teks ucapan guru besar

3
TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015 Assalamualaikum W.B.T, Selamat Pagi dan “Salam Sehati Sejiwa” kepada semua warga SK(2) Simpang Lima. Yang Dihormati Encik Mohd Hasni Bin Abdul, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Dihormati Puan Wee Nai Chau, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Guru-guru Kanan, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama- sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK(2) Simpang Lima tahun 2015. Guru-guru dan murid sekalian, Sesungguhnya, kehadiran warga SK(2) Simpang Lima pasti akan menyemarakkan lagi program kita pada pagi ini dan seterusnya memberi sokongan yang padu dalam aktiviti yang telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah pada tahun ini.

Upload: syuhada-mohd-tajuddin

Post on 11-Dec-2015

1.230 views

Category:

Documents


85 download

DESCRIPTION

Teks Ucapan Guru Besar

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Guru Besar

TEKS UCAPAN GURU BESAR

SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

Assalamualaikum W.B.T, Selamat Pagi dan “Salam Sehati Sejiwa” kepada semua

warga SK(2) Simpang Lima.

Yang Dihormati Encik Mohd Hasni Bin Abdul, Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati Puan Wee Nai Chau, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Guru-guru Kanan, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul

pada hari ini sempena Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat

SK(2) Simpang Lima tahun 2015.

Guru-guru dan murid sekalian,

Sesungguhnya, kehadiran warga SK(2) Simpang Lima pasti akan menyemarakkan

lagi program kita pada pagi ini dan seterusnya memberi sokongan yang padu dalam

aktiviti yang telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah pada tahun ini.

Terlebih dahulu di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi

tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa induk serta semua panitia akademik

sambutan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah bagi

tahun 2015 kerana usaha gigih tuan-tuan dan puan-puan merencana, merancang,

menyusun sekali gus menzahirkan pelbagai aktiviti yang telah direalisasikan pada

majlis sambutan ini di peringkat sekolah. Hasil permuafakatan dan canaian idea

yang bernas ahli jawatankuasa induk dan panitia akademik ini maka lahirlah

pelbagai program dan aktiviti yang dirasakan cukup meriah dalam melahirkan warga

SK(2) Simpang Lima yang mempunyai semangat patriotik serta nasionalis.

Page 2: Teks Ucapan Guru Besar

Guru-guru dan murid sekalian,

Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan

kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme

dalam kalangan kita semua sebagai warganegara. Ibarat kata bidalan, jika tidak lalu

dandang di air, di gurun dirangkakan. Inilah saatnya bagi kita semua menumpahkan

taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang tercinta. Sebagai

warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat

negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecap kehidupan dalam

suasana yang harmonis, aman serta sejahtera.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan

syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa induk dan semua panitia akademik

yang telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang Majlis Sambutan Bulan

Kemerdekaan Peringkat SK(2) Simpang Lima bagi tahun 2015. Sehubungan dengan

itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Bulan

Kemerdekaan Peringkat SK(2) Simpang Lima.

Sekian, terima kasih.