rahsia sistem merekrut mlm - rahsiamlm.com · berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan...

101
Rahsia Sistem Merekrut MLM ________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 1

Upload: hatram

Post on 13-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 1

Page 2: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 2

Rahsia Sistem Merekrut MLM

(Penajaan Hebat)

oleh: Tom Schreiter

terjemahan:

Zamri Nanyan

KAAS Publishing, P.O. Box 890084,

Houston, TX 77289 USA

www.FortuneNow.com

(281) 280-9800

Page 3: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 3

Pesanan Khas Kepada Pemimpin Jualan Pemasaran Rangkaian:

Lebih banyak anda fahami bagaimana seseorang pemimpin itu bernilai kepada perniagaan anda, anda akan lebih berminat untuk mendapatkan formula rahsia untuk mencari pemimpin-pemimpin ini. Anda inginkan ramai pemimpin jualan di dalam downline anda? Dapatkan 13 pelajaran secara percuma tanpa syarat daripada saya dengan melayari:

www.fortunenow.com/leaderlessons.htm Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara serta-merta kepada anda. Tiada syarat terselindung. Nikmatinya. Anda tidak akan rugi apa-apa, bahkan anda akan mendapat lebih pengetahuan untuk mencari lebih ramai pemimpin.

Tom Big Al’Schreiter

Page 4: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 4

Buku ini adalah terjemahan daripada buku asal Tom Schreiter yang bertajuk Big Al tells All: The Recruiting System (Sponsoring Magic). Tujuan buku ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia ialah untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme pemasaran rangkaian (MLM) di Malaysia. Sebarang komen atau maklumbalas untuk versi Bahasa Malaysia ini bolehlah disalurkan kepada Zamri Nanyan dengan melayari laman web www.MLMLessons.com/contact.

Hakcipta terpelihara, termasuklah hak untuk menerbitkan semula buku ini sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dalam apa bentuk sekali pun. Untuk maklumat lanjut, sila

hubungi KAAS Publishing, P.O. Box 890084, Houston, TX 77289 USA. atau telefon (281) 280-9800.

Page 5: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 5

Mengenai Penulis Tom Schreiter telah menghabiskan sebahagian besar daripada kareer pemasaran rangkaian beliau untuk menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. Tom mendapati ramai hadirin beliau bersemangat untuk

mempelajari teknik yang baru, teruji dan berkesan di dalam membina satu organisasi yang mantap. Ini adalah kerana ramai daripada mereka yang telah banyak membuang masa dan tenaga untuk teknik pembangunan perniagaan yang lapuk, tidak berkesan dan dirancang dengan lemah. Cogankata Tom ialah “Tiada lagi teori! Cuma fakta yang berkesan!” Buku ini adalah koleksi pelajaran-pelajaran kecil yang mengandungi tulisan beliau yang unik, ringkas dan mudah difahami. Dengan menggunakan beberapa ayat atau contoh, Tom telah menunjukkan jawapan sebenar kepada cabaran di dalam kepimpinan perniagaan MLM. Anda juga akan turut merasai kelucuan dan sikap berterus terang Tom yang telah menawan hati hadirin bengkel beliau di seluruh dunia. Oleh itu tenangkan diri anda dan bersedia untuk mengharungi satu pengalaman membaca yang akan membuat anda teruja. Mengenai Penterjemah

Zamri Nanyan banyak membuat penyelidikan tentang perniagaan MLM atau pemasaran rangkaian ini dengan cara pemerhatian, bacaan, menghadiri seminar, melibatkan diri secara langsung dengan industri ini dan berkenalan dengan

pelbagai pengedar MLM yang berjaya di dalam syarikat mereka, samaada di dalam ataupun di luar negara. Beliau mendapat perhatian Tom Schreiter untuk menterjemahkan buku “Big Al Tells All: The Recruiting System (Sponsoring Magic)” selepas membina persahabatan dengan Tom melalui internet selama beberapa tahun. Tom merasakan buku berbahasa Malaysia ini dapat meningkatkan lagi tahap profesionalisme di kalangan pengedar-pengedar MLM di Asia Tenggara ini, khususnya bagi mereka yang tinggal di Malaysia, dan Zamri Nanyan adalah orang yang sesuai untuk membuat terjemahan kandungan buku beliau tanpa merosakkan maksud yang hendak dipelihara. Buku ini adalah buku yang hebat dan mesti dibaca oleh semua pengedar. Ianya juga merupakan satu penghormatan yang tinggi daripada Tom kepada Zamri untuk penterjemahan ini.

Page 6: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 6

AMARAN daripada “Big Al” !!!

Buku ini boleh membahayakan kesihatan anda. Akibat daripada mengikuti arahan yang dilampirkan ini boleh membuatkan anda menambah pendapatan anda. Dengan pendapatan yang bertambah, anda akan mendapat tekanan dan kerisauan bagaimana hendak melabur lebihan pendapatan anda dengan bijak. Pengarang dan penerbit buku ini tidak akan bertanggungjawab jika ada yang patah jiwa akibat dari terlalu banyak kemewahan. Anda cuma perlukan satu idea yang baik untuk mendapat semula kos anda membeli buku ini. Kami harap anda akan mendapat lebih daripada satu idea. Buku ini sangat beharga hinggakan anda tidak seharusnya memberitahu pihak LHDN yang anda memilikinya.

Page 7: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 7

Isi Kandungan Pengedar “Joe” ...............................................................................................................8 Petua Kejayaan Big Al ...............................................................................................11 Dua Lawan Satu: Satu Kelebihan Yang Berat Sebelah ................................13 Ganjaran .........................................................................................................................17 Bukan Semua Orang Mahu Melakukannya .......................................................19 Menghapuskan Mitos .................................................................................................21 Penjual Pengembara ..................................................................................................25 Satu Cerita Bernilai 10,000 Fakta ........................................................................27 Cerita Pencari Tiram...................................................................................................31 Helang dan Tiram........................................................................................................31 Dua Soalan Ajaib .........................................................................................................33 Hasil Lumayan ..............................................................................................................37 Bagaimana Untuk Menjadikan Pasangan Anda Percaya Dalam Penetapan-Matlamat (Goal-Setting)....................................................................39 Memeterainya Sebelum Memulakannya. ...........................................................41 Bagaimana Caranya Melenyapkan Kumpulan Jualan Anda........................44 Biarkan Buku Kecil Ini Jalankan Tugasnya .......................................................48 Bertukar Barangan/Perkhidmatan Untuk Tingkatkan Jualan Peribadi ...50 Memperolehi Sesuatu Secara Percuma ..............................................................52 Permulaan Pengedar Baru .......................................................................................54 Faedah .............................................................................................................................56 Usaha Tidak Ke Mana ................................................................................................59 Memancing Ikan Besar..............................................................................................62 Peraturan Hidup...........................................................................................................65 Sindrom Ladang Tenusu...........................................................................................69 Sindrom Ladang Tenusu (Bahagian II) ..............................................................74 Kes Kehilangan Dana Persaraan ...........................................................................77 Cerita Padang Strawberi...........................................................................................80 Bagaimanakah Caranya Membuat Pembentangan Untuk Merekrut Dengan Jayanya ..........................................................................................................84 Jawapan Kepada Pembentangan Merekrut Yang Tidak Efektif .................88

Page 8: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 8

Pengedar “Joe”

Pengedar Joe bangun awal pada pagi Sabtu. Sepanjang minggu beliau sudah menunggu hari cuti beliau untuk “merekrut dengan sebenarnya”. Tiada lagi halangan kerja, cuma usaha 100% untuk menaja pengedar baru. Selepas bersarapan besar, Joe melihat jam beliau – 8:30 pagi – masa untuk membuat temujanji telefon.

Dengan perasaan teragak-agak, Joe mendail nombor pertama.

Selepas deringan ketiga Joe cepat-cepat meletak ganggang talipon. “Mungkin mereka masih tidur, saya rasa saya tak patut telefon awal sangat,” Joe bercakap pada diri sendiri. “Untuk satu jam ini, saya patut tetapkan dahulu matlamat saya pada hari ini.”

Pada pukul 9:30 pagi, Joe menghabiskan matlamat dan carta

unjuran yang menunjukkan berapa banyak bonus yang akan beliau perolehi jika setiap pengedar kesepuluh beliau menaja cuma seorang seminggu… yang setiap seorang daripada mereka berbelanja purata $20.30 seminggu. Beliau juga sudah berkira-kira jumlah majlis jemputan untuk ceramah kejayaan peribadi yang boleh beliau muatkan di dalam jadual beliau, apabila beliau sudah mencapai tahap pengedar tertinggi nanti.

Tetapi, Joe perlu menaja pengedar pertama beliau dahulu. Pada pukul 9:35 pagi, Joe membuat panggilan kedua beliau.

Talian sibuk. Dengan perasaan lega, Joe berkata, “Dia mungkin tidak berminat pun”. Oleh kerana Joe telah gagal untuk mendapatkan temujanji untuk dua prospek pertama beliau, beliau membuat keputusan untuk mengkaji senarai prospek beliau untuk melihat siapa lagi yang boleh beliau hubungi. Semasa mengkaji semula senarai itu, Joe mengambil peluang untuk membahagikan prospek yang berpotensi daripada prospek yang mempunyai peluang yang sederhana dan daripada prospek yang tidak mempunyai harapan. Setelah semuanya telah disusun dengan teratur, Joe menulis kesemua nama dan maklumat yang berkaitan di atas kertas bersaiz 3 X 5 inci dan membuat satu sistem kad yang cantik, menarik dan memang memberansangkan kepada sesiapa yang melihatnya.

Pada pukul 11:45 pagi Joe mula rasa bersalah kerana beliau

langsung tidak dapat merekrut seorang pun pengedar baru pada pagi

Page 9: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 9

itu. Beliau mula berfikir, “Saya bukannya takut untuk bercakap dengan orang ataupun takut menghadapi kegagalan tetapi cuma menyediakan diri untuk petang ini. Saya dah bersedia untuk keluar dan merekrut dengan lebih berjaya.”

Bila Joe sudah bersedia untuk keluar dari rumah, beliau tiba-tiba

sedar, “Alamak, dah dekat waktu makan tengahari, baik saya makan dulu sebelum saya keluar.”

Pada pukul 1:00 petang, Joe akhirnya meninggalkan rumahnya

dan memandu keluar dari garaj. Tapi kemana nak pergi dulu? Tak ada temujanji. Tak ada rancangan.

Joe menguatkan semangat dan menuju ke pusat membeli belah

di kawasan perumahan beliau untuk berjumpa dengan prospek tanpa temujanji. Peluang beliau agak cerah dan mereka yang ingin beliau jumpa ialah peniaga-peniaga kecil…sepatutnya satu resepi yang boleh membawa kejayaan.

