teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad · pdf file1 teks ucapan y.bhg prof....

47
1 TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA DI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN BAHARU 2015 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera , salam 1Malaysia, salam Integrasi Naqli dan Aqli. [SALUTASI] Bertandang Kalian Hamba Raikan Amanat Dibentang Menyusun Haluan USIM di Martabat Warganya Dibanggakan Sepakat Semua Menggapai Wawasan 1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua kita dapat bersama-sama menghadiri Majlis Amanat Naib Canselor Tahun Baharu 2015 pada pagi ini. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2015 kepada seluruh warga USIM meliputi Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU),

Upload: lamnhan

Post on 03-Feb-2018

306 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

1

TEKS UCAPAN

Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD

NAIB CANSELOR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

DI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR

TAHUN BAHARU 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam

sejahtera , salam 1Malaysia, salam Integrasi Naqli dan Aqli.

[SALUTASI] Bertandang Kalian Hamba Raikan Amanat Dibentang Menyusun Haluan USIM di Martabat Warganya Dibanggakan Sepakat Semua Menggapai Wawasan

1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan

setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan

limpah izin dan kurnia-Nya jua kita dapat bersama-sama

menghadiri Majlis Amanat Naib Canselor Tahun Baharu 2015

pada pagi ini. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan

Selamat Tahun Baharu 2015 kepada seluruh warga USIM

meliputi Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU),

Page 2: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

2

Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU), Ketua-Ketua

Jabatan, Profesor Emeritus, Profesor, pensyarah, kakitangan

pentadbiran, kakitangan sokongan dan para pelajar. Saya ingin

mengambil kesempatan di awal ucapan saya ini untuk

mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga USIM

yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan segala

tugas yang diamanahkan sepanjang tahun lalu. Dengan

ketibaan tahun 2015 ini, maka bermulalah lembaran baharu

dalam kehidupan kita, termasuk tugas-tugas yang perlu kita

laksanakan dan sasaran-sasaran yang mesti kita capai. Untuk

makluman bersama, ini merupakan Majlis Amanat pertama bagi

saya selaku Naib Canselor setelah dilantik menjadi Naib

Canselor USIM yang ke-empat berkuatkuasa pada 15 Ogos

2014. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ahli LPU, ahli

JKPU dan seluruh warga USIM di atas kepercayaan yang

diberikan kepada saya untuk menerajui USIM. Adalah menjadi

harapan saya agar warga USIM dapat bersama-sama saya

untuk mengembleng tenaga bagi membangunkan USIM

sebagai Pusat Rujukan Integrasi Naqli dan Aqli di peringkat

Serantau pada tahun 2016 atau USIM ’16 dan di peringkat

global pada tahun 2025 atau USIM ‘25

Page 3: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

3

Hadirin dan Hadirat yang saya hormati sekalian,

2. Pada penghujung tahun 2014, beberapa buah negeri di

negara kita telah dilanda bencana banjir yang luar biasa.

Bencana ini bukan sahaja telah memusnahkan harta benda,

malah menyebabkan kehilangan nyawa selain menjejaskan

sesi persekolahan. Saya berasa amat dukacita dengan

kehilangan nyawa yang menjadi korban banjir. Seramai 153

orang pelajar USIM juga telah menjadi mangsa banjir apabila

terkandas dan tidak dapat mengambil peperiksaan akhir

semester. Universiti mengambil perhatian serius dan cakna

dengan keadaan pelajar yang menjadi mangsa banjir ini.

Sehubungan itu, pihak universiti telah bersetuju untuk

membenarkan pelajar yang menjadi mangsa banjir ini untuk

menduduki peperiksaan gentian pada awal semester hadapan.

5. Saya sendiri bersama pasukan USIM telah berpeluang

untuk ‘turun padang’ dan menyertai misi bantuan pasca banjir

anjuran Smart Team USIM di Kg Lebir, Gua Musang, Kelantan

di mana saya dapati sebanyak 20 buah rumah dan sebuah

masjid telah musnah. Oleh itu, USIM mengambil inisiatif untuk

membantu kawasan yang terjejas dengan menyalurkan

sumbangan melebihi RM 100,000.00 serta wang tunai dan

barang sumbangan. Pihak USIM juga telah menghantar

sejumlah 512 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar

Page 4: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

4

dan staf bagi misi bantuan pasca banjir di mana USIM telah

memfokuskan beberapa kawasan seperti di Gua Musang,

Kuala Krai dan Pasir Mas di Kelantan; Daerah Temerloh dan

Jerantut di Pahang serta Kampung Gajah di Perak.

6. Pada kesempatan ini saya bagi pihak pengurusan tertinggi

USIM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

sukarelawan yang terlibat dalam kerja pembersihan bagi

kawasan yang terjejas akibat banjir. Ini termasuk para pelajar

dan kakitangan USIM yang telah meluangkan masa dan tenaga

bagi menghulurkan bantuan bagi misi bantuan banjir tersebut.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para

dermawan yang telah bermurah hati menyumbangkan dana

dan barang-barang keperluan. Saya berasa amat terharu dan

berbangga dengan usaha murni yang dilakukan oleh warga

USIM kerana ini menunjukkan warga USIM prihatin dan cakna

dengan musibah dan bencana yang berlaku di sekeliling kita

dengan menghulurkan bantuan yang sewajarnya. Perkara ini

adalah sejajar dengan hasrat USIM untuk menjadi nombor satu

(1) di hati dan minda rakyat atau ‘Number One (1) In The

Hearts And The Minds Of The People’ di samping menjadikan

USIM sebagai universiti yang relevan kepada masyarakat.

Page 5: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

5

SEJARAH PENUBUHAN USIM DAN SAMBUTAN 15 TAHUN

USIM

Pada tahun ini, USIM akan menyambut Ulangtahun ke-15.

Bersempena dengan majlis sambutan ini, marilah kita bersama-

sama mengimbau sejarah penubuhan USIM yang sebelum ini

dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Untuk

makluman semua, cadangan penubuhan KUIM telah

diumumkan oleh Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Yang

Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh Kelantan

pada 14 Jun 1996. Beliau telah memberikan komen berikut

dalam pengumuman beliau:

"Jika negara Islam lain tidak mampu, Malaysia akan

mengambil alih daripada mereka untuk mewujudkan

pusat kecemerlangan Islam bagi memperlihatkan

agama Islam bukanlah mundur atau kolot, sebaliknya

progresif".

Marilah juga kita merenung kata-kata Tun Mahathir

semasa Upacara Pecah Tanah Kampus Tetap KUIM

seperti dihebahkan di Utusan Malaysia pada 23 Ogos

2002 iaitu :

Page 6: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

6

“Ingatlah kita perlu meneroka bidang Sains dan

Teknologi seperti mana ditunjukkan beberapa orang

pakar Islam terdahulu hingga menjadikan empayar

Islam kuat pada masa itu“ dan seterusnya beliau

menyatakan;

“di harap tidak ada orang yang akan mengkhianati

tujuan penubuhan KUIM”

Hasrat penubuhan KUIM adalah selaras dengan manifestasi

Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa

dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam

sepenuhnya. Selain itu ia berhasrat untuk menjadikan Malaysia

sebagai model utama negara-negara Islam di dunia dan

menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dengan

menggunakan kurikulum tempatan untuk memastikan keutuhan

Islam dalam negara demi merealisasikan pembinaan tamadun

baru Islam. Selain itu juga, ia juga bertujuan untuk

mengembalikan ketokohan ilmu Islam yang semakin pudar.

KUIM mula beroperasi pada tahun 2000 dengan pengambilan

sulung seramai 255 pelajar pada 18 Jun 2000. USIM

merupakan, Universiti Islam yang pertama ditubuhkan oleh

Kerajaan Malaysia dan merupakan Institusi Pengajian Tinggi

Awam (IPTA) yang ke-12 di negara ini. USIM berhasrat muncul

Page 7: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

7

sebagai saluran utama kumpulan pelajar di sekolah-sekolah

menengah agama dan pelajar aliran agama untuk meneruskan

pengajian mereka di peringkat pendidikan tinggi. Program

pengajiannya diolah bagi memenuhi keperluan pasaran, industri

dan mampu membentuk pembangunan modal insan yang

memiliki kemahiran insaniah yang tinggi. Pada tahun 2007,

KUIM telah bertukar nama kepada UNIVERSITI SAINS ISLAM

MALAYSIA.

