tema

5
TEMA : Gotong-royong Pergi ke hutan mencari halia, Halia dipotong penambah rasa, Bergotong-royong amalan mulia, Elok diamalkan sepanjang masa. Bila nakhoda angkat kemudi, Berlayar ke sana di laut tenang, Jika kita bersatu hati, Segala kerja menjadi senang. Hendak berlayar ke Teluk Betung, Sambil mencuba labuhkan pukat, Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. Sarung sutera hiasan tamu, Tamu baru duduk menjeling, Sebumbung setangga berjiran pintu, Bertemu bahu mengapa berpaling? Redup terasa di tengah bendang, Ku lihat merpati terbang ke sana, Hidup sebangsa jarang bertandang, Semangat sebulat hati bagaimana dicerna? Seberang pulau ribut melanda,

Upload: mizsrieya

Post on 28-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tema

TRANSCRIPT

TEMA : Gotong-royongPergi ke hutan mencari halia,Halia dipotong penambah rasa,Bergotong-royong amalan mulia,Elok diamalkan sepanjang masa.

Bila nakhoda angkat kemudi,Berlayar ke sana di laut tenang,Jika kita bersatu hati,Segala kerja menjadi senang.

Hendak berlayar ke Teluk Betung,Sambil mencuba labuhkan pukat,Bulat air kerana pembentung,Bulat manusia kerana muafakat.

Sarung sutera hiasan tamu,Tamu baru duduk menjeling,Sebumbung setangga berjiran pintu,Bertemu bahu mengapa berpaling?

Redup terasa di tengah bendang,Ku lihat merpati terbang ke sana,Hidup sebangsa jarang bertandang,Semangat sebulat hati bagaimana dicerna?

Seberang pulau ribut melanda,Kuat daya perahu didayung,Orang berderau sudah tiada,Hilangkah budaya bergotong-royong?TEMA : Bangsa berilmuSopan bertamu Baba dan Nyonya,Salam sapa penuh bersantun,Ilmu itu tiada habisnya,Ibarat saujana air lautan.

Matahari bertemu kembang melati,Dipetik adinda di tengah desa,Mencari ilmu berkhidmat bakti,Demi bangsa nusa dan bangsa.

Tumbuh redup si bunga melati,Dipetik dijual buat si tamu,Sekali hidup biarlah berertiIsikan akal dengan ilmu.

Bunga akasia bunga kenanga,Satu persatu dipetik tamu,Negara Malaysia pelbagai bangsaMengapa perlu bangsa berilmu?

Terbang beria si kenit nyamukTerbang tinggi dipukul tuan,Negara kita negara majmuk,Mengapa ilmu jadi tuntutan?

Kemumu di tengah pekan,Dihembus angin jatuh ke bawah,Jika ilmu tidak diamalkan,Apa cadangan kanda taruhkan?TEMA : Murid berbudiJika hendak memetik selasih,Biarlah orang bertanam buluh,Singgah naik di rumah si Deli,Mari kita bertanam padi,Jika hendak orang mengasih,Ada orang bertanam musuh,Hendaklah baik bicara budi.Apakah cara bertanam budi?

Terang cahaya di malan sepi,Banyak duri perkara duri,Cahaya memancar ke pangkal kelapa,Duri mana setajam parang,Hidup di dunia buatlah budi,banyak budi perkara budi,Agar lancar di masa hadapan.Budi mana dikenang orang?

Kalau terpijak pisau belati,Tanam ubi gali ubi,Pedih luka teramat bisa,Gali ubi di tepi telaga,Bahasa cantik anugerah Ilahi,Sudah banyak saya berbudiMurid berbahasa budi perkasa.Budi mana yang tuan suka?

Kain songket berkodi-kodi,Tersusun indah di atas peti,Biarpun sedikit bernama budi,Guna menempah jasa bakti.

Burung enggang burung jentayu,Hinggap di balik pokok mayang, Bunga kembang pun akan layu,Budi baik bilakan hilang?

Payah kami menabur padi,Nanas juga ditanam orang,Payah kami menabur budi,Mengapa emas jua dipandang orang?TEMA : Faedah BeriadahHarum sungguh bunga kemboja,Disusun dara dari Mandilin,Riadah membentuk semangat waja.Sentiasa ceria cergas berdisiplin.

Sirih dimakan dengan halia,Dimasak cermat dengan air telaga,Beriadah bersukan amalan mulia,Badan sihat dan bertenaga.

Burung undan burung tempua,Hinggap berehat di pohon kayu,Riadah diamalkan untuk semua,Rakyat sihat negara maju.

Kelapa hutan di balik bukit,Hampir punah di hutan simpan,Mengapa keburukan cuma sedikit,Mampukah riadah menutup kebaikan?

Sayang Sipadan pulaunya jernih,Tempat laluan sampan dan kolek,Segar badan jiwa bersih,Adakah riadah amalan yang baik?

Pergi ke titi berpakaian indah,Pakai baju diselit kenangan,Senaman seni dicanang sudah,Bagaimana mahu riadah dijana?