teks ucapan yb dato’ seri chor chee heung, … ucapan/teks_menteri_kpkt__se… · menteri...
TRANSCRIPT
-
1
TEKS UCAPAN
YB DATO SERI CHOR CHEE HEUNG,
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
SEMPENA
STRATEGI LAUTAN BIRU NEGARA : KEJIRANAN INDAH
(NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY : MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD)
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBAIK PULIH
TAMAN SETIA JAYA DAN PENYERAHAN KUNCI RUMAH
PROJEK PEMBINAAN SEMULA RUMAH TERBAKAR KG. MASJID
LAMA, MUKIM LEPAI , ALOR SETAR, KEDAH
23 DISEMBER 2012
YB. Dr. Cheah Soon Hai
ADUN Derga, Alor Setar;
YBhg. Dato Chong Itt Chew
Penyelaras DUN Kota Darulaman;
YBhg. To' Puan Noriah binti Hashim
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan;
YBhg. Dato Mohd. Fadzil bin Hj. Mohd Khir
Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia, merangkap Urusetia Program National Blue Ocean Strategy
KPKT;
Yang Berusaha En. Tan Po Kiat
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Setia Jaya, Alor Setar
Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin, para penghuni Taman Setia
Jaya, para media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
-
2
Salam sejahtera, selamat pagi dan salam 1Malaysia.
1. Pada pagi yang berbahagia ini, saya amat berbesar hati dan
gembira sekali kerana dapat bertemu semula dengan para
penduduk yang dihormati untuk sama-sama menyaksikan dan
menghayati perubahan wajah Taman Setia Jaya. Kini, Taman Setia
Jaya telah bertukar wajah baru dan menjadi sebuah kejiranan indah
(a beautiful neighbourhood) dalam masa yang singkat. Inilah
komitmen Kerajaan Persekutuan.
2. Syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang telah berjaya
membaik pulih Taman Setia Jaya, iaitu satu projek perintis Strategi
Lautan Biru Negara : My Beautiful Neighbourhood (MyBN) dalam
masa tiga (3) bulan yang melibatkan kos sebanyak RM2.763 juta
dan 4,000 penduduk; melalui usaha bersepadu jabatan-jabatan
dalam Kementerian saya iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam, Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Kerajaan Tempatan,
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Jabatan Landskap
Negara; tidak dilupakan Kementerian Dalam Negeri dan Polis
DiRaja Malaysia; ICU Negeri Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar;
Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Jabatan Belia dan
Sukan; Dr. Cheah Soon Hai, ADUN Derga dan semua penduduk
Taman Setia Jaya.
-
3
Para hadirin sekalian,
Kerajaan persekutuan di bawah pucuk pimpinan YAB Dato' Seri
Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia amat prihatin
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dari segi ekonomi dan
kesejahteraan hidup serta alam persekitaran yang bersih, indah,
selesa lagi ceria. Sehubungan itu, pada bulan Julai tahun ini, YAB
Perdana Menteri meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan bersama dengan Kementerian Dalam Negeri supaya
melaksanakan Program My Beautiful Neighbourhood di bawah
Strategi Lautan Biru Negara. Program My Beautiful Neighbourhood
ini adalah semata-mata untuk menangani masalah-masalah yang
dihadapi oleh penduduk rumah awam terutamanya, seperti dengan
kemudahan infrastruktur dan alam persekitaran yang tidak terurus
dan kotor yang telah membangkitkan rasa terbiar, hilang harapan
dan kepercayaan dikalangan rakyat, dengan ini menjejaskan kualiti
hidup rakyat secara menyeluruh.
3. Dalam masa 4 bulan ini, Kementerian saya berjaya membaik pulih 8
projek perumahan awam yang berumur antara 20-30 tahun.
Sejumlah RM18.4 juta telah dibelanjakan dan memberi manafaat
kepada lebih 17,000 penghuni rumah pangsa yang dimiliki oleh
kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Sebanyak 3 projek
membaik pulih ini dilaksanakan di Alor Setar, Kedah iaitu Taman
Setia Jaya, Simpang Kuala dan Seberang Terus, menggunakan
sebanyak RM7.78 juta (42% daripada jumlah kos keseluruhan) dan
melibatkan 9,000 penghuni.
