teks syarahan mtq 2011

Upload: yusra-abllah

Post on 03-Apr-2018

1.149 views

Category:

Documents


58 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 TEKS SYARAHAN MTQ 2011

    1/4

    TEKS SYARAHAN AGAMA MTQ 2011 SMK ABDUL RAHIM

    KATEGORI : PEREMPUAN

    NAMA PESERTA : SITI RAYA BINTI KASMI

    TAJUK : IMAN DAN TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG.

    Assalamualaikum warahmatullohi wabarakatuh.

    Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati para

    guru dan para peserta syarahan, rakan-rakan seperjuangan serta para hadirin yang dikasihi Allah sekalian.

    Berdirinya saya pada hari yang penuh barakah ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan

    yang bertajuk Iman dan Taqwa Pencetus Ummah Gemilang.

    Sidang hadirin dan hadirat sekalian.

    Sebelum saya meneruskan syarahan ini, seeloknya saya terangkan secara ringkas maksud iman

    dan taqwa. Iman merupakan keyakinan hati, pengakuan lidah dan perlaksanaan tentang dasar-dasar

    akidah Islam. Taqwa pula merujuk kepada memilihara diri daripada melakukan perkara yang

    dimurkai oleh Allah dan melaksanakan segala perintahNya. Ummah yang gemilang pula dapat

    difahami sebagai masyarakat yang berjaya dalam semua aspek ekonomi, politik dan sosial.

    Berdasarkan kupasan tersebut, dapat digambarkan bahawa iman dan taqwa mampu menjadi

    pencentus kejayaan ummat Islam di samping melahirkan modal insan yang berkualiti dan memiliki jatidiri

    yang unggul. Justeru itu, untuk menguatkan hujah ini, saya bawakan beberapa aspek iman dan taqwa

    yang mampu menjadi pencetus ummah gemilang.

    Para hadirin sekalian.

    Pertama, Iman dan Taqwa mampu melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab dan adil

    kerana itu merupakan amanah dari Allah. Keimanan dan Ketaqwaan mencetuskan rasa takut kepada

    kemurkaan Allah.

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu

    urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan

    mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan,

    kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi )

  • 7/28/2019 TEKS SYARAHAN MTQ 2011

    2/4

    Ummat Islam akan mampu mencapai kejayaan sekiranya mereka diberi hak yang sepatutnya oleh

    pemimpin. Bukti yang paling jelas adalah kepimpinan Rasulullah s.a.w. yang berjaya memimpin

    masyarakat Arab sehingga mencapai zaman kegemilangan Islam dan menjadi sejarah penting yang

    diketahui oleh masyarakat umum diseluruh dunia hingga ke hari ini.

    Sidang dewan sekalian,

    Kedua, Iman dan Taqwa mampu membentuk sifat sabar, tekun dan gigih berusaha dalam

    diri ummat manusia. Sifat ini lahir hasil daripada hati yang patuh dan taat pada perintah Allah. Allah telah

    menyatakan janjinya dalam surah Al-Hujurat ayat 13:

    Maksudnya : Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa.

    Masyarakat beriman dan bertaqwa yang sentiasa berusaha kearah kejayaan pasti akan

    memperolehinya berdasarkan ayat yang dibacakan tadi. Bukti yang jelas dapat dilihat pada peribadi para

    sahabat Rasulullah. Keperibadian mereka yang tinggi dan ketaqwaan yang mendalam membuatkan

    mereka muncul sebagai manusia yang unggul dan mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat Islam.

    Kesabaran mereka menghadapi kesusahan dan cabaran menegakkan syiar Islam dan kegigihan mereka

    memperjuangkan Islam menjadikan mereka sebagai golongan yang dimuliakan dan menjadi contoh

    kepada ummat Islam pada hari ini.

    Ketiga, Iman dan taqwa mampu mencetuskan rasa keyakinan yang tinggi dalam diri umat

    Islam. Keyakinan ini membolehkan mereka menghadapi cabaran dan dugaan dengan tabah untukmencapai kejayaan. Ini akan menjadi faktor kejayaan kepada masyarakat dalam semua bidang

    sebagaimana firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 2-3 yang berbunyi;

    Maksudnya : Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan

    (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya.

    Hal ini dapat dikaitkan dengan kisah nabi ayub a.s yang diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian.