Encik Tukang Kasut sedang melayan pelanggan yang sedang

beratur, jadi Joe tidak berhenti di kedai beliau. Encik Jubin dan Encik Karpet pula cuma ada seorang sahaja pelanggan dan jika Joe ditolak sudah tentu pelanggan itu akan memandang rendah pada Joe. Cik Penjual Bunga pula berwajah masam, jadi Joe tak berani nak singgah dan buatkan dia bertambah marah. Di sebuah kedai kasut pula cuma ada seorang sahaja penjual yang kelihatan. Tetapi jika Joe cuba menarik beliau sebagai pengedar, mungkin dia akan disedari oleh pengurus kedai itu dan dihalau keluar. Ah… nampaknya Encik Pembaiki Jam keseorangan.

Joe memperkenalkan diri beliau. Encik Pembaiki Jam terus

mengawal keadaan dengan bertanya, “Berapakah kos yang akan saya tanggung? Dah berapa lama awak buat kerja ni? Apa kelayakan awak? Boleh awak tunjukkan cek bonus awak untuk 12 bulan yang terakhir?”

Merasa tergugat, Joe cuba mengelak daripada lebih malu dengan

mengatakan yang beliau sibuk dan ada temujanji yang lain dan cepat-cepat meninggalkan kedai itu.

Pada pukul 2:20 petang Joe masuk ke dalam kereta dengan

perasaan kecewa. Beliau sedar yang tahap keyakinannya berada di paras terendah tetapi beliau masih ingin berusaha untuk kali terakhir.

Page 10: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 10

Pada pukul 2:45 petang Joe memandu ke jalan di depan rumah kawannya. Dari tepi jalan Joe lihat melalui tingkap dan tidak nampak sebarang aktiviti di dalam rumah itu. Oleh kerana nampak macam tiada orang di rumah, Joe bercakap pada diri beliau, “Sekarang ni mungkin masa yang baik untuk balik rumah dan buat kajian semula. Seorang usahawan yang berjaya mesti mempunyai sistem simpanan maklumat yang baik untuk berjaya.”

Page 11: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 11

Petua Kejayaan Big Al

Pengedar Joe mempunyai seorang penaja dan perekrut

profesional iaitu Big Al. Bila Big Al menelefon Joe untuk bertanyakan apa yang telah beliau capai sepanjang Sabtu itu, beliau sudah tahu apa yang Joe akan laporkan.

Beliau memberitahu, “Joe, saya tahu awak bersemangat untuk

berjaya, dan saya tahu akan perasaan tidak yakin yang sering menghantui kita semua bila merekrut. Saya rasa selepas pengalaman hari ini awak akan lebih mendengar nasihat saya bagaimana untuk mengatasi masalah ini untuk selama-lamanya.”

Joe terus bersemangat dan cepat-cepat ke rumah Big Al untuk

mempelajari rahsia penyelesaian kepada masalah merekrut beliau. Bila Joe sampai, Big Al berkata, “Satu pelajaran itu bernilai

10,000 perkataan. Kebanyakan daripada pengedar mendapat nasihat yang bagus tapi tidak menyedari nilainya atau pun menggunakannya. Saya tak akan memberitahu awak yang adanya penyelesaian ajaib kepada masalah merekrut awak. Awak akan mempelajarinya sendiri. Apa yang saya hendak awak buat sekarang ialah membuat beberapa panggilan dan dapatkan beberapa temujanji untuk merekrut untuk malam Selasa. Jangan risau dengan siapa awak buat temujanji itu, sebab saya akan ikut awak dan saya yang akan bercakap dengan mereka. Awak cuma ikut saya dan tengok sahaja, ok? Cakap pada kawan-kawan awak, “Adakah awak berminat untuk membuat duit lebih? Saya nak awak jumpa dengan seseorang, Big Al. Apa kata kita berkumpul di ruamh awak pada malam Selasa selama 20 minit. Awak mesti suka berjumpa dengan Big Al.”

Joe merasakan yang tugasan tersebut tidaklah susah. Lagipun

beliau tidak perlu buat apa-apa dan cuma perlu mendapatkan temu janji sahaja. Kesemua pembentangan perniagaan akan dibuat oleh Big Al. Joe boleh duduk sahaja dan biarkan kawan-kawan beliau bertanya pelbagai soalan ataupun bantahan dan perhatikan bagaimana Big Al menguruskan mereka dan menjadikan mereka pengedar baru.

Big Al menunjuk pada telefon dan berkata, “Apa kata awak buat

beberapa panggilan sekarang?” Joe berasa bersemangat. Dalam masa 20 minit dia telah membuat 4 temu janji untuk malam Selasa.

Page 12: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 12

Menjawab pertanyaan di telefon terasa amat mudah kerana Joe bersikap amat positif.

Bila ditanya, “Ada apa ni?” Joe akan menjawab, “Saya nak awak

jumpa Big Al, dia ada banyak idea untuk buat duit dan saya percaya awak akan rasa tidak rugi berjumpa dengannya.”

Big Al berpaling ke Joe dan berkata, “Balik rumah dan berehat.

Kita akan berjumpa di rumah awak petang Selasa pada pukul 5:30. Dalam masa 20 minit ini, awak sudah pun mencapai apa yang kebanyakan pengedar capai dalam masa seminggu.

Page 13: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 13

Dua Lawan Satu: Satu Kelebihan Yang Berat Sebelah

Malam Selasa berjalan dengan begitu lancar hinggakan Joe merasa tergamam. Satu temu janji tidak berminat, satu lagi temujanji hendak memikirkannya dulu, dan dua lagi temujanji menjadi pengedar baru! Bayangkan dua pengedar tahap pertama yang baru dalam satu malam!

