teks syarahan

23
Punca-punca kenaikan harga barang Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar, negara kita tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi, iaitu kenaikan harga barang secara holistik. Senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat jelata, terutama golongan yang berpendapat rendah yang terpaksa hidup bagai kain basah kering di pinggang. Duri dalam daging ini perlu dicabut dalam masyarakat kita sebelum parah, rusuhan akibat daripada inflasi yang berlaku di luar negara harus menjadi iktibar di negara kita. Sebelum mengatur langkah untuk menangani masalah ini, biarlah pihak berkuasa menyusuri punca-punca kenaikan harga barang di negara kita. Kata orang tua-tua, ada asap, ada api . Setiap kemusykilan pasti ada pangkal pokoknya. Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi ialah kenaikan harga minyak. Tidak dapat dinafikan bahawa harga minyak petroleum telah naik secara drastik di pasaran antarabangsa, sehingga pernah mencecah US $144 setong pada tahun 2007. Hal ini memangkinkan kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel yang telah disubsidikan oleh kerajaan itu ke negara jiran kita. Lantaran kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak petrol dan diesel untuk mengurangkan beban kewangan. Penyeludup yang tamak telah menyebabkan rakyat jelata mengalami penderitaan. Hal ini sama dengan peribahasa, orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah. Kenaikan minyak yang sebagai kos pengangkutan yang terutama akan memberikan kesan yang amat besar kepada harga barangan. Walhasilnya, harga semua barangan turut naik dengan serentak. Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan. Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi pernah mencecah harga sebanyak RM8 sekilo manakala cili merah kini telah mencecah harga RM15 sekilo sebagai harga runcit. Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang. Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal. Tambahan pula, kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini. Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah terjunam. Peniaga negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing. Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar. Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu, kita tetap perlu membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara kita sendiri, seperti tepung gandum.

Upload: amalyna-xuly

Post on 01-Oct-2015

192 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Punca-punca kenaikan harga barang Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar, negara kita tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi, iaitu kenaikan harga barang secara holistik. Senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat jelata, terutama golongan yang berpendapat rendah yang terpaksa hidup bagai kain basah kering di pinggang. Duri dalam daging ini perlu dicabut dalam masyarakat kita sebelum parah, rusuhan akibat daripada inflasi yang berlaku di luar negara harus menjadi iktibar di negara kita. Sebelum mengatur langkah untuk menangani masalah ini, biarlah pihak berkuasa menyusuri punca-punca kenaikan harga barang di negara kita. Kata orang tua-tua, ada asap, ada api. Setiap kemusykilan pasti ada pangkal pokoknya. Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi ialah kenaikan harga minyak. Tidak dapat dinafikan bahawa harga minyak petroleum telah naik secara drastik di pasaran antarabangsa, sehingga pernah mencecah US $144 setong pada tahun 2007. Hal ini memangkinkan kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel yang telah disubsidikan oleh kerajaan itu ke negara jiran kita. Lantaran kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak petrol dan diesel untuk mengurangkan beban kewangan. Penyeludup yang tamak telah menyebabkan rakyat jelata mengalami penderitaan. Hal ini sama dengan peribahasa, orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah. Kenaikan minyak yang sebagai kos pengangkutan yang terutama akan memberikan kesan yang amat besar kepada harga barangan. Walhasilnya, harga semua barangan turut naik dengan serentak. Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan. Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi pernah mencecah harga sebanyak RM8 sekilo manakala cili merah kini telah mencecah harga RM15 sekilo sebagai harga runcit. Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang. Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal. Tambahan pula, kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini. Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah terjunam. Peniaga negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing. Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar. Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu, kita tetap perlu membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara kita sendiri, seperti tepung gandum. Lebih-lebih lagi, ada peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang. Demi meragut keuntungan yang lumayan, terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan keperluan. Mereka enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang seperti cacing kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu. Hal ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Barangan keperluan seperti beras, gula, dan tepung sering menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang. Kita semua sedar bahawa permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan akan tercetusnya inflasi. Sehubungan dengan itu, pengguna kita juga perlu bertanggungjawab dalam konteks ini. Rakyat Malaysia tidak memiliki kesedaran tentang ilmu kepenggunaan. Mereka sering membeli-belah dengan berdasarkan nafsu dan bukan berpaksikan keperluan. Sebagai contohnya, ketika musim perayaan, penduduk Malaysia sering membeli barangan secara berlebihan sehingga berboros kerana tidak dapat menghabiskannya. Tamsilnya, mereka sering merebut daging ayam dan telur. Mereka membuat kuih-muih dan juadah dengan terlalu banyak. Apabila permintaan di pasaran lebih banyak daripada bekalan, harga barang naik secara drastik lagi. Siapakah yang menjadi mangsa? Tepuk dada tanya selera. Kenapa perayaan tidak boleh diraikan secara sederhana? Bukankah hubungan yang intim sekeluarga lebih penting daripada menyediakan makanan yang melambak? Ingatlah peribahasa, Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Untuk melepaskan diri daripada belenggu inflasi, pihak kerajaan, terutama Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus bertindak bijaksana seperti menarik rambut di dalam tepung untuk menangani masalah ini daripada terus menular. Kerjasama pihak pengguna, peniaga dan prihatin pihak berkuasa amat signifikan untuk meminimumkan inflasi sehingga mencapai inflasi sifar. Hal ini memang selaras dengan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Kelebihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan

