teks ucapan majlis konvokesyen sk mangkapoh, ranau

7
PEMBAC A SKRIP ATURAN MAJLIS A Bismillah Hirrahmanirrahim.... Alhamdulillahhirabbilalamin... RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH... Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia... Sayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di atas jerami; Terima kasih banyak-banyak, Sudi datang ke majlis kami. Hari ini menanam jagung Dibawa ke Ranau bersama peria Hari ini kita berkampung Meraikan majlis penuh ceria. Yang Dialu-alukan, Encik __________________________ Pengetua SMK Ulu Sugut Yang Berusaha,___________________________________ Guru Besar _________________________________ Yang Dihormati, barisan Guru _____________________ : 1- 2- 3- 4- Barisan guru-guru penjana modal insan gemilang, para ibu bapa pendukung generasi UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Upload: ustmuadz

Post on 29-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Teks ucapan majlis apresiasi SK Mangkapoh

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Majlis Konvokesyen Sk Mangkapoh, Ranau

PEMBACA

SKRIP ATURAN MAJLIS

A

Bismillah Hirrahmanirrahim....Alhamdulillahhirabbilalamin...RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Sayang selasih berisi minyak,Bunga cengkih di atas jerami;Terima kasih banyak-banyak,Sudi datang ke majlis kami.

Hari ini menanam jagungDibawa ke Ranau bersama periaHari ini kita berkampungMeraikan majlis penuh ceria.

Yang Dialu-alukan, Encik __________________________ Pengetua SMK Ulu Sugut

Yang Berusaha,___________________________________Guru Besar _________________________________

Yang Dihormati, barisan Guru _____________________ :

1-2-3-4-

Barisan guru-guru penjana modal insan gemilang, para ibu bapa pendukung generasi berwawasan, , dan seterusnya muridku anakku sayang.

Selamat datang ke Majlis Konvokesyen Pra Sekolah Peringkat Zon Ulu Sugut

Puji dan syukur ke hadhirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pendidikan.

UCAPAN ALUAN

PENGERUSI MAJLIS

Page 2: Teks Ucapan Majlis Konvokesyen Sk Mangkapoh, Ranau

B

Bagi menyemarakkan lagi rasa cinta dan semangat patriotic kita terhadap negara kita yang tercinta ini, marilah sama sama kita mennyayikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku..Hadirin dijemput berdiri.

NYANYIAN LAGU

A

Tetak buluh panjang suluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat doa jari sepuluh,Doa minta biar selamat.

Hadirin dihormati.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz ................................................... , dipersilakan…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz .................................................................... kerana mengetuai bacaan doa itu tadi.  Mudah-mudahan kita diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis hari anugerah cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.

BACAAN

DOA

B

Hadirin yang dihormati,Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini diadakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada anak-anak kita agar menempa kejayaan yang lebih memberangsangkan pada masa akan datang.

Sekolah Kebangsan di Zon Ulu Sugut ini yang masih diusia awal remaja telah melahirkan begitu ramai pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum.  Justeru, kita mengharapkan anak-anak cemerlang yang ada dihadapan kita hari ini akan meneruskan kesinambungan tersebut.

Hadirin yang dihormati,Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan alu aluan oleh Pengerusi Pengelola Majlis

Untuk itu dijemput _________________________________, untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan..

UCAPAN PENGELOLA MAJLIS

Page 3: Teks Ucapan Majlis Konvokesyen Sk Mangkapoh, Ranau

A

Terima kasin tuan Pengerusi Pengelola Majlis dengan ucapan itu tadi....

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

Sidang dewan yang dihormati,Tibalah masa yang ditunggu-tunggu... Marilah sama-sama kita mendengar ucapan dan amanat yang akan disampaikan oleh ________________________________________________ Pengetua SMK Ulu Sugut, dan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen Pra Sekolah peringkat Zon Ulu Sugut..Dengan segala hormatnya dipersilakan...

UCAPAN PERASMIA

NPENGETUA SMK ULU SUGUT

B

Majlis merakamkan ribuan terima, kasih kepada _______________________________________Pengetua SMK Ulu Sugut di atas ucapan  dan sudi merasmikan majlis kita sebentar tadi.  Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk berdiri teguh, dengan penuh minat dan iltizam demi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.  Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.

UCAPAN PERASMIA

NPENGETUA SMK ULU SUGUT

A

Hadirin yang dihormati,Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah....dengan ini  dijemput ____________________________________ diiringi _______________________________________ untuk menyampaikan cenderamata kepada ____________________________________________ Sekali lagi dijemput _________________________________ untuk naik ke pentas bagi menerima cenderamata dari pihak sekolah.

Terima kasih __________________________________________ kerana sudi menyampaikan cenderamata.

PENYAMPAIAN

CENDERAMATA

KEPADA PENGETUA SMK ULU SUGUT

Page 4: Teks Ucapan Majlis Konvokesyen Sk Mangkapoh, Ranau

B

Hadirin yang dihormati....

Kini kita telah sampai ke kemuncak majlis konvokesyen ini. Untuk itu, majli mempersilakan ________________________Untuk menyampaikan sijil gaduasi kepada murid murid pra Sekolah

SK MalinsauSK KaingaranSK Sri Gabungan

Terima kasih ______________________________________.Kerana sudi menyampaikan sijil gaduasi kepada murid murid pra sekolah tadi

PENYAMPAIAN SIJIL

GRADUASIBAHAGIAN

1

A

Majlis penyampaian hadiah dihentikan buat seketika bagi menikmati satu persembahan iaitu istimewa __________________________________dari murid-murid prasekolah dibawah bimbingan________________________________________________ Dipersilakan....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN

MURID PRA SEKOLAH

B

Berkat rimbunnya si pokok jati,    Tempat burung selalu bertemu; Sekali hidup biarlah bererti,    Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil gaduasi dan hadiah bagi murid-murid prasekolah.

Untuk itu majlis menjemput ___________________________ bagi mengiringi ___________________________________ untuk menyampaikan hadiah dan sijil graduasi bagi murid pra sekolahSK KaingaranSK Malinsau

PENYAMPAIAN SIJIL

SKBAHAGIAN

2

Page 5: Teks Ucapan Majlis Konvokesyen Sk Mangkapoh, Ranau

Dipersilakan.

Terima kasih ______________________________________ dan ___________________________________________ kerana telah menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil graduasi buat murid-murid prasekolah sebentar tadi.

A

Majlis diteruskan dengan menpersilakan ______________________________Mengiringi_________________________________untuk menyampaikan hadiah bagi penerima anugerah anugerah khas

Baca senarai nama penerima anugerah khas

Terima kasih ___________________________________ kerana sudi menyampaikan hadiah.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS

B

Hadirin yang dihormati....Selesai sudah majlis konvokesyen pra sekolah peringkat zon ulu sugut 2013 pada kali ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang....

Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa.

A

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t.

Sekian, tarima kasih.....assalammualaikum