teks ucapan sempena yang berhormat pehin … documents/speeches/teks ucapan ju… · teks ucapan...

8
1 TEKS UCAPAN SEMPENA YANG BERHORMAT PEHIN DATU SINGAMENTERI KOLONEL (B) DATO SERI SETIA (DR.) AWANG HAJI MOHAMMAD YASMIN BIN HAJI UMAR, MENTERI TENAGA DI JABATAN PERDANA MENTERI BAGI MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS SYARIKAT DAN KOPERASI PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI (SPPMB-Ko-PPMB). SABTU, 1 OGOS 2015 Text Ucapan YM Dato Jamain Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Para hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu peramba/saya ingin menyampaikan ucapan berbanyak terima kasih dari Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar, Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri atas penghargaan dan jemputan yang telahpun diberikan oleh Yang Mulia Dato Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Jubli Emas Syarikat dan Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei ini kepada Yang Berhormat Pehin untuk menghadiri majlis pada malam ini selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya melancaran buku ‘Bakti Dikenang’. Yang Berhormat Pehin memohon maaf kerana tidak dapat hadir kerana masa ini sedang berada di luar negara. Yang Berhormat Pehin seterusnya telah mewakilkan kepada saya untuk menghadiri dan menyampaikan teks ucapan yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Pehin untuk Majlis kita pada malam ini. -YM Dato to read out speech-

Upload: lamkhuong

Post on 07-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN SEMPENA YANG BERHORMAT PEHIN … Documents/Speeches/TEKS UCAPAN JU… · teks ucapan yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Pehin untuk Majlis kita pada malam ini

  1  

TEKS UCAPAN SEMPENA YANG BERHORMAT PEHIN DATU SINGAMENTERI KOLONEL (B) DATO SERI SETIA (DR.) AWANG HAJI

MOHAMMAD YASMIN BIN HAJI UMAR, MENTERI TENAGA DI JABATAN PERDANA MENTERI BAGI MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS

SYARIKAT DAN KOPERASI PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI (SPPMB-Ko-PPMB).

SABTU, 1 OGOS 2015 Text Ucapan YM Dato Jamain

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Para hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.

Terlebih dahulu peramba/saya ingin menyampaikan ucapan berbanyak

terima kasih dari Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B)

Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar,

Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri atas penghargaan dan

jemputan yang telahpun diberikan oleh Yang Mulia Dato Pengerusi dan

Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Jubli Emas Syarikat dan

Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei ini kepada Yang

Berhormat Pehin untuk menghadiri majlis pada malam ini selaku Tetamu

Kehormat dan seterusnya melancaran buku ‘Bakti Dikenang’.

Yang Berhormat Pehin memohon maaf kerana tidak dapat hadir kerana

masa ini sedang berada di luar negara. Yang Berhormat Pehin seterusnya

telah mewakilkan kepada saya untuk menghadiri dan menyampaikan

teks ucapan yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Pehin untuk

Majlis kita pada malam ini.

-YM Dato to read out speech-

Page 2: TEKS UCAPAN SEMPENA YANG BERHORMAT PEHIN … Documents/Speeches/TEKS UCAPAN JU… · teks ucapan yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Pehin untuk Majlis kita pada malam ini

  2  

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala pujian bagi Allah Subbahanhu Wataala, salawat serta salam keatas

junjungan kita Nabi Muhammad Sallalahu ‘alaihi wassalam, kaum

keluarga serta para sahabat dan juga para pengikut Baginda yang jujur

lagi setia hingga ke akhir zaman.

Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha bin Pengiran

Metassan, Pengarah Urusan, Kooperasi Perniagaan dan Perusahaan

Melayu Berhad,

Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohammad Suni bin Haji Idris,

Pengerusi Jawatankuasa Jubli Emas SPMMB/Ko-PPMB,

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, ahli-ahli dan kakitangan SPMMB/Ko-

PPMB,

Para hadirin dan hadirat yang peramba, koala dan saya hormati sekalian.