Rate this (68 Votes)Marcapada, sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi pula, sebanyak RM150 juta telah diperuntukan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara. Statistik yang ditunjukkan menunjukkan bahawa negara kita semakin mendapat tempat dalam kalangan warga asing untuk dilawati. Persoalannya, apakah keistimewaan Malaysia yang menyebabkan pelancong asing memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka?

Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia memiliki pelbagai tempat yang menarik yang mampu menggamit kedatangan pelancong asing. Kita berasa bertuah kerana bumi tercinta ini memiliki pantai yang memutih dan indah dengan udaranya yang nyaman seperti Pantai Chenang di Langkawi, Pantai Teluk Chempedak di Pahang dan Pantai Karambunai di Sabah. Bagi pencinta hidupan marin, maka sudah pasti mereka boleh memilih destinasi selaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara yang tercantik di dunia seperti Pulau Sipadan di Sabah dan Pulau Perhentian di Terengganu. Selanjutnya, untuk para pencinta alam semula jadi, Malaysia mempunyai hutan rimba yang berusia jutaan tahun, tamsilannya Hutan Belum di Perak, Mensilau-Basin di Sabah dan Hutan Endau-Rompin di Pahang. Sementelahan, Bandar raya Bersejarah Melaka dan Georgetown yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO menjanjikan keterujaan kepada para pelancong yang menyukai tempat-tempat bersejarah dan kehalusan estetika dalam seni bina silam. Pendek kata, macam-macam ada di Malaysia!

Keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kamu dan latar belakang mewujudkan pelbagai budaya yang mewakili setiap kaum dari seluruh Asia. Fenomena inilah yang menyebabkan Kementerian Pelancongan telah memilih slogan Malaysia Truly Asia atau Malaysia ialah Asia sebagai slogan untuk Kempen Pelancongan. Suatu perkara yang tidak dapat disangkal ialah warna-warni kebudayaan rakyat Malaysia dari segi sambutan hari-hari perayaan, pakaian, makanan, kesenian dan pertuturan sudah pasti memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pelancong, contohnya sambutan Citrawarna Malaysia dan Malaysian Kitchen memberi ruang untuk para pelancong memahami kebudayaan rakyat Malaysia. Tegasnya, para pelancong asing hanya perlu ke Malaysia jika mahu mengenali kebudayaan masyarakat di Asia.

Selain itu, salah satu daya tarikan yang ada di Malaysia ialah kemudahan infrastruktur yang kondusif untuk para pelancong seperti sistem pengangkutan dan tempat penginapan. Bagi memudahkan para pelancong dari luar, syarikat penerbangan nasional, iaitu Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia bersedia untuk membawa pelancong dari serata dunia ke destinasi pelancongan di Malaysia. Di samping itu, jaringan lebuh raya dan rel seperti sistem transit aliran ringan (LRT), komuter, dan monorel menyenangkan mobiliti para pelancong. Manakala, dari segi tempat penginapan terdapat pelbagai kategori berdasarkan bajet masing-masing tersedia, daripada hotel bertaraf lima bintang, motel, inap desa hinggalah asrama yang berkos rendah. Intihanya, kemudahan prasarana yang berkualiti telah memastikan para pelancong selesa berada di negara kita.

