teks pengacara mb johor dan gm1m

11
HIMPUNAN GM1M BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR QUE BUTIRAN HOUSEKEEPIN G Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia tetamu Kehormat, tuan- tuan, puan-puan serta hadirin sekalian ke majlis ini. Untuk makluman semua, majlis kita akan bermula sebentar lagi. Untuk itu, dipersilakan para jemputan yang masih berada di luar dewan agar segera masuk ke dalam dewan. Yang Berhormat, Dato’-Dato’. Datin-Datin, Tuan,tuan, Puan-puan serta hadirin sekalian. Semoga majlis kita berjalan dengan lancarnya, di sini saya bacakan beberapa pengumuman untuk perhatian kita bersama. 1.Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematikan atau menukarkan nada deringan telefon bimbit masing-masing kepada mode senyap atau mode getaran. 2.Hadirin juga diminta berdiri semasa pengumuman ketibaan Yang Amat Berhormat MOHD ZAKI MOHAMED SOM

Upload: mohd-zaki-mohamed-som

Post on 10-Feb-2016

55 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teks pengacara mb johor bersama guru muda

TRANSCRIPT

Page 1: teks pengacara mb johor dan gm1m

HIMPUNAN GM1M BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

QUE BUTIRAN

HOUSEKEEPING Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia tetamu Kehormat, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian ke majlis ini.

Untuk makluman semua, majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Untuk itu, dipersilakan para jemputan yang masih berada di luar dewan agar segera masuk ke dalam dewan.

Yang Berhormat, Dato’-Dato’. Datin-Datin, Tuan,tuan, Puan-puan serta hadirin sekalian.

Semoga majlis kita berjalan dengan lancarnya, di sini saya bacakan beberapa pengumuman untuk perhatian kita bersama.

1.Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematikan atau menukarkan nada deringan telefon bimbit masing-masing kepada mode senyap atau mode getaran.

2.Hadirin juga diminta berdiri semasa pengumuman ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin (Menteri Besar Johor) sebagai mengalu-alukan kedatangan beliau dan juga ketika pengumuman keluar beliau dari dewan ini.

3.Majlis juga memohon para hadirin untuk sama-sama berdiri dan menyanyikan Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Lagu Selangkah di Hadapan.

4.Diharapkan agar semua hadirin kekal berada dalam majlis sehingga selesai perjalanan majlis pada hari ini.

MOHD ZAKI MOHAMED SOM

Page 2: teks pengacara mb johor dan gm1m

HIMPUNAN GM1M BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

Majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama hadirin sekalian.

KETIBAAN Y.A.B MENTERI BESAR

Mengumumkan ketibaan,

Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin,Menteri Besar Johor,

Serta dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

LAGU RASMI LAGU BANGSA JOHOR LAGU NEGARAKU LAGU SELANGKAH DI HADAPAN

**tidak dibaca

MEMPERSILA DUDUK

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu sebentar tadi. Para hadirin dipersilakan duduk.

SALUTASI Alhamdulillah terus dipanjatkan,Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa,Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat IIlahi,Allah yang maha Agong dan Maha Tinggi,Maha Pengampun, Maha Bijaksana, dan Maha Perencana,Ke atas segala ciptaan-Nya di langit dan di bumi.

Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan,Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan,Beserta izin dan ‘innayah-Nya jua,Dianugerahkan akal kita dengan kewarasan,Fizikal mapan dengan ‘afiah kecergasan,Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua,

MOHD ZAKI MOHAMED SOM

Page 3: teks pengacara mb johor dan gm1m

HIMPUNAN GM1M BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

Bagi menjayakan kemurnian agenda.

Sirih sekapur berserta pinang,Bawalah cincin kami sertakan,Salam dihulur selamat datang,Kepada hadirin yang kami muliakan.

Daun pandan harum mewangi,Bunga rampai terhias indah,Kehadiran semua cukup bererti,Majlis permai tambah meriah..

Bismillahirrahmanirrahim,

1. Yang Amat Berhormat Dato’ Khaled bin Haji NordinMenteri Besar Johor.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

MOHD ZAKI MOHAMED SOM

Page 4: teks pengacara mb johor dan gm1m

HIMPUNAN GM1M BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

9.

10.

Para pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah

Guru-guru muda Negeri Johor

serta hadirin sekalian;

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

ALU-ALUAN Hadirin yang dimuliakan,

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana atas limpah kasih-Nya dapat kita berhimpun dalam satu majlis bersama-sama Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, Menteri Besar Johor.

Sesungguhnya, kami warga pendidik khususnya Guru Muda 1Malaysia Negeri Johor mengalukan-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar buat julung kalinya dalam majlis Himpunan Guru Muda 1Malaysia Bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri Johor.

Bak kata pepatah, ‘besar tapak tangan nyiru kami tadahkan’. Jadi sekali lagi kami ucapakan selamat datang dan terima kasih atas kesudian hadir pada majlis hari ini.