    Namun, keimanan dan ketaqwaan yang tinggi dalam diri baginda mampu memberikan keyakinan untuk

    meneruskan hidup dan akhirnya dia diberi ganjaran yang besar oleh Allah. Oleh itu, umat Islam perlu

    mencontohi peristiwa nabi ayub a.s ini supaya dapat menjadi dorongan untuk terus mencapai kejayaan.

    Para hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

  • 7/28/2019 TEKS SYARAHAN MTQ 2011

    3/4

    Keempat ialah iman dan taqwa mampu melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu . Ilmu

    merupakan asas yang penting untuk mencipta masyarakat yang berjaya. Pada masa yang sama ilmu

    menjadikan manusia lebih mendekati Allah dan mendapat petunjuk Allah. Ini telah diceritakan oleh Allah

    Taala dalam surah Al Imran ayat 18:

    Maksudnya :Allah menyatakan tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan dia yang mentadbir

    dengan penuh keadilan. Para malaikat dan orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian.

    Ilmu, iman dan taqwa yang seiring mampu menjadikan orang Islam sebagai ummah yang

    gemilang. Lihatlah masyarakat Barat meskipun mereka memiliki ketinggian ilmu dan kemajuan dari

    pelbagai aspek namun mereka dibebani dengan masalah sosial yang sangat meruncing. Mereka dianggap

    berjaya namun kegemilangan masyarakatnya tidak dicapai disebabkan ketiadaan iman dan taqwa.

    Hadirin dan hadirat sekalian,

    Kelima, iman dan taqwa mampu membentuk hati yang baik dalam diri manusia .

    Abi Abdullah al-Numan bin Basyir, mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : . ingatlahbahawasanya dalam jasad manusia itu ada seketul daging yang apabila baik daging tersebut, makabaiklah jasad keseluruhannya, dan jika rosak daging tersebut maka akan rosaklah jasad keseluruhannya,itulah dia hati (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Petikan hadith ini menggambarkan betapa pentingnya peranan roh yang menggerakkan jasad dan

    fizikal manusia dalam mengembangkan tanggungjawabnya membina peradaban dunia. Jika setiap individudalam masyarakat mempunyai kekuatan dalaman disertai oleh kekuatan fizikal nescaya ummat manusiamampu untuk menjadi ummah yang gemilang. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam sejarah ketamadunandunia. Runtuhnya tamadun Islam suatu ketika dulu adalah berpunca daripada manusia yang hilang sifatamanah dan jujur. Justeru kegemilangan tamadun Islam yang dibina beratus-ratus tahun, hancur danruntuh dalam sekelip mata.

    Sidang dewan yang dirahmati Allah sekalian,

    Isi saya yang terakhir, iman dan taqwa mewujudkan individu yang beriman kepada hari

    akhirat. Keimanan ini akan melahirkan manusia yang berlumba-lumba ke arah kebaikan supaya mereka

    memperoleh kecemerlangan di akhirat kelak. Firman Allah Taala dalam surah Maryam ayat 39 :

    Maksudnya : Takutilah mereka dengan hari penyesalan (kiamat) ketika dihukum tentang perkara

    yang telah dilakukan sedangkan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak beriman.

  • 7/28/2019 TEKS SYARAHAN MTQ 2011

    4/4

    Apabila hilang rasa keimanan kepada hari akhirat, manusia akan terlalu mencintai dunia dan

    sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat nikmat di dunia ini. Contoh paling jelas berlaku dalam

    masyarakat kita pada masa kini. Kemiskinan iman dan taqwa menjadi punca kepada keruntuhan akhlak

    dikalangan muda-mudi. Masalah jenayah, kes buang anak dan hiburan yang melampui batas semakin

    meruncing dalam masyarakat Islam kita. Ini adalah hasil daripada kealpaan kita untuk menyediakan

    bekalan akhirat nanti.

    Sidang hadirin yang dirahmati Allah, kini jelas bahawa agama bukan penghalang kepada

    sesebuah kejayaan malah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah mampu menjadi pencetus kearah

    kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang.

    Sebagai akhir bicara, pentutup kata Iman dan Taqwa Pencetus Ummah Gemilang.

    Wabillahi Taufik wal hidayah assalamuaikum w.b.t