teks ucapan pengerusi majlis anugerah pelajar cemerlang dan majlis motivasi

5
TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG DAN MAJLIS MOTIVASI BACAAN DOA Hadirin sekalian, Lebat kemiri pohonnya rendah Dahan terikat tali perkasa Sepuluh jari kami menadah Mohon berkat Yang Maha Esa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa. AL- FATIHAH SALUTASI Yang berbahagia, Dr. Suresh Kumar (Penceramah Motivasi) Yang berusaha, Encik ______________ (Pengetua Pusat Tuisyen Visi Berjaya) Guru-guru Pusat Tuisyen Visi Berjaya Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian, Assalamualaikum dan selamat sejahtera. UCAPAN ALU-ALUAN MC Hadirin sekalian, Dari Dewan Bandar Baru Putra, mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke

Upload: muhammad-adib

Post on 24-Nov-2015

371 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Selamat menjadi pengerusi majlis

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG DAN MAJLIS MOTIVASIBACAAN DOAHadirin sekalian,Lebat kemiri pohonnya rendah

Dahan terikat tali perkasa

Sepuluh jari kami menadah

Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa. AL-FATIHAH

SALUTASIYang berbahagia,Dr. Suresh Kumar (Penceramah Motivasi)Yang berusaha,Encik ______________ (Pengetua Pusat Tuisyen Visi Berjaya)

Guru-guru Pusat Tuisyen Visi BerjayaDan Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

UCAPAN ALU-ALUAN MCHadirin sekalian,Dari Dewan Bandar Baru Putra, mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI TAHUN 2013.Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akedemik. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik pusat tuisyen visi berjaya agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin sekalian,Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang Berusaha, En. _________ (Pengetua Pusat Tuisyen Visi Berjaya) untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terim kasih.

UCAPAN PERASMIANHadirin sekalian,

Kalau tuan pikat kenari

Jangan patahkan batang jerami

Kepada tuan mandat diberi

Mohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi. Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan mempersilakan,Yang berbahagia, Dr. Suresh Kumar untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2013. Dipersilakan.

(ucapan tamat)

PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJARKATEGORI UPSR

Melati kuntum rotan berhias,

Tumbuh melata di tepi kali

Anugerah cemerlang 2013

Murid cemerlang kita hargai

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun 2013 Pusat Tuisyen Visi Berjaya pada hari ini akan kita mulakan dengan Penyampaian Anugerah UPSR. Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput,Penyampai : Dr Suresh Kumar

Diiringi oleh: En

(baca senarai nama)

ANUGERAH PMRMajlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang PMR(baca senarai nama)

ANUGERAH SPMMajlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SPM(baca senarai nama)

JAMUAN & BERSURAIDengan berakhirnya __________, maka tibalah masanya untuk SAYA selaku pengendali majlis mengundur diri. Saya Muhammad Adib Mohammad Isa menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang saya berbicara.

Terima kasih buat semua warga Pusat Tuisyen Visi Berjaya , rakan guru, orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Anugerah kecemerlang Pelajar 2013.Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.

Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari saya

Pohon kenanga elok merimbun

Tersenyum si dara menyunting bunganya

Kami menghimpun maaf dan ampun

Wacana hidup berkat selamanya

Burung tekukur terbang rendah

Terbang bersama si burung murai

Saat ini saat penyudah

Tanda majlis melabuhkan tirai

Sekian wabillah hitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh