teks pidato idah

14
PIDATO 1 Terima kasih Pengerusi Majlis ,Para juri penjun jung kesaksamaan… kelompok pendidik bestari, hadirin pendengar yang dikasihi,…...dekat dihati…….. Selamat sejahtera….dan Salam 1 Malaysia Berbunga kemesraan arena pada hari ini….. saya warnai dengan pidato yang berjudul….. “ Budi Bahasa Amalan Mulia”. Hadirin yang dihormati,Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, budi membawa maksud perangai atau tingkahlaku,…… bahasa, didefinasikan sebagai percakapan atau tingkahlaku yang baik, Amalan pula merupakaan sesuatu yang dilakukan sebagai kebiasaan, manakala….muliapula adalah luhur dan tinggi….lalu saya simpulkan frasa…… “ Budi Bahasa Amalan Mulia sebagai…..“perangai atau tingkahlaku baik yang dijadikan amalan dalam kehidupan kita. Sidang dewan yang budiman, Saya mulakan pidato ini dengan seruan marilah kita menghormati dan bersopan terhadap orang yang lebih tua daripada kita,ibu bapa, para guru dan juga rakan-rakan….. Dalam meniti arus kemodenan ini, negara kita mendepani masalah keruntuhan akhlak……yang kian kronik. Sudah lunturkah budi bahasa ini ditelan arus pemodenan? Tepuk dada…..Tanya selera. Pengamalan kesantunan budi bahasa adalah penting…….terutamanya bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Budi bahasa juga dapat mewujudkan……rasa salingmenghormati yang amat diperlukan untuk kehidupan masyarkat majmuk yang aman…..dan harmoni. Budi bahasa merupakan dua konsep…..yang tersirat dalam prinsip Rukun Negara yang kelima……iaitu, Kesopanan dan Kesusilaan……… Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga,Yang molek itu budi,Yang indah itu bahasa, Budi bahasa juga penting demi melahirkan masyarakat yang benar-benar m embangun dan bertamadun. Kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-

Upload: fazlikhairon

Post on 08-Nov-2015

97 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

PIDATO 1Terima kasih Pengerusi Majlis ,Para juri penjunjung kesaksamaankelompok pendidik bestari, hadirin pendengar yang dikasihi,...dekat dihati..Selamat sejahtera.dan Salam 1 Malaysia Berbunga kemesraan arena pada hari ini..saya warnai dengan pidato yang berjudul.. Budi Bahasa Amalan Mulia. Hadirin yang dihormati,Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, budimembawa maksud perangai atau tingkahlaku,bahasa, didefinasikansebagai percakapanatautingkahlaku yang baik, Amalan pula merupakaan sesuatu yang dilakukan sebagai kebiasaan, manakala.muliapula adalah luhur dan tinggi.lalu saya simpulkan frasa Budi Bahasa Amalan Mulia sebagai..perangai atau tingkahlaku baik yang dijadikan amalan dalam kehidupan kita.Sidang dewan yang budiman,Saya mulakan pidato ini dengan seruan marilah kita menghormati dan bersopan terhadap orang yang lebih tua daripada kita,ibu bapa, para guru dan juga rakan-rakan..Dalam meniti arus kemodenan ini, negara kita mendepani masalah keruntuhan akhlakyang kian kronik. Sudah lunturkah budi bahasa ini ditelan arus pemodenan? Tepuk dada..Tanya selera. Pengamalan kesantunan budi bahasa adalah penting.terutamanya bagi negara yangberbilang kaum seperti Malaysia. Budi bahasa juga dapat mewujudkanrasa salingmenghormati yang amat diperlukan untuk kehidupan masyarkat majmuk yang aman..dan harmoni. Budi bahasa merupakan dua konsep..yang tersirat dalam prinsip Rukun Negara yang kelimaiaitu, Kesopanan dan KesusilaanYang kurik itu kendi,Yang merah itu saga,Yang molek itu budi,Yang indah itu bahasa,Budibahasajugapentingdemimelahirkanmasyarakatyangbenar-benarmembangundanbertamadun. Kita mungkin semakin lupauntuk memupuk ciri-ciri keperibadianluhur, baik untukdiri kita sendiri ataupun untuk warisan generasi yang lebih muda. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi,kitaharussedardanmempelajarisertamempraktikkansemulabudibahasadannilai-nilaimurniwarisanPIDATO 2LMU PELITA HIDUPBismillahirrahmannirrahim,Terima kasih peneraju acara, panel juri teguh saksama dan seluruh warga dewan berkarisma. Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.Hayatilah, sebuah pidato cetusan minda kurniaan Allah.. ILMU PELITA HIDUP.