MOHD ZAKI MOHAMED SOM

Page 5: teks pengacara mb johor dan gm1m

HIMPUNAN GM1M BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

DOA Hadirin sekalian,

Bagi memberkati acara dan agenda kita,Marilah kita semua selaku insan kerdil sifat dan upaya,Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,Dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Alfadhil Ustaz Norilfairuz bin Abdullah untuk memimpin bacaan doa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~bacaan doa~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amin.amin ya rabbal a’lamin.Semoga majlis kita diberkati hendaknya.

KOIRHadirin, bagi mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam majlis ini, apa kata kita dengarkan gemersik alunan suara daripada Kumpulan Koir Guru Muda Daerah Pontian. Kumpulan Koir Guru Muda Daerah Pontian dibawah pimpinan Encik Shazul Azlan bin Abd. Samad akan mempersembahkan Lagu Warisan dan Medley Lagu Johor Negeriku serta Tanjung Puteri.

Dipersilakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~koir~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Awan bersua citra berkisah,Ukiran sukma kilauan kelisa,Duduk bersama di hari indah,Persembahan koir ceria acara.

Demikian tadi persembahan koir yang begitu mengasyikkan sekali dari Kumpulan Koir Guru Muda Daerah Pontian.

MOHD ZAKI MOHAMED SOM

Page 6: teks pengacara mb johor dan gm1m

HIMPUNAN GM1M BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH JPN JOHOR

Sidang Hadirin sekalian,

Pagi yang penuh gilang-gemilang dan bermakna ini, akan diteruskan dengan membawa kita meneroka dan menyingkap tirai pagi dengan pelbagai agenda pendakian aspirasi ilmu.

Duduk sekawan gadis jelita,Buat tatapan untuk pahlawan,Tampillah tuan kami meminta,Madah ucapan kata aluan.

Menyusur agenda pemula cerita, tirai majlis kita pada hari ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Aminuddin bin Adam (Pengarah Pendidikan Negeri Johor) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dipersilakan.

~~~~~~~~~~~~~~~ucapan~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nyiur gading puncak mahligai,Sayang ketupat berisi inti;Ucapan pesanan indah bernilai,Akan sentiasa kekal di hati.(Dibaca semasa turun dari pentas)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepadaYang Berbahagia Tuan Haji Aminuddin bin Adamatas ucapan alu-aluan itu tadi.

MOHD ZAKI MOHAMED SOM

Page 7: teks pengacara mb johor dan gm1m

HIMPUNAN GM1M BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

UCAPAN MB JOHOR

Hadirin,

Majlis kita terus beranjak maju.

Sudah sepelaungan jaraknya, gandingan misi dan visi meredah hari, ke destinasi memartabat ilmu dijunjung, pendidikan disanjung.

Terbang di awan burung jentayu,Kerana penat gugur ke bumi,Tampillah tuan kami merayu,Bersama amanat bekalan kami.

Kini, tibalah masa yang ditunggu – tunggu untuk kita mendengar tinta bicara yang akan disampaikan oleh tetamu kehormat kita. Majlis dengan dengan berbesar hati mempersilakan, Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, Menteri Besar Johor untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

~~~~~~~~~~~~~~~ucapan~~~~~~~~~~~~~~~~

Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas janaan kesempurnaan ucapan sebentar tadi.

SIJIL & CENDERAMATA

Hadirin sekalian,

Seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta. Bagi menyempurnakan atur cara ini, majlis menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, Menteri Besar Johor diiringi oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Aminuddin bin Adam, Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

MOHD ZAKI MOHAMED SOM

Page 8: teks pengacara mb johor dan gm1m

HIMPUNAN GM1M BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

Dijemput wakil dari:

1. Daerah Johor Bahru2. Daerah Batu Pahat3. Daerah Kluang4. Daerah Kota Tingii5. Daerah Kulaijaya6. Daerah Mersing7. Daerah Muar8. Daerah Pontian9. Daerah Segamat

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

PENUTUP Hadirin sekalian,

Inilah yang dikatakan,Ibarat belayar sudah sampai ke pelabuhan,Ibarat berdayung sudah sampai ke muara,Ibarat berjalan sudah sampai ke destinasi.

Semoga pertemuan kali ini mampu menyuntik semangat kepada warga pendidik untuk terus beriltizam memajukan anak bangsa dan negara.

Pihak Majlis juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, Menteri Besar Johor atas kesudian hadir pada hari ini.

Kami mewakili jawatankuasa penganjur ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasihkepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini.

MOHD ZAKI MOHAMED SOM

Page 9: teks pengacara mb johor dan gm1m

HIMPUNAN GM1M BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

Akhir kata,Bumi mana tidak ditimpa hujan,Lautan mana tidak bergelora,Begitu jua kami di sini,Kemaafan jua dipohon,Atas keterlanjuran kata,Terkasar bahasa,Terguris rasa.

MENINGGALKAN MAJLIS

Mengumumkan,

Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, Menteri Besar Johor.

Serta dif-dif kehormat meninggalkan majlis.

PERINGATAN KEPADA AUDIEN

**dibaca selepas MB keluar dari dewan.

Pihak majlis memohon agar hadirin sekalian kekal berada di dalam dewan ini untuk acara selanjutnya iaitu Forum Cabaran Pembangunan Pendidikan dan Keselamatan Masa Hadapan yang akan dimulakan sebentar lagi.

MOHD ZAKI MOHAMED SOM