Dan ianya begitu mudah. Joe cuma perkenalkan Big Al kepada

prospek dan Big Al dengan tenang menunjukkan mereka peluang yang ada. Bila Big Al sudah selesai, prospek samaada mendaftar ataupun tidak. Tiada sesuatu pun yang ajaib mengenai pembentangan perniagaan beliau. Tiada tekanan. Cuma penerangan mudah yang mungkin Joe sendiri boleh melakukannya.

Mereka mendengar setiap ayat yang Big Al perkatakan. Mereka

menghormati beliau. Tiada sebarang bantahan yang sinis. Semua prospek amat bersopan. Ini memudahkan kerja Big Al.

Bila Big Al dan Joe selesai dan pulang ke rumah Joe malam itu,

Joe menjemput Big Al masuk ke rumah untuk mendapatkan penerangan mengenai kejadian yang mengkagumkan yang berlaku petang itu. Big Al cuma tersenyum dan menyuruh Joe mengambil nota.

Big Al bercakap, “Rahsia merekrut malam ini mudah sahaja.

Kita berdua dan mereka cuma seorang. Jadi, keadaannya adalah berat sebelah – bagus untuk kita. Apa yang kita perlu buat ialah meyakinkan satu orang untuk berfikir mengikut cara kita. Dan cara pemikiran kita tentulah mempunyai kebaikan kerana sudah ada dua orang yang berkongsi pemikiran tersebut. Lebih mudah untuk prospek menyertai keseronokan yang kita pamerkan daripada dia cuba meyakinkan kita yang kita ini salah. Lagipun, dia ingin berfikir seperti kita berdua. Dia juga inginkan duit lebih.”

“Ini memang nampak mudah, bahkan kesemua perekrut

profesional bekerja secara pasangan. Pengetahuan tentang ini adalah amat penting untuk kejayaan anda. Jadi, mari kita lihat kenapa profesional bekerja secara pasangan”:

Page 14: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 14

1. Bila anda melawat seorang kawan, dia mungkin akan memesongkan anda dengan pelbagai cerita, cerita sukan dan sembang-sembang kosong tentang keluarga. Dia boleh bergurau, mengejek anda dan bercerita tentang pelbagai masalah semata-mata untuk berseronok.

Tetapi semua ini akan bertukar dengan drastik bila ada orang yang tidak dikenali hadir sama. Dia akan menjadi lebih sopan sebab dia tidak mengenali saya. Dia rasa saya ini seorang pakar sebab saya ini orang yang tidak dikenali. Saya mungkin ketua anda jadi dia sentiasa bersopan agar tidak memalukan anda. Dia mungkin merasakan yang dia boleh menakut-nakutkan anda tetapi bila ada orang yang tidak dikenali bersama anda, maka dia akan bekerjasama dan lebih berhemah.

2. Prospek anda cuma nampak anda dan bukannya syarikat yang

anda wakili. Jika dia merasakan yang anda secara peribadi tidak sempurna, dia akan menolak sebarang peluang berdasarkan peribadi anda dan bukannya berdasarkan kekuatan syarikat. Bagaimanapun, jika ada seorang yang tidak dikenali ada bersama, maka dia mesti membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukannya berdasarkan peribadi anda dan kedudukan semasa anda.

3. Bila dua orang bekerja sebagai satu pasukan, keyakinan diri

mereka adalah di tahap yang paling tinggi. Mereka saling memotivasikan pasangan mereka. Ianya tidaklah terasa seperti terpaksa melakukan semuanya seorang diri. Jika anda berseorangan, anda mungkin takutkan kegagalan dan takut untuk membuat temujanji, dan lebih berkemungkinan untuk mengelak daripada berjumpa dengan prospek. Itulah sebab anda habiskan hari Sabtu lalu untuk membuat kerja-kerja membuat dokumen. Jika anda mempunyai pasangan, setiap pasangan anda akan bekerja keras untuk tidak mengewakan pasangan mereka. Jika masing-masing dikehendaki membuat empat temujanji, maka sudah tentu anda akan memastikan yang anda akan mencapai matlamat anda.

4. Bila dua pengedar membuat suatu pembentangan, seorang

bercakap, dan seorang lagi berdiam diri dan memerhati. Pemerhati tidak perlu risau untuk memastikan yang pembentangan itu ada semua maklumat yang diperlukan dan sebagainya., jadi dia bebas untuk memerhatikan prospek dengan dekat dan mendengar sebarang petanda kepada apa

Page 15: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 15

yang memotivasi mereka. Bila tiba masanya untuk prospek membuat keputusan, pemerhati itu boleh membantu anda untuk memberi maklumat yang penting yang mungkin anda tidak sedari.

5. Dua pengedar yang bekerja bersama akan dapat mencapai lebih

kejayaan jika dibandingkan jika mereka bekerja berasingan. Pengedar profesional pentingkan kepada kerja yang berjalan lancar.

6. Jika anda tidak bekerja sebagi satu pasukan dan anda

membiarkan pengedar-pengedar baru anda merekrut berseorangan, maka anda mengandaikan perkara berikut:

a. Pengedar-pengedar baru anda dengan serta-merta

mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang perniagaan anda.

b. Pengedar-pengedar baru anda dirahmati dengan keyakinan

diri yang tinggi dan boleh menghadapi kegagalan berseorangan.

c. Pengedar-pengedar baru anda dengan serta merta cekap

dalam pembentangan peluang perniagaan hanya dengan mengisi borang pengedar.

