teks pengacara majlis persaraan sk kg batu

9
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK KAMPUNG BATU CIK HAJAH RUHANA BINTI ABDUL MAJED 5 JULAI 2010 PENGACARA ISI CATATAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Para guru dan jemputan dipersilakan mengambil tempat. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Cik Hajah Ruhana binti Abdul Majed diiringi Yang Berusaha Puan Hurri Yah binti Othman Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum dan Puan Hajah Saleha binti Haji Adnan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kampong Batu. @ diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Hadirin diminta berdiri. Sirih berlipat sirih pinang sirih dari pulau mutiara Pemanis kata selamat datang, Awal salam pembuka bicara.

Upload: njkenali

Post on 01-Feb-2016

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

persaraan

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Persaraan Sk Kg Batu

TEKS PENGACARA MAJLISMAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK KAMPUNG BATU

CIK HAJAH RUHANA BINTI ABDUL MAJED 5 JULAI 2010

PENGACARA ISI CATATAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.Para guru dan jemputan dipersilakan mengambil tempat.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Cik Hajah Ruhana binti Abdul Majed diiringi Yang Berusaha Puan Hurri Yah binti Othman Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum dan Puan Hajah Saleha binti Haji Adnan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kampong Batu. @diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.Hadirin diminta berdiri.

Sirih berlipat sirih pinang sirih dari pulau mutiaraPemanis kata selamat datang, Awal salam pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Yang Diraikan Cik Hajah Ruhana binti Abdul Majed

Yang Berusaha Puan Hurri Yah binti Othman Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Kampong Batu Yang Berusaha

Page 2: Teks Pengacara Majlis Persaraan Sk Kg Batu

Puan Hajah Saleha binti Haji AdnanGuru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSK Kampong Batu

Yang DihormatiEncik Ahmad Afifi bin Haji AhmadYand Dipertua PIBG SK Kampung Batu

Yang Dihormati Barisan guru besar

SeterusnyaBarisan guru, kakitangan dan murid-murid warga SK Kampong batu yang diRahmati Allah sekalian.

Sarung ketupat berisi inti,Dibawa budak sambil berlari,Kehadiran semua sangat dihargai,Moga majlis bertambah berseri.

Majlis mengucapkan selamat datang kepada yang diraikan Cik Hajah Ruhana binti Abdul Majed ke majlis persaraan ini. Majlis turut merakamkan sekalung terima kasih di atas kesudian Yang Dihormati YDP PIBG dan para jemputan untuk bersama-sama menjayakan majlis ini.

Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi,Doa dibaca memohon rahmat,Moga majlis sentiasa diberkati.

Untuk keberkatan majlis yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Encik Rahawaluddin bin Ismail. Dipersilakan.

Amin ya rabbal ‘alaminMajlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung tiada

Page 3: Teks Pengacara Majlis Persaraan Sk Kg Batu

perahunya,Tak lengkap majlis jika tiada yang

berbicara.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Kampong Batu Encik Mazlan bin Mohd Nor untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Majlis seterusnya menjemput Yang Dipertua PIBG Encik Afifi bin Haji Ahmad untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Majlis seterusnya menjemput adik…………………………………….. untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin – hadirat sekelian.Kelahiran beliau bagaikan sebutir permata menyinari dunia. Bakti beliau dalam memartabatkan dan membangunkan bangsa terbukti sudah. Kata nasihat tidak pernah putus daripada mulut beliau bersama dengan khidmat yang tidak pernah berhenti. Hari ini kita bertuah kerana masih boleh mendengar ucapan dan kata-kata nasihat beliau.

Tanam lengguna tumbuh kelapa,Terbit bunga pucuk mati, Budi puan kami tak lupa,Sudah terpaku di dalam hati.

Dengan itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Diraikan Cik Hajah Ruhana binti Abdul Majed untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Page 4: Teks Pengacara Majlis Persaraan Sk Kg Batu

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang diraikan Cik Hajah Ruhana binti Abdul Majed atas ucapan itu tadi.

Pohon jati tempat k….Didahannya bersarang tempua,Bacaan biodata dan tayangan

informasi,Sebagai persembahan untuk semua.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Persembahan itu tadi telah dijayakan oleh ahli jawatan kuasa Badan Kelab Guru dan Kakitangan SK Kampung Batu.

Anak cina menjual lokan,Sambil sibuk kayu dikerat,Persembahan koir kami sembahkan,Untuk tatapan hadirin hadirat.

Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Persembahan koir itu tadi dipimpin oleh Puan Long Teh binti Abdullah.

Mencari herba si orang Bajau,Setelah penuh disimpan dibalai,Kini tiba boria pelajar,Dengan penuh gerak gemalai.

Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Persembahan boria itu tadi dipimpin oleh Encik Badrul Hisyam bin Ahmad.

Hadirin dan hadirat sekelian,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata tanda kenang-kenangan. Terlebih

Page 5: Teks Pengacara Majlis Persaraan Sk Kg Batu

dahulu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hurriyah Binti Othman dan Puan Hajah Saleha bt Haji Adnan untuk mempersilakan dan seterusnya mengiringi Yang Diraikan Cik Hajah Ruhana binti Abdul Majed ke pentas untuk menerima cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan wakil daripada Tahap Satu.Dipersilakan wakil daripada Tahap Dua.

Seterusnya Majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Mazlan bin Mohd Nor untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Kampong Batu.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Cik Hajah Ruhana binti Abdul Majed menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Puan hurri Yah binti Othman dan Puan Hajah Saleha mengiringi Yang Dirai sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata yang budiman.

Para hadirin sekalian, tibalah kita di hujung acara.

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan,

Umpama berkayuh telah sampai di muara,

Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan.

Tuai padi antara nampak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.

Page 6: Teks Pengacara Majlis Persaraan Sk Kg Batu

Sebelum bersurai Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Cik Hajah Ruhana binti Abdul Majed bersama kita pada hari ini. Kami semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.dijemput Yang Berusaha Puan Hurri yah binti Othman dan Puan Hajah Saleha binti Haji Adnan mengiringi Yang Diraikan Cik Hajah Ruhana binti Abdul Majed untuk bersalaman dengan para jemputan, guru- guru dan murid-murid yang dikasihinya.

Sekian wabilahitaufiq walhidayah wassalamu `alaikum warahmatullahi wabarakatuh.