Kini, USIM mempunyai seramai 9,783 pelajar Sarjana Muda,

1,131 pelajar siswazah dan 826 orang pelajar dari Pusat

Tamhidi dan terkini seramai 50 orang pelajar di Sekolah

Permata Insan, USIM. Bilangan Alumni USIM kini berjumlah

9,765 orang dan telah berkhidmat di pelbagai agensi Kerajaan,

Swasta mahu pun sebagai seorang usahawan.

Hadirin dan Hadrat sekalian,

Masa terus berlalu pantas dan tanpa kita sedari USIM telah pun

mencecah usia 15 tahun. Pelbagai cabaran dan ujian telah

ditempuhi oleh insan-insan yang bersusah payah dalam

membangunkan USIM seperti hari ini. Saya ingin merakamkan

ucapan penghargaan kepada kakitangan awal KUIM sama ada

yang telah menamatkan perkhidmatan atau yang masih setia

berkhidmat selama 15 tahun membangunkan Universiti ini.

Page 8: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

8

Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Pengerusi LPU dan

warga awal universiti yang bertungkus lumus di dalam

penubuhan KUIM ketika itu. Mohon berikan tepukan yang

paling gemuruh kepada semua mereka beserta individu yang

turut serta di dalam kumpulan penubuhan KUIM. Semoga

segala usaha murni yang telah dilaksanakan mendapat

ganjaran dan pahala daripada Allah SWT.

Justeru, USIM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan

Sambutan Ulangtahun Ke-15 USIM yang akan dilancarkan

pada hari ini.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

IMBASAN PENCAPAIAN USIM 2014

Ikhtiar dan Usaha Membawa Jaya Pencapaian Dituai Mengharum Nama Warga USIM Hebat Semuanya Tersohor Universiti Seantero Dunia

YBhg. Tan Sri, izinkan saya meneruskan ucapan dengan

mengimbas pencapaian dan pengiktirafan yang dicapai oleh

USIM sepanjang tahun 2014. Pada hemat saya, wajar kita

kongsikan kejayaan-kejayaan yang dilakarkan ini, bukan untuk

Page 9: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

9

bermegah, tetapi sebagai satu tanda penghargaan dan motivasi

untuk kita semua terus cemerlang.

1. PEMBERIAN STATUS AUTONOMI

Hadirin sekalian, menutup tahun 2014, USIM menerima khabar

gembira apabila diberi status autonomi oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) dimana majlis penyerahan status

autonomi telah diadakan pada Majlis Amanat Tahun Baharu

YAB Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Timbalan

Perdana Menteri pada 16 Januari 2015 di Putrajaya yang

meliputi empat komponen iaitu:

(i) Governan;

(ii) Kewangan dan Penjanaan Pendapatan;

(iii) Pengurusan Sumber Manusia; dan

(iv) Pengurusan Akademik dan Kemasukan Pelajar.

Dengan status autonomi ini, peranan dan kuasa Universiti

dalam membuat keputusan menjadi lebih luas. Lembaga

Pengarah Universiti (LPU) bersama-sama sumber-sumber

kuasa Universiti seperti Jawatankuasa Pengurusan Universiti

(JKPU) dan Senat diberi mandat untuk membuat keputusan

secara kolektif bagi menetapkan halatuju Universiti. Status ini

memberi ruang kepada USIM untuk bergerak ke hadapan

Page 10: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

10

dengan lebih terbuka dan seterusnya memacu niche yang telah

digagaskan secara progresif.

Status autonomi yang diwatikahkan ini perlu dihayati oleh

semua lapisan warga USIM; kakitangan dan pelajar. Ianya

bukan agenda LPU atau JKPU, tetapi ianya adalah agenda

Universiti. Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti

(PPKPK) akan mengambil langkah proaktif untuk memberi

pencerahan berkenaan status autonomi ini kepada semua

warga USIM untuk memastikan semua lapisan warga USIM

cakna mengenai bidang kuasa autonomi dan mampu membuat

perancangan sewajarnya.

2. PENCAPAIAN INSTITUSI

YBhg. Tan Sri dan hadirin sekalian, USIM untuk kali kedua,

telah memperolehi penarafan Tier 5 dalam Sistem Penarafan

Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2013 (SETARA‘13) oleh

MQA yang diumumkan pada 17 November 2014. Memperolehi

Tier 5 (pencapaian tertinggi adalah Tier 6) meletakkan USIM

pada kedudukan “CEMERLANG“ di antara 53 Universiti dan

Kolej Universiti yang dinilai. Tiada mana-mana Universiti/Kolej

Universiti yang memperolehi Tier 6, namun, iltizam USIM

adalah ke arah itu.

Page 11: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

11

Apa signifikannya Tier 5 ini kepada USIM? Hadirin sekalian,

penarafan ini meletakkan USIM duduk sama rendah dan berdiri

sama tinggi dengan IPT lain yang jauh lebih ‘senior‘ berbanding

USIM seperti universiti APEX dan universiti-universiti

penyelidikan (UKM,UPM,UM,UTM) di Malaysia.

Ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Jabatan

Bendahari kerana telah dianugerahkan “Anugerah

Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks

Akauntabiliti tahun 2011 dan 2013” untuk 2 kali berturut-turut

dengan memperolehi prestasi cemerlang 4 bintang iaitu

pencapaian tertinggi dalam penarafan indeks berkenaan.

Penarafan indeks tersebut mula diperkenalkan pada tahun

2007 bertujuan untuk membudayakan pematuhan undang-

undang dan peraturan serta menambah baik prestasi

pengurusan kewangan agensi awam di peringkat persekutuan

dan negeri. Dengan adanya penarafan ini, pengurusan dan

akauntabiliti pengurusan kewangan sektor awam dapat

dipertingkatkan ke tahap yang tinggi selain pembudayaan kerja

yang berasaskan amalan terbaik. Mulai tahun 2015, Jabatan

Bendahari akan menggunakan sistem pengurusan kewangan

yang baru iaitu sistem Al-Maliyah Versi 2 (AMV2). Sistem ini

akan menambahkan lagi kecekapan pengurusan kewangan

Universiti, dan semua isu-isu berkaitan kewangan akan dapat

diatasi. InshaAllah.

Page 12: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

12

Selain itu, saya juga ingin merakamkan tahniah kepada Pusat

Akses Pembelajaran Terbuka Global atau GOAL Center kerana

pada usia yang masih muda, telah menunjukkan kejayaan

memberangsangkan apabila merangkul satu pingat emas, dua

pingat perak dan satu pingat gangsa di “National University

Carnival for e-Learning (NUCeL) 2014“ yang julung kalinya

diadakan. USIM juga telah merangkul pingat emas bagi produk

Ilmu Tajwid Asas Atas Talian dalam pertandingan Invention,

Innovation & Design on E-Learning (IIDEL) manakala pingat

perak bagi produk ODL Module Research Methodology dan

ODL Module Data Analysis. Pingat gangsa pula dimenangi

menerusi produk A New Instructional Design Model for Java

Learning Online. Kejayaan ini adalah pengiktirafan kepada

USIM sebagai institusi yang mengaplikasikan teknologi terkini

dalam penyampaian ilmu di hujung jari yang boleh diakses di

mana-mana sahaja selaras dengan konsep Global Classroom

yang ingin USIM pelopori.

3. PENGIKTIRAFAN FIGURA

Pengiktirafan kepada figura dan kejayaan-kejayaan yang

diperolehi oleh bakat-bakat Universiti sepanjang tahun 2014

amat membanggakan. Alhamdulillah, USIM tidak kering dengan

kejayaan bakat-bakat ini dan ia terhasil daripada kerja keras,

cetusan idea dan kreativiti yang sentiasa diasah.

Page 13: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

13

Ahli akademik USIM, Dr. Zulkifli Hasan, Pensyarah Kanan di

Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah

mengharumkan nama USIM apabila muncul sebagai satu-

satunya calon Malaysia yang terpilih menjadi Sarjana Pelawat

Fulbright U.S-ASEAN di bawah Fulbright U.S-ASEAN Initiative

yang mendapat tajaan Jabatan Negara Amerika Syarikat (U.S

Department of State). Beliau ditempatkan di Fordham Law

School, Fordham University, New York, Amerika Syarikat

selama empat bulan bermula September hingga Disember

2014 di mana beliau telah menjalankan penyelidikan berkaitan

isu-isu perundangan dan kewangan Islam antara Amerika

Syarikat dan negara ASEAN.