1. Terlebih dahulu kaola, peramba saya ingin memohon maaf kerana

akan menggunakan perkataan ‘saya’ sebagai bahasa ganti diri

didalam ucapan peramba, kaola dan saya ini iaitu bagi

mempermudahkan didalam penyampaian ucapan peramba, kaola

dan saya.

2. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas

jemputan dan penghormatan yang telah diberikan oleh

Jawatankuasa Jubli Emas SPPMB dan Ko-PPMB untuk saya

menghadiri majlis yang bersejarah ini. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada

Page 3: TEKS UCAPAN SEMPENA YANG BERHORMAT PEHIN … Documents/Speeches/TEKS UCAPAN JU… · teks ucapan yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Pehin untuk Majlis kita pada malam ini

  3  

SPPMB dan Ko-PPMB kerana telahpun mencapai usia lima puluh

ataupun jubli emas yang mana kewujudan sebegitu lama setentu

membayangkan yang ianya adalah sebuah organisasi yang sudah

matang dan berpengalaman didalam arena perusahaan. Saya juga

difahamkan bahawa usia SPPMB sebenarnya sudah melebihi lima

puluh tahun, memandangan ianya telahpun didaftarkan lebih

awal iaitu pada tahun 1961.

3. Keupayaan SPPMB dan Ko-PPMB untuk terus bertapak sebagai sebuah organisasi perniagaan orang-orang Melayu Brunei yang kukuh serta digalati bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Setentunya ini adalah hasil dari kesepaduan dan kegigihan para

pengasas syarikat yang mana ciri dan tekad yang sama terus

diamalkan oleh generasi-generasi pelapis yang mengambil alih menentutkan arah tuju syarikat pada tahun-tahun seterusnya sehinggalah sekarang. Saya juga percaya bahawa kejayaan ini

juga hanya telah dapat dicapai dengan adanya sokongan yang

kuat dan berterusan serta semangat patriotik para Ahli Lembaga, ahli-ahli dan juga kakitangan syarikat dan koperasi secara keseluruhannya.

4. Alhamdulillah, pada pandangan saya sendiri SPPMB dan Ko-

PPMB bolehlah dianggap sebagai salah satu flagships utama yang menunjukkan perpaduan para pengusaha dan perniagaan orang-

orang Melayu di Negara Brunei Darussalam. Organisasi ini digalati bukan sahaja dikalangan para perniaga Melayu sendiri malah oleh para perniaga dari bangsa-bangsa lain, baik didalam mahupun di luar negara. SPPMB dan Ko-PPMB ini adalah juga bukti yang terbaik bahawa syarikat dan koperasi orang-orang Melayu Brunei mampu untuk terus berjaya dan dapat mempertahankan kepentingan ahli-ahlinya dibawah pengurusan anak-anak tempatan kita sendiri.

Page 4: TEKS UCAPAN SEMPENA YANG BERHORMAT PEHIN … Documents/Speeches/TEKS UCAPAN JU… · teks ucapan yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Pehin untuk Majlis kita pada malam ini

  4  

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, 5. Didalam kita mengimbas kembali pengalaman serta berbagai

cabaran yang telahpun dilalui sepanjang 50 tahun ini, sudah pasti terdapat kesedaran bahawa apa yang lebih penting ada wawasan bagi masa hadapan dimana antara lain, SPPMB dan Ko-PPMB perlulah menyiapkan dirinya akan dapat memastikan yang ianya akan terus relevan kepada matalamat mempertengahkan dan menjaga kepentingan para-para ahli secara khususnya, dan kepada perkembangan ekonomi negara secara amnya. Kearah ini, professionalisma, integeriti, kepatuhan kepada governance serta

pemikiran secara dinamik khususnya diperingkat pengurusan dan pemegang-pemegang amanah adalah sangat penting.

