teks pengerusi hari pendaftaraan asrama 2015

5
TEKS PENGERUSI MAJLIS HARI PENDAFTARAN ASRAMA 2015 JUMAAT 1

Upload: nurul-ilani-ilham

Post on 05-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Teks pengerusi Majlis

TRANSCRIPT

TEKS PENGERUSI MAJLIS HARI PENDAFTARAN ASRAMA 2015JUMAAT9 JANUARI 2015DEWAN MAKAN ASRAMA, SMKSP1. KATA-KATA ALUAN

yanieKe Pekan Nilai membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.Yang Berusaha Encik Sajoli Bin Masdor

Pengetua

SMK Sungai PusuEncik Mohd Khir Bin Shafie

Penyelia HEM

PPD GombakUstaz Sulaiman Majid

Pegawai Unit Pend.Islam

PPD Gombak

_______________________________

Yang Dipertua PIBG

SMK Sungai Pusu

Tuan Haji Jamian Bin Basar

Pengerusi PEWARIS

Asrama SMK Sungai Pusu

Puan Zaharah Bin SaadPenolong Kanan

SMK Sungai Pusu

Puan Akmal Fadzillah Binti Mohamad

Penolong Kanan HEM

SMK Sungai Pusu

Puan Maizatul Hasniah Binti HasanPenolong Kanan Kokurikulum

SMK Sungai PusuPuan Nor Aizan Binti Mohamad

Penolong Kanan Petang

SMK Sungai Pusu

Penyelia Asrama, para warden, ahli jawatankuasa pengurusan asrama dan para ibubapa yang dihormati sekalian.Selamat datang ke Hari Pendaftaran Asrama Sesi 2015. Saya selaku pengacara majlis ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua murid kerana telah berjaya mendapat tempat di Asrama Sebestari SMK Sungai Pusu. Terima kasih juga ditujukan khas kepada para ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk hadir pada hari ini bagi menjayakan Hari Pendaftaran Asrama bagi sesi 2015.

Sarung ketupat berisi inti,

Dibawa budak sambil berlari,

Kehadiran semua sangat dihargai,

Moga majlis bertambah seri.

2. BACAAN DOA

Lebat kemiri pohonnya rendah,

Dahan terikat tali perkasa;

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang Maha Esa.Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan ini memjemput dan mempersilakan Ustaz Hj Wan Baharudin Bin Yusof untuk mempimpin bacaan doa. Dipersilakan.Amin. Amin. Amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hj Wan Baharudin atas bacaan doa itu tadi.

3. UCAPAN PENGETUA

Hadirin sekalian, Kita mulakan majlis kita pada pagi ini, dengan mendengar ucapan alu-aluan dan taklimat khas daripada Pengetua SMK Sungai Pusu. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Encik Sajoli Bin Masdor untuk menyampaikan seuntai kata, semanis bicara. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua di atas ucapan dan taklimat yang sarat dengan informasi sebentar tadi.

Dengan berakhirnya taklimat daripada Tuan Pengetua, maka berakhirlah majlis pada hari ini.

Para ibubapa dan murid boleh bergerak ke Kaunter-kaunter yang telah disediakan untuk menyempurnakan pendaftaran pada hari ini.

4