teks pidato

4
DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majis, !arisan "ane ha#im yang ari$ agi !ija#sana, guru%guru seterusnya ra#an%ra#an yang saya #asihi se#aian& Assaamuaai#um 'an saam sejahtera& Di sini ingin saya ahir#an rasa #esyu#uran #erana 'i !eri "euang #eemasan 'i 'aam 'e(an yang ser!a in'ah, 'aam negara yang sentiasa aman, 'amai, suasana "agi yang gea" "a'a )ahirnya !ertu#ar *erah terus mem!eri auan mu'ah #e"a'a saya untu# menyam"ai#an se!uah "i'ato "enting yang !ertaju#, +Disi"in Asas Ke*emerangan Diri & Si'ang 'e(an yang saya hormati, Se!eum saya menerus#an !i*ara se!eum !i!ir menutur #ata%#ata, i)in#an saya men'e-nisi#an taju# saya "a'a hari ini&+Disi"in Asas Ke*emerangan Diri & Disi"in mem!a(a ma#su' #e"atuhan #e"a'a "eraturan& Asas "ua iaah ta"a#& Dasar meru"a#an satu "ermuaan& Mana#aa #e*ermeangan meru"a#an satu #egemiangan 'iri seseorang& .a'i, #e"atuhan #e"a'a "eraturan meru"a#an ta"a# "ermuaan #e"a'a #egemiangan 'iri seseorang& Tan"a mem!uang masa agi, i)in#an saya rung#ai#an !e!era"a misteri #e*emerangan 'an #egemiangan 'iri yang sememangnya *u#u" mu'ah 'i#e*a"i, ji#a a"a yang a#an saya "er#ata#an se!entar agi 'i"ra#ti##an 'aam #ehi'u"an& /a'irin se#aian, +A#a yang *er'as tereta# #e"a'a tu!uh !a'an yang sihat & Tu!uh yang sihat 'an *ergas memang 'i"eru#an untu# menjaan#an a#ti0iti seharian& Antara saah satu $a#tor yang "eru 'iam!i !erat iaah $a#tor #esihatan& Kesihatan 'a"at 'ijaga a"a!ia "ema#anan 'ia(asi& Ma#anan yang !anya# !ahan "erasa, !ahan "enga(et 'an !er#ar!onat mestiah 'ihin'ari !agi memasti#an sa$at ota# !erjaan an*ar #erana !ahan se"erti iniah yang meemah#an ingatan 'an menye!a!#an su#ar untu# mengha$a sesuatu& .i#a terja'i se'emi#ian, "roses "em!eajaran su#ar untu# 'ijaan#an& 1eh itu, se(ajarnya #e"a'a sesia"a yang men*ari%*ari #e*emerangan 'iri 'an #ehi'u"an !er'isi"in "eruah menjaga "ema#anan harian& .aga "ema#anan an'a, +Ma#an untu# hi'u", !u#an hi'u" untu# ma#an &

Upload: nurul-syazwani

Post on 02-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pidato

TRANSCRIPT

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRIYang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini ingin saya lahirkan rasa kesyukuran kerana di beri peluang keemasan di dalam dewan yang serba indah, dalam negara yang sentiasa aman, damai, suasana pagi yang gelap pada zahirnya bertukar cerah terus memberi laluan mudah kepada saya untuk menyampaikan sebuah pidato penting yang bertajuk, Disiplin Asas Kecemerlangan Diri.

Sidang dewan yang saya hormati,

Sebelum saya meneruskan bicara sebelum bibir menutur kata-kata, izinkan saya mendefinisikan tajuk saya pada hari ini.Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Disiplin membawa maksud kepatuhan kepada peraturan. Asas pula ialah tapak. Dasar merupakan satu permulaan. Manakala kecermelangan merupakan satu kegemilangan diri seseorang. Jadi, kepatuhan kepada peraturan merupakan tapak permulaan kepada kegemilangan diri seseorang.

Tanpa membuang masa lagi, izinkan saya rungkaikan beberapa misteri kecemerlangan dan kegemilangan diri yang sememangnya cukup mudah dikecapi, jika apa yang akan saya perkatakan sebentar lagi dipraktikkan dalam kehidupan.