Satu lagi elemen yang tidak kurang penting ialah sikap rakyat Malaysia yang ramah dan berbudi bahasa. Keramahan warga tempatan menyebabkan warga asing berasa bahawa kehadiran mereka sangat dialu-alukan di negara ini. Malah, para pelancong juga berasa selamat ketika melancong di sini disebabkan mereka mudah untuk mendapatkan bantuan jika menghadapi sebarang masalah. Sikap rakyat Malaysia itu menyebabkan pelancong asing terdorong untuk berkunjung berkali-kali ke Malaysia. Izharlah bahawa, mahajana ibarat duta kecil yang berperanan untuk menjaga imej negara di mata para pelancong.

Kesimpulannya, Malaysia berpotensi untuk menjadi destinasi wajib kepada warga asing yang mahu berdarmawisata. Oleh yang demikian, kerjasama antara semua pihak sama ada pihak kerajaan, swasta dan orang ramai harus diperkukuh demi kelangsungan industri pelancongan di negara ini kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Tuntasnya, kita berharap kedatangan pelancong asing ke negara kita akan bertambah tahun demi tahun sejajar dengan pelbagai usaha yang dilakukan bagi menarik mereka untuk berkunjung ke sini.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Bismillah, Alhamdulillah.

Terima kasih pengerusi majlis,Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,seterusnya hadirin hadirat sekalian,

"Guru Berkualiti Menjana Insan Cemerlang"

Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini, Sebelum saya melangkah dengan lebih jauh lagi, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan saya satu persatu.

Menurut Kamus Dewan, "Guru" bermaksud pendidik,pengajar atau pengasuh."Berkualiti" pula bererti bermutu tinggi. "Menjana" pula ditakrifkan sebagai menghasilkan manakala "Insan" pula merujuk kepada individu manusia dan "Cemerlang" menurut kamus dewan lagi ialah kejayaan yang tinggi.Dari definisi tadi jelaslah bahawa pendidik yang bermutu yang tinggi mampu melahirkan manusia yang terdiri daripada golongan "Al-Muflihun" atau mereka yang berjaya.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Kualiti guru yang pertama ialah melaksanakan tugas dengan sepenuh keikhlasan. Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana Allah S.W.T akan memampukan seorang guru menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.Segala usaha ini dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah dan diserahkannya kepadaNya untuk dinilai. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Bayyinah ayat 5,

Maksudnya: "Mereka tidaklah diperintahkan, melainkan supaya beribadat kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya".

Berhubung ayat ini, Imam Habib Abdullah Hadad mengulas bahawa tanpa keikhlasan maka perbuatan yang dilaksanakan adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.Sebagai contoh,lihat sahaja keihklasan guru yang mengajar di pedalaman. Kisah mereka dipaparkan di akhbar dan televisyen beberapa bulan yang lepas. Mereka terpaksa berjalan kaki,menaiki sampan malah ada yang terpaksa berenang untuk sampai ke sekolah. Niat mereka adalah ikhlas untuk mendidik anak bangsa supaya cemerlang,gemilang,terbilang. Jika tiada keikhlasan mana mungkin tugas ini sanggup dilakukan.

Hadirin-hadirat,

Kualiti guru yang kedua ialah berilmu. Tanpa ilmu, guru tidak mampu menyampaikan pelajaran dengan baik kepada murid-murid. Sepertimana yang diungkapkan oleh hadis Nabi S.A.W dari riwayat Anas bin Malik dari "Majmu' Zawaid yang bermaksud;

"Sesungguhnya, orang yang berilmu di dunia ibarat bintang dilangit menjadi penunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut.

Hadis ini mengingatkan kita, bahawa guru yang berilmu mampu membimbing para murid ke arah kecemerlangan. Sesungguhnya, ilmu adalah ibarat bintang yang menunjuk arah kepada kita dalam belayar, tanpa ilmu hilanglah pedoman dan sesatlah arah.

