teks ucapan hari sukan 2013

14
Bismillahirrahmanirrahim….. Assalamualaikum w.b.t…. Salam Sejahtera….. Salam Satu Malaysia…. Yang Berbahagia Pn Norazilah bt Zakaria selaku Yang dipertua PIBG SK Tmn Inderawasih.. Yang Berusaha Tuan Hj Ismail b Yeop Ibrahim Guru Besar SK Tmn Inderawasih,,,merangkap pengerusi jawatankuasa Kejohanan Sukan Tahunan Sek Keb Tmn Inderawasih kali yang ke 16. Yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan,Barisan ahli jawatankuasa PIBG SKTI,pegawai-pegawai kejohanan,barisan guru-guru SKTI ,ibu bapa dan murid-murid sekalian. Selamat Datang ke kejohanan sukan tahunan SK Tmn Inderawasih kali ke 16. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua sekali lagi kita dipertemukan di majlis Sukan Tahunan Sekolah kali ke 16 pada tahun ini. Terlebih dahulu pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga di atas kehadiran para ibubapa dan waris sekalian bagi 1

Upload: ctsara3

Post on 19-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

teks ucapan

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS Ucapan Hari Sukan 2013

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum w.b.t….

Salam Sejahtera…..

Salam Satu Malaysia….

Yang Berbahagia Pn Norazilah bt Zakaria selaku Yang dipertua PIBG

SK Tmn Inderawasih..

Yang Berusaha Tuan Hj Ismail b Yeop Ibrahim Guru Besar SK Tmn

Inderawasih,,,merangkap pengerusi jawatankuasa Kejohanan Sukan

Tahunan Sek Keb Tmn Inderawasih kali yang ke 16.

Yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan,Barisan ahli

jawatankuasa PIBG SKTI,pegawai-pegawai kejohanan,barisan guru-

guru SKTI ,ibu bapa dan murid-murid sekalian.

Selamat Datang ke kejohanan sukan tahunan SK Tmn Inderawasih

kali ke 16.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya

jua sekali lagi kita dipertemukan di majlis Sukan Tahunan Sekolah

kali ke 16 pada tahun ini.

Terlebih dahulu pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih dan

penghargaan yang tak terhingga di atas kehadiran para ibubapa

dan waris sekalian bagi memeriahkan lagi temasya sukan kali

ini.Semoga Kejohanan Olahraga pada tahun ini berjaya mencapai

matlamat dan objektif sepertimana yang diharapkan.

1

Page 2: TEKS Ucapan Hari Sukan 2013

Tuan2 dan Puan2 yang dimuliakan........

Kejohanan Sukan Tahunan pagi ini akan membuka tirai dengan

perarakan masuk kontinjen-kontinjen daripada rumah-rumah sukan

dengan membawa bendera .

( tunggu sehingga kontinjen perbarisan bersedia)

Bagi menyempurnakan acara ini,majlis menjemput dan

mempersilakan tetamu kehormat kita pada hari ini untuk berdiri

bagi menerima lintas hormat daripada kontinjen-kontinjen

perbarisan yang akan mengambil bahagian pada hari ini.

Oleh itu,dengan segala hormatnya majlis menjemput Yang Berusaha

Tuan Guru Besar ,Tuan hj Ismail b Yeop Ibrahim mengiringi Yang

berbahagia Pn Norazilah bt Zakaria yang dipertua PIBG SK Tmn

Inderawasih untuk membalas tabik hormat para peserta

perbarisan.....dipersilakan..

.....................Tunggu muzik.....................................................

Untuk makluman semua hadirin,pertandingan perarakan

pembarisan pada hari ini akan diadili oleh 4 orang hakim iaitu terdiri

daripada barisan pentadbir sekolah iaitu Tn Hj Ismail Bin Yeop

Ibrahim, Pn. Hjh Rabeah bt Ahmad , Tn Hj. Azizan b Zakaria, dan

Yang Dipertua PIBG ,Pn Norazilah bt Zakaria.

2

Page 3: TEKS Ucapan Hari Sukan 2013

Hadirin sekalian.....

1. Memulakan perarakan perbarisan pada pagi ini kelihatan dengan

membawa bendera sekolah diketuai oleh adik MUHD IRFAN HAZIQ

BIN SOPHIAN

2. Seterusnya ,perarakan pembarisan dari rumah MERAH dengan

diketuai oleh adik .MUHD ANIQ dan pembawa papan tanda rumah

ialah JERSELAH BT SEMON . MERAH melangkah megah dengan warna

MERAH lambang keberanian dan tak gentar sebarang halangan.Kelihatan

lintas hormat kontinjen Rumah. MERAH memancar semangat membara

berjuang bermati-matian mencapai kemenangan yang diimpikan.