Nama USIM juga harum di Rusia apabila pensyarah Kanan

daripada Fakulti Syariah dan Undang-undang, Dr. Mohd Hazmi

Mohd Rusli telah dijemput untuk menjadi Profesor Pelawat di

Far Eastern Faderal University, Vladivastok Rusia kerana

kepakaran akademik beliau dalam bidang undang-undang laut

antarabangsa. Beliau juga merupakan penyelidik bersekutu di

Institut Oseanografi dan Sekitaran, UMT dan Penyelidik

Bersekutu Pasca-Kedoktoran Australian National Centre for

Ocean Resources and Security, University of Wollonging,

Australia.

Page 14: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

14

Prof. Dr Norita Md Norawi, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan

Teknologi pula telah dilantik sebagai Profesor Pelawat di

Faculty of Computer Engineering, Taskent University of

Technology, Samarkand, Uzbekistan pada 5-20 September

2014.

Saya percaya ramai lagi figura USIM dengan bakat-bakat yang

ada akan menonjol di pentas antarabangsa pada masa

mendatang. Untuk merealisasikan hasrat USIM ’16, kita perlu

mengenengahkan ramai figura USIM seperti ini supaya ia

menjadi ikon kita dan dicari oleh masyarakat dari serata

pelosok dunia.

Hadirin sekalian, bakat muda iaitu pelajar USIM tidak kurang

hebatnya juga. Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Sekali lagi di pentas antarabangsa, pelajar USIM Mohamad

Husaini Mahmur, graduan tahun akhir di Fakulti Pengajian

Bahasa Utama (FPBU) telah mewakili Malaysia ke 5TH

International Holy Quran Competition For Muslim Student,

Iran 2015 yang telah diadakan di Tehran, Iran pada 3 hingga 9

Januari 2015. Beliau telah mendapat tempat ke-7 daripada 50

orang peserta daripada 50 negara. Beliau merupakan satu-

satunya peserta daripada Asia Tenggara yang mendapat

tempat di dalam kelompok 10 peserta terbaik. Mengimbau

Page 15: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

15

kejayaan pelajar berkenaan. Sebelum ini, beliau telah

memenangi pelbagai kejohanan tilawah antaranya Johan

Pertandingan Tilawah Al-Quran Belia Kebangsaan

Sempena Festival Belia Putrajaya dan Naib Johan

Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan

2014 Di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.

Di peringkat nasional, saudara Iqmal Hisham Kamaruddin,

pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian di

Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM) yang juga merupakan

penerima Anugerah Pelajaran Diraja-Pingat Jaya Cemerlang

pada Majlis Konvokesyen USIM Kali ke-12 turut mengharumkan

nama USIM apabila dianugerahkan Anugerah Tokoh Siswa

Kebangsaan Kategori Pemimpin Program Pengucapan

Awam Terbaik 2013 dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau juga telah mewakili USIM ke Program Jejak Mahasiswa

Ke Parlimen 2014 dan terakhir, mewakili Malaysia ke World

Heritage Youth Forum Qatar 2014.

USIM terus melakar nama apabila pasukan robotik USIM yang

terdiri dari pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST) membawa

kejayaan manis apabila berjaya menjadi Naib Johan dalam

pertandingan Malaysia International Robot Competitions

(MIRoC) bagi kategori ‘Conquer Robot’ yang berlangsung

pada 11 hingga 13 April 2014 bertempat di Kampus Universiti

Malaysia Perlis (UNIMAP).

Page 16: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

16

Di pentas seni dan budaya juga, menyaksikan pelajar USIM

tidak kurang hebatnya. Antara kejayaan yang dicapai adalah

menjadi Johan Pertandingan Sayembara Puisi Makum (Ikon

Sasterawan Negara Usman Awang) 2014, Johan Kategori

Moden dan Tradisi, Johan Pertandingan Tilawah Al Quran

Belia Kebangsaan Sempena Festival Belia Putrajaya, Naib

Johan Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat

Kebangsaan dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa pelajar

USIM sememangnya menghayati aspek integrasi Naqli dan Aqli

serta menonjol di dalam pelbagai bidang. Syabas diucapkan!!

Dalam bidang sukan pula, pihak Universiti telah buat kali

pertama mengadakan Majlis Anugerah Sukan pada tahun lepas

untuk memberi penghargaan kepada warga USIM dan jurulatih

yang telah memberikan sumbangan yang cemerlang kepada

pencapaian serta pembangunan sukan di USIM di peringkat

tempatan dan antarabangsa. Di dalam majlis itu

memperlihatkan bahawa atlet pencak silat USIM. Mohd Ali

Imran Che Hashim, pelajar Fakulti Perubatan dan Sains

Kesihatan dan Nurul Amalina Subkhi, pelajar Fakulti Syariah

dan Undang-undang dipilih sebagai Olahragawan dan

Olahragawati USIM bagi kategori pelajar. Mohd Ali Imran telah

menyumbang pingat Perak dalam Kejohanan Silat Majlis Sukan

Universiti-universiti Malaysia (MASUM) 2013 manakala Nurul

Amalina menggondol pingat Emas dalam Kejohanan Silat Piala

Page 17: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

17

Timbalan Perdana Menteri. Selain itu, seorang pelajar USIM

iaitu Khairul Rozikin Abu Kasim, pelajar tahun 1 Fakulti

Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) telah mewakili Malaysia

ke Sukan Universiti Asean 2014 yang telah berlangsung pada

10 hingga 21 Disember 2014 di Palembang, Indonesia di mana

beliau telah membantu pasukan futsal Malaysia memperolehi

pingat gangsa pada temasya Sukan Universiti ASEAN kali ini.

Di dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014,

USIM telah memperolehi satu (1) pingat gangsa dalam acara

Lawn Ball. Manaka semasa Kejohanan Pencak Silat

Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi ke-5 2014,

USIM telah memperolehi satu (1) pingat perak bagi kategori

Silat Olahraga dan satu (1) pingat gangsa bagi kategori Silat

Seni.

Hadirin sekalian,

Seperti yang dimaklumi, USIM merupakan peneraju bagi

program PERMATA Insan yang dinaungi oleh program

PERMATA negara. Baru-baru ini USIM telah menerima

kumpulan pertama pelajar Kolej PERMATA Insan seramai 50

orang pada 17 Januari 2015. Kolej ini adalah kolej kedua

selepas Kolej Permata Pintar di UKM yang ditubuhkan di dalam

Universiti dengan kurikulum integrasi ilmu naqli dan aqli. Ini

merupakan usaha berterusan USIM untuk meneruskan

Page 18: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

18

kelangsungan pendidikan berasaskan kurikulum integrasi Naqli

dan Aqli di peringkat sekolah rendah, menengah, matrikulasi

dan seterusnya di peringkat sarjana muda, sarjana dan PhD.

Suasana pembelajaran kolej di Universiti memberi peluang

kepada pelajar pintar ini untuk menggunakan segala prasarana

pengajaran dan pembelajaran di Universiti di samping untuk

mereka merujuk para profesor yang ada di Universiti.

Saya amat yakin, dengan menempatkan secara berpusat anak-

anak ini di dalam kolej, akan lebih banyak kejayaan cemerlang

yang akan diukir pada masa akan datang. Pada tahun 2014,

anak-anak Permata Insan USIM begitu menyerlah di persada

antarabangsa apabila penyertaan mereka di World Creativity

Festival 2014 : Sharing Wisdom di Korean Advanced

Institute of Science and Technology (KAIST) telah mendapat

beberapa anugerah seperti Special Award on Virtual Reality

on short term problem solving contest, Bronze Medal for

students Long Term Thesis (Presentation of The Dabai’s

Face Mask) dan Silver Medal for students Long Term

Thesis (Presentation on The Usage of Belimbing Buloh).

Sesuatu yang manis untuk saya kongsikan di sini adalah

apabila 29 orang anak-anak Permata Insan berpeluang

melawat ke Arab Saudi sekaligus menunaikan umrah dan

berpeluang untuk mengadakan kunjungan hormat dan sesi

Page 19: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

19

bertalaqi bersama imam besar Masjidil Haram, iaitu Syeikh

Abdur Rahman As-Sudais. Ini merupakan acara dan peluang

yang julung-julung kalinya diberikan kepada kumpulan pelajar

ini kerana bukan mudah untuk bertemu dengan seorang ulama

ulung yang bertaraf dunia.

4. Pengiktirafan Inovasi

Jika pada tahun 2013, buat pertama kalinya penyelidik muda

USIM berjaya cemerlang di arena British Invention Show (BIS),

kecemerlangan tersebut diteruskan pada tahun lepas di mana

dua pasukan penyelidik muda (pelajar pra-siswazah) daripada

Fakulti Sains dan Teknologi, sekali lagi meletakkan nama USIM

dan Malaysia di Kota London pada pentas BIS edisi 2014

dengan merangkul 2 pingat emas menerusi produk “Novel

Green Active Nanofiltration GANF” yang berfungsi sebagai

komponen penapis untuk kegunaan industri tekstil dan pingat

perak bagi produk “Crushy Energy Bar” iaitu pemakanan

tinggi serat menggantikan makanan ringan dan cukup kecil

untuk dimasukkan ke dalam poket. Lebih manis, produk “Novel

Green Active Nanofiltration GANF” juga dianugerahkan

“Special Double Gold Award” dan “Diploma Of Excellence

For Promotion Of Creativity From Romanian Inventors

Forum”.

Page 20: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

20

Kecemerlangan USIM menerusi penyelidikan dapat ditonjolkan

menerusi kemenangan dalam pameran penyelidikan 25th

International Invention, Innovation & Technology Exhibition

(ITEX 2014) yang berlangsung pada 8-10 Mei 2014 di KLCC

apabila USIM dapat merangkul tiga (3) pingat emas bagi produk

bertajuk EZCert, ITAG V1.0 dan Novel Narrow-Pores Active

Ultrafiltration (NPA-UF) for Bio-Industry manakala pingat perak

dimenangi oleh produk I-LEGACY hasil ciptaan penyelidik

Fakulti Sains dan Teknologi.

Bagi meningkatkan dan memartabatkan lagi produk

penyelidikan bersifat keislaman, USIM telah menganjurkan

Ekspo Inovasi Islam (i-Inova 14) pada 28-30 November 2014

bertempat di Dewan Besar. USIM memperolehi 7 pingat emas,

4 pingat perak dan 6 pingat gangsa manakala 3 anugerah khas

seperti Ibnu-Sina, Al-Khawarizmi dan Inovasi Islam.

Selain kejayaan dalam bidang penyelidikan dan penghasilan

inovasi , penerbitan USIM juga semakin meningkat dari tahun

ke tahun. Tahun 2014 telah mencatatkan sebanyak 182

penerbitan jurnal berindeks ISI, Scopus dan ERA. Ini

menunjukkan peningkatan kualiti penyelidikan di USIM. Untuk

meneruskan kelangsungan kecemerlangan penerbitan ini, saya

memohon kepada semua ahli akademik agar menggunakan

segala prasarana yang telah disediakan bagi meningkatkan

Page 21: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

21

aktiviti penyelidikan di USIM bagi mencapai matlamat untuk

menghasilkan penyelidikan yang relevan kepada industri dan

dimanfaatkan untuk kesejahteraan ummah.

Sebagai usaha untuk menggalakan aktiviti penyelidikan, USIM

juga giat mendapatkan dana menerusi endowment bagi

menubuhkan kursi-kursi akademik. Pada 15 Oktober 2014,

Kursi Kepemimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd Yassin yang

dibiayai oleh Yayasan Nurul Yaqeen telah dilancarkan. Majlis

pelancaran Kursi tersebut yang dibiayai dengan dana berjumlah

RM500,000.00 telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj

Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia yang juga

penaung kepada Yayasan Nurul Yaqeen. Kursi ini merupakan

kursi akademik yang kedua setelah Kursi Akademik Yayasan

Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar dalam bidang Kewangan dan

Perbankan Islam di Fakulti Ekonomi dan Muamalat. In-sya-

Allah, USIM akan mendapat dua (2) lagi kursi akademik iaitu

Kursi Profesor Syariah dan Undang-Undang serta Kursi

Profesor Kajian Fatwa yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri

Sembilan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Page 22: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

22

5. Jaringan Kerjasama USIM dan Kerajaan Negeri

Sembilan

Keakraban USIM bersama kerajaan Negeri Sembilan terserlah

dengan beberapa projek kerjasama yang dijalankan bersama.

Sebagai Menteri Mentor USIM, YAB Menteri Besar Negeri

Sembilan sentiasa memberikan sokongan pada aktiviti yang

diadakan di USIM. Sepanjang tahun 2014, USIM telah berjaya

melaksanakan lebih daripada 50 aktiviti tanggungjawab sosial

(CSR) di semenanjung Malaysia khususnya di Negeri

Sembilan. Sebagai satu-satunya IPTA yang bertapak di Negeri

Sembilan ini, adalah amat wajar USIM memberi manfaat

kepada warga setempat sebagai menyahut saranan YAB

Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri agar ”Pokok yang

ditanam di Negeri Sembilan, biarlah sebahagian besar buahnya

jatuh di Negeri Sembilan juga”. Antara aktiviti khidmat

masyarakat yang telah dianjurkan adalah seperti Kempen

Derma Darah Perdana Bersama Hospital Tunku Jaafar

Seremban, Program Belia Islam Selamat dan Sejahtera

(BLISS) di Nilai, Khidmat Komuniti Orang Asli di Kampung Ulu

Chembong Rembau Negeri Sembilan dan Program Kembara

Kembara Sahur di sekitar rumah anak yatim di Sendayan dan

Panchor Negeri Sembilan.

Tahun ini juga bakal memperlihatkan Klinik Pakar USIM akan

mula beroperasi di mana klinik pakar ini bakal menawarkan

Page 23: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

23

perkhidmatan kepada lebih daripada 200,000 orang komuniti

setempat di Nilai. Penubuhan klinik ini adalah kesinambungan

daripada memorandum persefahaman (MoU) yang termetrai di

antara USIM dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

pada 21 Januari 2014. Melalui kerjasama itu, USIM diberi

kepercayaan oleh MAINS untuk mengurus dan membangunkan

dana wakaf dan mengagihkan manfaat kepada golongan

sasaran yang dihasratkan oleh wakif (orang yang mewakafkan).

Klinik pakar ini akan menawarkan perkhidmatan pakar

perubatan, pergigian dan rawatan pesakit luar yang

dikendalikan oleh khidmat profesional, termasuk doktor-doktor

pakar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan

Fakulti Pergigian (FPg) USIM. Melihat kepada penglibatan-

penglibatan USIM di dalam libatsama komuniti ini, saya

mengharapkan ia dapat ditingkatkan lagi dari segi kuantiti

program libatsama serta kualiti program yang diadakan. Saya

percaya, ini adalah satu aspek soft power (kuasa lunak) yang

sangat berkesan supaya USIM berbekas di hati masyarakat.

Tidak menghadkan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan

dengan penduduk setempat atau di dalam negara sahaja,

USIM, khususnya dalam usaha untuk menjadikan pelajar USIM

sebagai Global Citizen, juga cakna dan prihatin dengan

keadaan masyarakat yang kurang bernasib baik di luar negara

seperti di Laos, China, Thailand dan Kemboja menerusi

Page 24: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

24

penganjuran program signature USIM iaitu Global Islamic

Student Outreach (GISO).

GISO juga merupakan salah satu platform bagi

mengantarabangsakan pelajar di mana selain mendedahkan

pelajar dengan budaya masyarakat luar, ia turut

mempromosikan USIM di peringkat global. Sebanyak lebih

daripada 30 negara telah dilawati menerusi program GISO

antaranya Jepun, Korea Selatan, China, England, Mauritus,

Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand, Laos, Vietnam,

Kemboja, England dan India. Melihat kesungguhan dan

keperihatinan pelajar-pelajar ini dalam menggerakan aktiviti

pelajar, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah

menyumbangkan sejumlah RM800,000.00 kepada USIM yang

telah disumbangkan pada tahun sebelum ini. Terima kasih

diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang sentiasa

memberikan sokongan dan galakan kepada pelajar USIM untuk

terus berbakti kepada masyarakat.