Untuk mengandaikan seperti di atas adalah tidak munasabah. Oleh itu, pilihan yang tinggal adalah untuk bekerja dalam satu pasukan.

7. Bila dua orang bekerja bersama, mereka berpeluang untuk

menilai pembentangan masing-masing. Mereka boleh mengkaji semula aspek-aspek yang baik dan aspek-aspek yang lemah di dalam sesuatu pembentangan untuk memastikan yang pembentangan mereka di masa hadapan akan lebih baik. Dua pandangan, satu daripada penyampai dan satu daripada pemerhati adalah amat bernilai.

“Seperti yang awak lihat, Joe, ada lojiknya kenapa proses merekrut

itu perlu dibuat dalam pasangan. Dalam dua minggu berikutnya, awak dan saya akan bekerja bersama pada malam Selasa dan Sabtu. Kita perlukan empat temujanji setiap Selasa dan enam temujanji pada hari Sabtu. Jadi ada sepuluh seminggu. Saya akan buat lima temujanji dan awak buat lima. Adil tak?”

Page 16: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 16

Joe, dengan penuh semangat, bersetuju. Ini perkara mudah.

Kesemua kekhuatiran yang ada dalam diri beliau untuk merekrut sudah hilang dan Joe bayangkan satu masa depan yang cerah dengan mendapat ramai pengedar-pengedar baru di dalam kumpulan beliau.

Page 17: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 17

Ganjaran

Selepas dua minggu, Joe sudah ada 15 pengedar di dalam kumpulan beliau. Ianya hampir menjadi satu rutin. Setiap petang Selasa dan Sabtu, Big Al dan Joe akan membentangkan peluang perniagaan mereka dan kemudian membiarkan prospek membuat keputusan samaada mereka ingin menyertai mereka ataupun tidak. Tiada perkara ajaib dan tiada tekanan tinggi. Cuma tunjukkan peluang perniagaan mereka sahaja.

Big Al dan Joe sedang minum kopi bila Big Al memberitahu, “Joe,

latihan awak sudah tamat. Awak kena berdikari sekarang. Awak sudah banyak kali mendengar pembentangan saya, dan awak boleh membentangkannya lebih baik daripada saya.”

Joe kehairanan, “Tapi kitakan satu pasukan? Tidakkah begitu?” Big Al ketawa dan berkata, “Joe, saya tak nak awak pergi

merekrut seorang diri. Saya nak awak berpasukan dengan pengedar-pengedar baru awak. Sudah tentu kita akhirnya boleh menaja 1,000 orang pengedar, tetapi itu bukan cara pemasaran rangkaian dilaksanakan. Awak kena bekerja dengan bijak – bukan bekerja keras.

“Awak kena latih pengedar-pengedar awak sama seperti

bagaimana saya telah melatih awak. Tidakkah awak mahu lima atau sepuluh pengedar awak keluar merekrut sendiri daripada awak sendiri yang melakukan kesemuanya? Tidakkah awak rasa pengedar-pengedar awak akan merasa lemah semangat jika awak tidak bekerja dengan mereka sebagai satu pasukan? Lagipun Joe, awak akan kehabisan kawan yang boleh awak jadikan prospek.

“Daripada awak membuat panggilan telefon kepada orang yang

awak tidak kenali, menempah iklan dan sebagainya, bukankah lebih munasabah jika awak bercakap dengan orang yang dikenali? Awak ada 15 pengedar baru, setengahnya bersemangat, setengahnya tidak. Minta mereka membuat temujanji sama seperti yang saya suruh awak buat sebelum ini. Kemungkinan awak ada lima hingga lapan pengedar yang serius tentang peluang perniagaan ini dan ingin bekerja dengan awak. Bekerja dengan lima hingga lapan pengedar yang serius ini akan membuatkan awak sibuk untuk satu jangkamasa yang panjang.

Page 18: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 18

“Awak akan mempunyai satu rangkaian pengedar-pengedar yang besar, kuat dan berkembang. Ini adalah satu cara yang paling cepat dan pasti untuk menjadi bintang di dalam pemasaran rangkaian”

Joe dengan segera membuat pengiraan mental. Jika beliau dapat

bekerja dengan cuma lima pengedar baru agar setiap daripada mereka mempunyai 15 pengedar, maka ini bermakna ada 75 pengedar di dalam kumpulan beliau! Tambahan pula, beliau sekarang mempunyai lima pengedar yang terlatih yang boleh bekerja dengan pengedar-pengedar mereka sendiri. Ini bermakna, akan ada beratus-ratus pengedar di dalam kumpulan mereka. Joe baru mula memahami maksud perkataan ‘bekerja dengan bijak’.

Daripada membiarkan setiap pengedar terkapai-kapai seorang

diri dan dengan menggunakan kerja berpasukan, Joe akan mempunyai beratus-ratus pengedar di dalam kumpulan beliau dalam masa dua atau tiga bulan. Big Al mengambil masa tiga minggu melatih Joe. Jadi, Joe akan mengambil masa cuma dua atau tiga bulan sahaja untuk melatih lima atau lapan pengedar, dengan bekerja bersama dua daripada mereka pada satu-satu masa. Joe boleh bekerja dengan seorang pengedar pada hari Selasa dan Sabtu dan dengan pengedar yang berbeza pada hari Rabu dan Khamis.

Bayangkan, dalam masa 60 ke 90 hari, Joe akan mempunyai

kumpulan yang akan dicemburi rakan-rakan pengedar yang lain. Apa yang Joe perlu buat ialah mengikut Sistem yang diajarkan.

