teks pengacara ceramah ramadhan 1431h

Upload: nur-salisa-ali

Post on 08-Jul-2015

1.370 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA CERAMAH RAMADHAN 1431H . Assalamualaikum wbrkth. 1. Pembuka Bicara Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad serta para sahabat. Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita membacakan ummul kitab AlFatihah 2. Protokol Yang Berusaha Tn.Hj Suleiman bin Hj Abd Rahman, Pengetua SMK Mohd Kahlid, Yang dihormati En. Kamil firdaus bin Tarmizi(Penolong Kanan pentadbiran), En Razali bin Tamadi(Pen Kanan Hem), Pn,Hjh Aszora bt Ahmad (Pen Kanan Koko),Guru-guru Kanan, Barisan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian. . 3. Kata alu-aluan Salam ramadhan kami hulurkan, Dengan izinnya kita ditemukan, Rasa syukur kami lafazkan, Kesudian hadirin menerima jemputan. Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang berbahagia ini untuk satu majlis ilmu sempena bulan ramadhan yang penuh barakah ini yang akan disampaikan oleh

penceramah yang dijemput khas daripada JPN Johor. Sebelum mikrofon ini beralih tangan izinkan saya membacakan sedikit biodata ringkas penceramah kita pada hari ini .. Para pelajar yang saya kasihi sekalian, di sini ingiun saya ingatkan agar samsamalah kita menjaga adab ketika berada di dalam majlis ilmu. Semoga dengan beradanya kita di sini memberi seribu keberkatan dan manfaat dan bukannya sekadar sia-sia sahaja. Baiklah, Tanpa membuang masa lagi majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Omar untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Tamat Ceramah Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas perkongsian yang begitu bermakna dan sarat dengan informatif yang telah disampaikan sebentar tadi.. Semoga ianya menjadi iktibar dan pengajaran buat diri kita. sedikit rumusan daripada apa yang telah disampaikan tadi bahawa sesungguhnya dari Ramadhan ke Ramadhan, dari satu peribadatan ke peribadatan berikutnya semestinya membuahkan taqwa kita kepada Allah Swt semakin berkualiti, ibarat orang menaiki tangga, maka apabila dia sudah berada pada pijakan tangga yang lebih tinggi sesuai dengan frekuensi peribadatannya. Tetapi jika sekiranya dari tahun ke tahun ibadah Ramadhan kita tunaikan, tapi ternyata tidak ada peningkatan taqwa kepada Allah yang kita tunjukkan, maka kita khuatir kalau puasa kita itu tergolong dalam golongan orang yang hanya merasakan lapar dan dahaga sahaja, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi tidak mendapatkan pahalanya, melainkan hanya lapar dan haus saja

(HR. Ahmad dan Hakim dari Abu Hurairah). Semoga kita termasuk orang yang berjaya dalam menjalankan ibadah Ramadhan.

Demikianlah adat kehidupan, Orang berbudi kita berbahasa, Namun cukup disedari Tidak mungkin terbalas budi Walau emas sebungkal diberi Cuma harapan dalam dada Tanda mata sudi diterima Daripada kami yang bukanlah sesiapa Tanda ingatan moga kekal selama. Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, majlis mempersilakan Tn Hj Suleiman bin Hj Abd Raahman diiringi En.Kamil Firdaus untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan daripada pihak sekolah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Yang kurik itu kundi Yang indah itu bahasa Terima kasih ___________ Sempurna sudah majlis kita. 4. Penutup Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis ilmu kita pada hari ini. Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.