Justeru itu, didalam memastikan para guru dilengkapi dengan ilmu mengajar maka setiap guru hari ini diberikan latihan terlebih dahulu di Institut-Institut Perguruan seluruh negara. Bahkan kerajaan juga turut menggalakkan para guru untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

Hadirin-hadirat,

Kualiti guru yang ketiga ialah berhikmah didalam mendidik.Hikmah disini bererti bijaksana. Allah berfirman didalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud"Serulah mereka kejalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan contoh teladan yang baik".

Berhikmah disini merujuk kepada kreativiti pendakwah didalam mempelbagaikan cara dakwahnya agar sesuai dengan suasana semasa. Begitulah juga peranan guru yang berhikmah. Mencari dan menggunakan kaedah yang sesuai didalam mendidik.Sebagai contoh, guru disaran oleh Kementerian Pelajaran untuk menggunakan teknologi multimedia bagi membantu pembelajaran para murid. Penggunaan teknologi adalah kaedah yang bijaksana dan merupakan langkah terbaik meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

Kualiti guru yang keempat ialah berakhlak mulia. Guru sebagai ibu dan bapa di sekolah merupakan contoh teladan bagi murid. Justeru itu guru perlu terlebih dahulu berakhlak mulia sebelum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia. Sepertimana hadis Nabi S.A.W daripada riwayat Abu Ya'la yang bermaksud;

"Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan boleh mempengaruhi manusia dengan hartamu,maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan berbudi pekerti.

Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia sedangkan akhlak buruk yang dipamerkan oleh guru hanya mendatangkan kejelekan.Lihat sahajalah bagaimana media massa memaparkan beberapa siri keganasan guru terhadap murid. Sikap panas baran dan melampau bukan akhlak yang mulia. Guru-guru terbabit bukan sahaja gagal mendidik , bahkan dicerca kerana tidak menunjukkan contoh yang baik

Kesimpulannya, guru berkualiti akan dapat melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat. Oleh itu sebagai guru marilah kita tingkatkan kualiti diri ke arah melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Wabillhi taufiq wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Amalan Gaya Hidup Sihat [ Syarahan ]Yang dihormati tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif panel hakim, dif-dif kehormat, rakan-rakan pelajar, dan hadirin sekalian, assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri kerana mengundang saya untuk memberikan ceramah bersempena dengan kempen Gaya Hidup Sihat. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Amalan Hidup Sihat.

Hadirin sekalian, Setiap individu ingin hidup sihat dari segi fizikal dan mental. Seseorang dapat melakukan aktiviti harian tanpa gangguan dengan memiliki tubuh badan yang sihat. Walaupun begitu, matlamat tersebut tidak mudah dicapai sekiranya seseorang itu tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi mencapai matlamat tersebut, setiap individu perlu melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kesihatan, dan pada masa yang sama meninggalkan aktiviti yang boleh menjejaskan mutu kesihatan.

Antara usaha bagi mencapai matlamat tersebut adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Makanan yang dimakan hendaklah mengandungi zat yang secukupnya untuk mencegah seseorang daripada serangan penyakit. Seseorang yang tidak mengambil kira tentang pemakanan seimbang akan terdedah kepada risiko serangan pelbagai penyakit. Misalnya, pengambilan gula dan kolestrol yang berlebihan akan memungkinkan seseorang diserang penyakit Diabetis dan menimbulkan masalah kepada fungsi jantung. Rajah piramid pemakanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan perlu dijadikan panduan untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan itu mengandungi khasiat yang seimbang dan dapat menyihatkan badan.

Hadirin yang dikasihi, Aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan seseorang. Hal ini demikian kerana semasa bersenam, sebahagian besar organ dalam badan seseorang bergerak aktif. Jantung akan berfungsi dengan baik untuk memastikan perjalanan darah menjadi lancar. Di samping itu, pembakaran lemak dalam badan akan berlaku, sekali gus individu dapat mengatasi masalah lebihan lemak di dalam badan. Ringkasnya, melalui senaman, badan menjadi lebih sihat dan otak menjadi cerdas. Jika rakyat negara ini mengamalkan aktiviti senaman, tidak mustahil tahap kesihatan rakyat Malaysia akan meningkat. Oleh itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan aktiviti senaman hendaklah dipupuk.