Big Al sudah pun menunjukkan kepada Joe bagaimana untuk

menjadi seorang bintang hanya dengan menggunakan asas-asas yang dipelajari dalam 3 minggu lepas. Bagaimanapun, Big Al telah menekankan yang Joe dan Big Al perlu bertemu setiap minggu untuk memastikan yang Joe tidak hilang haluan dan untuk mempertingkatkan kemahiran merekrut beliau.

Joe kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Big Al

untuk semua pertolongan yang telah diberikan. Secara tidak langsung, Big Al juga telah pun menambah satu lagi kumpulan pengedar yang kuat dibawahnya melalui Joe.

Page 19: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 19

Bukan Semua Orang Mahu Melakukannya

Dua minggu kemudian semasa minum kopi, Joe memberitahu Big Al tentang kebijaksanaan menggunakan Sistem. Joe menyedari yang untuk menaja terlalu banyak pengedar tahap pertama adalah satu perbuatan yang sia-sia. Sebagai seorang yang akan bekerja dengan sekumpulan rekrut baru, beliau akan kehilangan rekrut asal beliau akibat mengabaikan mereka.

Adalah lebih munasabah untuk menghadkan bilangan pengedar

tahap pertama beliau. Tetapi bagaimana pula jika cuma dua atau tiga daripada 15 pengedar asal beliau yang benar-benar serius? Apa pula yang perlu dibuat dengan baki sembilan atau sepuluh pengedar yang jelas tidak bersemangat itu?

Big Al menjawab, “Ramai yang tahu bahawa pengedar yang

tidak bermotivasi akan menggunakan barangan tersebut dan boleh menjadi pelanggan yang bagus. Awak mungkin akan mempunyai jualan bulanan beratus-ratus ringgit hanya dengan melayan pengedar-pengedar yang tidak bermotivasi itu. Sudah tentu kita patut membantu mereka dan tidak mengabaikan mereka.

“Pengedar yang tidak bermotivasi mempunyai matlamat yang

berbeza daripada awak, Joe. Mereka mungkin menjadi ahli cuma untuk menjual dan memperolehi sedikit wang, atau cuma ingin membeli pada harga borong untuk kegunaan sendiri. Organisasi saya sendiri membuat jualan bulanan yang bernilai ribuan ringgit untuk ‘kegunaan sendiri’ ini.

“Masalahnya di sini, Joe, ialah awak tidak nampak gambaran

yang sebenar. Awak bukannya menaja pengedar yang tidak bermotivasi, tetapi awak menaja seseorang yang mengenali ramai prospek yang berkualiti, yang bila ditaja, akan menjadi seorang pekerja (atau pengedar yang betul-betul mahu melakukan perniagaan ini). Dalam ertikata lain, jangan menilai seorang pengedar yang tidak bermotivasi dengan apa yang mereka mungkin akan buat. Mereka mungkin perpotensi untuk memperkenalkan prospek baru yang bakal anda bawa masuk ke dalam kumpulan anda.

Tugas anda adalah untuk membina kumpulan seberapa banyak

tahap (level) ke bawah, dapatkan nama prospek daripada mereka, dan bekerja untuk menggantikan pengedar yang tidak bermotivasi. Sudah

Page 20: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 20

tentu mereka mengenali seseorang yang boleh menjadi pekerja yang baik dalam organisasi anda.

“Seorang perekrut profesional akan mengakui yang bukan

semua pekerja mereka ditaja oleh mereka sendiri. Pekerja-pekerja mereka berkemungkinan besar adalah pengedar tahap kedua, ketiga dan mungkin juga tahap sepuluh yang muncul tanpa disedari.

Jangan teragak-agak untuk menaja pengedar yang tidak

bermotivasi. Matlamat peribadi mereka mungkin akan berubah dan mereka mungkin akan bertukar menjadi seorang pekerja, atau mereka mungkin akan membawa anda kepada seorang pekerja yang tidak mungkin awak temui jika mereka tidak menjadi pengedar.”

Page 21: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 21

Menghapuskan Mitos

Minggu berikutnya semasa minum kopi, Joe mengakui yang beliau tertarik untuk membuat sesuatu inovasi yang menarik dalam merekrut. Joe telah mengkaji beberapa idea yang baik dan ingin tahu jika dia boleh melaksanakannya untuk maju dengan cepat.

Bukannya kerana Sistem sekarang tidak berfungsi, malah Joe

sekarang sudah mempunyai 85 pengedar dalam organisasi beliau selepas cuma tujuh minggu dalam perniagaan itu. Cuma idea-idea baru itu nampak cukup mengkagumkan hinggakan Joe tak sabar-sabar untuk mencubanya.

Big Al tersenyum dan menarik nafas panjang. “Joe, saya rasa

suda tiba masanya kita membuat sedikit penghapusan mitos. Setiap pengedar mempunyai idea kegemaran mereka sendiri untuk merekrut dengan cepat. Sesetengah idea tersebut mungkin hanya separuh berkesan sahaja, sesetengahnya cuma berjaya mengumpul pengedar yang tidak aktif, dan sesetengahnya mungkin cuma berkesan dalam keadaan tertentu. Kenapa golongan profesional menggunakan Sistem ini ialah kerana ianya berkesan. Sesiapa sahaja yang menggunakannya boleh menjadi pengedar paling berjaya dalam masa beberapa minggu sahaja.

