tema projek korban & akikah di negara-negara yang

17
KERTAS KERJA IBADAH KORBAN & AKIKAH 1439H / 2018M TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG MEMERLUKAN TARIKH 22 OGOS 2018 HARI RAYA AIDILADHA 1439H

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

KERTAS KERJA

IBADAH KORBAN & AKIKAH

1439H / 2018M

TEMA

PROJEK KORBAN & AKIKAH DI

NEGARA-NEGARA YANG

MEMERLUKAN

TARIKH

22 OGOS 2018

HARI RAYA AIDILADHA 1439H

Page 2: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon PENGLIBATAN

BADAN-BADAN KORPORAT/ INDIVIDU-INDIVIDU BAGI

BEKERJASAMA MENJAYAKAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN

& AKIKAH 1439H tahun 2018M.

2.0 LATAR BELAKANG

Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap kali tiba Hari Raya Aidiladha, umat

Islam seluruh dunia akan meraikannya dengan mengerjakan ibadat haji di

Makkah dan melaksanakan ibadat Korban. Semua ini dilaksanakan dengan tujuan

mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadat korban adalah bertepatan dengan

dalil Al-Quran dan Hadis dan diantaranya adalah seperti berikut :

لربك وانحر فصل

“Oleh itu, solatlah kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban

(sebagai bersyukur)..” Surah Al-Kautsar: 2..

Yayasan Ikhlas dengan pengalaman selama lebih 7 tahun telah melaksanakan

Ibadah Korban di banyak negara dan tempat yang memerlukan. Pada tahun 2017,

Yayasan Ikhlas telah laksanakan ibadah korban sebanyak 129 ekor lembu dan 11

ekor kambing di lebih dari 13 kawasan sama ada dalam Malaysia dan luar negara.

KAWASAN IBADAH KORBAN 2017 JUMLAH

Perkampungan Mualaf Di Sabah 3 Ekor Lembu

Perkampungan Mualaf Di Sarawak 4 Ekor Lembu

Penempatan Orang Islam Miskin Di Kemboja 28 Ekor Lembu

Pondok Yatim Tahfiz Ar Raudhah Di

Lhoksuemawe, Aceh 3 Ekor Lembu

Perkampungan Islam Di Pulau Panjang, Thailand 4 Ekor Lembu

Madrasah Dan Masyarakat Miskin Di

Bangladesh 69 Ekor Lembu

Makkah 11 Ekor Kambing

Baling, Sik Dan Alor Setar, Kedah 18 Ekor Lembu

Page 3: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

Pada tahun 2016, Yayasan Ikhlas membesarkan lagi kawasan pengagihan daging

ke Pulau Panjang di Thailand & Daerah Dhaka serta Kushtia di Bangladesh.

Yayasan Ikhlas juga melangkah kaki ke Kemboja, dan dilaksanakan di 3 tempat

orang Islam miskin iaitu di Kampung Svay Khleang dalam Daerah Krauch

Chmar, di Kampung Chhnang dan Kampung Senjumren. Setiap perkampungan

ini menempatkan orang muslim hampir 500 keluarga seramai 2200 orang secara

purata.

Di Lhokseumawe, Aceh pula, peristiwa musibah Gempa dan Tsunami yang

melanda Aceh pada tanggal 26 Disember 2004 lalu, telah membuat keadaan Aceh

berada dalam keadaan menghayat hati, buruk dan tidak mampu bangkit. Yayasan

Ikhlas dengan kerjasama PKPU Indonesia dan Yayasan Ar-Raudhah telah

mengumpulkan anak-anak yatim, yang kemudian dikumpulkan dalam sebuah

pondok, maka lahirlah pondok yatim yang diberi nama Tsunami Orphan House.

Pada 26 Disember 2006 pondok ini telah diubah nama menjadi Pondok Yatim

Tahfiz Ar-Raudhah Lhokseumawe. Projek Korban akan dijalankan setiap tahun

di sini, dan daging-daging Korban diberi kepada Pondok Yatim Tahfiz serta

penduduk sekitar yang memerlukan.