Selain itu, penjagaan kebersihan juga merupakan salah satu amalan hidup sihat. Orang ramai hendaklah memastikan bahawa tubuh badan, pakaian, makanan, dan persekitaran sentiasa bersih. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka daripada bermain di tempat yang kotor. Mereka juga perlu memastikan bahawa kawasan di dalam dan di luar rumah berada dalam keadaan yang bersih. Sampah sarap di persekitaran perlu dibuang di tempat pembuangan sampah atau ditanam. Langkah ini dapat mengelakkan persekitaran daripada menjadi tumpuan bakteria atau serangga-serangga tertentu, terutamanya lalat, lipas, dan nyamuk. Meskipun orang ramai diberitahu tentang bahaya merokok, permintaan terhadap rokok masih tinggi. Masalah penyalahgunaan dadah pula masih berterusan. Kedua-dua tabiat ini perlu dijauhi sekiranya seseorang ingin menikmati kehidupan yang sihat. Hal ini demikian kerana perokok lebih terdedah kepada risiko diserang sakit jantung, kanser, dan katarak. Gejala penyalahgunaan dadah pula mengundang pelbagai masalah dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, kesedaran orang ramai tentang bahaya tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah amat penting. Setiap orang perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera apabila berhadapan dengan masalah kesihatan. Pada kebiasaannya, orang ramai hanya menemui doktor apabila penyakit sudah serius. Amalan sedemikian perlu diubah. Orang ramai hendaklah menghayati ungkapan bahawa mencegah penyakit lebih mudah daripada mengubatinya. Sehubungan dengan itu, orang ramai perlu sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan penyakit dan mengetahui tahap kesihatan mereka. Tindakan yang lebih baik adalah dengan mendisiplinkan diri untuk mendapatkan rawatan kesihatan setiap enam bulan. Sekiranya saranan ini diikuti, sesuatu penyakit akan lebih mudah dicegah sebelum dirawat. Hadirin yang budiman, Sebagai kesimpulan, kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan perlu ditingkatkan. Langkah ini penting supaya setiap individu dapat mendisiplinkan diri, terutama dalam aspek pemakanan dan penjagaan kebersihan. Tanpa kesedaran tersebut, orang ramai tidak akan mementingkan gaya hidup yang sihat. Bagi menambahkan pengetahuan orang ramai tentang hal ini, panduan tentang penjagaan kesihatan perlu disebarluaskan. Semoga Amalan Hidup Sihat yang kita perkatakan ini benar-benar menjadi realiti di bumi Malaysia. Semoga rakyat Malaysia mementingkan gaya hidup sihat dalam menjalani kehidupan seharian. Sekian, terima kasih.

Contoh lain :

Strategi Untuk Memajukan Sektor Pertanian [Syarahan]

Yang dihormati tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif panel hakim, dif-dif kehormat, tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian, assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana mengudang saya untuk memberi ceramah tentang Sektor Pertanian dan Asas Tani. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan tentang strategi untuk memajukan sektor pertanian dan industri asas tani supaya sektor tersebut menjadi sector yang moden dan berdaya saing.

Hadirin sekalian, Ketika mengharungi arus globalisasi dan modenisasi, negara kita telah mengalami pembangunan yang pesat, terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetan daripada itu, sektor pertanian dan industri asas tani telah dikesisikan dalam arus pembangunan sejak 1980-an. Bagaimanapun di bawah Misi Nasional, kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula dalam pelan pembangunan negara kita iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan. Hal ini demikian kerana ketika dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998, minyak kelapa sawit bertindak sebagai penyelamat ekonomi negara kita. Selain itu kerajaan juga mendapati bahawa negara kita memperuntukkan berbilion-bilion ringgit untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi negara. Sesungguhnya, banyak makanan dapat dihasilkan di negara kita melalui sektor pertanian ini.

Pelbagai langkah boleh diambil untuk memajukan sektor pertanian dan industri asas tani di Negara Malaysia supaya sektor ini menjadi sektor yang moden dan berdaya saing. Antaranya ialah peranan Kementerian Pertanian dan sektor swasta. Langkah-lagkah yang boleh dibuat oleh pihak Kementerian Pertanian dan sektor swasta ialah dengan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di pusat-pusat Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan industri asas tani. Mereka perlulah memastikan bahawa industri hilir dalam pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Sengkuang telah diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pegawai Kementerian Pertanian terutamanya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani kita dengan menggunakan bioteknologi yang canggih.