“Kenapa saya berkeras untuk kita berjumpa setiap minggu ialah

untuk memastikan awak tidak hilang arah, Joe. Mengikuti beberapa idea merekrut dengan cara yang bertaburan akan hanya membebankan awak. Ikut Sistem dan elakkan daripada terpesong. Tetapi saya tak nak awak percaya sahaja kata-kata saya ini. Mari kita periksa bersama-sama beberapa mitos merekrut dan menganalisa apa kelemahan mereka. Dengan pengetahuan ini, kita tidak akan tertarik untuk terpesong daripada Sistem kita yang telah terbukti berkesan.”

Tiga jam berikutnya dihabiskan dengan menganalisa kenapa

kebanyakan teknik-teknik merekrut di bawah tidak berkesan secara konsistennya untuk kebanyakan pengedar-pengedar baru. Berikut adalah mitos-mitos utama dan kelemahan-kelemahan mereka:

1. Iklan Akhbar – Pekerja Dikehendaki. Bayangkan seorang penganggur berusia 17 tahun yang membaca akhbar itu. Beliau tidak ada duit, tidak ada kereta dan cuma mencari duit untuk digunakan sebagai belanja satu temujanji dengan teman wanita

Page 22: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 22

beliau sahaja. Masalah derngan Iklan Pekerja Dikehendaki ini ialah ianya cuma sampai kepada penganggur yang memerlukan duit sekarang ini juga. Mereka tidak mahu menunggu beberapa bulan untuk membina suatu perniagaan. Mereka ingin tahu berapa gaji yang akan dibayar untuk kerja itu. Orang yang anda cari ialah mereka yang sudah mempunyai pekerjaan dan ingin membina satu perniagaan secara sambilan. Oleh kerana mereka ini tidak membaca Iklan Pekerja Dikehendaki, kenapa perlu kita mengiklankan di situ?

2. Iklan Akhbar – Peluang Perniagaan. Walaupun jumlah

pembaca adalah kecil, anda dapat sampaikan mesej kepada mereka yang mencari perniagaan untuk dijual. Mereka mungkin sudah mengumpulkan duit yang cukup untuk mengupah seorang pengurus untuk menjalankan perniagaan pemasaran rangkaian untuk mereka. Tetapi adakah perniagaan pemasaran rangkaian satu perniagaan yang boleh dibeli? Tidak. Ianya satu perniagaan yang memerlukan usaha peribadi. Yang nyata ianya bukanlah satu tempat untuk mencari pekerja yang sanggup keluar dan memulakan perniagaan.

3. Jabatan Buruh. Kebanyakan daripada mereka yang berada di

situ jatuh dalam dua kategori:

(1) mereka yang tidak mahu mencari pekerjaan dan cuma ingin mengambil faedah pengangguran (sudah tentu kita tidak mahu meganggu mereka dengan memberi mereka peluang untuk bekerja), dan

(2) mereka yang ingin mencari tetapi gagal mendapatkan

pekerjaan. Mereka ini inginkan kerja sekarang dan bukannya peluang perniagaan yang hanya akan membawa hasil dalam beberapa bulan. (Lihat No. 1)

4. Ajensi Pekerjaan – Lihat No. 1

5. Rumah ke Rumah. Mungkin bagus untuk mereka yang suka

membahayakan diri sendiri tetapi bukan bagi kepada kebanyakan daripada kita yang normal. Lagipun ianya satu cara mudah untuk dirompak atau ditembak. Awak tidak mampu untuk kehilangan seorang pekerja kepada seorang perompak.

6. Surat Menyurat. Bukankah baik kalau kita cuma perlu hantar

surat dan orang akan menyertai kita? Tetapi apakah yang

Page 23: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 23

kebanyakan daripada kita buat dengan surat-surat yang tidak diundang ini? Bagaimanapun, menulis surat adalah satu cara yang baik untuk mengisi masa yang terluang dan menajamkan kemahiran menulis dan mengeja. Lagipun, ianya menyokong Jabatan Pos. Tetapi sebagai satu alat merekrut, baik kita biarkan cara ini kepada mereka yang profesional ataupun mereka yang berpengalaman dalam menjual barangan melalui pos sahaja.

7. Telefon Orang Yang Tidak Dikenali. Pada pukul 2 petang

Khamis, anda baru sahaja menidurkan bayi berumur 6 bulan anda. Anda sedang menonton telenovela kegemaran anda dan ianya hampir mendedahkan identiti seorang penjahat. Telefon berbunyi. Apakah tindakbalas anda bila seorang yang tidak dikenali memberitahu anda yang dia telah menghubungi anda secara rambang untuk menjadi pengedar? Orang sudah lali dengan mereka yang menjual menggunakan telefon dan mereka enggan mendengar seseorang yang tidak dikenali cuba menjual barangan kepada mereka. Sudah tentu ada cara yang lebih berkesan.

8. Risalah dan Kertas-kertas Iklan. Hampir semua pengedar

merasakan yang mereka telah menulis iklan yang sempurna yang boleh membuatkan prospek menelefon dan merayu untuk menjadi pengedar. Mereka akan menampal dan mengedarkan di jalanan dan menyelitkannya di bawah pintu. Walaupun ianya boleh menghasilkan aktiviti di kalangan prospek yang tidak layak, manfaat sebenarnya cuma pengedar akan dapat udara segar dan senaman. Apakah yang biasa kita buat bila orang beri kita kertas-kertas iklan dan surat-surat yang tidak diundang? Adakah ini cara yang paling efisyen untuk mencapai prospek yang berkelayakan? Kalau adalah sesuatu yang boleh dipanggil sebagai iklan pemasaran rangkaian yang sempurna, bukankah semua orang akan sudah direkrut?