Hadirin sekalian,ILMU sebagai PELITA HIDUP bolehlah ditakrifkan sebagai prakarsa membudayakan pemahaman teori dan praktikaliti dalam segenap aspek kehidupan kerana diyakini ilmu mampu menghijrahkan manusia dari gelita kejahilan kepada cahaya kebenaran.Maka, marilah sama-sama kita menilai potensi ilmu dalam menerangi kehidupan manusia.Hadirin sekalian,Hayatilah pragmatik pertama, pembudayaan ilmu meningkatkan darjat manusia.Kita sedar bahawa ilmu manusia cuma setitis berbanding ilmu Tuhan yang selautan. Namun bezanya darjat manusia, apabila berilmu pasti dipandang mulia.Menyedari hakikat ini, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan memacu pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memfokuskan kepada usaha membangunkan modal insan berilmu menerusi proses pendidikan berkualiti.Natijahnya, menurut laporan agensi Program Pembangunan PBB (UNDP) 2011, kadar literasi rakyat kita mencecah 92.7%, kadar pengangguran menurun 3.1% dan indeks kebolehpasaran graduan pula mencatatkan 88.4%. Angka-angka kejayaan ini membuktikan bahawa dengan menguasai ilmu berguna, untung nasib rakyat dapat dibela sekaligus taraf hidup mereka mampu dijana.Hadirin sekalian,Pragmatik kedua, penerokaan ilmu mampu menjana minda bangsa.Dek kerana budaya ilmulah, rakyat Jepun tidak pernah malu menggunakan kaedah Kanji dan Katagana, maka kita juga mampu melakar kejayaan negara dengan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa wasilah ilmu.Bahkan, kerajaan turut berkobar-kobar memperkasakan gerakan budaya membaca. Hasilnya, peningkatan purata 6 buah buku setahun dalam Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2008-2011 membuktikan bahawa kita yakin bangsa Malaysia akan berjaya sekiranya ilmu dikongsi bersama, bertitik-tolak dari budaya membaca. Benarlah bahawa, nadi ilmu amalan membaca yang membuka minda bangsa.Hadirin sekalian,Pragmatik ketiga, pembudayaan ilmu memantapkan kemandirian bangsa.Hikayat Melayu pernah menukilkan kepintaran Tun Perak menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan kecerdikan Hang Nadim menyelamatkan Singapura dari serangan todak. Bukti jelas bahawa kemandirian sesebuah bangsa banyak bergantung kepada kebijaksanaan golongan ilmuannya.Lantaran itulah, sistem pendidikan kita kini ditransformasikan. Namakan sahaja, dari pelancaran program i-Think dan Permata Pintar; pemerkasaan pendidikan teknikal dan vokasional; sehinggalah program Brain Gain di peringkat IPT, semuanya bertujuan untuk melahirkan golongan ilmuan berpemikiran kritis dan kreatif sekaligus memberi sumbangan bermakna kepada kesejahteraan negara.Hadirin sekalian,Pragmatik keempat, ketinggian ilmu cerminan budi dan sahsiah bangsa terpuji.Ibnu Khaldun dalam tamsilnya al-Muqaddimah menegaskan bahawa al-insan madani bi al-taba, manusia sentiasa membina tamadun dengan ilmu dan sahsiahnya. Bahkan pepatah Melayu turut menggesa agar kita mengikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk.Lantaran itulah, modal insan berilmu dan berakhlak kini bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan. Menerusi sistem pendidikan, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita perkasakan, pendidikan agama dan moral kita mantapkan bahkan kempen budi bahasa kita jayakan. Hal ini kerana kita sedar bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir manusia tanpa keluhuran budi bahasa.Maka hadirin sekalian, bangunlah, siapapun diri anda. Hanya melalui pembudayaan ilmu dalam kehidupan seharian, kita mampu meningkatkan martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya benarlah kalam pencipta, kalimah iqra menyemarakkan budaya ilmu lantaran ilmu adalah cahaya, pelita hidup manusia. Yakinilah bahawa, ILMU itu PELITA HIDUP.

