teks pengacaraan majlis graduasi pra u smk majakir tahun 2013

4
TEKS PENGACARAAN : MAJLIS GRADUASI PRA U SMK MAJAKIR TAHUN 2015 PERKARA CATATAN Mengumumkan perarakan masuk para graduan pra u SMK Majakir tahun 2015 - Para graduan dipersilakan duduk. Hadirin semua berdiri Mengumumkan perarakan masuk YB Datuk Hajah Rosnah Bte Hj.Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen P175 Papar, para jemputan khas, para pentadbir, dan guru-guru. - Hadirin mohon berdiri Hadirin semua berdiri Hadirin dan hadirat yang dihormati, sebagai tanda cinta akan negara, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku. Hadirin dan hadirat dipohon untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan kedua-dua buah lagu tersebut. Majlis mempersilakan.. - Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian kedua-dua buah lagu itu tadi. - Hadirin dipersilakan duduk. lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku Bismillahir Rahmanir Rahim.... Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara 1.Yg Berhormat Datuk Hajah Rosnah Bte Hj.Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen P175 Papar 2. Yg Dihormati En.Abidin Bin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar 3.Yg Berusaha Tn.Hj.Abdul Aziz Bin Mohd Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir 4.Yg Dihormati En.Awang Alimat @ Affendy Hj.Abas,Yang Dipertua PIBG SMK Majakir 5.Yg Berusaha Pn.Dg.Nismah Ag.Abdul Rahman, Pen.Kanan Ting.6 SMK majakir 6. Barisan Penolong Kanan, Para jemputan khas, para guru, ibu bapa, para pelajar yg diraikan dan hadirin hadirat sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Selamat Datang ke Majlis Graduasi Pra U SMK MAJAKIR Papar Tahun 2015 Ramai tetamu bermadah puisi Kata bertuan tanda berbahasa Selamat bertemu di majlis graduasi Semoga tuan puan selamat sejahtera 1

Upload: bettzahraa

Post on 13-Apr-2016

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

graduation

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacaraan Majlis Graduasi Pra u Smk Majakir Tahun 2013

TEKS PENGACARAAN : MAJLIS GRADUASI PRA U SMK MAJAKIR TAHUN 2015

PERKARA CATATANMengumumkan perarakan masuk para graduan pra u SMK Majakir tahun 2015

- Para graduan dipersilakan duduk.Hadirin semua berdiri

Mengumumkan perarakan masuk YB Datuk Hajah Rosnah Bte Hj.Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen P175 Papar, para jemputan khas, para pentadbir, dan guru-guru.

- Hadirin mohon berdiri

Hadirin semua berdiri

Hadirin dan hadirat yang dihormati, sebagai tanda cinta akan negara, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku. Hadirin dan hadirat dipohon untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan kedua-dua buah lagu tersebut. Majlis mempersilakan..

- Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian kedua-dua buah lagu itu tadi.- Hadirin dipersilakan duduk.

lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku

Bismillahir Rahmanir Rahim....

Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicara

1.Yg Berhormat Datuk Hajah Rosnah Bte Hj.Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen P175 Papar2. Yg Dihormati En.Abidin Bin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar3.Yg Berusaha Tn.Hj.Abdul Aziz Bin Mohd Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir4.Yg Dihormati En.Awang Alimat @ Affendy Hj.Abas,Yang Dipertua PIBG SMK Majakir5.Yg Berusaha Pn.Dg.Nismah Ag.Abdul Rahman, Pen.Kanan Ting.6 SMK majakir6. Barisan Penolong Kanan, Para jemputan khas, para guru, ibu bapa, para pelajar yg diraikan dan hadirin hadirat sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.Selamat Datang ke Majlis Graduasi Pra U SMK MAJAKIR Papar Tahun 2015

Ramai tetamu bermadah puisiKata bertuan tanda berbahasaSelamat bertemu di majlis graduasiSemoga tuan puan selamat sejahtera

PERKARA CATATANYg Berhormat Datuk, para hadirin yg dihormati,

Allah jua yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah izinnya, kita diberi kesempatan untuk bersama-sama meraikan para graduan di dewan yang serba indah ini.

Bagi memberkati majlis ini, marilah sama-sama kita menadah tangan kehambaan dengan penuh keinsafan, semoga Allah memberi ruang dan peluang bagi kelancaran majlis pada hari ini. Untuk itu, majlis mempersilakan adik Md.Fadzli Yunus bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik Md Fadzli Yunus atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita akan mendapat rahmat dan hidayah sehingga ke penghujungnya.

1

Page 2: Teks Pengacaraan Majlis Graduasi Pra u Smk Majakir Tahun 2013

Sidang hadirin yang dihormati,Indah Nian Pucuk BidaraIndah lagi bunga setanggiUcapan tuan penerus bicaraSilakan Ayahanda yang kami sayangi

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yg.Berusaha Tn.Hj.Abdul Aziz Bin Mohd.Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir Papar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

- Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn.Pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.

-

Ucapan alu-aluan Pengetua

Hadirin hadirat yang dihormati,Majlis pada pagi ini diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan YB Datuk Hajah Rosnah Bte Hj.Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen P175 Papar untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya Merasmikan Majlis Graduasi Pra U SMK MAJAKIR Papar Tahun 2015. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi. Maka Terasmilah sudah majlis kita pada pagi ini.

Ucapan perasmian

PERKARA CATATANSebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yg.Berusaha Tn.Hj.Abdul Aziz Bin Mohd.Zain untuk menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk Hajah Rosnah Bte Hj.Abdul Rashid Shirlin . Dengan itu majlis menjemput YB Datuk untuk menerima cenderahati. Dipersilakan.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Penyampaian cenderahati

Hadirin yang dihormati sekalian,Majlis diteruskan lagi dengan acara restu ilmu kepada semua pelajar pra u. Dengan itu, majlis mepersilakan YB Datuk, para jemputan khas, para pentadbir, guru-guru dan para ibu bapa untuk bersama-sama menyempurnakan acara restu ilmu ini.

Restu ilmu

Hadirin yang dihormati sekalian,Dengan selesainya restu ilmu itu tadi , maka berakhirlah sudah majlis graduasi pra u SMK Majakir bagi tahun 2015. Sebentar sahaja lagi, YB Datuk, para jemputan dan hadirin sekalian dijemput untuk sesi fotografi.Bagi pihak warga kerja dan semua yang terlibat dalam mengurus dan menjayakan Majlis ini, mengucapkan ribuan terima kasih. Dan segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. Sehingga berjumpa di lain majlis . Saya sudahidengan:

Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh. Dan salam sejahtera

Muara sunga mengail ikanIkan kelisa dalam perigiTirai majlis kami labuhkan Dilain masa berjumpa lagi

Jamuan Vip, Jemputan,guru-guru, Ibu bapa, dan pelajar para u atas.

2

Page 3: Teks Pengacaraan Majlis Graduasi Pra u Smk Majakir Tahun 2013

Senarai VVIP (Protokol) :

1. ……………………………………………………………………………………………………………………………

2. ……………………………………………………………………………………………………………………………

3. ……………………………………………………………………………………………………………………………

4……………………………………………………………………………………………………………………………..

5. ……………………………………………………………………………………………………………………………

6. ……………………………………………………………………………………………………………………………

7. ……………………………………………………………………………………………………………………………

3