teks negaraku malaysia

2
Negaraku, Malaysia Beberapa hari lagi, 31 Ogos 2015 bakal menjelang, menandakan sudah 58 tahun negaraku merdeka. Aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang aman damai. Terima kasih aku ucapkan khusus kepada para pemimpin Negara yang terdahulu kerana kesungguhan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita. Selain itu, terima kasih juga kepada pemimpin kini. Pembangunan Negara pada hari ini berkat usaha mereka. Sebagai rakyat yang mengenang budi, kita perlulah berpadu tenaga untuk menjayakan dasar dan program yang direncanakan oleh para pemimpin. Pengisian kemerdekaan negara sesungguhnya bergantung pada keharmonian, keamanan, keselamatan dan kedaulatan tanah air. Oleh itu, sebagai rakyat yang cinta akan negara, kita mesti bersatu padu tanpa mengira agama dan keturunan. Hal ini berlaku kerana permuafakatan dan perpaduan menjadi landasan muhibah dan kedamaian nasional. Malaysia negara berdaulat merupakan lambang keutuhan semua rakyat. Di sinilah tempat tumpah darah kita. Kata pepatah, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Apakah yang harus kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kita pada negara? Tepuk dada, tanyalah selera.

Upload: singer-raja

Post on 13-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Negaraku Malaysia

Negaraku, Malaysia

Beberapa hari lagi, 31 Ogos 2015 bakal menjelang, menandakan sudah 58

tahun negaraku merdeka. Aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang

aman damai.

Terima kasih aku ucapkan khusus kepada para pemimpin Negara yang

terdahulu kerana kesungguhan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan negara

kita. Selain itu, terima kasih juga kepada pemimpin kini. Pembangunan Negara pada

hari ini berkat usaha mereka. Sebagai rakyat yang mengenang budi, kita perlulah

berpadu tenaga untuk menjayakan dasar dan program yang direncanakan oleh

para pemimpin.

Pengisian kemerdekaan negara

sesungguhnya bergantung pada keharmonian, keamanan, keselamatan dan

kedaulatan tanah air. Oleh itu, sebagai rakyat yang cinta akan negara, kita mesti

bersatu padu tanpa mengira agama dan keturunan. Hal ini berlaku kerana

permuafakatan dan perpaduan menjadi landasan muhibah dan kedamaian

nasional.

Malaysia negara berdaulat merupakan lambang keutuhan semua rakyat. Di

sinilah tempat tumpah darah kita. Kata pepatah, “di mana bumi dipijak, di situ langit

dijunjung”. Apakah yang harus kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kita pada

negara? Tepuk dada, tanyalah selera.

Akhir kata, Malaysia ialah milik dan tanggungjawab kita bersama. Kitalah

yang akan menentukan hala tuju Negara kita. Oleh yang demikian, marilah kita

bersatu hati memacu negara ke arah kecemerlangan.