PIDATO 3TEKS PIDATO ALAM SEKITAR PENJANA KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRATYang dihormati Tuan pengerusi majlis,Yang arif lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan keadilan,semestinya saudara penjaga masa yang setia dengan randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian.Assalamualaikum dan salam pertemuan.Berdirinya saya disini ,bukanlah untuk membuang masa hadirin,bukan pula untuk mengalunkan irama pop yeh yeh ,akan tetapi saya ingin menyampaikan pidato saya iaitu Alam Sekitar penjana kebahagiaan dunia dan akhirat.Sebelum kaki,mengorak langkah,lidah mengalun bicara,marilah kita menghayati firman Allah S.W.T:Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah nescaya akan dilihat, dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya) (Surah Al Zalzalah ayat 7-8)

Firman Allah ini membuka minda kita untuk membuat kebaikan di dunia sebanyak mungkin bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jika kita lihat tajuk pidato ini,ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek yang boleh dibincangkan.Saya akan pecahkan tajuk saya ini kepada tiga komponen utama, yang pertama akan saya kupaskan kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia,keduanya punca dab kesan kemusnahan alam sekitar ,seterusnya mencari jalan alternatif dalam melestarikan alam sekitar.Pergi ke kedai membeli bunga,Bunga dibeli cantik sekali;Alam sekitar perlu dijaga,Agar hidup sentiasa harmoni.