Pada tahun 2018 ini, Yayasan Ikhlas mensasarkan ibadah Korban & Akikah

sebanyak

KAWASAN IBADAH KORBAN 2018 TARGET 2018

Perkampungan Mualaf di Sabah 20 ekor lembu

Perkampungan Mualaf di Sarawak 30 ekor lembu

Penempatan Orang Islam Miskin Di Kemboja 200 ekor lembu

Pondok Yatim Tahfiz Ar Raudhah Di Lhoksuemawe,

Aceh 20 ekor lembu

Perkampungan Islam di Pulau Panjang, Thailand 10 ekor lembu

Madrasah dan Masyarakat Miskin Di Bangladesh 50 ekor lembu

Kem Pelarian Rohingya 100 ekor lembu

Page 4: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

3.0 OBJEKTIF

Obejktif Am : Menyediakan ruang dan peluang kepada seluruh umat Islam untuk

berkorban atau aqiqah dan daging diagihkan kepada mereka yang memerlukan,

yang tidak dapat menikmati daging Korban pada hari-hari biasa.

Objektif Khusus :

1. Mendekati sasaran masyarakat muallaf dan kawasan pendalaman, dengan

menjalankan majlis Korban secara komuniti, gotong royong ketika

penyembelihan dan jamuan makan. Mendapatkan kepercayaan kawasan

penduduk sekitar dan disediakan beberapa perancangan khas dalam

membangunkan kefahaman masyarakat Muslim khususnya kumpulan

mualaf terutamanya di Sabah dan Sarawak.

2. Menambahkan bilangan penyertaan rakyat Malaysia 10% lebih dari

penyertaan tahun 2017 (penyertaan tahun 2017 seramai lebih kurang 600

peserta)

3. Yayasan Ikhlas dapat membawa peserta korban ke kawasan korban serta

menghayati sejarah yang ada hubung kait dengan bangsa Melayu Islam.

4.0 MALAYSIA

4.1 SABAH

Di Sabah, Yayasan Ikhlas telah mengenal pasti golongan sasaran yang akan

terlibat dan akan menerima pengagihan daging Korban antaranya ialah keluarga

muallaf, keluarga miskin dan fakir. Setiap penerima agihan daging Korban akan

diambil butiran diri untuk memudahkan perancangan projek seterusnya.

20 ekor di Sabah akan dibahagi kepada dua kawasan, iaitu di Kg Mulung Kulung,

Pitas, dan di Nabawan.

Page 5: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

4.2 SARAWAK

Sejak tahun 2014, Korban di Sarawak dijalankan di SMK Pending atas faktor

ramainya pelajar yang baru memeluk agama Islam (mualaf) di sana. Pada tahun

lalu, Yayasan Ikhlas berjaya jalankan ibadah Korban sebanyak 2 ekor di sana,

dan daging-daging diagihkan kepada pelajar-pelajar mualaf dan masyarakat

sekitar. Seterusnya korban juga akan dijalankan di Kampung Taee dan Kampung

Samalatong, Serian, Sarawak kerana di sana telah dijalankan kelas pengajian

mingguan untuk mualaf. Justeru itu, ibadah korban dirancang di sana supaya

menjadi program kemasyarakatan bersama antara Yayasan Ikhlas dan

masyarakat.

10 ekor lembu

di Nabawan

10 ekor lembu

di Kg Mulung

Kulung, Pitas

Kampung

Samalatong, Serian

SMK Pending,

Kuching

Kg Taee, Serian

Page 6: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

5.0 LUAR NEGARA

5.1 THAILAND

Pada tahun 2015 dan 2016, Yayasan Ikhlas telah menjalankan Ibadah Korban di

Pulau Panjang, Satun Thailand sebanyak 2 ekor sahaja. Tahun 2017, dijalankan

sebanyak 4 ekor penyembelihan korban lembu.

