teks pidato

4
Bismillah……. “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”...dan salam satu Malaysia saya ucapkan buat hadirin hadirat sekalian. Sekalung penghargaan kepada koordinator bicara, kombinasi dif kehakiman… menjunjung mahkota keadilannya , penjaga masa yang setia dan taat dengan randiknya, dif-dif kehormat yang dihormati seterusnya generasi anak wawasan Malaysia tercinta. Sidang hadirin, Demikianlah kata-kata pembuka bicara saya , pengiring mauduk pilihan hati pada hari ini ..buat santapan minda hadirin iaitu “Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa”. Sidang penonton..penuh santun, Sebelum bahtera belayar, eloklah sama-sama kita merungkai dan menghurai mauduk pidato yang dimeterai secara literal dan konseptual. “Bahasa melayu” bermaksud sistem lambang suara sesuatu bangsa. Menurut kamus dewan edisi keempat, tonggak bermaksud asas sesuatu benda. Perpaduan pula bermaksud penggabungan. Manakala bangsa bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan Berdasarkan mauduk pidato saya, secara konseptualnya Bahasa melayu tonggak perpaduan bangsa bermaksud penyatuan bangsa diantara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di bawah satu bahasa iaitu bahasa melayu. Sidang.. hadirin, Usul bicara saya pada hari ini, akan melihat tiga aspek Utama yang mana bahasa melayu merupakan tonggak perpaduan bangsa malaysia pada hari ini. Bagi mengupas dan mengulas persoalan, tiga cetusan idea saya unjurkan. 1

Upload: siti-nordiana

Post on 17-Sep-2015

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tess pidato kpm

TRANSCRIPT

Negara Maju Acuan Malaysia

Bismillah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...dan salam satu Malaysia saya ucapkan buat hadirin hadirat sekalian.

Sekalung penghargaan kepada koordinator bicara, kombinasi dif kehakiman menjunjung mahkota keadilannya , penjaga masa yang setia dan taat dengan randiknya, dif-dif kehormat yang dihormati seterusnya generasi anak wawasan Malaysia tercinta.

Sidang hadirin,

Demikianlah kata-kata pembuka bicara saya , pengiring mauduk pilihan hati pada hari ini ..buat santapan minda hadirin iaitu Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa.

Sidang penonton..penuh santun,

Sebelum bahtera belayar, eloklah sama-sama kita merungkai dan menghurai mauduk pidato yang dimeterai secara literal dan konseptual.

Bahasa melayu bermaksud sistem lambang suara sesuatu bangsa. Menurut kamus dewan edisi keempat, tonggak bermaksud asas sesuatu benda. Perpaduan pula bermaksud penggabungan. Manakala bangsa bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan

Berdasarkan mauduk pidato saya, secara konseptualnya Bahasa melayu tonggak perpaduan bangsa bermaksud penyatuan bangsa diantara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di bawah satu bahasa iaitu bahasa melayu.

Sidang.. hadirin,

Usul bicara saya pada hari ini, akan melihat tiga aspek Utama yang mana bahasa melayu merupakan tonggak perpaduan bangsa malaysia pada hari ini. Bagi mengupas dan mengulas persoalan, tiga cetusan idea saya unjurkan.

Lontaran idea saya yang pertama, BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Warga dewan..budiman,

Memandangkan Bahasa Melayu telah digunakan sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957.

Selain itu, Penyata Razak yang termaktub di dalam Ordinan Pelajaran 1957 juga mendukung tujuan utamanya iaitu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Pelaksanaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan diharapkan mengeratkan perpaduan antara kaum melayu, cina dan india sebagai rumpun bangsa di tanah melayu. Berdasarkan Penyata Razak 1956, tujuan dasar pelajaran bermaksud hendak menyatukan murid-murid dari semua bangsa di dalam negara ini dengan menggunakan satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar besar.

Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama-sama untuk mencapai matlamat perpaduan.

Lontaran idea saya yang kedua Bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi ejen perpaduan bangsa.

Meninjau kembali Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 iaitu rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah Negara Malaysia. Peristiwa tersebut berlaku akibat salah faham antara kaum melayu dan cina suatu ketika dahulu. Melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaaba yang berbunyi bahasa menunjukkan bangsa. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat kecinaan, kemelayuan ataupun keindiaan.Perkara yang penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung perpaduan 1Malaysia. Sidang saksi.. bervisi,

Beralih kepada idea saya yang ketiga, Bahasa melayu mendaulatkan maruah bangsa.

Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik.

Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Hal Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British.

Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sehubungan ini, jelaslah bahawa Bahasa Melayu dapat mengankat maruah bangsa Malaysia kita di pentas dunia. Hal ini, secara tidak langsung rakyat berbilang bangsa kita akan berbanga dengan Bahasa Melayu dan seterusnya menjadi tonggak perpaduan negara.

Sidang pendengar setia,

Imtiharnya, Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi, dan mendaulatkan maruah bangsa merupakan antara prasyarat bagi mewujudkan perpaduan bangsa di Malaysia, Negara kita, bukan Negara orang lain, kita penghuninya.

*Gunakanlah Bahasa Kebangsaan KitaMarilah Amalkan Ramai-ramaiBahasalah Menyatukan Kita SemuaYakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Sekianpejuang bahasa ibunda, mohon mengundur diri. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum, warahmatullahi wabarakatuh dan Salam1 Malaysia.1