teks ucapan dato pemadam 120609 - unimap...

9
TEKS UCAPAN ALUAN Y. BHG BRIG. GEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, TIMBALAN YANG DIPERTUA MERANGKAP PENGERUSI BIRO PPDa IPT & KELAB PEMADAM SELAKU PENGERUSI PENGELOLA KURSUS ANTI DADAH SEMPENA AGM PEMADAM PADA 13 JUN 2009 Yang Dihormati saudara pengerusi majlis YBhg Dato’ Naib-naib Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan Yg Berhormat Dato’ Yazid Mat, Speaker DUN Negeri Perlis Selaku Pengerusi PEMADAM Negeri Perlis Yang Berhormat EXCO-EXCO Kerajaan Negeri-negeri selaku Pengerusi PEMADAM Negeri Ahli Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan YBhg Dato’-dato’, Tuan-tuan dan puan-puan Ahli PEMADAM seluruh negara, Para perwakilan dan pemerhati PEMADAM sekalian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Upload: hoangxuyen

Post on 11-Feb-2018

317 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: teks ucapan dato pemadam 120609 - UniMAP Portalportal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/200… · teks ucapan aluan y. bhg brig. gen. dato’ prof. dr. kamarudin

TEKS UCAPAN ALUAN Y. BHG BRIG. GEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, TIMBALAN YANG DIPERTUA MERANGKAP PENGERUSI BIRO PPDa IPT & KELAB

PEMADAM SELAKU PENGERUSI PENGELOLA KURSUS ANTI DADAH SEMPENA AGM PEMADAM PADA 13 JUN 2009

Yang Dihormati saudara pengerusi majlis YBhg Dato’ Naib-naib Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan Yg Berhormat Dato’ Yazid Mat, Speaker DUN Negeri Perlis Selaku Pengerusi PEMADAM Negeri Perlis Yang Berhormat EXCO-EXCO Kerajaan Negeri-negeri selaku Pengerusi PEMADAM Negeri Ahli Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan YBhg Dato’-dato’, Tuan-tuan dan puan-puan Ahli PEMADAM seluruh negara, Para perwakilan dan pemerhati PEMADAM sekalian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Page 2: teks ucapan dato pemadam 120609 - UniMAP Portalportal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/200… · teks ucapan aluan y. bhg brig. gen. dato’ prof. dr. kamarudin

TALKING POINT � Alhamdulillah, Terlebih dahulu marilah bersama-sama

kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T., dengan izin dan limpah perkenanNYA dapat kita berhimpun dalam majlis ilmu iaitu Kursus Anti Dadah sempena Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan Ke-34.

� Di bawah kendalian Biro Pendidikan Pencegahan Dadah

IPT & Kelab PEMADAM bersama Biro RnD, PEMADAM Kebangsaan, diharapkan kursus yang bertemakan bertemakan `` MALAYSIA BEBAS DADAH : Strategi Memperkasa 4P iaitu Pencegahan, Penguatkuasaan, Pemulihan dan Penyelidikan’’ akan mencapai matlamat yang diharapkan.

� Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan

kepada Prof. Abd. Majid Mohd Isa, Pengerusi Biro RnD kerana telah memberikan kerjasama padu dalam menjayakan kursus ini.

Hadirin dan Hadirat Sekalian, � Pemilihan tema ini dibuat berikutan keyakinan kita

bahawa usaha membasmi masalah penyalahgunaan dadah sehingga ke peringkat akar umbi hanya dapat diatasi menggunakan strategi yang holistik sahaja.

Page 3: teks ucapan dato pemadam 120609 - UniMAP Portalportal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/200… · teks ucapan aluan y. bhg brig. gen. dato’ prof. dr. kamarudin

� Justeru, atas sebab itu, kursus ini direncanakan dengan mengambil kira pembentangan hasil kajian secara akademik dan juga berkongsi dasar serta strategi dengan pelbagai agensi yang bersama-sama bertanggungjawab menangani permasalahan ini.

� Tidak dapat dinafikan masalah penyalahgunaan dadah

semakin meruncing saban tahun dan jika dibiarkan berterusan sudah tentu boleh memudaratkan negara dalam jangka masa panjang kerana mempunyai perkaitan rapat dengan masalah jenayah dan penularan penyakit HIV dan AIDS.

� Sejak usaha pertama mengesan penagih dadah

dilakukan pada tahun 1970, bilangan penagih yang dikenal pasti pada tahun-tahun seterusnya telah meningkat.