Hadirin yang dihormati, Dalam memajukan sektor pertanian dan industri asas tani juga, salah satu faktor penting ialah modal. Modal atau sumber kewangan memainkan peranan penting bagi menjalankan pertanian secara perladangan ataupun pekebun kecil. Pinjaman boleh dibuat melalui skim pinjaman berkadar faedah rendah yang disediakan oleh bank, terutamanya Bank Agro yang menyediakan pinjaman bagi pekebun kecil. Dengan modal yang mencukupi, pekebun kita akan dapat membeli mesin yang canggih dan bahan racun serangga serta baja kimia untuk menjalankan pertanian mereka. Sebagai contoh, Bank Agro telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Bak kata peribahasa, ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras, oleh itu, dengan bantuan pinjaman skim mikro, pekebun kecil kita dapat mengusahakankan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik malah berupaya menjalankan IKS. Selain itu, sistem pengagihan perlu disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Sistem pengagihan penting supaya kaum petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang tengah yang bersikap tamak haloba. Penubuhan koperasi peladang digalakkan untuk memainkan peranan sebagai pemborong dan pembekal kepada para petani. Petani kita juga digalakkan menyertai Pasar Tani untuk meningkatkan pendapatan mereka. Sehubungan dengan itu, pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan yang segar dengan harga yang berpatutan. Tindakan ini dapat memberikan manfaat kepada pihak petani dan pengguna. Selain daripada itu, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) harus mengaturkan strategi yang bersepadu dan bijaksana untuk menjamin pemasaran produk pertanian kita. Sistem pengagihan yang teratur dapat memantapkan harga produk pertanian. Antaranya Kementerian Kebudayaan telah mengadakan laman web tentang harga borong produk pertanian supaya kaum petani tidak lagi ditipu oleh pemborong yang tidak bertanggungjawab.

Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani kita perlu memiliki prakarsa untuk membuat perubahan atau sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian. Jika kaum petani masih mengekalkan cara tradisional untuk mengusahakan petanian, nescaya hasil pertanian mereka hanya sekadar sara diri dan mereka akan terus dibelenggu oleh kemiskinan. Bagi mengikut rentak perkembangan industri, petani kita perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih demi meningkatkan produktiviti. Langkah ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan meningkatkan hasil tanaman yang berkualiti dan berkuantiti. Sebagai contoh, ilmu genetik perlu digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin hasil tanaman yang bermutu, seperti penggunaan padi hibird dapat menjamin penghasilan padi yang banyak dan berkualiti. Secara umumnya, kaum petani perlulah disuntik semangat transformasi dalam diri mereka menggunakan bioteknologi dalam sektor pertanian.

Selain itu juga, agropelancongan merupakan bidang yang patut dikembangkan dalam sektor pertanian. Kaum petani seyogianya memperkasakan kemudahan yang tersedia dalam ladang mereka untuk memajukan sektor pelancongan. Tindakan dapat menjamin pendapatan yang lumayan. Penginapan yang lengkap seperti bilik yang selesa perlu disediakan kepada pelancong, khasnya dari bandar. Selain menghayati penghidupan kaum petani, pelancong dapat menikmati buah-buahan tempatan yang lazat, memancing ikan dalam kolam ikan ternakan, menikmati lauk ala kampung serta berpeluang untuk mencucuk tanah di samping melegakan fikiran yang kusut. Hal ini bagai menyelam sambil minum air. Bagaimanapun, pakej agropelancongan perlu mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, seperti menyeranaikan pengusaha agropelancongan yang beramanah dalam laman web kementerian berkenaan. Secara realitinya, inap desa semakin menarik perhatian pelancong domestik dan luar negara.

Hadirin yang budiman, Sebagai kesimpulanya, sektor pertanian perlu mengalami revolusi supaya sektor ini menjadi sector yang moden dan berdaya saing. Pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan dan langkah yang berkesan bagi mengelakkan sector pertanian dan asas tani di negara kita menghadapi masalah.

Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat. Tuan-tuan dan puan-puan,Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Pembaca perlulah disambut baik oleh semua pihak. Negara Pembaca yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga Dasar Buku Negara yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti.