-
4
Para hadirin sekalian,
4. Memandangkan Program MyBN ini seharusnya menyelesai
masalah penghuni rumah dan meningkatkan kualiti kawasan
persekitaran, saya sendiri serta semua agensi kerajaan yang
terlibat dan YB Dr. Cheah Soon Hai telah turun padang untuk
berunding bersama tuan-tuan dan puan-puan tentang masalah-
masalah yang dihadapi dan tindakan-tindakan yang diperlukan
untuk membaik pulih Taman Setia Jaya ini.
5. Para penduduk Taman Setia Jaya telah bersetuju dan
membenarkan supaya:
1) Semua 10 blok Taman Setia Jaya dan handrail dibaiki dan
dicat semula;
2) Tangki air dan sistem paip air dibaiki dan diganti;
3) Lebih banyak lot-lot tempat letak kenderaan yang lebih
tersusun disediakan;
4) Pendawaian semula dan memasang lampu baru koridor
bangunan serta persekitaran jalan;
5) Lubang pembuangan sampah (rubbish cute) ditutup;
6) Menaik taraf longkang perimeter dan sistem peparitan luaran
taman;
7) Menyediakan laluan pejalan kaki;
8) Mengindahkan landskap persekitaran dengan memasang
peralatan mainan kanak-kanak, refleksiologi, tong sampah,
kerusi taman baru serta menaman pokok;
9) Meningkatkan rondaan keselamatan dan pencegahan
jenayah oleh PDRM;
-
5
10) Memasang tempat letak motosikal berkunci dan papan tanda
talian kecemasan PDRM di bawah Program Bandar Selamat;
dan
11) Bergotong-royong menjaga kebersihan taman dari segi
pungutan dan kitaran semula sampah, pemotongan rumput
dan pembersihan longkang.
YB Dato-dato, Datin-datin, para penghuni Taman Setia Jaya, para
media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
6. Perkara-perkara yang saya sebutkan ini adalah remeh tetapi amat
menyentuh hati atau merupakan touch point issues penduduk
taman ini yang kian lama. Saya berharap usaha-usaha
pembaharuan ini tidak disia-siakan dan akan tidak bermakna dan
berkekalan sekiranya tiada kesepakatan dan penglibatan
penduduk Taman Setia Jaya. Saya yakin tuan-tuan dan puan-
puan sekalian masih ingat dalam tempoh tiga bulan yang lalu, 9
aktiviti yang telah dijalankan bertujuan meningkatkan kesedaran
dan kepentingan mengubah sikap para penduduk supaya sentiasa
menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan kawasan apabila
tindakan baik pulih ini siap dilaksanakan iaitu:
1) Dua Program gerak gempur pembersihan kawasan oleh
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Bomba dan
Penyelamat iaitu pada 19 Julai dan September 2012,
2) Dua sesi dialog (25 Julai dan 8 Ogos) bersama penduduk
untuk mendapat persetujuan mengenai tindakan membaik pulih
Taman Setia Jaya,
-
6
3) Saya sendiri telah memberi komitmen untuk membaik pulih
taman ini dengan mengadakan Majlis Pra Pelancaran dan
meletakkan papan tanda My Beautiful Neighbourhood pada 28
Julai 2012 yang lalu;
4) Mendaftar belia tempatan sebagai ahli sukarelawan program
1Malaysia for Youths (1M4U);
5) Menandatangani MOU di antara Persatuan Penduduk Taman
Setia Jaya, Majlis Bandaraya Alor Setar, Unit Kerjasama Awam
Swasta, Jabatan Perdana Menteri, ICU Kedah, KDN dan KPKT
untuk memastikan penduduk menjaga kebersihan kawasan;
6) Penubuhan Jawatankuasa 3R bagi meningkatkan kesedaran
awam dan mempromosikan aktiviti-aktiviti berkaitan kitar
semula;
7) Majlis Penyerahan Taman Setia Jaya ini kepada penduduk
pada hari ini.
YB Dato-dato, Datin-datin, para media, tuan-tuan dan puan-puan
sekalian.