� Jika diimbas kembali, pada tahun 1970 bilangan

penagih dadah ialah seramai 711 dan angka ini telah meningkat ke 10,661 orang pada 1980, 16,893 pada tahun 1990 dan seramai 31,893 pada tahun 2002.

� Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (2008), statistik

pada tahun 2001-2008 menunjukkan seramai 221,514 kes penagih dadah yang dikesan termasuk dengan kes baru dan berulang.

Page 4: teks ucapan dato pemadam 120609 - UniMAP Portalportal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/200… · teks ucapan aluan y. bhg brig. gen. dato’ prof. dr. kamarudin

Hadirin dan hadirat sekalian, � Walaupun jumlah kes pada tahun 2008 dilaporkan

menurun sebanyak 37.6% iaitu 12,352 berbanding dengan jumlah kes 32,808 pada tahun 2005, namun secara purata 16 penagih baru dan 18 kes penagih berulang dikesan setiap hari dan ini menunjukkan isu ini masih membimbangkan.

� Selain itu, data berkaitan dengan punca menularnya kes

penagihan dadah bagi tahun 2001-2008 menunjukkan lebih 55% kes berpunca dengan pengaruh kawan manakala hanya sekitar 5% berpunca dari tekanan perasaan atau tekanan jiwa.

� Uusan Malaysia baru-baru ini turut melaporkan,Kastam

Negeri Sabah telah berjaya membuat rampasan dadah jenis ketamin bernilai jutaan ringgit. Dan ini secara tidak langsung membuatkan Malaysia dilabelkan sebagai transit pengedaran dadah jenis ini.

� Tetapi saya juga bimbang, dadah ini akan menjadi

pilihan anak remaja kita kelak seterusnya menjerumuskan diri ke lembah penagihan jika kita terus berdiam dan tidak bertindak untuk menanganinya.

� Dalam satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan

penyelidik yang diketuai oleh saya sendiri, mendapati 3

Page 5: teks ucapan dato pemadam 120609 - UniMAP Portalportal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/200… · teks ucapan aluan y. bhg brig. gen. dato’ prof. dr. kamarudin

daripada seribu pelajar di IPTA dan Politeknik terlibat dengan gejala najis dadah.

� Walaupun jumlah tersebut adalah di bawah 1% dan

bolehlah dicanangkan sebagai bebas dadah selaras dengan piawai yang ditetapkan oleh ASOD namun kita seharusnya tidak berbangga dengan dapatan kajian ini kerana pelajar di IPT adalah kesinambungan kepemimpinan negara. Dan seharusnya mereka bebas 100% daripada gejala dadah.

Hadirin dan hadirat sekalian, � Secara umumnya menangani kes penagihan dadah ini

bukannya sesuatu yang mudah kerana ianya melibatkan elemen ’craving’ atau mengidam yang cukup tinggi. Selain itu, mereka juga menghadapi masalah pergantungan atau dependency terhadap bahan psikoaktif.

� Ditambah pula dengan sikap harga diri yang rendah

dalam kalangan penagih menjadikan permasalahan penagihan dadah ini seperti tiada penghujungnya.

� Kita semua sedar, masalah dadah ini melibatkan dua

institusi iaitu ’Supply’ (Penawaran) dan ’Demand’ (Permintaan). Institusi Penawaran melibatkan penciptaan, pemerosesan, pembekalan, pengedaran dan

Page 6: teks ucapan dato pemadam 120609 - UniMAP Portalportal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/200… · teks ucapan aluan y. bhg brig. gen. dato’ prof. dr. kamarudin

pembentukan lingkungan rangkaian yang begitu meluas dan kompleks.

� Manakala Institusi Permintaan pula melibatkan

keperluan yang berskala besar, sederhana dan kecil-kecilan. Apa yang jelas kesemuanya ini menyebabkan sebahagian besar masyarakat musnah dan sebahagian kecil sahaja yang berjaya mengaut keuntungan.

Hadirin dan hadirat sekalian, � Misi untuk merealisasikan NEGARA BEBAS DADAH

2015 semakin dekat. Pelbagai usaha telahpun digerakkan, pelbagai aktiviti kempen kesedaran dan pencegahan telahpun digembelingkan, gerak gempur penguatkuasaan juga diperhebatkan.

� Selain itu, kerajaan telahpun memperuntukan jutaan

ringgit dalam bajet belanjawan negara kepada AADK untuk menjalankan program membasmi dadah.