Volunteerism dan Community Services

Pelajar USIM juga aktif di dalam penyertaan program

kesukarelawanan di peringkat antarabangsa. Misi

Sukarelawan Siswa ke Luang Prabang, Laos anjuran

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) adalah program khusus

di mana seramai tiga orang pelajar USIM adalah diantara 20

Page 25: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

25

orang yang terpilih daripada sejumlah 200 orang calon

mahasiswa yang memohon untuk mengikuti misi ini. Tiga (3)

orang pelajar USIM yang menyertai YSS ini iaitu Nur Ain Zakiah

daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Nurathiqah Fadzil

daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dan

Ammar Iqram daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

(FPQS) di Luang Prabang yang memfokuskan kepada kluster

pendidikan di mana para sukarelawan telah diberikan peluang

untuk menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran seperti

Bahasa Inggeris, Fun Learning, pendidikan kesihatan dan

kemahiran asas ICT.

Di peringkat institusi, USIM terus memperkasakan hubungan

kerjasama yang bermula sejak tahun 2008 dengan Jabatan

Penjara Malaysia menerusi penganjuran CIPTA iaitu

pertandingan mencipta lagu patriotik sempena Kemerdekaan.

Walaupun telah diadakan sebanyak lima (5) kali, penganjuran

CIPTA bagi edisi 2014 telah mendapat liputan oleh RTM dan

telah disiarkan pada Sambutan Hari Malaysia pada 16

September 2014. Untuk memperluaskan penglibatan USIM

dalam program pemulihan banduan, pengurusan USIM telah

mengadakan kunjungan hormat dan sesi dialog bersama

Komisioner Jeneral Penjara, Jabatan Penjara Malaysia. Saya

secara peribadi melihat banyak kerjasama yang boleh

dijalankan antara kedua-dua belah pihak dan akan memanggil

Page 26: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

26

beberapa PTJ yang berkaitan untuk menggerakkan kerjasama

ini. Antara program kerjasama yang dicadangkan adalah

penawaran program pengajian USIM atas talian kepada

banduan dan penyelidikan dalam bidang penyelidikan dadah.

Warga USIM juga sangat cakna dalam isu kemanusiaan. Lebih

daripada 500 orang khalayak telah hadir ke program Malam

Puisi Gaza : Ekspresi Jiwa dan Munajat Doa Buat Palestin

anjuran Pusat Kebudayaan USIM. Program ini memberi

sokongan kemanusiaan kepada penduduk Gaza di Palestin

yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis Israel di

perkarangan Dewan Besar, USIM. Penggunaan media ‘puisi’

dalam program seperti ini adalah julung kali diadakan di negara

ini!!

6. Pengiktirafan dan Penjenamaan (Branding)

Hadirin dan Hadirat

USIM terus mendapat liputan meluas oleh media elektronik dan

media cetak di seluruh negara. Pada tahun 2013 yang lalu,

jumlah paparan berita berkaitan USIM di dalam akhbar adalah

sebanyak 838 dengan nilai PR Value mencecah RM

22,976,199. Namun pada tahun 2014, jumlah keratan akhbar

mengenai USIM telah mencecah 1424 dengan PR Value

sebanyak RM32,826948. Ia menunjukkan peningkatan jumlah

Page 27: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

27

artikel sebanyak 586 dan peningkatan terhadap PR value

sebanyak RM 9.9 juta. Ini bermakna pada tahun lalu sahaja,

sebanyak 117 artikel berkaitan USIM dipaparkan dalam bentuk

berita di media cetak dan media elektronik setiap bulan, atau

3.9 artikel setiap hari. Lebih menarik, pada suku terakhir tahun

2014, laporan daripada syarikat pemantauan media

antarabangsa, Isentia, menunjukkan jumlah artikel yang

memaparkan brand USIM di media cetak dan media elektronik

berjaya mengatasi universiti terkemuka negara yang lain seperti

Universiti Sains Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa. Ini

membuktikan bahawa mesej berkaitan keunikan dan kelebihan

USIM sebagai institusi yang mempelopori integrasi ilmu Naqli

dan Aqli semakin diketahui umum. Ini menunjukkan sokongan

media yang tidak berbelah bahagi terhadap USIM. Dalam

usaha menghargai sokongan media terhadap USIM, satu Majlis

Makan Malam Bersama Media telah diadakan pada tahun

lepas. InshaAllah, USIM akan terus menjalin kerjasama baik

dengan pihak media dan berkongsi bersama falsafah

pendidikan USIM yang unik dan berbeza untuk dihayati

bersama oleh masyarakat di Malaysia. USIM turut mula

mendapat perhatian media serantau dan media global. Pada

tahun 2013 dan 2014 sebanyak 66 artikel berkaitan USIM

diterbitkan di media global antaranya di Amerika Syarikat,

United Kingdom, Oman, Nigeria, Thailand, China, Indonesia,

Page 28: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

28

Bangladesh, Sri Lanka dan Brunei. Ini membuktikan bahawa

kredibiliti USIM sudah dirasai di peringkat serantau dan global.

FOKUS USIM’16

Menara Ilmu Mendidik Watan Cabaran Ditempuh Penuh Semangat Strategi Disusun Pelaksanaan Di Mapan Bulatkan Hasrat Murnikan Niat

Hadirin sekalian, mendepani tahun 2015 ini, mahu tidak mahu

kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Ada di

antaranya yang boleh dijangka, dan ada yang sebaliknya.

Namun, USIM perlu sentiasa bersedia dan dalam keadaan siap

siaga. Namun saya meyakini bahawa apa jua cabaran dan

rintangan sekiranya kita hadapi bersama-sama dengan

semangat berpasukan serta keserakanan yang tinggi,

semuanya menjadi mudah. Jangan sesekali ada disematkan

prinsip anau dalam belukar yang melepaskan pucuknya

masing-masing. Kita semua adalah satu, bergerak atas visi dan

matlamat yang sama.

Fokus kita adalah untuk merealisasikan USIM ’16 di mana kita

menjadi pusat rujukan serantau dalam integrasi naqli dan aqli.

USIM tidak mempunyai banyak masa. Tahun 2015 inilah, kita

perlu pacu segala usaha, rangka dan programkan segala

perancangan supaya 2016 nanti, kitalah yang dicari dan dirujuk

Page 29: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

29

oleh rakan-rakan serantau; 10 negara dalam komuniti ASEAN.

Bertepatan dengan pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi

ASEAN, inilah masanya USIM menonjol dalam falsafah yang

kita wiridkan. Berjaya atau tidaknya USIM ’16 menjadi kayu

ukur kepada USIM untuk mencapai USIM ‘25 iaitu menjadi

rujukan naqli dan aqli di peringkat global.

Jadi, untuk mencapai hasrat USIM16 yang hanya tinggal tidak

kurang daripada setahun, USIM telah merancang beberapa

tindakan strategik.

1) Pemerkasaan Agenda Integrasi Naqli dan Aqli

Pusat Pengembangan Integrasi Naqli dan Aqli

Pengurusan tertinggi USIM telah mengambi inisiatif untuk

menubuhkan Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli dan

Aqli yang mempunyai visi menjadi pusat rujukan utama bertaraf

antarabangsa dalam pengembangan integrasi ilmu Naqli dan

Aqli untuk pembangunan negara dan kemanusiaan sejagat.

Pusat Tanggungjawab (PTJ) baru ini bakal menjadi penggerak

utama untuk merealisasikan halatuju USIM iaitu menjadi

universiti terkemuka dunia dalam integrasi ilmu Naqli dan Aqli

melalui pendekatan pelan tindakan yang strategik,

komprehensif dan efektif. Pusat ini mempunyai objektif

penubuhan bagi memperkasakan budaya integrasi ilmu Naqli

Page 30: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

30

dan Aqli dikalangan warga USIM melalui program latihan. Pusat

ini juga memainkan peranan untuk menyebar luas falsafah,

prinsip dan amalan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dikalangan

masyarakat khususnya organisasi awam dan industri melalui

seminar dan program libat sama. Di samping itu juga, Pusat ini

turut membantu dalam menggubal, melaksana dan memantau

strategi penerapan integrasi Naqli dan Aqli.