Perkampungan Satun ini terdiri daripada orang-orang nelayan, dimana terdapat

perkampungan Islam di sana dikelilingi kampung-kampung Buddha. Lokasi

ibadah Korban akan dijalankan di Kampung Soi Ped, Kuankalong, Satun,

Thailand di Madrasah Nuruddin yang menempatkan 40 pelajar tahfiz dari

keluarga miskin. Target Korban di Thailand pada tahun 2018 adalah sebanyak

10 ekor lembu.

5.2 KEMBOJA

Segala perancangan kebajikan di Kemboja, akan dijalankan di kawasan orang

Melayu Cham tinggal. Melayu Cham adalah berasal dari Negara Champa yang

hari ini telah bertukar menjadi Vietnam. Mereka melarikan diri dari Champa ke

Kemboja melalui Sungai Mekong pada tahun 1826 hingga 1836. Mereka

membentuk komuniti bangsa Cham dalam masyarakat Khmer di Kemboja. Pada

17 April 1975, orang Islam dibunuh beramai-ramai ketika pemerintahan Polpot.

Kanak-kanak, perempuan, orang tua, imam-imam masjid surau, orang cerdik

pandai, dianggarkan seramai 500ribu orang melayu Cham dibunuh. Ketika itu,

orang Islam dipaksa makan babi, masjid surau dijadikan kandang babi,

menyebabkan kelompongan pemimpin dalam komuniti Melayu Cham.

Pulau

Panjang dan

Pulau Puju,

Satun

Thailand

Page 7: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

Tahun 2017, Yayasan Ikhlas telah melaksanakan ibadah korban di 3

perkampungan muslim iaitu di Kampung Senjumren dan Kampung Olung

sebanyak 69 ekor lembu.

Peta Kemboja :

5.3 ACEH

Yayasan Ikhlas dengan kerjasama PKPU Indonesia dan Yayasan Ar-Raudhah

telah mengumpulkan anak-anak yatim, yang kemudian dikumpulkan dalam

sebuah pondok, maka lahirlah pondok yatim yang diberi nama Tsunami Orphan

House. Pada 26 Disember 2006 pondok ini telah diubah nama menjadi Pondok

Yatim Tahfiz Ar-Raudhah Lhokseumawe. Projek Korban akan dijalankan setiap

tahun di sini, dan daging-daging Korban diberi kepada Pondok Yatim Tahfiz serta

penduduk sekitar yang memerlukan.

Lokasi Projek :

1. Kampung Senjumren, Wilayah Tbong Khmom – 5 hingga 6 jam dari

Lapangan Terbang Phnom Penh

2. Kampung Olung, Wilayah Kratie – 3 hingga 4 jam dari Kampung

Senjumren

1

2

Page 8: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

5.4 BANGLADESH

Tahun 2016 merupakan kali pertama Yayasan Ikhlas menjalankan ibadah Korban

di Bangladesh. Sebanyak 47 ekor lembu dibawa dari penyertaan Malaysia

menunjukkan sokongan tinggi, dan Yayasan Ikhlas merasakan penyertaan akan

lebih ramai pada tahun seterusnya. Tahun 2017, Yayasan Ikhlas telah jalankan

ibadah korban sebanyak 79 ekor di mana korban akan dijalankan lebih kepada

kawasan pendalaman seperti di Kushtia dan 10 ekor dijalankan di Cox’s Bazar.

Cox’s Bazar merupakan lokasi pelarian Rohingya yang telah membina

penempatan di sekitar tepi laut.