Hadirin sekalian,

Akal yang cerdas terletak kepada tubuh badan yang sihat. Tubuh yang sihat dan cergas memang diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian. Antara salah satu faktor yang perlu diambil berat ialah faktor kesihatan. Kesihatan dapat dijaga apabila pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan perasa, bahan pengawet dan berkarbonat mestilah dihindari bagi memastikan safat otak berjalan lancar kerana bahan seperti inilah yang melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar untuk menghafal sesuatu. Jika terjadi sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk dijalankan. Oleh itu, sewajarnya kepada sesiapa yang mencari-cari kecemerlangan diri dan kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga pemakanan anda, Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Peraturan semestinyanya ada di sekeliling kita. Hidup tanpa peraturan, mati. Factor yang akan saya tegaskan sebentar lagi berdasarkan aspek mematuhi peraturan iaitu patuh kepada arahan. Jalan raya trafik, rumah ibu bapa, sekolah guru, atau dimana sahaja kita berada pasti ada arahan dan peraturan tersendirinya. Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada arahan gurunya. Anak yang soleh, meupakan anak yang mendengar arahan ibu bapanya. Kajian akal menunjukkan individu yang cemerlang ialah individu yang akur dengan arahan. Bagaimana ingin cemerlang jika arahan tidak diendahkan? Ingat, patuh pada arahan, kecemerlangan dalam tangan!

Sidang dewan yang saya hormati sekalian,

Faktor terakhir yang ingin saya tegaskan pada hari ini adalah factor yang paling penting berkisarkan aspek dalaman individu itu sendiri. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Orang cemerlang, orang punyai semangat juang. Datuk Azhar Mansor dan Datuk Sharifah Mazlina contohnya, keinginan yang tinggi, kemahuan membuak-buak untuk mengharumkan nama negara inilah, resepi utama yang membolehkan mereka mengecapi kemanisan kejayaan dan kecemerlangan. Lihatlah dunia, mana- mana pemimpin yang berdisiplin, yang bersungguh-sungguh, yang punyai wawasan dan cita-cita tinggi pasti disanjung masyarakat. Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnyanya. Siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat kejayaannya.

Hadirin sekalian,

Resepi kejayaan telah saya suapkan, keluarkan sedikit tenaga kunyah dan telan akan meresap ke dalam diri Akhir kata sebelum dewan ini kembali sunyi, saya mahu tegaskan sekali lagi, disiplin yang jitu dalam diri seseorang, mampu membawanya ke gerbang kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Sebelum saya berundur, saya akhiri dengan serangkap pantun;

Kalau ada jarum yang patah,

Jangan disimpan di dalam peti,

Kalau ada silap dan salah,

Jangan disimpan didalam hati

Sekian wabillahitaufik walhidayah WASSALAM

Semangat 1 Malaysia Teras Kejayaan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang akur dengan detik-detik puakanya, guru-guru dan para hadirin sekalian. Salam satu Malaysia, berdirinya saya pada pagi yang indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Semangat Satu Malaysia Teras Kejayaan.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Tanggal 3 April 2009 yang lalu, bermulalah detik era pemerintahan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sebaik-baik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-6, beliau sentiasa berusaha menyatupadukan warganegara majmuk.

Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat Malaysia satu gagasan iaitu Semangat Satu Malaysia. Ungkapan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah tagline kepada gagasan tersebut. Natijah pembentukannya bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia yang semakin pudar. Ini adalah kerana perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh yang demikian, Semangat Satu Malaysia didukungi oleh teras perpaduan manakala teras perpaduan itu pula didukungi oleh nilai-nilai murni.

Para hadirin yang saya hormati,

Seiringan dengan itu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik serta agama diseru agar bersatu padu memupuk perpaduan bergerak membentuk satu unity yang mengandungi nilai-nilai aspirasi iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, keberanian, meritokrasi, kesetiaan, ketabahan, integriti dan cintakan ilmu.

Namum perpaduan hanya boleh dicapai dengan memastikan seluruh rakyat Malaysia memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, teras aspirasi dan teras perpaduan. Melalui penyatuan rakyat, negara dapat membina satu negara bangsa yang kukuh, progresif, makmur dan muafakat, bak kata bidalan muafakat membawa berkat.

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,

Pembentukan Semangat Satu Malaysia adalah matlamat supaya kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional dan seterusnya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa. Justeru itu, bagi mengaplikasikan gagasan ini, ianya memerlukan komitmen, kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga Negara Malaysia. Maka semua rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia adalah miliknya dan semua bangsa di Malaysia adalah rakyat Malaysia. Lantaran itu, sama-samalah kita bersatu untuk membangunkan negara Malaysia nan satu menuju ke arah matlamat wawasan 2020.

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyusun jari memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam penyampaian syarahan saya.

Sekian, terima kasih.