2) Penjanaan Kewangan Dan Autonomi

Seiring dengan status autonomi yang diterima USIM, universiti

ini mensasarkan penjanaan kewangan sebanyak RM55 juta

pada tahun 2015. Untuk mencapai hasrat ini, sebanyak 14

pelan tindakan telah digariskan. Antaranya adalah melaburkan

dana ke pelaburan yang kompetitif (patuh syariah);

menonjolkan USIM sebagai solution provider kepada industri

yang berkaitan seperti industri halal; mewujudkan program

akademik dan kurikulum latihan berteraskan paduan kurikulum

Naqli dan Aqli; meningkatkan sumbangan pelbagai dana wakaf,

Zakat dan Endowmen; memperkasakan anak syarikat USIM

dan melaksanakan aktiviti penjanaan pendapatan PTJ melalui

Akaun Enterprise.

Hadirin sekalian, USIM juga mengambil inisiatif dengan

mewujudkan perkhidmatan swasta yang patuh syariah bagi

Page 31: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

31

menjana pendapatan melalui projek seperti Islamic Medical

Tourism dengan penubuhan Hospital Pakar USIM,

Perkhidmatan Pengurusan FATWA Sedunia melalui INFAD,

Klinik Pakar Wakaf Bergerak bagi memenuhi keperluan

masyarakat. Segala projek-projek penjanaan kewangan ini

adalah selaras dengan pemberian kuasa autonomi yang telah

diberikan kepada USIM pada tahun 2014.

3) Pengembangan Akademik

YBhg. Tan Sri dan hadirin yang dimuliakan, sebagaimana yang

saya tekankan sebentar tadi, fokus USIM adalah untuk menjadi

pusat rujukan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Perkara utama yang

perlu dimantapkan adalah teras Universiti sendiri, iaitu aspek

akademik dan kurikulum. Maka dengan sebab itu, dari segi

fokus pengajian, USIM perlu menjadi sebuah institusi ilmu

terkehadapan dalam mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli, iaitu

ilmu berasaskan Al Quran dan Sunnah serta ilmu kontemporari.

USIM bakal menawarkan tiga (3) program pengajian baharu

pada tahun 2015 seperti Sarjana Muda Perbankan dan

Kewangan Islam dengan Kepujian, Sarjana Perbankan Islam

dan Sarjana Kewangan Islam.

Kurikulum USIM direkabentuk dengan memperkenalkan

beberapa kursus teras pengajian Islam dalam setiap program

Page 32: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

32

yang ditawarkan. Pada tahun 2014, 30% komponen

dikenalpasti mempunyai elemen integrasi Naqli dan Aqli di

dalam kurikulum pringkat Sarjana Muda dan akan

dipertingkatkan bagi fasa kedua mulai tahun 2015. Fasa kedua

akan menekankan kepada pelaksanaan dengan fokus untuk

merentasi subjek. Semua kakitangan akademik akan terlibat

secara aktif untuk mengintegrasi ilmu Naqli dan Aqli melalui

pelbagai pendekatan termasuk kajian kes, Problem Based

Learning (PBL), Project Oriented Problem Based Learning

(POPBL) dan lain-lain. Adalah diharapkan tahun 2015 USIM

berjaya mengeluarkan beberapa buku teks bagi subjek yang

bersesuaian yang menampakkan elemen Naqli dan Aqli

sebagai ‘showcase‘. Usaha ini akan turut dikongsi bersama

dengan Universiti berteraskan pengajian Islam di peringkat

serantau atas pelantar i-IQRA‘.

Perkembangan e-Pembelajaran

Pada tahun ini, GOAL Center bakal memperkenalkan beberapa

program baharu seperti Massive Open Online Course (MOOC)

Kebangsaan, dan juga Kursus MOOC Edraak yang dibiayai

oleh Queen Rania Foundation bagi kursus yang menggunakan

medium Bahasa Arab. MOOC bertujuan untuk meningkatkan

kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P) di IPTA Malaysia,

menjimatkan kos penyediaan set bahan bagi kursus yang sama

(generic course). Menghasilkan kursus niche USIM dalam

Page 33: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

33

bentuk MOOC akan menggalakkan penjenamaan pendidikan

USIM serta menyokong konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat

di kalangan IPTA di Malaysia. GOAL Centre juga akan

bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk

menawarkan beberapa kursus jangka pendek yang releven

dengan niche USIM, melalui program pengajian sepanjang

hayat (LLL).

GOAL Center turut menganjurkan Kolokium e-Pembelajaran

USIM yang pertama pada 21 Januari 2015 yang lepas dengan

objektif menjadi platform perkongsian maklumat tentang e-

pembelajaran secara lebih formal, melahirkan lebih ramai

individu yang cakna dengan teknologi pembelajaran semasa,

meningkatkan penyelidikan (serta minat kepada penyelidikan)

dalam bidang e-Pembelajaran di USIM serta menjadi sumber

rujukan dan perbincangan berkenaan e-pembelajaran oleh

warga USIM dan juga warga IPTA seluruh negara.

Selain itu, USIM menerusi GOAL Center telah mendapat

permintaan daripada institusi luar negara seperti International

Islamic University Chittagong (IIUC) dan Daffodil International

University (DIU) Bangladesh untuk bekerjasama dalam

penawaran program pasca-siswazah secara atas talian (ODL).

Page 34: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

34

4) Penyelidikan Dan Inovasi

Pembudayaan aktiviti penyelidikan dan penerbitan bukan

sahaja ditingkatkan dikalangan ahli akademik malah juga di

kalangan kakitangan pentadbiran melalui geran khas

pentadbiran, dan mahasiswa-mahasiswi secara amnya. Mulai

tahun ini geran pentadbir juga diwujudkan untuk staf akademik

yang dilantik sebagai ketua PTJ. Setiap geran pentadbir

sebanyak RM50,000 di peruntukan untuk maksud tersebut.

Penyelidikan yang dihasilkan juga hendaklah mengintegrasikan

ilmu Naqli-Aqli untuk mencapai visi dan misi USIM.

Untuk mencapai USIM16, peranan COE dlm adalah amat

penting. Enam COE telah ditubuhkan untuk mencapai objektif

tersebut. Semua COE disasarkan untuk mencapai objektif

penubuhannya pada tahun ini dan sekurang-kurangnya satu(1)

COE disasar untuk mencapai taraf Hi-COE pada tahun 2016.

Untuk menjadi sebuah universiti pusat rujukan dirantau –USIM

16 dan global – USIM 25, pastinya USIM perlu meningkatkan

kualiti dan kuantiti penyelidik dan penyelidikannya. KPI

penerbitan jurnal berindeks pada tahun 2015 ditetapkan 1:1,

bermakna seorang ahli akademik perlu menghasilkan sekuran-

kurangnya satu artikel dalam jurnal berindeks iaitu ISI/Scopus

dan ERA. Insentif2 untuk menerbitkan dlm jurnal2 tersebut akan

diperkemaskan dan diteruskan.

Page 35: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

35

Editor Jurnal USIM khususnya Jurnal Ulum Islamiyyah dan

Jurnal Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR) perlu

main peranan untuk menjadikannya sebagai jurnal rujukan

berimpak tinggi. Sekurang-kurangnya satu jurnal USIM

disasarkan untuk disenaraikan dalam indeks ERA/Scopus pada

tahun 2016. Bagi mencapai objektif tersebut, JKPU telahpun

meluluskan pembelian database Scholar One untuk kedua-dua

jurnal tersebut. Ini akan memudahkan pengurusan artikel yang

diterima dan dinilai tepat pada waktunya.

Program Pengantarabangsaan – USIM ‘Alamiyyah

Agenda USIM ‘16 akan dipacu oleh USIM ‘Alamiyyah dengan

adanya JK Pemandu USIM ‘Alamiyyah yang bertanggungjawab

merangka strategi dan pelan tindakan bagi menempatkan USIM

di peringkat global. Pada tahun 2015, USIM akan

memperkasakan hubungan bersama rakan strategik bukan

sahaja di kalangan negara-negara ASEAN tetapi melangkaui

Asia Selatan dan Asia Timur khususnya di dalam bidang

halalisme dan perubatan.