6. Didalam persekitaran perniagaan yang ada sekarang, cabaran

utama bukanlah hanya untuk memastikan yang kita mampu untuk berdayatahan. Apa yang juga diperlukan adalah peningkatan didalam keupayaan kita untuk bertindak secara

proaktif dan mampu untuk berdaya saing dengan sihat dan

menurut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa. Tidaklah dapat dinafikan aktiviti utama yang diceburi iaitu perusahaan stesen minyak telahpun dapat sehingga kini membawa kepada kedayatahanan dari segi pendapatan ekonomi yang dicita-citakan. Namun begitu, pergantungan yang secara

berlebihan dan terhad kepada aktiviti-aktiviti yang sama hanya

akan membawa kepada kedudukan perekonomian yang agak

statik dan terlalu terbuka kepada berbagai kemungkinan yang bolih menjejaskan kestabilan syarikat dan koperasi.

7. Maka dengan itu jua, pada panangan saya selain dari melihat

kepada peluang-peluang yang ada didalam sektor perkhidmatan seperti pengendalian stesen minyak, adalah juga perlu bagi aktiviti-aktiviti syarikat diperluaskan lagi. Adalah juga disarankan agar syarikat dan koperasi melihat kepada peluang-peluang di bidang-bidang perniagaan yang lain bukan sahaja yang ada didalam industri perkhidmatan minyak dan gas, tetapi

Page 5: TEKS UCAPAN SEMPENA YANG BERHORMAT PEHIN … Documents/Speeches/TEKS UCAPAN JU… · teks ucapan yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Pehin untuk Majlis kita pada malam ini

  5  

dalam arena-arena lain yang juga bolih menjanjikan pulangan pelaburan yang berbaloi. Saya percaya dengan berbekalkan pengalaman yang ada diperingkat pengurusan serta sokongan padu yang sentiasa wujud langkah-langkah sebegini setentunya akan mencapai kejayaan.

Hadirin dan hadirat,

8. Insya Allah penyediaan perancangan yang teratur dan dibuat

secara bermuafakat, yang dilaksanakan dengan sempurna dan

sentiasa bertawakal kepada Allah Subhanu Wataalam, dengan

nawai-itu yang ikhlas emata-mata bagi memastikan kesejahteraan

syarikat, koperasi, ahli-ahli dan kakitangan, kedua-dua

kedayatahanan dan kedayasaingan syarikat sudah pasti akan

dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan lagi.

Saya ingin mengingkatkan kita semua termasuk diri saya sendiri

akan firman Allah Subhanu Wataala dalam surah At Taubah ayat

105 yang bermaksud :

Dan katakanlah wahai Muhammad “Hendaklah kamu semua

berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”

9. Saya juga percaya sepertimana juga yang pernah dilalui oleh para

pengusaha yang lain, SPPMB dan Ko-PPMB juga pernah melalui

berbagai liku pelayaran di lautan perniagaan yang semestinya

tidak sentiasa tenang tanpa ribut atau berombak. Mungkin

sahaja sebelum ini terdapat aktiviti-aktiviti yang telahpun

dilaksanakan tetapi dengan kejayaan yang sangat terhad, keadaan

ini perlulah dilihat sebagai satu cabaran biasa didalam dunia

perniagaan. Yang penting sekali kita perlu mengenalpasti aspek-

aspek yang membawa kepada kedua-dua kedudukan tersebut

iaitu samada kejayaan ataupun kelemahan – dan mempelajari

Page 6: TEKS UCAPAN SEMPENA YANG BERHORMAT PEHIN … Documents/Speeches/TEKS UCAPAN JU… · teks ucapan yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Pehin untuk Majlis kita pada malam ini

  6  

daripadanya. Dalam hal ini, saya teringat kepada pepatah

Inggeris ‘When the going gets tough, the tough keeps on going’.

