teks majlis mkn mlm

2
TEKS UCAPAN WAKIL PENGARAH SEMPENA MAKAN MALAM PELAJAR DPLI PERMATA Yang berusaha, Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Dr Norshidah, Ketua Jabatan Prasekolah, Puan Nor Masura binti Haji Jani, Pensyarah-pensyarah Jemputan, Penyelia Penasihat Majlis Makan Malam Akhir DPLI PERMATA, barisan AJK dan tak dilupakan hadiri para guru pelatih DPLI PERMATA sekalian, Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syukur ke hadrat Illahi, Majlis Makan Malam DPLI PERMATA Ambilan Jun 2014 dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada tenaga penggerak projek ini, daripada pengarah hingga kepada semua ahli jawatankuasa. Komitmen yang telah anda berikan harapnya telah dibalas dengan pengalaman yang sangat bermakna sepanjang penglibatan anda dalam projek ini. Majlis Makan Malam DPLI PERMATA merupakan satu program yang julung-julung kali diadakan. Ia tidak lain tidak bukan untuk menghargai jasa guru pelatih DPLI PERMATA sepanjang berada di IPGKPM. Sesungguhnya segala jasa dan bakti yang anda taburkan amat-amat dihargai dan tidak dapat dilupakan. Sebagai pelajar semester akhir, kami prihatin dengan kesibukan anda dalam bidang akademik masing-masing. Ada yang perlu membuat tugasan dan juga sibuk menjalani program praktikum. Walaubagaimanapun, anda tetap memberi sokongan pda setiap

Upload: rafidah

Post on 02-Feb-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks majlis bagi pengarah

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Majlis Mkn Mlm

TEKS UCAPAN WAKIL PENGARAH SEMPENA MAKAN MALAM PELAJAR DPLI PERMATA

Yang berusaha, Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Dr Norshidah,

Ketua Jabatan Prasekolah, Puan Nor Masura binti Haji Jani, Pensyarah-pensyarah Jemputan,

Penyelia Penasihat Majlis Makan Malam Akhir DPLI PERMATA, barisan AJK dan tak dilupakan

hadiri para guru pelatih DPLI PERMATA sekalian, Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat Illahi, Majlis Makan Malam DPLI PERMATA Ambilan Jun 2014 dapat

dijalankan dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada tenaga penggerak projek ini,

daripada pengarah hingga kepada semua ahli jawatankuasa. Komitmen yang telah anda

berikan harapnya telah dibalas dengan pengalaman yang sangat bermakna sepanjang

penglibatan anda dalam projek ini.

Majlis Makan Malam DPLI PERMATA merupakan satu program yang julung-julung kali

diadakan. Ia tidak lain tidak bukan untuk menghargai jasa guru pelatih DPLI PERMATA

sepanjang berada di IPGKPM. Sesungguhnya segala jasa dan bakti yang anda taburkan amat-

amat dihargai dan tidak dapat dilupakan.

Sebagai pelajar semester akhir, kami prihatin dengan kesibukan anda dalam bidang

akademik masing-masing. Ada yang perlu membuat tugasan dan juga sibuk menjalani

program praktikum. Walaubagaimanapun, anda tetap memberi sokongan pda setiap projek

IPGKPM. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada anda semua. Semoga semua ini akan

menjadi satu inspirasi buat pelajar junior bagi mengikut jejak langkah anda.

Saya juga berharap, setiap pengalaman, latihan, pengetahuan yang diperolehi sepanjang

kursus anda semua di IPGKPM dapat menjadi satu bekal yang amat berguna sewaktu anda

bertugas kelak. Saya yakin berbekalkan pengetahuan dan ilmu yang diperolehi di sini

mampu menjadi satu panduan yang amat berguna kepada anda semua dalam mendidik

anak bangsa di sekolah nanti.

Page 2: Teks Majlis Mkn Mlm

Akhir sekali, saya mewakili barisan pensyarah dan warga IPGKPM memohon maaf jika ada

kekurangan yang menimbulkan ketidakpuasan hati kepada para guru pelatih sepanjang

pimpinan kami. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu hakikatnya

dari Allah jua tetapi disebabkan kekurangan kami sendiri. Sekian wabillah hitaufik

walhidayah, Assalamualaikum W.B.T