teks pengacara majlis penyampaian watikah dan pelantikan pengawas pss dan spbt 2011

6
TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN SPBT 2011 ATURCARA TINDAKAN KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS Assalamualaikum wth dan Salam Sejahtera… Yang Berusaha Pn. Noriah Razak, Guru Besar SK AU Keramat, Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan , rakan pendidik dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian…. Bersyukur kita kepada ke hadrat Illahi kerana pada pagi ini dapat bersama-sama berkumpul di majlis perhimpunan ini bagi menyaksikan Majlis Penyampaian Watikah dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Skim Pinjman Buku Teks bagi sesi persekolahan 2011. Untuk makluman semua, Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan ini adalah gabungan bersama Pusat Sumber Sekolah dan Uni SPBT.

Upload: mohd-azmi

Post on 29-Jun-2015

5.920 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN SPBT 2011

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN

PENGAWAS PSS DAN SPBT 2011

ATURCARA TINDAKAN

KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum wth dan Salam Sejahtera…

Yang Berusaha Pn. Noriah Razak, Guru Besar SK AU Keramat, Yang

Dihormati Guru-guru Penolong Kanan , rakan pendidik dan seterusnya

murid-murid yang dikasihi sekalian….

Bersyukur kita kepada ke hadrat Illahi kerana pada pagi ini dapat bersama-

sama berkumpul di majlis perhimpunan ini bagi menyaksikan Majlis

Penyampaian Watikah dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber dan

Pengawas Skim Pinjman Buku Teks bagi sesi persekolahan 2011.

Untuk makluman semua, Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan ini

adalah gabungan bersama Pusat Sumber Sekolah dan Uni SPBT.

UCAPAN GURU BESAR

Bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini, dengan rasa takzim dipersilakan

Pn. Noriah Razak, Guru Besar SK AU Keramat untuk memberi ucapan

Dipersilakan…

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kepada Pn. Noriah Razak

atas ucapan sebentar tadi…

GB berucap

Page 2: TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN SPBT 2011

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN

1. PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Watikah Pelantikan bagi

Pengawas PSS dan Pengawas SPBT.

Dengan ini dipohon kepada pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas

SPBT untuk bersedia ….

Majlis dengan ini menjemput Adik Adam Firdaus Farid dari Kelas 3 Azam

bagi menerima watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk

Pengawas Pusat Sumber Tahun 3

Seterusnya Adik Lyana Nazurah Khairul Fitri dari Kelas 4 Abadi bagi

mewakili Pengawas Pusat Sumber Tahun 4

Dipersilakan pula Adik Erysha Hamdan dari Kelas 5 Adab bagi mewakili

Pengawas Pusat Sumber Tahun 5.

Dan diikuti Adik Nurul Afiqah Mohamed Jailani bagi mewakili mewakili

Pengawas Pusat Sumber Tahun 6

2. PENGAWAS SPBT

Bagi Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SPBT pula di persilakan

Adik Muhammad Akmal Kamaluddin mewakili Pengawas SPBT Tahun 6

Seterusnya Adik Muhammad Firdaus Md. Johari bagi menerima watikah

pelantikan mewakili Pengawas SPBT Tahun 5.

Dipersilakan Adik Azrul Hakimi Abdullah bagi mewakili Pengawas SPBT

Tahun 4

Page 3: TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN SPBT 2011

Diikuti pula Adik Mohd Zulhisyam Khamis bagi mewakili Pengawas SPBT

Tahun 3

Pihak majlis merakam jutaan terima kasih kepada Pn Noriah Razak atas

Penyerahan Watikah Pelantikan PSS dan Pengawas SPBT sebentar tadi…

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebagai tanda penghargaan majlis mempersilakan Pn. Zalehar Hassan Guru

Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum bagi menyampaikan cenderahati

tanda terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Noriah Razak atas kesudian

menyempurnakan majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat

Sumber Sekolah bagi sesi persekolahan 2011.

Seterusnya dipersilakan pula Pn. Rosnah Abd Hamid, Guru Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid bagi menyampaikan cenderahati dari Unit SPBT Sekolah

atas kesudian Yang Berusaha Pn. Noriah menyempurnakan majlis ini.

BACAAN IKRAR

1. PENGAWAS PUSAT SUMBER

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar yang akan disampaikan oleh

Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas SPBT sebagai tanda

kesungguhan mereka bagi melaksana dan memikul amanah yang diberikan

dalam membantu pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan Skim Pinjaman

Buku Teks.

Dengan ini, dipersilakan Adik Nurul Afiqah Mohamed Jailani bagi

mengetuai bacaan ikrar Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Dipersilakan….

Page 4: TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN SPBT 2011

2. PENGAWAS SPBT

Seterusnya dipersilakan Adik Ahmad Nizam Mohd Asri bagi mengetuai

bacaan ikrar Pengawas SPBT.

Seterusnya ialah Bacaan Ikrar Murid. Untuk itu murid-murid dipohon untuk

berdiri dan bersedia bagi mengikuti ikrar yang akan dibacakan sebentar lagi.

Murid-murid diminta bersedia….

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik Nurul Afiqah Mohamed

Jailani dan Adik Ahmad Nizam Mohd Asri atas bacaan ikrar itu tadi…

BERSURAI

Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi maka berakhirlah majlis

Penyerahan Watikah dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan

Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks bagi sesi persekolahan 2011. Semoga

dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas SPBT dan

PSS untuk melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkan…

Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Guru Besar, guru-

guru Penolong Kanan , guru-guru serta murid-murid sekalian atas kerjasama

dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Majlis diserahkan demula kepada Adik Pengacara Majlis…