teks ucapan yang dipertua pibg smk spaoh

10

Click here to load reader

Upload: mariam-allem

Post on 11-Nov-2015

250 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

speech

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN YANG DIPERTUA PIBGIkan lumek dipolah pais,

Terima kasih PENGERUSI MAJLIS.BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIM,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Yang Berhormat Encik Robert Lawson Chuat ak Vincent Entering, ADUN N.32 Bukit Saban,

Yang Berusaha, En. Hazmi @ Hejemi bin Jahan, Pengetua SMK Spaoh,

Yang dihormati, Tn Hj Busra bin Bujang, Naib Yang DiPertua PIBG SMK Spaoh,Ahli-ahli jawatankuasa PIBG sesi 2012/ 2014,

Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru

Dan seterusnya hadirin-hadirat sekalian.Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, Kerana dengan limpah dan rahmatnya, dapatlah kita sama-sama berkumpul di dalam Mesyuarat Agung Tahunan kita pada pagi yang berbahagia ini.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Tuan Pengetua serta para guru yang telah bertungkus lumus dalam menyediakan ruang dan peluang kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Spaoh untuk melaksanakan Mesyuarat Agung kita ini. Buat pengetahuan hadirin semua, pada awalnya, pihak PIBG merancang untuk menjemput Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi merasmikan mesyuarat agung kita, namun Yang Berhormat tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di tempat lain.Hadirin dan hadirat sekalian,

Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Pendidikan adalah bidang dinamik serta penuh cabaran yang mana menuntut perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar serta jentera pelaksana yang cekap. Pendidikan juga terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan selaras perkembangan global dan serantau. Antara cabarannya adalah melestarikan tahap profesyen dan menjadikan kualiti perkhidmatan serta kecemerlangan sebagai identiti. Negara akan kehilangan daya saing, ketinggalan atau terpinggir daripada kemajuan global jika bidang pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak diuruskan dengan cekap dan berkesan. Tahniah, saya ucapkan kepada para pelajar dan waris pelajar yang telah berjaya mencapai kecemerlangan terutama dalam peperiksaan PMR tahun lalu yang menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan. Selain usaha pelajar dan para waris itu sendiri, jangan lupa kepada penat-lelah guru-guru yang telah mencurahkan ilmu dengan mengorbankan masa, tenaga malah wang ringgit untuk membantu pelajar mencapai puncak kejayaan. Tanpa guru, siapalah kita. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada masa sekarang akan menjadi pendorong dan pencetus budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Hadirin yang dihormati sekalian, Selepas ini nanti, Insya -Allah kita akan bermesyuarat dan bersama -sama menentukan komitmen dan hala tuju PIBG untuk membantu pihak sekolah. PIBG bukan sahaja membantu dengan memberi sumbangan wang atau dana daripada tuan -tuan dan puan -puan kepada pihak sekolah, malah antara perkara utama yang saya harapkan selaku YDP PIBG selama ini ialah pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak -anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan. Komitmen tuan -tuan dan puan -puan adalah kebanggaan saya.

Saya suka menyentuh beberapa isu utama yang perlu diberi perhatian oleh kita sebagai waris SMK Spaoh. Kita yakin, tanpa disiplin yang tinggi, pasti kejayaan dan kecemerlangan tidak akan tercapai. Kita juga mesti sedar, kebanyakan sekolah juga tidak terlepas daripada ledakan isu -isu yang berkaitan pelajar. Para waris semestinya sedar dan prihatin mengenai masalah ponteng, datang lambat ke sekolah, merokok, buli, melawan guru, personaliti diri, mencuri dan seumpamanya. Walaupun masalah ini bukan sesuatu yang serius di sekolah ini, keprihatinan para waris akan menatijahkan sesuatu yang bermakna untuk sekolah. Saya juga berharap agar ibu bapa memberi tumpuan yang lebih kepada anak-anak di rumah bagi membentuk disiplin pelajar yang lebih baik terutamanya dalam bidang keagamaan seperti memberi penekanan yang lebih terhadap aktiviti sembahyang dan membaca Al-Quran kerana melaluinya kita dapat membentuk pelajar yang berdisiplin tinggi kepada guru..Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan Tuan Pengetua serta para guru di sekolah ini , kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, sebelum mengundur diri, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada, Tuan Pengetua, Ahli Jawatankuasa PIBG, para guru, staf sokongan, para waris SMK Spaoh dan hadirin yang dihormati sekalian kerana telah memberi kepercayaan kepada saya sepanjang saya memegang pucuk pimpinan Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Spaoh bagi sesi 2012/2014. Siapa pun jua yang bakal dipilih untuk memegang jawatan selaku Yang Dipertua PIBG SMK Spaoh selepas pengunduran saya pada hari ini, saya mengharapkan semoga legasi kepimpinan yang baik malah lebih baik akan diteruskan dalam membantu pihak sekolah bukan sahaja dari segi kewangan, malah tenaga dan masa juga.

Terima kasih jua atas kesudian tuan-tuan dan puan- puan bersama-sama berada dalam majlis kita pada hari ini malah untuk program-program PIBG yang terdahulu juga, walaupun saya amat percaya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai banyak lagi urusan lain yang juga penting di luar sana. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak -anak kita jua.

Sebelum berundur, saya tinggalkan semua dengan 2 rangkap pantun, Banyak keluk ke Penarik

Keluk tumbuh pohon kuini

Nan elok bawalah balik

Nan tak elok tinggallah di sini.Makan pusuk cicah cabikDuduk makan di atas tanggaSelesai sudah tugas diberikTerima kasih penghujung kata.Sekian.Wabillaahi taufiq wal hidaayah wassalaamualaikum Warahmatullaahi wabarakaatuh . Terima kasih.