teks pengacara majlis pelancaran semarak fiesta ramadan

7

Click here to load reader

Upload: cuksam27

Post on 26-Jul-2015

580 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Pelancaran Semarak Fiesta Ramadan

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN SEMARAK FIESTA RAMADAN

DAN PENUTUPAN BULAN HELWANI

Ketibaan tuan pengarah

-Azman-

(Hadirin berdiri)

Mengumumkan ketibaan,Yang Berusaha Tuan Hj Khalid Bin Hj Ahmad,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

diiringi oleh

Tuan Hj Kamarulizham B. Hazizi,Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Dr Mohd Fadzil Bin Che Amat,Ketua Jabatan,Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Al Fadzil Ustaz Adnan Bin Wahab,Ketua Jabatan,Jabatan Pengajian Agama Islam dan Moral

sertasaudara Mohd Azrie Bin Halili,Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Majlis mengalu-alukan.

Nyanyian Lagu

-Afifah- Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan hadirin dijemput duduk.

Majlis dimulakan

-Afifah-

Buah butung di tengah anjung, Sulur bayung di atas layar, Awal bismillah lafaz nan agung , Salam ukhwah rahmat ditebar.

Page 2: Teks Pengacara Majlis Pelancaran Semarak Fiesta Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t , dan Salam perpaduan saya ucapkan kepada

Yang berusaha,

Tuan Hj Khalid Bin Hj Ahmad,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Yang berusaha,

Tuan Hj Kamarulizham B. Hazizi, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Yang Dihormati, Dr Mohd Fadzil Bin Che Amat Ketua Jabatan,Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Saudara Mohd Azrie Bin Halili Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit Para Pensyarah Barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

serta pelajar guru yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan innayahnya dapat kita berkumpul bersama-sama bagi menjayakan majlis pada pagi yang berbahagia ini.

Bacaan Doa-Azman-

Awak menahan si serkap buluh, Serkap ikan di sungai cangkat, Tadah tangan jari sepuluh, Doa dipinta memohon berkat.

Bagi mendapat keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan saudara Mohd Nazir Bin Ramli dari kelas T2 Pengajian Melayu bagi memimpin bacaan doa.Dipersilakan.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Pelancaran Semarak Fiesta Ramadan

Penutupan Bulan Selami Dunia Hawa

-Afifah-

Amin, Amin ,YA Rabbal Alamin, Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Mohd Nazir Bin Ramli atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian

Tanggal 22 Jun 2012 – 20 Julai 2012,telah berlangsung Bulan Selami Dunia Hawa yang telah dikelolakan oleh Biro Hal Ehwal Wanita [HELWANI] Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013.Antara aktiviti yang mengisi slot sepanjang pelaksanaan program ini termasuklah Ceramah Kanser Payudara dan Kanser Serviks,Ceramah Dunia Zaman Muda oleh Imam Muda Najdi,Kursus Kulinari dan Kek dengan kerjasama Kolej Komuniti dan Hawa Night sebagai kemuncak program ini.

Ayuh sama-sama kita saksikan tayangan multimedia yang disajikan khas dari Biro Hal Ehwal Wanita [HELWANI].

Gimik Penutupan

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkap pembuka jika tiada penutupnya.

Bagi melengkapkan Penutupan Bulan Selami Dunia Hawa ini,dijemput

Tuan Hj Khalid Bin Hj Ahmad,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

diiringi oleh

Saudara Mohd Azrie Bin Halili,Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang bagi menyempurnakan gimik perasmian penutupan Bulan Selami Dunia Hawa.

Majlis mempersilakan,

Untuk makluman hadirin sekalian,di dalam himpunan ketulan ais tersebut,tersimpan warkah yang mengandungi kata-kata hikmah istimewa buat mereka yang bergelar wanita.

Page 4: Teks Pengacara Majlis Pelancaran Semarak Fiesta Ramadan

Pelancaran Semarak Fiesta

Ramadan

-Az dan Af-

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Hadirin yang dihormati,

Bermula 1 Ramadhan 1433H bersamaan 21 Julai 2012,Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Persatuan Agama Islam IPG Kampus Pulau Pinang menganjurkan Semarak Fiesta Ramadhan peringkat IPG Kampus Pulau Pinang.

Bagi menyemarakkan kehadiran Ramadan, beberapa aktiviti menarik telah direncanakan sepanjang bulan yang penuh kemuliaan dan kerahmatan ini.Antara aktiviti yang dianjurkan ialah :

Bacaan doa dan ayat suci Al-Quran pada setiap pagi Majlis Berbuka Puasa 1 Malaysia Tadarus Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran Munajat Guru Muda Program Semanis Kurma dan Bacaan Ayat Manzil Bazaar Ramadan serta Majlis Berbuka puasa yang diadakan pada hari isnin sehingga

khamis sepanjang bulan Ramadan.

Sebagai pembuka tirai Semarak Fiesta Ramadan,dijemput

Tuan Hj Khalid Bin Hj Ahmad,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

diiringi oleh

Al Fadzil Ustaz Adnan Bin Wahab,Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Agama Islam dan Moral bagi menyempurnakan gimik pelancaran pembukaan Semarak Fiesta Ramadan IPG Kampus Pulau Pinang 2012 seterusnya memberikan ucapan.

Majlis Mempersilakan

Page 5: Teks Pengacara Majlis Pelancaran Semarak Fiesta Ramadan

Penutup -Af-Selautan kasih kami hamparkan buat Tuan Pengarah atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran serta ucapan itu tadi

Banyak keluk ke penarik,Keluk tumbuh pohon kuini;Nan elok bawalah balik,Nan tak elok tinggallah di sini.

-Az-Pinang dikacip terbelah dua,Kacip berasal dari Temasik,Salah silap ampun dipinta,Moga hati tidak terusik.

Akhirul Kalam,kami memohon ampun dan maaf andai terdapat kekhilafan sepanjang mengendalikan majlis ini.

Nyanyian -Af-Sebelum Majlis berakhir.hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Pendidikan dan Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia saudara Muhamad Farid Asyraf Bin Mohd Toha dari kelas T1 MZ2 untuk memimpin nyanyian lagu

Dipersilakan

Bersurai -Az-Terima kasih diucapkan,Dengan ini berakhirlah perhimpunan kita pada hari ini,

Perhatian kepada semua pelajar guru,anda diminta tunggu sebentar di gelanggara kerana terdapat beberapa pengumuman.

Sekian, Wabillah hi taufiq, wal hidayah, Wassalamualaikum w.b.t.

Majlis bersurai