topeng-topeng muka yang disediakan.

3. Guru memainkan muzik latar yang bersesuaian dengan simulasi murid.

Membina Peta Alir

1. Murid diminta untuk membina Peta Alir rentetan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.Penutup:Guru membuat kesimpulan daripada peristiwa yang murid telah pelajari dan bertanya pendapat murid terhadap kebijaksanaan Parameswara.

Menilai dan Menyemak Semula

Formal:Informal:

Pencapaian Murid

Murid akan dinilai berdasarkan penglibatan mereka dalam interaksi bersama guru dan menyatakan pendapat mahupun menjalankan aktiviti simulasi.

Keberkesanan media

1. Adakah lakonan dan props yang digunakan membantu kefahaman dan ingatan murid terhadap peristiwa rentetan pengembaraan Parameswara?

2. Adakah murid dapat membina peta alir berdasarkan lakonan yang dipersembahkan tanpa merujuk buku?Penilaian guru

1. Adakah kaedah simulasi berkesan dalam membantu murid untuk memahami tajuk ini?

2. Adakah penggunaan peta alir membantu meningkatkan ingatan murid tentang isi pelajaran?

Page 1 of 1

January 2008: VTDI