Internationalisation @ Home. Dalam melaksanakan agenda

USIM ’16, salah satu agenda yang akan diberikan fokus adalah

Internationalisation @ Home bagi menggalakkan pelajar atau

Page 36: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

36

kakitangan USIM untuk menyertai program

pengantarabangsaan. Antara program Internationalization @

Home USIM yang telah berjalan adalah Konvensyen

Keusahawanan Islam (ICEPS) 2014 dan Asean Future Leaders

Summit (AFLES) 2014.USIM telah menghantar 25 orang pelajar

untuk mengikuti program AFLES 2014 anjuran bersama USIM,

USM dan Prince Songkla Universiti, Thailand serta AKEPT.

Pada masa yang sama, bakal pemimpin pelajar seramai 30

orang juga telah mengikuti program ‘ASEAN Future Leaders

Camp‘.

Pada tahun ini, USIM akan menambahkan satu (1) lagi program

Young Muslim Student Leader Summit sempena World Islamic

Countries University Leaders Summit (WICULS) pada bulan

Ogos 2015. Program ACREDA yang terlibat dengan I@H

adalah program Integrated Spiritual Rehabilitation for Drug

Abuse (INSPIRE).

5) Rakan Strategik

Bagi menjadikan USIM sebagai Pusat Rujukan Integrasi Naqli

dan Aqli di peringkat serantau pada tahun 2016, Mesyuarat

Seminar Serantau Institusi Pengajian Tinggi Islam (SeIPTI)

yang telah diadakan pada 14 November 2014 bersetuju agar

konsortium i-IQRA’ ini akan juga dikembangkan ke institusi

Page 37: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

37

pengajian tinggi Islam di Negara Asia Tenggara yang lain

seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara USIM dan

pihak Industri, USIM melalui PHIP akan memantapkan lagi

hubungan dengan industrI dengan meningkatkan jumlah

kerjasama sama ada melalui jalinan MoA atau MoU. Sepanjang

tahun 2014 USIM telah menandatangai 9 memorandum

perjanjian (MOA) dan 17 memorandum persefahaman (MOU).

8 daripada memorandum persefahaman (MOU) dan 2

memorandum perjanjian (MOA) tersebut telah ditandatangani

bersama rakan strategik dari luar negara seperti International

Islamic University Chittagong, Bangladesh dan Universitas

Muhammadiyah Jogjakarta. Ini telah menjadikan jumlah

kerjasama MOA/MOU bersama rakan strategik dalam dan luar

negara sejak tahun 2007 sebanyak 128.

6) Pembangunan Pelajar

Bagi menggalakkan pelajar untuk mengikuti program

pengantarabangsaan, USIM telah memperkenalkan

Pengembaraan USIM GISO-i ( i bermaksud istimewa). GISO-i

memfokuskan pengembaraan di negara-negara yang diterokai

oleh pengurusan universiti namun belum dijejaki oleh pelajar

seperti negara Nigeria, Sudan, Uganda dan beberapa wilayah

di China seperti Xian. Pelajar yang terpilih bagi mengikuti

Page 38: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

38

program ini adalah pelajar yang mempunyai pengalaman yang

tinggi dalam menjayakan program pengantarabangsaan

beserta kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Selain itu, Penubuhan Panel Penasihat Integrasi Naqli Aqli Hal

Ehwal Pelajar dan Alumni ditubuhkan untuk memberi

pandangan berhubung pelaksanaan program pelajar yang

berteraskan Naqli Aqli. Ini untuk memastikan setiap program

yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) perlu

patuh syariah.

7) Libatsama Masyarakat (community Engagement)

Selaras dengan keperluan transformasi pembangunan negara

yang bersifat inklusif, universiti memperkasakan tonggak utama

pembangunan lestari iaitu masyarakat, alam sekitar dan

pembangunan ekonomi melalui pengajaran, penyelidikan dan

libat sama yang menjadi tiga agenda utama pengajian tinggi.

Libat sama ini adalah menyeluruh dalam kalangan masyarakat

setempat sehinggalah berkongsi kepakaran di dalam dan di

luar negara bagi membantu pelbagai kumpulan sasaran. USIM

tidak terkecuali untuk menghampiri masyarakat dengan

menyertai program-program libatsama masyarakat antaranya

USIM terpilih sebagai Jawatankuasa Kerja (JK) bagi Asia-

Pacific University Community Engagement Network (APUCEN)

khususnya di dalam program pencegahan penyalahgunaan

Page 39: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

39

dadah di kalangan belia. Program ini akan diterajui oleh Pusat

Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA)

USIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar di mana

modul pencegahan dadah melalui kaedah sufism iaitu terapi

pencegahan dadah melalui zikir dan munajat kepada Allah

S.W.T.

8) Kemudahan ICT

Bagi meneruskan pakej kesejahteraan ICT staf 2013 dan 2014,

untuk tahun 2015 pihak pengurusan USIM telah bersetuju untuk

melaksanakan Pakej Baucer Staf 1 Notebook (BS1N) dengan

konsep kebertanggungjawab bersama. Pakej ini ditawarkan

untuk tempoh 3 tahun sekali tertakluk kepada bajet pengurusan

universiti. Untuk tahun 2015 sejumlah 100 baucer BS1N untuk

ahli akademik dan 60 baucer BS1N untuk pentadbir di

sediakan. Pihak universiti telah bersetuju memberikan baucer

BS1N bernilai RM2,000 untuk seorang ahli akademik dan

RM1,500 untuk seorang Pentadbir Universiti bagi membeli

sebuah notebook yang menjadi milik staf dengan persetujuan

menggunakannya untuk tujuan pengajaran dan juga

pentadbiran universiti.

9) Penjenamaan (Branding)

Page 40: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

40

Penjenamaan Identiti Korporat : Tali Leher Dan Baju

Korporat

Walaupun baru menjangkau usia 15 tahun, USIM telah

menunjukkan perkembangan yang pesat serta kepelbagaian

dari aspek akademik, penyelidikan dan pentadbiran melalui 8

fakulti, 6 pusat kecemerlangan dan lebih 50 jabatan.

Kepelbagaian yang dinamik ini bermakna USIM perlu komited

dan konsisten dalam memaparkan kepada khalayak mengenai

identiti penjenamaan universiti. Justeru identiti korporat yang

mantap dan konsisten adalah sangat perlu bagi memastikan

reputasi USIM terus dirasai dan dihayati oleh masyarakat di

dalam dan di luar universiti. Bagi memperkukuhkan lagi identiti

penjenamaan korporat USIM, pemakaian tali leher rasmi USIM

akan diharuskan bagi semua warga USIM bagi setiap acara

rasmi di dalam dan di luar universiti.

Bagi membudayakan pemakaian tali leher rasmi USIM, hari

Isnin akan dijadikan hari memakai tie bagi kakitangan lelaki

sesuai. Selain itu rekabentuk Baju Korporat rasmi USIM akan

turut diseragamkan. Semua kakitangan USIM boleh

mendapatkan rekaan rasmi baju korporat seperti yang

dipaparkan di koperasi USIM. Semua kakitangan USIM

digalakkan untuk memakai baju korporat rasmi USIM pada

setiap hari Rabu. Pemakaian baju korporat juga adalah

digalakkan semasa menghadiri aktiviti luar USIM, antaranya

Page 41: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

41

semasa mengendalikan kursus serta program – program lain

anjuran universiti. Keseragaman dalam pemakaian tali leher

dan baju korporat USIM bermakna setiap warga USIM

memainkan peranan masing-masing dalam melonjakkan

integriti jenama USIM sekaligus memperkukuhkan identiti

penjenamaan universiti.

10) Kelestarian Alam Sekitar di Kampus USIM

Baru-baru ini USIM telah mendapat tempat dan kedudukan

pada nombor 235 daripada 360 universiti dan 62 buah negara

berdasarkan kelestarian kampus dan pengurusan persekitaran

dalam UI-Greenmetric World University Ranking. Ini merupakan

percubaan pertama USIM bagi menilai sejauh mana kelestarian

kampus dan pengurusan persekitaran yang USIM telah

jalankan dengan mengambil kira beberapa penambahbaikan

yang telah USIM laksanakan termasuk pembersihan tasik dan

mewujudkan trek jogging dan berbasikal di sekitar kampus.