Sidang pendengar yang penuh santun,Komponen saya yang pertama adalah kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia.Islam menjelaskan bahawa kehidupan manusi tidak hanya terbatas kepada hubungan sesama manusia tetapi manusia juga wajib menjalinkan hubungan yang baik dengan alam tabii.Alam tabii mempunyai kepentingan kepada manusia kerana ia merupakan tempat segala aktiviti manusia termasuklah untuk mengabdikan dirikepada Allah S.W.T.Sidang hadirin yang dimuliakan.Alam tabii terdiri daripada tiga sumber utama iaitu udara, tanah,dan air. Manusia sangat memerlukan udara yang bersih setiap kali bernafas,dan setiap kali bernafas manusia akan menyedut gas oksigen yang dihasilkan oleh tumbuhan manakala tumbuhan menghasilkan oksigen daripada karbon dioksida yang diperolehi daripada manusia dan haiwan.Alam tabii yang bersih juga amat penting untuk pertumbuhan mental dan fizikal yang baik.Sebagai contoh,menurut tradisi orang Arab dahulu,setiap anak yang dilahirkan akan dihantar dan disusukan di kawasan kampung yang mempunyai suasana yang lebih indah dan tenang supaya anak-anak mereka akan menjadi seorang yang sihat dan cergas,termasuklah Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.Begitu juga sumber air yang bersih, amat penting untuk memenuhi keperluan harian manusia termasuklah untuk melakukan ibadah seperti wuduk,alat bersuci dan sebagainya.Selain itu juga sumber air membekalkan sumber makanan kepada manusia serta menyediakan peluang pekerjaan dan sumber ekonomi kepada nelayan,ahli pelayaran dan lain-lain.Sumber yang ketiga pula iaitu tanah. Tanah berfungsi sebagai tempat tinggal dan juga tempat untuk melakukan aktiviti pertanian dan penternakan bagi menampung keperluan hidup manusia sebagaimana yang di sebut di dalam Al-Quran,Surah Al-Araf ayat 58 yang bermaksud..Tanah yang baik tumbuh tanamannya (dengan subur) dengan izin Allah,tetapi tanah yang tidak baik, tumbuh-tumbuhannya hanya tumbuh merana.Begitulah kami menjelaskan keterangan itu untuk kamu yang bersyukurSidang pendengar yang setia.Sebentar tadi telah saya jelaskan betapa pentingnya alam sekitar dalam kehidupan manusia namun,apa yang menggusarkan ialah terdapat segelintir individu yang bersikap tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan yang merobek keindahan alam sekitar,atas nama pembangunan.Pemimpin tersohor India,Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak dan haloba..kata-kata yang terlalu besar ertinya ini membuatkan saya cukup terpanggil mengajak hadirin sama-sama memikirkan alam sekitar yang dari sehari-ke sehari semakin musnah oleh tangan-tangan manusia.Kita terus meneroka dengan komponen kedua saya iaitu kesan-kesan kemusnahan alam sekitar. Dipetik dari Malaysia Today, para akademik mendapati bahawa dua pertiga daripada ekosistem yang seimbang yang dikaji, telah mengalami kerosakan.Sepanjang 50 tahun yang lalu, manusia telah mengubah ekosistem dengan pantas dan meluas berbanding mana-mana waktu dalam sejarah manusia, kebanyakannya bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk makanan, air bersih, kayu balak serta keperluan yang lain. Seluruh akibatnya, hanya kini, kian nampak jelas. Lebih kurang 15 dari 24 ekosistem yang utama bagi kehidupan atas bumi telah mengalami kerosakan yang serius.Sidang saksi yang bermisi,Sudah banyak kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh masyarakat dunia akibat masalah pencemaran.Sedekad lalu, masyarakat dunia heboh dengan masalah penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung menipis disebabkan pelepasan gas-gas berbahaya secara tidak terkawal. Aktiviti harian manusia sudah pasti tidak lepas daripada menghasilkan bahan buangan. Kita makan dan menghasilkan najis, bekas pembalut makanan menjadi sampah, menhidupkan enjin melepaskan asap dan sebagainya.Namun, apakah tindakan kita? Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan misteri. Kita teruskan dengan komponen ketiga saya iaitu kempen melestari alam sekitar.Ramai yang beranggapan bahawa pencemaran secara besar-besaran sahaja boleh mencemarkan alam sekitar. Namun, hakikatnya memang berbeza seperti yang difikirkan. Saya bawakan contoh membuang puntung rokok dan kertas pembalut gula-gula juga perbuatan mencemarkan alam sekitar. Biarpun kecil, tetapi sekiranya jumlahnya berlipat kali ganda tetap mencemarkan alam sekitar. Acapkali kita lihat tempat-tempat seperti perhentian bas, tandas awam dan sebagainya kelihatan agak kotor disebabkan benda-benda kecil ini. Sebenarnya, setiap antara kita mempunyai peranan untuk melestarikan alam sekitar biarpun perkara itu dianggap remeh. Jangan disebabkan benda remeh ini, kelak membawa binasa kepada seluruh komuniti masyarakat.Hadirin sekalin, sidang penonton penuh santun,Harus dikejut mana yang lenaHarus ditegur mana yang alpaSebelum manusia ditimpa bencanaSebelum alam mulai bicara

Oleh itu, hadirin, bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan anjakan paradigma dan menanamkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat, alam gemilang, hidup pasti cemerlang. Tepuk dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah sendiri. Wabillahitaufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh. Pemidato bestari, mohon permisi!PIDATO 4TAJUK PIDATO : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMAYang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana,Dif-Dif Terhormat dan seterusnya hadirin hadirat sekalian.