7. Harapan saya mulai saat ini penduduk Taman Setia Jaya dan
golongan belia sukarelawan 1M4U bersedia mengambil alih
tanggungjawab untuk menjaga serta memelihara kebersihan
bangunan dan keindahan taman ini. Selepas ini, bersama-sama kita
mendengar dan menyaksikan lafaz ikrar penduduk dan belia Taman
Setia Jaya untuk memikul tanggungjawab ini. Saya berharap ikrar
tersebut bukanlah janji kosong tetapi Janji Ditepati.
-
7
Penyerahan Rumah baru dan Kunci kepada Mangsa Rumah
Terbakar Kg. Masjid Lama, Alor Setar
YB Dato-dato, Datin-datin, para media, tuan-tuan dan puan-puan
sekalian.
8. Selain daripada program membaik pulih kawasan perumahan
awam, kementerian saya, diterajui oleh Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia juga terlibat dalam projek pembinaan semula
rumah terbakar di bawah Progarm Strategi Lautan Biru Negara.
Sebanyak 5 buah rumah terbakar termasuk rumah terbakar di Kg.
Masjid Lama, Mukim Lepai, Alor Setar telah siap dibina dalam masa
antara 4 minggu hingga 13 minggu oleh anggota Bomba. Ini adalah
satu perkara yang luar biasa yang dilakukan oleh anggota Bomba di
mana tugas utama Bomba adalah untuk menyelamat mangsa dan
harta benda daripada musnah akibat kebakaran. Sebagai
makluman tuan-tuan dan puan-puan, pembinaan semula rumah
terbakar di Kg. Bukit Cerakah, Kuala Selangor selama 28 hari telah
dapat memecahkan rekod prestasi penyiapan projek-projek lain di
bawah Strategi Lautan Biru Negara. Syabas, saya ucapkan kepada
semua anggota Bomba yang terlibat.
9. Pembinaan semula rumah terbakar di Kg. Masjid Lama dibiayai
oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak
RM40 ribu. Seramai 18 anggota BOMBA terlibat dalam pembinaan
semula rumah dalam masa 8 minggu. Keadaan cuaca yang tidak
mengizinkan, rumah ini tidak dapat disiapkan dalam masa yang
singkat, bagaimanapun tahniah saya ucapkan kepada En. Ibrahim
dan keluarga kerana akhirnya mendapat sebuah rumah tiga bilik
yang lebih selesa. Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan
-
8
terima kasih atas sumbangan kewangan daripada Kementerian
Luar Bandar dan Wilayah.
Program MyBN 2013
10. Kementerian saya akan melaksanakan 18 projek membaik pulih
MyBN dalam masa 3 bulan bermula dari Januari tahun 2013.
Manakala Program Pembinaan Semula Rumah Terbakar akan
diberikan nama 'House build' dan sebanyak 5 buah lagi rumah
terbakar akan dibina semula pada tahun 2013.
Para hadirin sekalian,
11. Di atas kejayaan program My Beautiful Neighbourhood ini telah
melahirkan ilham kepada YAB Perdana Menteri untuk
mengembangkan inisiatif baru di peringkat negara iaitu 'My
Beautiful Malaysia Day' yang akan dilancarkan pada Januari 2013.
Kementerian saya akan terlibat secara langsung dalam
mewujudkan My Beautiful Malaysia.
Penutup
12. Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua agensi yang
hadir di Majlis ini bagi menyaksikan penyerahan Projek Baik Pulih
Taman Setia Jaya kepada penduduk dan penyerahan rumah baru
dan kunci kepada En. Ibrahim bin Hashim. Setinggi penghargaan
kepada YB Dr. Cheah Soon Hai kerana telah memberi sumbangan
sebanyak 100 unit kunci untuk pemilik motorsikal Taman Setia
Jaya. Saya juga mengucap berbanyak terima kasih kepada Majlis
Bandaraya Alor Setar kerana memberi sokongan padu ke atas
-
9
semua aktiviti pelaksanaan Program Strategi Lautan Biru Negara
dan menampung kos Majlis pada hari ini.
Sekian, terima kasih dan salam sejahtera.
Disediakan oleh :
Unit Khas NKRA Bandar Selamat
19 Disember 2012