Pondok Yatim Tahfiz Ar

Raudhah, Lhokseumawe,

Aceh

Sasaran penerima daging

Korban tahun ini adalah

1. Pondok Yatim Tahfiz Ar

Raudhah

2. Penduduk miskin sekitar

Pondok Yatim Tahfiz

3. Pelarian Rohingya di

Blang Ado,

Lhoksuemawe

150 ekor lembu

di Kushtia dan

Cox’s Bazar

Page 9: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

6.0 MODUS OPERANDI BERSAMA BADAN KORPORAT

7.0 JAWATANKUASA BERTINDAK

Penasihat : Dato’ Mohd Rosli bin Ramli

Pengerusi Yayasan Ikhlas

Jawatankuasa Pelaksana

Pengarah : Ir. Hj. Kamaruddin Kassim

Pengurus Yayasan Ikhlas Cawangan Sabah : Ustaz Sarip Adul

Pengurus Yayasan Ikhlas Cawangan Sarawak : Ustaz Dr Khairul Jamli

Pengurus Yayasan Ikhlas Cawangan Kelantan : Ustaz Abdul Rahman

Iskandar

Petugas

Syafiq Syahmi Sazali : 012-9790211

Hafeez Bin Morni : 019-4511346

Mohamad Fathil Aqil : 019-6159496

Yayasan Ikhlas dan Badan

Korporat bersetuju bekerjasama

Yayasan Ikhlas sediakan bahan

promosi dan lain-lain

Badan Korporat lantik PIC dari

kalangan jawatankuasa

Yayasan Ikhlas akan update

penyertaan pada 18 Julai 2018

Yayasan Ikhlas akan kumpulkan

pembayaran dan nama peserta Korban

8 Ogos 2018

Yayasan Ikhlas dan wakil Badan

Korporat akan bergerak ke kawasan

lokasi Korban

Program ibadah Korban di lokasi kerjasama antara

Yayasan Ikhlas dan Badan Korporat

Laporan akan dihantar sendiri oleh Yayasan Ikhlas kepada

peserta Korban

Page 10: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

8.0 KESIMPULAN

Bil Kawasan Sasaran Kuantiti

Lembu (ekor)

Harga Satu

Bahagian (RM)

1 Sabah 20 RM 650

2 Sarawak 30 RM 450

3 Aceh 20 RM 650

4 Kemboja 200 RM 350

5 Thailand 10 RM 650

6 Bangladesh 50 RM 360

7 Kem Pelarian Rohingya 100 RM 360

JUMLAH KESELURUHAN 430 Ekor

1. Diharapkan melalui Ibadah Korban & Akikah 14379H, dapat mewujudkan

kerjasama erat di kalangan pelbagai agensi, baik agensi dari Kerajaan

Negeri, pihak universiti, badan korporat dan badan kerjaaan.

2. Amatlah diharapkan agar Ibadah Korban & Akikah 1439H dapat membina

suatu keterikatan yang padu antara masyarakat sasaran dan Yayasan Ikhlas

bagi mencapai objektif.

3. Memberi peluang dan ruang kepada seluruh umat Islam yang tidak dapat

menunaikan haji, dapat melaksanakan ibadah Korban dalam masa yang

sama membantu mereka yang memerlukan, serta mendekatkan masyarakat

mualaf kepada syariat Allah.

Page 11: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

9.0 LAMPIRAN BERGAMBAR

Page 12: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

Pondok Yatim Tahfiz Ar Raudhah dan penduduk sekitar Kampung Desa Blang

Weu Panjoe, Lhoksuemawe, Aceh 2017

Page 13: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

Ibadah korban di 4 buah daerah dalam Bangladesh tahun 2017

Page 14: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

Ibadah korban kepada pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh Myanmar

tahun 2017

Lhoksuemawe, Aceh 2016

Page 15: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

Dhaka & Kushtia, Bangladesh

Kota Bharu dan Manik Urai, Kelantan

Page 16: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

Kg Chhnang, Kemboja

Page 17: TEMA PROJEK KORBAN & AKIKAH DI NEGARA-NEGARA YANG

Kg Mulung Kulung, Pitas dan Kg Masalog, Kota Marudu

Pulau Panjang, Thailand