Assalamualaikum pembuka bicara.Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Begitulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada hari ini. Sebelum lidah menerus bicara, izinkan saya mendefinisikan dahulu tajuk pidatoan ini.Mengikut kamus dewan, alam sekitar ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi dan di langit.Tanggungjawab pula ditakrifkan sebagai amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh seseorang, manakala bersama pula diertikan sebagai semua yang terlibat.Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau mencorakkan alam sekitar merupakan satu kesedaran dan tanggungjawab semua pihak. Bak kata pepatah hadirin-hadirat sekalian, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Maka segala usaha untuk membersihkan dan mencantikkan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.Hadirin yang dihormati,Negara kita Malaysia sedang dilimpahi dengan arus pembangunan yang maha hebat. Di sana sini mata dapat menikmati bangunan pencakar langit. Kita amat berbangga dengan arus pembangunan yang kita nikmati. Namun di sebalik pembangunan yang semakin rancak, janganlah pula kita leka dengan isu pembangunan alam sekitar kerana sesungguhnya kedua-dua pembangunan ini amat berkait rapat.Hadirin yang dihormati,Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga haiwan ternakan. Rasa tanggungjawab itu lebih daripada yang dituntut kerana menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan secara sendirian. Semua pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita tidak mahu menuding jari ke arah pihak lain sekiranya alam sekitar tercemar. Yang perlu kita lakukan adalah melihat ke dalam diri kita sendiri dan perlu bertanggungjawab untuk memulihara alam. Tahukah hadirin sekalian, fenomena tanah runtuh, jerebu, sungai dipenuhi sampah-sampah sarap dan dipenuhi toksid dan seribu lagi masalah berkaitan alam sekitar mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak menyayangi alam sekitar.Kita sewajarnya mencontohi sikap masyarakat Jepun yang yang mempercayai semangat alam. Mereka percaya sekiranya alam sekitar sihat dan segar, manusia dan penghuninya juga demikian.Hadirin yang dikasihi.Wajah kita sebenarnya dapat dilihat daripada alam sekitar. Alam sekitar ialah imej kita. Alam yang cantik akan menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan ini secara tidak langsung hadirin sekalian, akan membantu dasar ekonomi Negara. Kita boleh beralih ke sector pelancongan untuk menarik pelabur luar. Oleh itu amat wajar sekiranya kita mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memelihara alam sekitar.Hadirin yang dihormati,Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar ?Sudah tentulah jawapannnya merujuk kepada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi pendidikan supaya mencintai alam sekitar. Manakala golongan dewasa pula diingatkan supaya menjadi teladan kepada golongan muda terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Para pengusaha perlu beringat dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya berusaha mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar lebih menarik. Mereka perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk sama-sama menjaga dan memelihara alam sekitar agar kelestariannya terpelihara. Jelaslah hadirin sekalian bahawa pendidikan menjadi teras kepada rasa tanggungjawab ini. Benar kata seorang pujangga Yunani, iaitu hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah alam ini. Kata-kata itu mengingatkan kita kepada rasa tanggungjawab yang lebih besar maknanya dalam konteks mencintai alam sekitar.Hadirin sekalian.Malaysia juga sebenarnya sudah mulai sedar tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar. Sambutan Hari Alam Sekitar yang disambut pada setiap 23 April menunjukkan kepekaan kita terhadap alam sekitar.Berdasarkan hujah yang telah saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama. Kita tentu tidak mahu hidup kita diselubungi pencemaran. Yang kita perlu untuk tubuh badan kita ialah sumber makanan dan udara yang sihat. Oleh itu, untuk memastikan tubuh kita sihat, semuanya bergantung pada alam sekitar yang sihat.Akhir kata, saya menyeru kepada semua yang berada di dalam dewan ini agar sama-sama bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar. Renungilah bait-bait ini sebelum saya menutup bicara :Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawaDia dikelar manusia, yang jahil tentangnya.Sekian, terima kasih.

KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAHKEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya

Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri. Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan tehindar daripada sebarang penyakit seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.

Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.

Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan cabang iman. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana kebersihan lambing ketamadunan seseorang.

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik. Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi?? Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat digunakan??

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan banyak lagi. Jika semua pengguna mematuhi pertauran yang ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.

Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap ini akan sentiasa diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan semua pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita. Sekian, terima kasih.

FAEDAH MENABUNG

Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap orang? Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Maksudnya jika hari ini kita berjimat cermat, hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari kemudian.

Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan yang diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa. Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.

Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang disimpan secara berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung pelajaran adalah tinggi. Ini membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.

Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh itu marilah kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata orang sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekian, terima kasih.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk mendapatkan makanan seimbang? Dan apakah kepentingan makanan seimbang? Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.

Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.

Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya konsentrasi pelajar di dalam kelas.

Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Terima kasih.

KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan unit beruniform.

Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manafaatnya adalah kegiatan kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.

Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan masa senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain, berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Ini membantu mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang rendah akhlak.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik terutama kepada para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi. Bak kata orang; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya!