teks ucapan perasmian program pa

7
TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH: YG BERBAHAGIA TN HJ GHAUS BIN AB KADIR 16 JANUARI 2017

Upload: politeknik-port-dickson

Post on 13-Apr-2017

89 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks ucapan perasmian program pa

TEKS UCAPAN PERASMIAN

OLEH: YG BERBAHAGIA

TN HJ GHAUS BIN AB KADIR

16 JANUARI 2017

Page 2: Teks ucapan perasmian program pa

• Bismillahirrahmannirrahim Assalammualaikum warahmatullahi wabaraqatuh Salam Sejahtera

• Terima kasih Pengerusi Majlis • Yang Berusaha,

Mejar (K) Tn Hj Khairi bin Ibrahim Pengarah Politeknik Port Dickson

• Yang Berusaha, Pn Yusma binti Yusof Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Port Dickson

• Yang dihormati Pengarah Program Penasihatan Akademik Pn Maya Sofa bt Ismail

• Para pensyarah-pensyarah dan seterusnya pelajar -pelajar sekelian.

Page 3: Teks ucapan perasmian program pa

• Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanahu wataala kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka dapatlah kita bersama-sama dalam majlis pada pagi ini. Terima kasih kepada Penyelaras Penasihatan Akademik PoliPD menjemput saya untuk merasmikan program ini.

• Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan AJK Pelaksana Penasihatan Akademik yang telah berusaha menganjurkan dan melaksanakan Program Penasihatan Akademik yang akan berlangsung selama 5 hari dan melibatkan semua pelajar Kejuruteraan.

• Saya difahamkan Program ini adalah kali kedua dianjurkan di PoliPD. Satu kejayaan dan satu usaha murni yang telah di buat demi menyampai informasi MinD secara lebih terancang.

• Penganjuran seminar seperti ini amatlah dialu-alukan kerana transformasi maklumat mengenai Modul MinD dapat disampaikan secara lebih efektif kepada para pelajar. Mudah-mudahan para pelajar memperolehi manfaat baru di sepanjang seminar ini berlangsung.

• Syabas dan Tahniah.

Page 4: Teks ucapan perasmian program pa

Para Hadirin sekelian • Sebagaimana kita sedia maklum Sistem Penasihatan Akademik ( SPAk )

adalah cukup signifikan dan penting dalam membantu keyakinan diri, pembangunan sahsiah dan akademik pelajar. Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab SPAk memberi impak kepada kemajuan dan pencapaian pelajar.

• Penasihat Akademik menjadi medium untuk membantu kecemerlangan pendidikan. Pengurusan SPAk yang cemerlang akan menjana pelajar cemerlang dan berketrampilan dan bukan menjadi sekadar tema seminar ini semata-mata malah diharapkan dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi mencapai hasrat yang sama-sama kita inginkan.

• Sesungguhnya program seperti ini amatlah tinggi nilainya dalam usaha membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah pendidikan Negara.Program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran dalam aspek kehidupan dan pembelajaran kepada semua pelajar agar lebih bersedia dan berdaya saing selepas bergraduat nanti.

• Saya melihat AJK Pelaksana Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson sukakan cabaran,berani melakukan perubahan yang pertama kali dilakukan di Politeknik Malaysia iaitu mengimplementasi keseluruhan Modul MinD melalui program berbentuk seminar. Langkah proaktif ini pastilah mendapat sokongan dan dokongan daripada semua warga Politeknik Port Dickson.

Page 5: Teks ucapan perasmian program pa

• Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) memberi penekanan penasihatan mengenai pembelajaran dan pencapaian akademik ke arah kecemerlangan pelajar. AJK Pelaksana SPAk ini adalah pemudahcara di antara Penasihat Akademik dan pelajar. Spaks memastikan garispanduan Penasihatan Akademik dipatuhi dan dilaksanakan dengan sebaiknya.

• Modul Inspirasi Diri (MinD) adalah buku panduan yang digunakan oleh penasihat akademik dan pelajar bagi membantu pelajar membina matlamat dalam kehidupan, kerjaya dan akademik dan juga memperkasa jati diri pelajar dengan bimbingan dan sokongan Penasihat Akademik.

• Pelajar wajarlah mengambil peluang pertemuan dengan penasihat akademik dengan mengisi ruang-ruang waktu dengan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi informasi dan manafaat dalam kehidupan sebagai pelajar.

• Pertemuan PA bukan sekadar untuk pendaftaran kursus malah inya meliputi ruang lingkup kehidupan pelajar sama ada akademik mahupun peribadi.

Page 6: Teks ucapan perasmian program pa

Para pelajar sekelian • Menjana Pelajar Cemerlang dan Berketrampilan iaitu tema Program PA

kali ini sewajarnya dihayati dan dijadikan sebagai obor penyemarak jiwa para pelajar. Para pelajar perlu sedar betapa harapan negara begitu tinggi kepada anda semua sebagai peneraju kepimpinan masa depan. Anda menjadi harapan negara untuk meletakkan daya saing negara di pentas antarabangsa.

• Menjana Pelajar Cemerlang dan Berketrampilan perlukan pelajar yang berwibawa dan berwawasan serta mampu bertahan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran masa kini. Pelajar yang cemerlang perlu diberi motivasi dan sokongan bagi mengekalkan kecemerlangan di samping mengukuhkan keperibadian.

• Pelajar yang ketinggalan perlu terus dibantu dan dibei tunjuk ajar yang secukupnya agar mereka dapat mengembangkan potensi ke arah kecemerlangan dan kejayaan. Ini dapat dicapai dengan pemantauan berterusan daripada penasihat akademik. Inilah masanya untuk kita menyemai semangat jati diri dalam diri generasi hari ini agar mereka menjadi insan yang berketerampilan dalam menentukan hala tuju masa depan negara.

• Peluang yang diberi jangan dipersiakan, gunakan sebaik mungkin ilmu yang diterima pada hari ini sebagai pemangkin untuk menjadi lebih baik.

Page 7: Teks ucapan perasmian program pa

Para hadirin Sekelian • Modul Inspirasi Diri (MinD) adalah kesinambungan daripada Modul

Inspirasi Transformasi Diri (ITD) yang telah dilakukan penambah baikan dan disesuaikan dengan suasana persekitaran pelajar masa kini. Hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar pelajar dapat merancang kecemerlangan pelajar seawal semester satu lagi.

• Kita tidak mahu generasi hari ini cemerlang dalam bidang akademik semata-mata dan pada masa yang sama emosi mereka lemah dan mudah terpengaruh dengan anasir negatif yang sering dikaitkan dengan gejala sosial dan salah faham dengan tuntutan agama serta fahaman fanatik. Pelajar perlu diterapkan tentang keutuhan budaya dan moral yang tinggi .

• Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program penasihatan Akademik ini terutamanya kepada Penyelaras program dan pihak urusetia yang telah bekerjasama dan berusaha untuk memastikan kursus ini berjaya dilaksanakan.

• Maka dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM saya dengan rasminya merasmikan Program penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson sesi Dis 16

• Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b. t