Para hadirin dan hadirat. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

memberikan perhatian yang serius kepada perkembangan dan

pembangunan perusahaan tempatan. Ini termasuklah dengan menyediakan alam persekitaran perniagaan yang mempunyai level playing fields. Alhamdulillah, misalannya didalam sektor minyak dan gas, dengan memperketatkan prosedur didalam pengeluaran tawaran – kita telah dapat memastikan pemilihan kontraktor dapat dilaksanakan secara bersih dan terbuka. Selain dari itu, pihak Kerajaan juga telah mengambil tindakan tegas didalam menangani isu-isu rasuah dan kewujutan praktis-praktis monopoli, yang mana perkara-perkara ini adalah merugikan dan membawa berbagai masaalah kepada kesejahteraan dan perekonomian Negara.

11. Kearah matalamat ini, SPPMB/Ko-PPMB perlulah memberikan

sokongan padu kepada hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam dengan menjadi pemangkin yang

aktif kepada perkembangan perusahaan-perusahaan kecil dan

sedarhana (SMEs) Melayu yang bukan sahaja kukuh dari aspek-

aspek pengurusan perniagaan, malah sentiasa mengamalkan

integeriti dan ketaatan kepada Agama, Raja dan Negara. 12. Sepertimana yang kita telah dimaklumkan, Insya Allah pada

malam ini kita akan menyaksikan penyampaian penghargaan kepada beberapa orang ahli atas sumbangan ikhlas mereka kepada perkembangan syarikat dan koperasi. Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada mereka yang terpilih dan

juga kepada mereka-mereka yang juga telahpun memberikan

Page 7: TEKS UCAPAN SEMPENA YANG BERHORMAT PEHIN … Documents/Speeches/TEKS UCAPAN JU… · teks ucapan yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Pehin untuk Majlis kita pada malam ini

  7  

sumbangan yang tidak kurang pentingnya disepanjang kewujudan kedua-dua syarikat dan koperasi ini. Saya percaya apa yang akan dianugerahkan pada malam ini hanya satu token

sahaja jika dibandingkan dengan nilai sebenar pengorbanan dan usaha abiskita semua samada sebagai individu mahupun

satu kumpulan yang kukuh dan bersatu padu. 13. Didalam kita mengimbas kembali perlayaran yang telah dilalui

selama lebih dari 50 tahun ini, sudah setentunya kita akan mengingati dan menghargai para pengasas dan ahli-ahli yang

tedahulu yang sebahagiannya telahpun kembali ke rahmatullah Kita sama-sama mendoakan agar roh-roh mereka ditempatkan

dikalangan orang-orang yang dirahmati Allah Subhanau

Wataala. Alhamdulillah, usaha gigih dan keikhlasan mereka kini menjadi contoh dan penyuntik semangat kepada generasi

pengusaha Melayu yang ada pada hari ini dan juga dimasa

hadapan. Kepada para jasawan yang masih bersama kita, kita sama-sama mengucapkan berbanyak terima kasih dan berdoa agar mereka bersama keluarga sentiasa sihat walafiat dan dalam perlindungan Allah Subhanu Wataala jua. Amin.

14. Sebagai pengakhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan

berbanyak terima kasih atas penghargaan yang telah diberikan kepada saya untuk menghadiri majlis ini selaku Tetamu Kehormat. Saya memohon maaf kerana tidak dapat berada

bersama abiskita semua secara fizikal didalam majlis yang penuh bersejarah ini kerana sedang berada di luar negara.

15. Dengan melafazkan kalimah Bismillahhirrahma Nirrahim, dan

Salawat Serta Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad

Sallullahu Alaihi Wassalam, saya dengan penoh sukacitanya

melancarkan buku ‘Bakti Dikenang’ dan melahirkan harapan

yang kandungannya akan dijadikan bahan ristaan dan panduan

bagi generasi yang ada sekarang dan akan datang. Amin Ya

Rabbal Alamin.

Page 8: TEKS UCAPAN SEMPENA YANG BERHORMAT PEHIN … Documents/Speeches/TEKS UCAPAN JU… · teks ucapan yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Pehin untuk Majlis kita pada malam ini

  8  

Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.