teks pertandingan syarahan sjkc malim

2
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, warga pendidik seterusnya hadirin yang dikasihi. Salam sejahtera buat semua. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Perpaduan Nadi Kecemerlangan Bangsa . Hadirin yang dihormati, Istilah perpaduan sering kita ucapkan di lidah, namun pernahkah kita terfikir apakah sebenarnya erti perpaduan? Huraian kepada kata perpaduan membawa maksud bergabung menjadi satu atau bersepakat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Manakala nadi kecemerlangan bangsa bermakna asas yang menggerak kegemilangan bangsa. Bangsa yang dirujuk di sini ialah bangsa Malaysia. Sidang dewan yang dikasihi, Melihat senario negara pada hari ini, janganlah kita alpa akan nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi. Perkara paling asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan ialah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum tanpa sebarang persepsi dan prejudis. Kita seharusnya berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia yang menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir dan bertindak melepasi tembok kepentingan kaum masing-masing. Oleh itu, marilah kita membina, memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan yang dulunya rapuh sehingga terjadi sejarah hitam 13 Mei 1969 kepada semangat perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyatnya yang berdiri teguh. Hadirin yang dimuliakan, Asas perpaduan yang kuat dalam masyarakat Malaysia mampu melahirkan rakyat Malaysia yang cemerlang dari pelbagai aspek. Salah satunya aspek pendidikan yang merupakan unsur paling penting dalam membangunkan bangsa yang maju. Tanpa pendidikan, impian untuk kita melahirkan bangsa yang cemerlang dan berilmu hanya akan menjadi mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan. Kita diasuh dengan semangat cintakan negara menerusi bidang pendidikan yang amat menitikberatkan semangat muhibah antara kaum. Pelbagai usaha dilaksanakan bagi menggalakkan proses integrasi bangsa melalui sistem pendidikan negara. Sekolah wawasan telah menempatkan pelbagai kaum dalam satu tempat merupakan satu langkah kerajaan bagi merealisasikan cita-cita ini. Harus kita ingat di bahu kita tergalas satu hasrat penting yang perlu kita tunaikan iaitu merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara maju mengikut acuannya sendiri. Sidang dewan yang dihormati,

Upload: ahmad-mukhlis

Post on 15-Dec-2015

1.802 views

Category:

Documents


93 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pertandingan Syarahan Sjkc Malim

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, warga

pendidik seterusnya hadirin yang dikasihi. Salam sejahtera buat semua. Tajuk syarahan

saya pada hari ini ialah ‘Perpaduan Nadi Kecemerlangan Bangsa’.

Hadirin yang dihormati,

Istilah perpaduan sering kita ucapkan di lidah, namun pernahkah kita terfikir apakah

sebenarnya erti perpaduan? Huraian kepada kata perpaduan membawa maksud bergabung

menjadi satu atau bersepakat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Manakala nadi

kecemerlangan bangsa bermakna asas yang menggerak kegemilangan bangsa. Bangsa

yang dirujuk di sini ialah bangsa Malaysia.

Sidang dewan yang dikasihi,

Melihat senario negara pada hari ini, janganlah kita alpa akan nikmat keamanan dan

keharmonian yang dikecapi. Perkara paling asas yang perlu diwujudkan dalam semangat

perpaduan ialah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai

antara kaum tanpa sebarang persepsi dan prejudis. Kita seharusnya berdiri, berfikir dan

bertindak sebagai bangsa Malaysia yang menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan

agama berfikir dan bertindak melepasi tembok kepentingan kaum masing-masing. Oleh itu,

marilah kita membina, memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan yang dulunya

rapuh sehingga terjadi sejarah hitam 13 Mei 1969 kepada semangat perpaduan yang jitu

dalam kalangan rakyatnya yang berdiri teguh.

Hadirin yang dimuliakan,

Asas perpaduan yang kuat dalam masyarakat Malaysia mampu melahirkan rakyat

Malaysia yang cemerlang dari pelbagai aspek. Salah satunya aspek pendidikan yang

merupakan unsur paling penting dalam membangunkan bangsa yang maju. Tanpa

pendidikan, impian untuk kita melahirkan bangsa yang cemerlang dan berilmu hanya akan

menjadi mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan. Kita diasuh dengan semangat cintakan

negara menerusi bidang pendidikan yang amat menitikberatkan semangat muhibah antara

kaum. Pelbagai usaha dilaksanakan bagi menggalakkan proses integrasi bangsa melalui

sistem pendidikan negara. Sekolah wawasan telah menempatkan pelbagai kaum dalam satu

tempat merupakan satu langkah kerajaan bagi merealisasikan cita-cita ini. Harus kita ingat di

bahu kita tergalas satu hasrat penting yang perlu kita tunaikan iaitu merealisasikan hasrat

Malaysia menjadi negara maju mengikut acuannya sendiri.

Sidang dewan yang dihormati,

Page 2: Teks Pertandingan Syarahan Sjkc Malim

Perpaduan merupakan nadi kecemerlangan kecemerlangan bangsa. Perpaduan

bangsa menjadi prasyarat akan jatuh sungkurnya sesebuah negara. Hari ini Malaysia

menjadi negara industri yang moden yang mampu mengeluarkan pelbagai barangan untuk

dieksport ke seluruh dunia. Pertumbuhan industri dan ekonomi yang pesat membawa

kepada perubahan fizikal landskap negara. Mengunjungi bandaraya Kuala Lumpur hari ini

dengan adanya bangunan pencakar langit berdiri megah seperti Menara Berkembar

Petronas telah menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara secara tidak langsung.

Penubuhan Koridor Raya Multimedia telah menjadikan negara menjadi negara tumpuan

dunia dalam bidang I.T. Apakah rahsia di sebalik kejayaan ini? Ya, sudah tentulah

peerpaduan yang terbentuk hasil sikap toleransi sesama kita. Tanpa perpaduan rakyat,

segala apa yang dirancang oleh pemimpin negara akan menjadi angan-angan Mat Jenin

semata-mata.

Hadirin sekalian,

Aktiviti sukan juga merupakan medan untuk memupuk perpaduan antara kaum.

Kejayaan yang dicipta oleh para atlet negara kita seperti Datuk Nicol David, Datuk Lee

Chong Wei dan Safee Sali dalam bidang sukan masing-masing membuktikan bahawa sukan

bukan sahaja mampu mengharumkan negara bahkan mampu untuk mengeratkan hubungan

seluruh rakyat Malaysia. Kita bersorak dan berpelukan meraikan kejayaan pasukan bola

sepak negara meraih emas dalam Sukan Sea. Saat itu, tidak kira bangsa semua bersama-

sama meraikan kajayaan ini sebagai pencetus kepada perpaduan bangsa. Sekiranya

perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai

ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu akan

menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.

Oleh yang demikian warga dewan, marilah kita bersama-sama mengeratkan

perpaduan agar negara kita terus gemilang, bangsa Malaysia terus cemerlang. Hari

ini, kita boleh menghayati prinsip-prinsip yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia

untuk merealisasikan hasrat kecemerlangan bangsa. Ingat-ingat pesan ini, ‘bersatu

teguh, bercerai roboh’.

Sekian, terima kasih.