� Maka, melalui peruntukan itulah, Biro saya telah pun

dapat menjalankan 3 kajian di peringkat institusi pengajian tinggi yang mana hasil dapatan akan dibentangkan sebentar lagi, selain PEMADAM sendiri telahpun menggiatkan usaha-usaha penyelidikan terutama tentang keberkesanan program yang dijalankan selama ini.

Page 7: teks ucapan dato pemadam 120609 - UniMAP Portalportal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/200… · teks ucapan aluan y. bhg brig. gen. dato’ prof. dr. kamarudin

� Tetapi, bukan setakat ini sahaja usaha yang perlu kita laksanakan, sebaliknya ia harus diperhebat dan diperkasakan lagi. Jangan kita hanya duduk berpeluk tubuh melihat usaha yang bolehlah diibaratkan sekadar setitis embun sahaja.

Hadirin dan hadirat sekalian, � Dalam sesebuah organisasi yang dihormati dan berjaya

seperti PEMADAM, setiap ahli atau warga PEMADAM perlu memberikan sumbangan. Kita perlu melibatkan diri dengan ikhlas dan penuh komitmen.

� Umpama di dalam satu pasukan, setiap individu mesti

bersatu matlamat, bersama menyumbang dan menunjukkan skill dan kepakaran masing-masing untuk menjayakan hasrat bersama.

� Sumbangan mestilah secara zahir dan batin tidak boleh

berkira dalam menyumbang dan mestilah disertai dengan tindakan yang bersungguh-sungguh. Janganlah sentiasa melihat kesilapan orang lain tanpa menyedari kelemahan juga ada pada diri kita sendiri.

� Lakonan di dalam organisasi seperti berpura-pura

menyokong dan bersetuju tetapi menyanggah dibelakang, tidak akan berpanjangan kerana penonton-penonton yang terdiri daripada warga yang ramai akan

Page 8: teks ucapan dato pemadam 120609 - UniMAP Portalportal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/200… · teks ucapan aluan y. bhg brig. gen. dato’ prof. dr. kamarudin

dapat mengenal gerakgeri pelakon tanpa penghayatan. Bekerjalah dengan jujur dan ikhlas.

� Selagi kita ikhlas mengurus dan menjayakan usaha

membasmi penyalahgunaan dadah, akan ada insan-insan yang tetap menghargai kerana kita berkhidmat memanusiakan manusia sebagai syarat mendapat kasih Yang Maha Esa Tuhan yang hakiki.

� Biarlah dalam hidup ini kita dikenali sebagai manusia

yang baik dan berbudi, disenangi, dirujuk, semua khidmat dan sumbangan akan dikenang menjadi warisan atau ”legacy” sebagai penggerak dan pejuang anak bangsa membina negara yang dicintai ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, � Akhir kata, kita juga perlu merenung kembali sejarah

yang mana pasti kita akan melihat bahawa orang-orang yang berjaya mencipta dan cemerlang sebenarnya adalah merupakan mereka yang tidak pernah luntur semangatnya, berusaha dan bergerak secara berterusan walaupun setiap langkah berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan.

� Dikesempatan ini, saya juga ingin merakamkan

penghargaan kepada ahli akademik iaitu penyelidik UUM, UMT, dan juga Kumpulan Penyelidik Kementerian

Page 9: teks ucapan dato pemadam 120609 - UniMAP Portalportal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/200… · teks ucapan aluan y. bhg brig. gen. dato’ prof. dr. kamarudin

Pengajian Tinggi yang terdiri daripada UniMAP, UMT & USM kerana telah menjalankan pelbagai kajian.

� Inilah ”banchmark” kita secara konseptual atau

ilmiahnya membuktikan tentang setiap usaha atau ”output” yang kita laksanakan selama ini berjaya atau sebaliknya.

� Kepada pihak AADK, Jabatan Perubatan Psikologi PPUM,

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM, saya juga merakamkan ucapan penghargaan kerana sudi menerima jemputan PEMADAM untuk berkongsi strategi bagi memperkasakan setiap inisiatif serta usaha membasmi penyalahgunaan dadah dalam negara.

� Ucapan terima kasih saya juga kepada semua pihak dan

urusetia sama ada PEMADAM Kebangsaan, PEMADAM Perlis, Politeknik, Ahli Kelab PEMADAM UniMAP, Petugas-petugas dan staf UniMAP sendiri yang telah berusaha mengelolakan kursus pada hari ini.

� Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT

dan sebarang kekhilafan itu adalah di pihak saya sendiri. Wassalam Mualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh.