teks ucapan perasmian psk 2015

5
TEKS UCAPAN PERASMIAN “KARNIVAL PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN DAN PATRIOTISME SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI 2015 “ YANG BERBAHAGIA, EN. MD DIN BIN HUSSEIN PPD KOTA TINGGI, JOHOR Bismilahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Muafakat Johor ( Rujuk senarai tetamu ) Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian. Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah berkat dan keizinan daripada-Nya, dapatlah kita bersama- sama di majlis perasmian penutup Karnival Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan Patriotisme Sekolah2 Daerah Kota TinggI 2015. Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang bertekad dalam menjayakan penganjuran program ini yang sememangnya sangat signifikan dengan keperluan generasi pada masa kini. Para hadirin sekalian,

Upload: muliade

Post on 14-Dec-2015

87 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sharing

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Perasmian Psk 2015

TEKS UCAPAN PERASMIAN

“KARNIVAL PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN DAN PATRIOTISME

SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI 2015 “

YANG BERBAHAGIA,

EN. MD DIN BIN HUSSEIN

PPD KOTA TINGGI, JOHOR

Bismilahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Muafakat Johor

( Rujuk senarai tetamu )

Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana

dengan limpah berkat dan keizinan daripada-Nya, dapatlah kita bersama-sama di

majlis perasmian penutup Karnival Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan Patriotisme Sekolah2 Daerah

Kota TinggI 2015.

Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang bertekad

dalam menjayakan penganjuran program ini yang sememangnya sangat signifikan

dengan keperluan generasi pada masa kini.

Para hadirin sekalian,

Melalui penganjuran karnival ini, saya berharap kita dapat mencungkil bakat terpendam dalam diri

pelajar . Saya percaya para pelajar akan memperolehi seuatu yg signifikan melalui acara yang disertai.

Ia juga merupakan kegiatan ko akademik selain dari penumpuan kepada akademik yang mana akan

melengkapkan penguasaan holistik pelajar dalam aspirasi kementerian untuk melahirkan insan yang

cemerlang .

Page 2: Teks Ucapan Perasmian Psk 2015

Oleh yang demikian, dengan adanya program seumpama ini, dapatlah kita memberi

Impak yang baru dalam meningkatkan kesedaran sivik dan semangat patriotisme

di kalangan generasi muda terutamanya golongan pelajar.

Diharapkan dengan memberi mereka peluang untuk belajar dan menguasai ilmu

pengucapan umum dengan lebih baik melalui pertandingan bercerita bukan melayu.

Ini merupakan satu motivasi dan inspirasi kepada mereka untuk terus berusaha untuk menjadi seorang

pelajar yang benar-benar berkualiti melalui penguasaan ilmu disamping penyampaian serta

komunikasi yang berkesan melalui penyertaan dalam acara ini.

Saya percaya ini juga sekaligus melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah atau soft-

skill yang tinggi dalam mempelbagaikan intonasi semasa bercerita dengan emosi yang pelbagai.

Saya melihat program ini juga mampu menjadi saluran kepada para pelajar untuk mengenali permainan

tradisional seperti Dam Aji dan ia akan dapat mengekalkan rasa cinta dan sayang terhadap permainan

tradisional yang lain.

Para hadirin sekalian,

Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar juga didedahkan dengan

pelbagai isu-isu semasa dan sejarah Johor melalui pertandingan kuiz pendidikan sivik menengah atas

dan kuiz sejarah sebagai usaha mendidik pelajar agar peka dan proaktif serta meningkatkan lagi

kecintaan terhadap negara.

Page 3: Teks Ucapan Perasmian Psk 2015

Sehubungan itu, sebagai langkah bagi membantu meletakkan pelajar sentiasa

berada di landasan yang betul, pihak JKD Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah membuat

kolaborasi dengan JKD Sejarah mengadakan kuiz sejarah Malaysia dan sejarah johor.

Umum ini merupakan suatu langkah permulaan yang saya kira cukup baik.

Justeru, adalah diharapkan dengan terlaksananya aktiviti ini, para pelajar akan

memberikan respon yang baik dalam membudayakan kehidupan sebagai seorang

pelajar yang unggul serta peka dengan pelbagai isu-isu semasa baik di dalam

mahupun di luar kepompong pendidikan dalam menjana keunggulan ummah. Mudah-mudahan

program seperti ini menjadi pemangkin kepada pelajar yang lain untuk terus

berusaha dan cemerlang dalam bidang pembangunan kemahiran insaniah mahupun

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di masa hadapan.

Jutaan ucapan tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus bagi memastikan persiapan

pelajar sebelum, semasa dan selepas pertandingan dapat disempurnakan dengan jayanya. Saya juga

melihat program ini sebagai satu simbol ukhuwwah sesama warga pendidikan daerah Kota Tinggi.

Ucapan tahniah juga kepada Pengetua dan warga SMK Tanjung Pengelih selaku Tuan Rumah Karnival

selama 3 tahun berturut-turut.. Allah jua yang mampu membalas semua pengorbanan kalian.

Para hadirin sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan

tahniah kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya mengadakan program yang

sangat bermanfaat ini. Saya sesungguhnya akan sentiasa menyokong penuh

program-program yang mampu memberi impak terhadap pembangunan pelajar di

di daerah kota tinggi.

Page 4: Teks Ucapan Perasmian Psk 2015

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini merasmikan

Karnival Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan Patriotisme Sekolah-sekolah Daerah Kota

Tinggi 2015.

Sekian terima kasih. Wassalam.