teks pengacaraan majlis iftar jamaie

Upload: wan-zayuhisham-wan-yusoff

Post on 16-Mar-2016

782 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Jabatan Pendidikan Selangor

TRANSCRIPT

5

MAJLIS IFTAR JAMAIE & WACANA ILMU PERDANA JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR TAHUN 2015

TARIKH: 03 Julai 2015 ( Jumaat )MASA: 6.00 petangTEMPAT: SURAU AN-NUR, JPS

MASACUEANN 1

6.00 pmKetibaan tetamuSaya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Wacana Ilmu Tajdid Iman & Amal Jabatan Pendidikan Selangor.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

MASACUEANN 2

6.05 pmPenceramah dan tetamu ambil tempat.

Sapaan.Alhamdulillahi rabbi alamain wassolatu wassalam ......

Assalamualaikum wbt.Ramadhan Kareem.

Yang Berusaha.En. Zainuren Bin Mohd Nor.Pengarah Pendidikan Selangor

Yang Berusaha,Tn Hj Mohd Salleh Bin Mohd KassimTimbalan Pengarah Pendidikan Selangor.

Yang dihormati,Ustaz Dr. Hj. Zaharuddin Bin Hj.Abd. RahmanPenceramah Jemputan

Mantan2 Pengarah Pendidikan Selangor

Ketua-ketua sektor, Pegawai & staf sokongan Jabatan Pendidikan Selangor dan para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

MASACUEANN 3

6.08 pmPengenalanTerlebih dahulu dipanjatkan rasa syukur ke hadarat Ilahi. Di atas limpah perkenan-Nya, kita sama-sama berada di bulan Ramadhan penuh barokah ini.

Kami di Jabatan Pendidikan Selangor amat mengalu-alukan kehadiran Mantan-mantan Pengarah Pendidikan Selangor, Mantan pegawai2 dan Ustaz Dr Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd. Rahman dan para tetamu jemputan ke Majlis Iftar Jamaie dan Wacana Ilmu Khas Ramadan Peringkat Jabatan Pendidikan Selangor Tahun 2015.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bi hudhuurikum.

Tuan-tuan/puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis Wacana Ilmu kita pada kali ini cukup istimewa kerana kita berada dalam bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini. Dan Insya-Allah, selepas ini kita akan dapat berbuka bersama-sama dan Insya-Allah, kita dapat melaksanakan solat sunat tarawih di surau An-Nur yang permai ini.

Majlis merakam ucapan terima kasih di atas kehadiran tuan/puan ke majlis iftar jamaie dan wacana ilmu khas Ramadan pada petang ini.

Majlis juga mengucapkan ucapan terima kasih di atas kesudian warga jabatan bersama-sama menyumbang tenaga dan kewangan bagi menjayakan majlis kita pada petang ini. Jazakallahu khairan kathiira.

Sedikit info untuk makluman tuan/puan. Tentatif program pada petang ini ialah :

6.00 pm : Wacana Ilmu yang bakal disampaikan oleh penceramah jemputan kita yang cukup tersohor di negara kita iaitu Ustaz Dr. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman.

Selepas itu, kita akan mendengar dan menekuni ucapan Tuan Pengarah Pendidikan Selangor.

Lebih kurang pukul 7.00 nanti kita akan bertahlil dan doa selamat yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Tn. Hj. Ghazali Bin Tohir.

Masuk sahaja waktu berbuka,kita akan berbuka di surau dan solat maghrib berjemaah.

Sebaik sahaja selesai solat sunat badiah Maghrib, kita akan sama-sama ke lokasi jamuan di Garaj Berbumbung untuk menikmati juadah yang telah disediakan istimewa untuk tuan/puan yang hadir pada petang ini.

Masuk sahaja waktu Isyak kita akan solat Isyak dan solat sunat terawih yang bakal diimamkan oleh __________________________________ yang didatangkan dari Mesir. Terima kasih kepada Surau Kayangan Height yang membenarkan beliau bersama kita pada hari ini.

Selesai sahaja solat sunat Tarawih, kita akan menikmati jamuan ringan (moreh) pula dan selepas itu kita bersurai.

Sebelum majlis menjemput dan mempersilakan tuan penceramah ke meja hadapan, saya bacakan sedikit biodata Ustaz Dr Hj Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman.Jawatan Sekarang1. Penolong Professor (Assistant Professor atau Pensyarah Kanan), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia2. Ahli, Majlis Penasihat Shariah, ACR ReTakaful Berhad, Malaysia3. Ahli, Majlis Penasihat Shariah ACR MEA Takaful, Bahrain4. Perunding & Pakar Shariah, Bank Negara Malaysia5. Penasihat Shariah, Yasmin Holdings Group Sdn Bhd6. Penasihat Shariah, Storm Readers Sdn Bhd7. Penasihat Shariah, BNP Paribas Najmah Malaysia8. Penasihat Shariah, Exim Bank Berhad9. Penasihat Shariah, Salam Capital Sdn Bhd10. Felo Dakwah, YADIM11. Konsultan Shariah, Majalah Al-Ustaz 12. Penerima Anugerah Media Islam Negara Ke3, Laman Web Islamik terbaik13. Kolumnis Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd14. Kolumnis Majalah Solusi, (Ruangan Fiqh Muamalat) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd15. Kolumnis Majalah Al-Ustaz terbitan Telaga Biru Sdn Bhd16. Kolumnis Majalah Iktisad, terbitan Yayasan Muslimin Berhad17. Presiden, Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID)18. Kolumnis, Akhbar Mingguan Malaysia.19. Penceramah undangan di TV1, TV3, TV9, TV Al-Hijrah, Astro, TV al-Hikmah, Radio IKIMfm, Radio Bernama 24, Radio NasionalKelulusan B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya dan M.A, Shari'ah (Hons) , Univ. Al-Yarmouk, Jordan PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom Tawliah Berceramah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Ruj : pmwp/600/2klt.6(138) Tawliah Ceramah , Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ijazah Ilmiah dari Syeikh Al-Imam Dr Yusuf Al-QaradawiBuku ( Books published / to be )1. Wang, Anda dan Islam terbitan True Wealth Sdn Bhd(Dec 2007) - 7,000 copies in 12 months2. Money You and Islam, terbitan True Wealth Sdn Bhd (Dec 2008)3. Formula Solat Sempurna, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (March 2008) - Best Seller 14,000 copies in 9 months4. Untukmu Wanita, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd (Ogos 2009)5. Untukmu Umat, terbitan Alaf 21 Sdn Bhd (Julai 2009)6. Riba dan Isu Semasa Kewangan, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Feb 2010)7. Kontrak and Produk Perbankan Islam, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Oktober 2009)8. Islamic banking Products and issues, terbitan Cert Publication Sdn Bhd9. Maqasid As-Shariah Fi Ahkam al-Buyu' (in arabic), terbitan IIUM Press (April 2009)10. Comprehensive Prayer Formula, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd(Nov 2009)11. Murabahah : Teori, Isudan Aplikasi, terbitan True Wealth Sdn Bhd (June 2009)12. Ledakan Facebook : Antara Dosa & Pahala, terbitan PTS Islamika (Jan 2012)13. Diari Musafir, Jangan Berhenti Berlari, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd (April 2012)14. Indahnya Politik Cara Islam (2013)15. Fiqh Kewangan Islam terbitan PTS (2014)16. Ajaibnya Sedekah terbitan Telaga Biru (2014)17. Formula Solat Sempurna Ekspress terbitan Telaga Biru (2013)18. Sebelum Menjadi Ulama & Pendakwah terbitan Telaga Biru ( 2014 )Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tanpa melengahkan masa, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Dr. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman untuk menyampaikan ceramah beliau.

Tafaddhol masykuuro.

_______________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas perkongsian ilmu itu tadi. Dan saya yakin perkongsian oleh Yg Bbhgia Ustaz Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abd Rahman itu tadi telah memberikan banyak input kepada kita semua. Dan semolek-moleknya ilmu itu tadi dapat diaplikasikan pula dalam amalan seharian kita.Insya-Allah.

MASACUEANN 4

6.50 pmUcapan Tuan Pengarah Pendidikan SelangorMajlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor, Tuan Haji Mohd Salleh Bin Mohd Kassim.

Dengan segala hormatnya,majlis mempersilakan.Tafaddhol masykuro.

___________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan Yg Berusaha Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor sebentar tadi.

MASACUEANN 5

7.00 pmTahlilMajlis diteruskan lagi dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan dipimpin oleh Tuan Hj Ghazali Bin Tohir dari Sektor Pendidikan Islam.

Dipersilakan al fadhil ustaz.

MASACUEANN 6

7.40Jemput jamuanSemua hadirin/hadirat dijemput ke parkir berbumbung untuk menjamu selera.