3 .Kontinjen yang berikutnya,pasukan dari rumah BIRU yang

diketuai oleh MUHD HAIRI BIN SOBRI bersama pembawa papan

tanda rumah pula dibawa oleh MASTURINA BT YAHAYA .Kelihatan

lintas hormat Rumah BIRU melangkah penuh harapan untuk

menggapai impian menjadi kenyataan.

4. Seterusnya , Kelihatan perarakan pembarisan rumah HIJAU yang

berseri-seri menyusun langkah hebat penuh dengan semangat

kesukanan. Perbarisan ini diketuai oleh MUHD LUQMAN bersama

pembawa papan tanda rumah dibawa oleh ANIS SYAKIRAH BT

AZIZAN.

3. Kuning Cemerlang Gemilang terbilang ,

Warna diraja penaung negeri,

semangat kental terus berjuang

Takkan mengalah menyerah diri..

3

Page 4: TEKS Ucapan Hari Sukan 2013

Seterusnya, Kontinjen yang terakhir melangkah penuh ceria dan

berseri-seri ini diketuai oleh ZULZAERY bersama pembawa papan

tanda NURINA IZZATI BT MOHD ROHAIZAD.

- Demikian tadi berakhirnya Acara Perarakan Perbarisan 4buah kontinjen

penuh hebat dan gemilang..Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

yang berbahagia Pn Norazilah bt Zakaria dan pentadbir barisan hadapan

sekolah kerana sudi membalas tabik hormat para peserta perbarisan

sebentar tadi .

........................... ACARA PEMBACAAN DOA........................

Hadirin yang dihormati sekalian,

- bagi memberkati majlis,dengan ini dipersilakan Cikgu IRFAN AFIF

BIN IKHSAN .. Untuk mengetuai bacaan doa.Majlis mempersilakan.

.........................DOA DIBACAKAN...........................

Terima kasih diucapkan kepada dipersilakan Cikgu IRFAN AFIF BIN

IKHSAN atas bacaan doa sebentar tadi.

.................. ACARA NYANYIAN LAGU.......................

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah.

Para hadirin dimohon berdiri tegak bagi menghormati lagu

Kebangsaan kita

********nyanyi***********

Hadirin dipersilakan duduk.

4

Page 5: TEKS Ucapan Hari Sukan 2013

UCAPAN PERASMIAN

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi yang indah ini,dijemput Tn Hj

Ismail b Yeop Ibrahim Guru Besar Sek Keb Tmn Inderawasih untuk

menyampaikan ucapan.Majlis dengan segala hormat

mempersilakan.

.................... ucapan GB................

-Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan

beliau sebentar tadi.

-Majlis diteruskan pula dengan menjemput Yang Berbahagia yang dipertua

PIBG SK Tmn Inderawasih Pn Norazilah bt Zakaria untuk menyampaikan

sepatah dua kata seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke

16.Dengan penuh takzim,majlis menjemput dan mempersilakan....

***********************ucapan perasmian *********************

-Terima kasih diucapkan kepada Pn Noorazilah atas ucapan

perasmian sebentar tadi.Dgn ini rasmilah sudah kejohanan sukan

tahunan sk tmn inderawasih kali ke 16 tahun 2013.

***************penyampaian cenderahati****************

- sebagai tanda penghargaan ,majlis berbesar hati menjemput tuan guru

besar Tn Hj Ismail bin Yeop Ibrahim untuk menyampaikan

5

Page 6: TEKS Ucapan Hari Sukan 2013

cenderahati kepada kepada Yang berbahagia Pn Norazilah bt

Zakaria,yang dipertua PIBG SK Tmn Inderawasih.dipersilakan..........

......................BACAAN IKRAR KEJOHANAN....................

Hadirin sekalian........

-Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan ddengan bacaan ikrar

kejohanan yang akan diketuai oleh adik VIGNESH A/L RAMANAN . Bacaan

ikrar ini akan diiringi oleh pembawa –pembawa bendera yang mewakili rumah

sukan masing-masing dan bendera sekolah..

********************Bacaan ikrar*******************

Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda

komitmen para atlet kepada kejohanan ini.

Hadirin sekalian......

-Dengan berkibarnya bendera kejohanan ini,menandakan acara

sukan akan bermula sebentar lagi.Sebelum itu,kita akan

menyaksikan keberangkatan keluar kontinjen rumah sukan dari

padang menuju ke khemah masing-masing.