Tuan-tuan dan puan-puan,Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.

Tuan-tuan dan puan-puan,Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.

Tuan-tuan dan puan-puan,Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Tuan-tuan dan puan-puan,Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan bed time story sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan.Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif.. bukan fatamorgana semata-mata.Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Pembaca perlulah disambut baik oleh semua pihak. Negara Pembaca yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga Dasar Buku Negara yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti.

Tuan-tuan dan puan-puan,Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.

Tuan-tuan dan puan-puan,Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.

Tuan-tuan dan puan-puan,Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Tuan-tuan dan puan-puan,Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan bed time story sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan.Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif.. bukan fatamorgana semata-mata.

Tulis teks syarahan itu selengkapnya.Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Memartabatkan Bahasa Melayu. Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim

Yang mulia tuan pengerusi majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Cara-cara untuk Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak akhir-akhir ini. Penularan penyakit berjangkit ini umpama duri dalam daging dan telah menyebabkan masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya berada dalam kebimbangan yang berterusan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan penyakit berjangkit terutama yang dapat menyebabkan kematian. Namun demikian penularan penyakit masih lagi berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu pelbagai cara perlu dilakukan oleh masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung.

Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Contohnya, setiap anggota masyarakat hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri ialah asas yang akan mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit. Penjagaan kesihatan juga melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidak menjaga kesihatan. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit dikesan wujud di negara kita. Contohnya penyakit selesema burung yang bermula di luar negara telah menjangkiti penduduk negara ini. Oleh yang demikian penjagaan kesihatan yang teratur merupakan satu cara yang berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit, bak kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Hadirin sekalian,

Selain itu pihak berkuasa mesti mengetatkan syarat kemasukan pelancong dari luar negara. Pihak jabatan imigresen dan juga jabatan kastam perlu menguatkuasakan kawalan yang ketat terhadap orang yang masuk ke negara ini. Jabatan kastam umpamanya, mestilah memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira sama ada haiwan tersebut diimport untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Jika haiwan tersebut dijangkiti, pihak jabatan kastam hendaklah menyita dan memastikan haiwan tersebut tidak dibawa masuk. Dalam hal ini tumpuan khusus hendaklah diberikan pada pelancong dan haiwan dari negara-negara yang diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit berkenaan. Misalnya suatu ketika dahulu negara China telah diserang penyakit selesema burung yang serius. Oleh itu pelancong dan barangan import yang berasaskan haiwan hendaklah diperiksa dengan lebih terperinci agar negara kita bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Jadi, pihak berkuasa hendaklah mengetatkan syarat kemasukan pelancongan dan barangan dari luar negara untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit, jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Langkah untuk mengawal penularan penyakit berjangkit yang berikutnya ialah pihak kerajaan hendaklah melupuskan haiwan atau pembawa yang telah dijangkiti penyakit berjangkit dengan kadar segera. Tindakan tegas ini mestilah dilaksanakan tanpa mengira bantahan dan kritikan masyarakat. Kerajaan harus menjalankan tindakan ini kerana penyakit berjangkit biasanya merebak dengan pantas apabila pembawanya tidak dihapuskan, bak kata pepatah biar titik jangan tumpah. Misalnya dalam kes penularan penyakit selesema burung, setiap unggas sama ada yang dipelihara atau yang hidup bebas perlu dilupuskan. Walaupun tindakan ini agak kejam sifatnya, kita tidak boleh memilih bulu atau berkompromi apabila kesihatan masyarakat awam terancam seperti kata pepatah biar titik jangan tumpah. Kerugian akibat kematian haiwan peliharaan adalah lebih baik berbanding kehilangan nyawa manusia akibat diserang penyakit berjangkit. Tindakan tersebut juga hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera. Pihak berwajib tidak harus menanti keputusan majoriti kerana penularan penyakit tidak akan berhenti jika tidak dibendung. Tindakan yang lambat akan mendatangkan kesan buruk apabila penyakit berkenaan tidak lagi dapat dikawal dengan menyeluruh. Oleh itu, pelupusan haiwan atau pembawa penyakit hendaklah disegerakan untuk memastikan penularannya dapat dikawal.

Tuan-tuan yang dihormati,Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Dalam hal ini semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian, terima kasih.