Ruang-ruang ini di wujudkan untuk meningkatkan tahap

kesihatan kepada pengguna melalui aktiviti sihat di kalangan

warga kampus. Antara inisiatif yang dilaksanakan Pihak

Universiti melalui Jabatan Pembangunan dan Pengurusan

Fasiliti (JPPF) bagi menjadikan sebuah universiti yang

mempunyai ekosistem yang sejahtera adalah seperti

pembersihan cerun dan kolam, penanaman landskap lembut

Page 42: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

42

(pokok bernilai estetika,pokok buah), pembinaan laluan

berbasikal, pembinaan wakaf yang mempunyai kemudahan wifi

serta pembekalan dan pemasangan lampu Solar.

Satu Kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Hubungan Industri

dan Pengkomersialan (PHIP) ke atas warga USIM mengenai

kesedaran alam sekitar di kampus mendapati bahawa 49%

menyatakan berlakunya pembaziran elektrik dan air. Ini diikuti

dengan isu kitar semula sebanyak 22% dan isu plastic dan

makanan sebanyak 10%. Ini menunjukkan bahawa warga USIM

mengakui isu mengenai pembaziran elektrik dan air merupakan

isu utama yang perlu diberi perhatian serius di dalam kampus.

Maka dengan sebab itu, warga USIM perlulah cakna dengan

isu ini dengan bertanggungjawab dalam penggunaan elektrik

dan air secara berhemah dengan mengelakkan pembaziran.

11) Pusat Sukan

USIM akan memperkasakan sukan sunnah seperti memanah

dan berenang di kalangan warga USIM dan masyarakat sekitar.

Sebagai tambahan, pembudayaan sukan juga turut

diperkasakan di mana Pusat Sukan akan menganjurkan

senaman aerobik dan berbasikal di sekitar kampus pada setiap

petang Rabu bagi menggalakkan warga USIM meningkatkan

Page 43: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

43

kesihatan bersesuaian dengan pepatah arab “al-Aqlu Salim fi

Jismi Salim” iaitu otak yang cerdas terletak pada badan yang

cergas”.

12) Seni budaya Pelajar

Pusat Kebudayaan mengambil inisiatif untuk menganjurkan

Konsert Alhan Rabbaniyyah USIM yang mengaspirasikan

sebuah penganjuran seni budaya Islam yang boleh dihayati dan

dipersembahkan kepada Tuanku Canselor bersempena dengan

Sambutan 15 Tahun penubuhan USIM. Program ini dianjurkan

oleh USIM dengan Pusat Kebudayaan sebagai Urus Setia dan

dengan kerjasama Istana Budaya, RTM dan Orkestra

Tradisional Malaysia.

Apa yang uniknya, penggunaan instrumen muzik tradisi dan

moden yang pelbagai seperti Gu Chen, Sitar, Rebab, Akustik

Gitar, Violin, Erhu dan Gambus (Orkestra Tradisonal Malaysia)

akan memberi persepsi baru bahawa Islam bukan hanya boleh

dicitrakan dengan unsur Timur Tengah sahaja tetapi juga unsur

kemelayuan dan ciri- ciri pelbagai kaum di Malaysia. Pengisian

Konsert Alhan Rabbaniyyah mengutamakan persembahan Seni

Pentas seperti vocal dan teater. Persembahan vokal

merangkumi Selawat, Nasyid Tradisi dan Moden, Qasidah

Kontemporari, Sayembara Puisi, lagu- lagu ketuhahan dan

lakonan teater pendek yang akan mengupas karya- karya yang

Page 44: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

44

bersifat tulus dan kudus dalam perjalanan mencari tuhan.

Persembahan Konsert Alhan Rabbaniyyah akan dijayakan oleh

Urus Setia Kesenian Pelajar USIM (Malaysia) dan gabungan

persembahan beberapa pelajar daripada universiti serantau

seperti Brunei, Indonesia dan Thailand. Persembahan artis

lagu- lagu religi dan ketuhanan seperti Opick- Indonesia, Ramli

Sarip – Singapura dan Jamal Abdillah- Malaysia akan menjadi

kemuncak pengisian Konsert Alhan Rabbanniyyah USIM 2015.

Program Street Dakwah mengangkat konsep pengajaran dan

pembelajaran dakwah secara santai (buskers) di jalan- jalan

sekitar Kuala Lumpur. Menggunakan medium seni budaya

seperti muzik akustik, bacaan taranum, informasi semasa

seperti klinik pengguna dan pengajaran doa. Program ini turut

akan melibatkan artis tanah air yang seperti Siso, Nash dan

melibatkan kerjasama daripada Utusan Malaysia, Persatuan

Buskers Malaysia dan Jabatan Pembangunan Wanita

(KPWKM). Penglibatan pensyarah daripada fakulti terpilih akan

turut bersama menyampaikan maklumat kepada pengguna/

masyarakat.

Rumusan

Untuk menjadi sesebuah universiti yang terampil dan dirujuk di

peringkat serantau apatah lagi global bukanlah mudah.

Page 45: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

45

Walaupun USIM baru berusia 15 tahun namun hasrat untuk

menjadi universiti yang dirujuk dalam aspek integrasi Naqli dan

Aqli menjadi sasaran utama USIM. Oleh itu, adalah menjadi

harapan saya agar warga USIM bangkit dan bersama-sama

mengorak langkah bagi merelisasikan hasrat murni ini. Suka

saya analogikan pengalaman mendaki Gunung Kinabalu

dengan sasaran USIM untuk menjadi Pusat Rujukan Integrasi

Naqli dan Aqli. Gunung Kinabalu sebagai gunung yang tertinggi

di Asia Tenggara boleh dianalogikan dengan hasrat USIM

untuk menjadi Pusat Rujukan Integrasi Naqli dan Aqli di

peringkat Asia Tenggara/serantau, Banyak cabaran yang

dihadapi oleh pendaki sebelum dan sampai ke puncak

pendakian. Antaranya adalah cuaca yang tidak menentu, suhu

yang terlalu sejuk, jalan yang curam, berbatu dan licin; selain

kesihatan yang baik, kecekalan mental dan ketahanan yang

tinggi adalah sangat penting untuk mengatasi semua cabaran

ini.

Begitulah juga cabaran USIM bagi menjadi pusat rujukan

serantau untuk integrasi Naqli dan Aqli apabila banyak

rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi.

Justeru itu, kekuatan mental dan semangat yang tinggi di

samping rasa cinta yang mendalam kepada USIM adalah faktor

yang membawa kepada pencapaian sasaran USIM ’16 yang

Page 46: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

46

selari dengan kempen #iloveusim yang telah dilancarkan pada

tahun lepas. Untuk makluman juga, kempen #iloveusim akan

terus dipertingkatkan pada tahun ini apabila 17 tema telah

diperkenalkan pada tahun lepas dan pada tahun ini 13 tema

lagi akan menyusul.

Islam mengajar umatnya agar sentiasa berusaha mengamalkan

budaya kerja yang cemerlang dengan bertunjangkan iman dan

akhlak. Bagi yang menyedari hakikat ini mereka akan sentiasa

berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti pada setiap

masa tanpa rasa bosan. Umat Islam yang bagus adalah

mereka yang sedar bahawa bekerja itu bukan sekadar

tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara

malah ia merupakan amanah Allah SWT.

Sehubungan itu, saya mewakili pengurusan universiti mohon

agar warga USIM menghayati, memahami dan mendukung visi

dan misi USIM serta bekerja di dalam semangat keserakanan

bagi menjadikan USIM sebagai pusat rujukan integrasi Naqli

dan Aqli di peringkat serantau menjelang tahun 2016 dan di

peringkat global menjelang tahun 2025.

Tersurat Sudah Citra Amanat Menggaris Matlamat Untuk Ditempa Bulat Manusia Kerana Muafakat Marilah Kita Melangkah Bersama

Page 47: TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD · PDF file1 teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad naib canselor universiti sains islam malaysia di majlis amanat naib canselor

47

Akhir kalam, terima kasih diucapkan ke atas warga USIM yang

komited dan amanah di dalam pelaksanaan amanah yang

diberikan. Semoga jasa kalian semua diberkati dan diredhai

oleh Allah SWT.

Sekian , Wassalam.