********BUNYI MUZIK ***********

Perarakan keluar dimulakan oleh rumah MERAH diikuti oleh rumah

BIRU ,rumah HIJAU , rumah KUNING dan DIAKHIRI DENGAN PEMBAWA

BENDERA SEKOLAH (Tunggu sehingga selesai )

6

Page 7: TEKS Ucapan Hari Sukan 2013

ACARA KEJOHANAN

Acara sukan akan dimulakan sebentar sahaja lagi...majlis dengan

sukacitanya menjemput semua pegawai kejohanan mengambil

tempat masing-masing.Dipersilakan

IKUT ATURCARA DLM BUKU PROGRAM

*********************************************************************

**********

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA

Hadirin sekalian,,

Bagi mengiktiraf kejayaaan para atlet yang telah berjaya dalam kejohanan

olahraga tahunan kali ini,majlis dengan segala hormat

menjemput ..............................................dengan diiringi

oleh....................................untuk menyampaikan hadiah.

Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara................................

Yang telah dipertandingkan sebentar tadi.

Penyampaian hadiah.....

Panggilan untuk pemenang bagi acara.................................

****majlis dengan sukacitanya

menjemput...................................untuk menyampaikan hadiah

kepada para pemenang.

Bagi acara.......

Pingat emas digondol oleh adik............................................dari rumah.............

7

Page 8: TEKS Ucapan Hari Sukan 2013

Pingat perak dimenangi oleh adik............................................dari rumah.........

Pingat gangsa dimenangi oleh adik................................dari rumah.................

***********hadiah pembarisan***********

Majlis dengan sukacitanya menjemput........................................untuk

menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Seterusnya diumumkan pula pemenang-pemenang bagi pertandingan

perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.

-Johan berjaya disandang oleh pasukan

rumah..........................

Seterusnya tempat kedua berjaya digondol oleh pasukan

rumah..............

************KEMUNCAK KEJOHANAN**************

.Majlis dengan sukacitanya

menjemput .............................untuk menyampaikan hadiah

kepada para pemenang.

kini diumumkan pula keputusan kejohanan sukan tahunan kali ke 16 tahun

2013.

Tempat pertama berjaya dirangkul oleh rumah.....................

Naib johan digondol oleh rumah.................................

Dan johan jatuh kepada rumah.................................

8

Page 9: TEKS Ucapan Hari Sukan 2013

Terima kasih diucapkan kepada.......................................atas kesudian

menyampaikan hadiah.

Hadirin sekalian....

Seterusnya majlis menjemput.......................................dengan diiringi

oleh...............................................untuk menyampaikan hadiah kepada

pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.Majlis

dengan takzimnya mempersilakan.

Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah adalah

adik........................................

Untuk makluman semua,beliau telah memenangi acara....................................

Kini diumumkan Olahragawan SekoLah pada tahun ini.Olahragawan Sekolah

pada tahu ini adalah adik................................

Beliau telah meraih pingat.............................................

Kini tibalah saat-saat yang dinantikan,kita akan umumkan secara

rasmi johan,naib johan dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi

rumah-rumah sukan yang telah bertanding..

-Tempat ketiga pasukan rumah...............................Dipersilakan Ketua Guru

rumah sukan ...................................untuk menerima hadiah..

Seterusnya Naib Johan berjaya dirangkul oleh pasukan

Rumah..................Dipersilakan ketua Guru Rumah Sukan......................untuk

menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi kejohanan Olahraga Tahunan

kali ke 16 jatuh kepada rumah sukan ................................Dipersilakan ketua

Guru Rumah Sukan ...............................untuk menerima hadiah.

9

Page 10: TEKS Ucapan Hari Sukan 2013

**************PENUTUP**********************

Kenangan indah akan terpatri

Dilubuk hati dan disanubari,

Warga SKTI berterima kasih,

Kepada hadirin yang dihormati.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Andai Tuhan memberikan usia yang panjang,

Dapatlah kita bersua di lain hari.

Semoga kita bersua kembali pada kejohanan olahraga tahunan pada tahun

hadapan.Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripadda Yang Maha

Kuasa dan setiap kesilapan yang ada datangnya daripada kesilapan kami

berdua.

SEKIAN,WABILLAHI TAUFIQ

WALHIDAYAH,WASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHI TA’ALA

WABARAKATUH.

10

Page 11: TEKS Ucapan Hari Sukan 2013

P/S:seterusnya dijemput..............................serta para jemputan menikmati juadah

yang disediakan.

11