teks pengacara majlis penyampaian watikah dan pelantikan.docx

4
Assalamualaikum wth Yang Berbahagia Sarjan Jamil ___________________________ ketua balai polis Cheneh baru, Yang Berusaha En. Abdullah Bin Salleh, Guru Besar SK Cheneh Baru, Yang Dihormati Pn Kamariah Binti Kamaruddin, Guru Penolong Kanan Pentadbitran Yang Dihormati Pn Poziah Binti Sungib, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Dihormati En. Mohd Saini Bin Jusoh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, rakan pendidik dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian…. Bersyukur kita kepada ke hadrat Illahi kerana pada pagi ini dapat bersama-sama berkumpul di majlis perhimpunan ini bagi menyaksikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas bagi sesi persekolahan 2013. Untuk makluman semua, pada hari semalam, bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang semua peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas ICT dan pengawas SPBT telah berkumpul bagi mengikuti satu kursus kepimpinan yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. UCAPAN GURU BESAR Seterusnya bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini, dengan rasa takzim dipersilakan En. Abdullah Bin Salleh, Guru Besar SK Cheneh Baru, untuk memberi ucapan Dipersilakan… Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kepada Pn En. Abdullah Bin Salleh atas ucapan sebentar tadi… UCAPAN KETUA BALAI POLIS CENEH BARU Seterusnya majlis diteruskan dengan mempersilakan

Upload: ahmad-syarir

Post on 26-Sep-2015

138 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum wth Yang Berbahagia Sarjan Jamil ___________________________ ketua balai polis Cheneh baru,Yang Berusaha En. Abdullah Bin Salleh, Guru Besar SK Cheneh Baru, Yang Dihormati Pn Kamariah Binti Kamaruddin, Guru Penolong Kanan PentadbitranYang DihormatiPn Poziah Binti Sungib, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridYang Dihormati En. Mohd Saini Bin Jusoh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, rakan pendidik dan seterusnyamurid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada ke hadrat Illahi kerana pada pagi ini dapat bersama-sama berkumpul di majlis perhimpunan ini bagi menyaksikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas bagi sesi persekolahan 2013. Untuk makluman semua, pada hari semalam, bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang semua peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas ICT dan pengawas SPBT telah berkumpul bagi mengikuti satu kursus kepimpinan yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

UCAPAN GURU BESARSeterusnya bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini, dengan rasa takzim dipersilakanEn. Abdullah Bin Salleh, Guru Besar SK Cheneh Baru, untuk memberi ucapanDipersilakan

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kepada Pn En. Abdullah Bin Sallehatas ucapan sebentar tadi

UCAPAN KETUA BALAI POLIS CENEH BARU

Seterusnya majlis diteruskan dengan mempersilakan Sarjan Jamil ____________________________________________ ketua balai polis ceneh baru untuk memberi ucapan. Dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kepada Sarjan Jamil______________________________________________ atas ucapan sebentar tadi

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Tuan Guru Besar En Abdullah Bin Salleh mengiringi Sarjan Jamil _________________________________ bagi menyempurnakan watikah lantikan pengawas sesi persekolahan 2013. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Adik Mohd Hasif Bin Mohd Zaid Ketua Murid Lelaki Diikuti olehAdik Nor Hidayati Binti Abdul Karim Ketua Murid PerempuanSeterusnya dipersilakanAdik Matan Ismael Bin Matan Ibrahim Ketua Pengawas LelakiDiikuti olehAdik Nurul Aisyah Binti Arifin Ketua Pengawas Perempuan

Seterusnya DipersilakanAdik Nur Yusyafiqah Binti Mohd Yusmali Ketua Pengawas pusat sumber sekolahDiikuti oleh Adik Iqbal Muhaimin Bin Ahmad Syarir Pen. Ketua pengawas pusat sumber sekolah

Seterusnya DipersilakanAdik Muhammad Ikhmal Hafiz Bin Zaman Ketua Pengawas ICTDiikuti oleh Adik Siti Aisyah Binti Abdul Rahman Pen. Ketua pengawas ICT

Seterusnya DipersilakanAdik Mohd Nasif Bin Ahmad Zaidi Ketua Pengawas BOSSDiikuti oleh Adik Alya Sofia Bin Mohd Usri Pen. Ketua pengawas BOSS

Seterusnya dipersilakan Semua Pengawas bilik BOSSSemua Pengawas ICTSemua Pengawas Pusat Sumber SekolahDan Semua Pengawas sekolah

Pihak majlis merakam jutaan terima kasih kepada Sarjan Jamil_______________________Atas Penyerahan Watikah Pelantikan sebentar tadi

PENYAMPAIAN CENDERAHATISebagai tanda penghargaan majlis mempersilakan En Abdullah Bin Salleh Guru Besar SK Ceneh Baru untuk menyampaikan cenderahati tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia Sarjan Jamil_________________________________________ atas kesudianmenyempurnakan majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas bagi sesi persekolahan 2013.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas penyampaian cenderahati itu tadi. BACAAN IKRAR

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar sebagai tanda kesungguhan mereka bagi melaksana dan memikul amanah yang diberikan.Dengan ini, dipersilakan Adik Mohd Hasif Bin Mohd Zaid bagi mengetuai bacaan ikrar Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik Mohd Hasif Bin Mohd Zaid atas bacaan ikrar itu tadi

BERSURAIDengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi maka berakhirlah majlisPenyerahan Watikah dan Pelantikan Pengawas bagi sesi persekolahan 2013. Semogadengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas untuk melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkanMajlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Balai Polis Ceneh yang diketuai oleh Sarjan Jamil, Guru Besar, guru-guru Penolong Kanan , guru-guru serta murid-murid sekalian atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahhitaalawabarakatuh, saya serahkan kembali majlis kepada pengawas bertugas.