teks ucapan perasmian mtq

Upload: mohd-hafidz

Post on 07-Jul-2018

342 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 TEKS UCAPAN Perasmian Mtq

    1/2

    TEKS UCAPAN Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMANKETUA MENTERI SABAH, SEMPENA MAJLIS PERASMIAN TADARUS AL-QURAN

    & FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARANMALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH KALI KE-38 TAHUN 2 !2 M"!#33 H, PADA

    2! APRIL 2 !2, DI DE$AN AL KHA$ARI%MI

    S.M.K. AGAMA SANDAKAN. Saya juga bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan warga pendidik dan anak-anak khususnya para peserta Tilawah dan Nasyid dari seluruh Sabah. Di samping dapat mengeratkansilaturahim dalam kalangan guru dan pelajar yang terlibat, saya percaya program keagamaanini juga berupaya mengukuhkan lagi ukhuwah Islamiah dan jalinan kerjasama di antara wargaJabatan elajaran dan khususnya pihak sekolah dengan masyarakat Islam setempat. Dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kerajaan komitedmembangunkan modal insan yang cemerlang, berkualiti dan memiliki sahsiah yang terpuji.!enerasi masa depan ini bukan sahaja berjaya dalam akademik bahkan juga dilengkapi dengan

    nilai-nilai keagamaan yang kukuh. Dalam konteks ini, pendidikan yang berlandaskan kepadaketetapan "llah S#T melalui al-$uran menjadi teras ke arah melahirkan modal insan yangmampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara seterusnya mencapai kejayaan di dunia danakhirat.

    Justeru, penganjuran %ajlis Tadarus "l-$uran dan &esti'al Nasyid Sekolah-sekolah inimerupakan wadah yang terbaik bagi membangunkan generasi yang cemerlang dan unggul dalam

    pelbagai aspek menerusi penghayatan terhadap ajaran al-$uran. Ini bertepatan dengan (irman"llah dalam Surah Saad, ayat )* yang bermaksud+

    "l-$uran ini sebuah kitab yang /ami turunkan kepadamu dan umatmu wahai %uhammad ,

    kitab yang banyak (aedah dan man(aatnya untuk mereka memahami dengan teliti kandunganayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar . Saya berpendapat bahawa pendekatan dan usaha yang telah di semai sejak di peringkat institusikeluarga lagi, diperkukuhkan lagi menerusi pendekatan yang berkesan dalam kurikulum dankokurikulum di peringkat sekolah, termasuklah menerusi program seperti ini. Di samping memartabatkan lagi syair Islam, saya percaya banyak potensi dan kelebihan anak-anak kita dapat dicungkil dan diketengahkan supaya bakat dan kemahiran yang mereka milikidapat dikembangkan dengan sepenuhnya. Ia juga dapat mengukuhkan jati diri dan menyemaikeyakinan dalam kalangan anak-anak kita dalam menghadapi pelbagai cabaran dan tidak mudahterjebak dengan gejala sosial yang akhirnya akan merosakkan akhlak dan akidah. 0agi menjayakan usaha-usaha tersebut, /erajaan Negeri akan terus memberikan kerjasama,sokongan dan komitmen kepada /ementerian elajaran %alaysia dan khususnya Jabatan

    elajaran Negeri Sabah bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan seterusnyamemperkasa aspek modal insan dan sahsiah para pelajar. Ini bagi memastikan kesinambungan

    pembangunan negara dan ummah dalam pelbagai sektor dapat diteruskan selari dengan ajarandan tuntutan Islam.

  • 8/18/2019 TEKS UCAPAN Perasmian Mtq

    2/2

    %udah-mudahan segala usaha serta komitmen yang kita laksanakan dalam mengimarahkan danmenghayati tuntutan al-$uran akan diberkati oleh "llah S#T. Sama-samalah kita terjemahkanajaran al-$uran dalam segala tindakan bagi memacu kejayaan dan kegemilangan umat Islamkhususnya dalam kalangan para pelajar sebagai modal insan terbaik bagi menyumbang kepada

    kemajuan ummah serta kejayaan negara pada keseluruhannya. Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Jabatan

    pelajaran Negeri Sabah atas jemputan dan penghormatan ini. Saya juga mengucapkan syabas dantahniah kepada semua peserta dan semoga kontinjen Negeri Sabah akan mencipta kejayaan yangcemerlang di eringkat /ebangsaan kelak. Dengan la(a1 0ismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan majlis Tadarus al-$uran dan &esti'al Nasyid Sekolah-sekolah /ementerian elajaran %alaysia eringkat NegeriSabah /ali ke-23.

    Sekian, wabillahi tau(ik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.