teks pengerusi majlis

Upload: zoellus-dominic-henry

Post on 07-Jan-2016

257 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ucapan Hari Keluarga Tahun 2015

TRANSCRIPT

Teks Pengacara Majlis Hari Keluarga Peringkat Sekolah 2015

1. Nyanyian LaguKebangsaanSelamat pagi dan salam 1 Malaysia,

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua,Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan Kasih dan setiaNya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Hari Keluarga Peringkat Sekolah Tahun 2015. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan.

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Hadirin dijemput berdiri

* hadirin dijemput duduk.

2. Ucapan kata alu-aluanYang berusaha Encik Hu Lik Ling Pengerusi Pengurus Lembaga, Yang berusaha Encik Ting Huong Wei Yang Di Pertua PIBG SJKC Ming Tee, Yang berusaha Puan Lee Leh Choo Guru Besar SJKC Ming Tee, tetamu-tetamu jemputan , para ibu bapa yang dihormati, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Majlis kita diteruskan dengan menjemput Guru Besar SJKC Ming Tee Puan Lee Leh Choo untuk menyampaikan ucapan kata-kata aluan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada beliau atas ucapan sebentar tadi.

3. Ucapan YDP PIBGSeterusnya dijemput Yang Di Pertua PIBG SJKC Ming Tee, Encik Ting Huong Wei untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Encik Ting Huong Wei selaku Yang Di Pertua PIBG SJKC Ming Tee sebentar tadi.

4. Ucapan Pengerusi Pengurus LembagaHadirin dan hadirat yang dihormati,

Sekarang dijemput Pengerusi Pengurus Lembaga Encik Hu Lik Ling untuk memberikan ucapan beliau sekaligus merasmikan Hari Keluarga Peringkat Sekolah 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Encik Hu Lik Ling selaku Pengerusi Pengurus Lembaga atas kesudian merasmikan Hari Keluarga Peringkat Sekolah Tahun 2015.

5. Persembahan NyanyianUntuk meneruskan majlis pada hari ini, dijemput __________________________untuk membuat persembahan nyanyian lagu Hari Keluarga. Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan daripada ___________________________yang begitu bertenaga. Malis merakamkan ucapan terima kasih.

6. Jamuan

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan jamuan makan Hari Keluarga Peringkat Sekolah. Dengan ini dijemput para hadirin untuk menjamu selera. Selamat Menjamu Selera!

7. Cabutan Bertuah Slot 1Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini, majlis diteruskan dengan cabutan bertuah slot pertama. Dengan itu dijemput Encik Ting Huong Wei Yang Di Pertua PIBG SJKC Ming Tee untuk mencabut nombor cabutan bertuah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*nombor bertuah 5x

Terima kasih diucapkan kepada Encik Ting Huong Wei atas penyampaian hadiah cabutan bertuah sebentar tadi.

8. Penyampaian Cenderahati kepada warga emasSeterusnya, penyampaian cenderahati kepada warga emas, dijemput Yang Berbahagia Encik Hu Lik Ling Pengerusi Pengurus Lembaga dengan diiringi Guru Besar SJKC Ming Tee Puan Lee Leh Choo untuk menyampaikan cenderahati kepada semua warga emas.

Dijemput _____________________naik ke atas pentas untuk menerima cenderahati.

Seterusnya (1)___________________________

2) (Nama Sahaja) ______________________dan __________

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Encik Hu Lik Ling dan Puan Lee Leh Choo atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

9. Cabutan bertuahSlot 2Majlis diteruskan dengan cabutan bertuah slot kedua. Dengan itu, majlis menjemput Puan Ngu Ann Lok selaku Penolong Kanan 1 SJKC Ming Tee untuk mencabut nombor bertuah. Dengan ini dipersilakan.

*nombor bertuah 5x

Terima kasih diucapkan kepada Puan Ngu Ann Lok atas penyampaian hadiah cabutan bertuah sebentar tadi.

10. PenutupanDengan berakhirnya penyampaian hadiah cabutan bertuah tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Hari Keluarga Peringkat SJKC Ming Tee Tahun 2015. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menghadiri majlis ini.

Kalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandiKalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.