teks ucapan perasmian vvip

4
Yang Dihormati Guru Besar , Barisan Penolong Kanan dan Yang DiPertua PIBG; Tetamu-tetamu Jemputan, para ibu bapa, warga sekolah, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Selamat pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Saya merasa amat berbangga serta bertuah kerana dapat bersama- sama dengan warga Sekolah Kebangsaan St. Gabriel dalam suasana majlis yang penuh bermakna dan cukup meriah ini iaitu Majlis Hari Kantin 2014. Ucapan terima kasih juga kepada tuan-tuan dan puan-puan yang turut sama hadir pada pagi ini. Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, kita semua dapat bersama-sama dalam majlis yang penuh bermakna ini. Doa saya semoga penglibatan semua sepanjang program ini akan sentiasa mendapat manfaat, berkat dan rahmat di sisi-Nya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa kerana sudi mengundang saya untuk merasmikan majlis ini,dan seterusnya dapat bersua muka dengan guru-guru, murid-murid dan ibu bapa yang turut hadir pada hari ini. Sekolah Kebangsaan St. Gabriel bukanlah asing kepada saya kerana sekolah ini di bawah Yayasan Pendidikan Titiwangsa dan menjadi tanggungjawab oleh pihak kami untuk memantau perkembangan sekolah ini.. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dari peringkat atasan hingga peringkat akar umbi, kerana bertungkus lumus menjayakan majlis yang penuh gemilang ini. Majlis ini saya anggap begitu istimewa kerana terdapat banyak aktiviti yang sangat menarik disediakan untuk tuan- tuan dan puan-puan bergembira bersama keluarga.

Upload: mohamad-khairi

Post on 06-Feb-2016

640 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Sempena Hari Kantin

TRANSCRIPT

Page 1: teks ucapan perasmian VVIP

Yang Dihormati Guru Besar , Barisan Penolong Kanan dan Yang DiPertua PIBG;

Tetamu-tetamu Jemputan, para ibu bapa, warga sekolah, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati

sekalian.

Selamat pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saya merasa amat berbangga serta bertuah kerana dapat bersama-sama dengan warga Sekolah

Kebangsaan St. Gabriel dalam suasana majlis yang penuh bermakna dan cukup meriah ini iaitu Majlis

Hari Kantin 2014. Ucapan terima kasih juga kepada tuan-tuan dan puan-puan yang turut sama hadir

pada pagi ini.

Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua,

kita semua dapat bersama-sama dalam majlis yang penuh bermakna ini. Doa saya semoga penglibatan

semua sepanjang program ini akan sentiasa mendapat manfaat, berkat dan rahmat di sisi-Nya.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa kerana sudi

mengundang saya untuk merasmikan majlis ini,dan seterusnya dapat bersua muka dengan guru-guru,

murid-murid dan ibu bapa yang turut hadir pada hari ini. Sekolah Kebangsaan St. Gabriel bukanlah asing

kepada saya kerana sekolah ini di bawah Yayasan Pendidikan Titiwangsa dan menjadi tanggungjawab

oleh pihak kami untuk memantau perkembangan sekolah ini..

Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung

mahupun tidak langsung, dari peringkat atasan hingga peringkat akar umbi, kerana bertungkus lumus

menjayakan majlis yang penuh gemilang ini. Majlis ini saya anggap begitu istimewa kerana terdapat

banyak aktiviti yang sangat menarik disediakan untuk tuan-tuan dan puan-puan bergembira bersama

keluarga.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Sekolah Kebangsaan St. Gabriel telah menerima kumpulan pelajar yang pertama pada tahun 1962.

Sekolah ini kini mempunyai seramai 170 orang murid. Sekolah ini berstatus Bantuan Modal yang

bermaksud sumber kewangan hanya 50% diberi oleh pihak kerajaan manakala 50% lagi daripada dana

luar dan hasil pencarian sendiri. Oleh sebab itu Karnival Hari Kantin diadakan pada hari ini dan menjadi

acara wajib dalam kalendar St. Gabriel pada setiap tahun. Saya percaya kerjasama yang erat antara

pihak sekolah dengan PIBG amat diperlukan bagi memastikan agar sekolah ini terus maju dan

cemerlang.

Page 2: teks ucapan perasmian VVIP

Kerjasama erat ini juga adalah sejajar dengan anjakan transformasi sistem pendidikan di bawah

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025, yang menekankan kerjasama ibu bapa, komuniti

dan masyarakat setempat. Dalam hal ini juga, Sarana Ibu Bapa, sebuah inisiatif kebangsaan bagi

meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah, turut

ditekankan agar dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.

Saya dapat melihat SK St. Gabriel berjaya menyahut seruan Kerajaan ini.Kerjasama yang erat

antara pihak sekolah dengan PIBG membolehkan pembaharuan demi pembaharuan dilakukan, seperti

yang dibuktikan dengantersergamnya bangunan kantin dan bangunan pejabat pentadbiran yang baru.

Malahan, Karnival PIBG yang diadakan ini juga merupakan langkah yang cukup berkesan untuk

merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta masyarakat setempat. Kehadiran

tuan-tuan dan puan-puan adalah bukti sokongan dan keprihatinan untuk membantu sekolah dalam

bentuk derma sambil berbelanja dan bergembira pada hari ini.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Karnival Hari Kantin ini merupakan salah satu usaha proaktif untuk membiayai projek-projek

menaik taraf infrastruktur sekolah seperti tandas, perpustakaan serta pemasangan tempat teduh di

kantin. Karnival ini diharapkan akan dapat mengumpul dana yang mencukupi supaya dapat digunakan

untuk menambah baik lagi infrastruktur sekolah, di masa hadapan demi keselesaan pelajar-pelajar

SK St. Gabriel.

Keselesaan yang diberikan kepada murid-murid melalui infrastruktur yang sempurna dan

mencukupi pasti akan dapat melahirkan murid-murid yang cinta dan sayang akan sekolah, yang dapat

menimba ilmu dalam keadaan yang selesa, dan sekaligus meningkatkan kecemerlangan mereka.

Semestinya, pelajar merupakan aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada

masa akan datang.

Sumbangan tersebut sememangnya amat bermakna bagi anak-anak didik di sekolah ini yang

menjadikan sekolah bukan sekadar tempat untuk belajar dan menimba ilmu, malah di situlah juga

mereka bergabung idea, membantu pihak sekolah mencipta pelbagai inovasi demi kejayaan sekolah.

Saya amat berharap dengan pembaharuan-pembaharuan seperti ini dan kerja-kerja naik taraf,

murid-murid akan lebih bermotivasi untuk cemerlang dalam pelajaran mereka dan menjadi insan yang

berguna dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan negara. Saya juga berharap mereka sedar

bahawa infrastruktur baru hari ini adalah sumbangan ikhlas daripada semua pihak, demi kesejahteraan

Page 3: teks ucapan perasmian VVIP

dan keselesaan para pelajar, dan juga warga pendidik dan tidak harus disia-siakan. Semua orang

memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan membangunkan generasi pelapis masa hadapan

negara.

PENUTUP

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh warga

kerja kerana bertungkus lumus menjayakan majlis kita pada hari ini. Diharapkan dengan kemudahan

infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah, berkat kerjasama semua pihak, modal insan cemerlang

yang ingin dilahirkan oleh negara akan menjadi kenyataan. Saya juga berharap kita dapat merealisasikan

hari esok lebih baik daripada hari ini.

Maka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Hari Kantin

Sekolah Kebangsaan St. Gabriel 2014.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.