9. Papan Notis di Kedai Runcit. Berapa ramaikah pekerja serius

yang anda rasa akan membaca papan notis di kedai runcit untuk mencari peluang perniagaan yang mantap?

10. Mengumpul Dana. Apabila dana telah dikumpulkan, anda

akan tinggal dengan tiada pengedar-pengedar. Adakah ini satu cara untuk membina satu organisasi yang mantap? Adalah sukar untuk meyakinkan satu organisasi untuk menggunakan produk anda dan sukar untuk melatih mereka untuk menjualnya.

Page 24: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 24

Kenapa berusaha untuk satu saja hasil untuk jangkamasa pendek?

Big Al meneruskan, “Sudah tentu ada kebaikan dalam setiap teknik

itu. Tidak salah untuk berbuat demikian jika awak ada banyak masa yang terluang. Tetapi jangan terpesong daripada Sistem kita. Hanya kerana seseorang telah berjaya dalam mengggunakan teknik itu, tidak semestinya awak menghadapi situasi yang sama.

“Biar saya berikan satu contoh. Dalam satu seminar, seorang gadis

berusia 17 tahun bercerita tentang pengalaman beliau menjual produk bernilai $1,000 dan menaja beberapa pengedar dengan pergi dari rumah ke rumah dalam masa seminggu sahaja. Semua orang merasa teruja bila gadis itu berkongsi cerita kejayaan beliau.

“Bagaimanapun, pengedar-pengedar gadis itu semuanya gagal. Apa

yang gadis itu lupa untuk beritahu ialah emak beliau adalah Datuk Bandar sebuah bandar kecil dan memiliki hampir kesemua hartanah di situ dan penyewa-penyewa rumah merasa terhutang budi untuk membantu gadis itu.

“Satu lagi contoh: seorang anak muda yang dengan penuh yakin

menceritakan kejayaan beliau membantu sebuah pertubuhan keagamaan mengumpul dana dengan menjual produk beliau. Apa yang beliau tidak beritahu ialah abang beliau ialah seorang presiden pertubuhan di situ dan beliau telah mengarahkan ahli-ahli beliau untuk membeli produk tersebut.

Dalam erti kata lain, dapatkan segala fakta. Selalunya ada sebab-

sebab tertentu disebalik teknik mencari prospek yang tidak efisyen ini. Jangan meniru dengan membabi buta. Gunakan Sistem dan biarkan perekrut amatur itu berkeliaran mencuba untuk menjayakan teknik-teknik lain.”

Page 25: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 25

Penjual Pengembara

Minggu berikutnya semasa minum kopi, Joe bercerita mengenai satu situasi yang menarik. Nampaknya pengedar beliau yang paling berpotensi mempunyai prospek yang jauhnya 90 batu dari tempat beliau tinggal. Oleh kerana mereka mengambil masa sepanjang petang untuk pergi dan balik dari sana, mereka tidak sempat untuk berjumpa dengan prospek yang lain. Walaupun prospek yang mereka jumpa itu ingin berfikir dahulu, Joe yakin yang beliau akan menyertai mereka. Adakah berbaloi menghabiskan masa dan tenaga untuk keluar dari daerah mereka? Mungkinkah masa yang telah dihabiskan itu lebih baik dihabiskan untuk membuat tiga atau empat pembentangan perniagaan di kawasan terdekat sahaja?

Big Al mengeluar sekeping kertas kosong dan mula membuat

pengiraan. “Mari kita tengok, perjalanan pergi balik sejauh 180 batu pada kos 30 sen sebatu sama dengan $54. Awak perlukan satu lagi perjalanan untuk prospek menyertai awak. Jadi tambah lagi $54 dan jumlah kos ialah $108. Dengan jumlah $108, Joe, awak boleh merasuah jiran awak untuk menjadi pengedar dan awak dah boleh balik kerumah sebelum pukul 6:30 petang.

“Tambahan pula, tengok berapa banyak pendapatan yang awak

hilang dengan membazirkan dua petang untuk merekrut. Campurkannya dengan $108 dan tanya pada diri awak jika prospek luar daerah awak itu berbaloi ataupun tidak.

“Tetapi itu bukan cerita keseluruhannya. Berapa banyak masa

pula awak atau pengedar awak akan habiskan untuk berulang alik untuk melatih beliau? Saya secara peribadi menaja orang di kawasan saya sahaja. Awak mungkin pernah dengar pepatah, ‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’, bukan?

“Kenapa tidak biarkan sahaja perekrut amatur memandu

meninggalkan 100,000 prospek tempatan dalam perjalanan mereka berjumpa dengan prospek luar daerah yang berpotensi? Akan terdapat banyak lagi amatur yang tidak mahu mengikut Sistem seperti kita sekarang. Berikan mereka prospek dan biarkan mereka yang memandu. Sebagai perekrut professional, awak ada aktiviti yang lebih penting daripada menghabiskan masa memandu.

Page 26: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 26

Soalan Ujian: Pengedar A, tinggal di bandar Alpha dan memandu sejauh 100 batu ke bandar Bimbo untuk merekrut seorang pengedar baru. Pada masa yang sama, Pengedar B yang tinggal di bandar Bimbo memandu sejauh 100 batu ke bandar Alpha untuk merekrut seorang pengedar baru. Soalan: Siapa yang menang? Jawapan: Stesyen-stesyen minyak.

Page 27: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 27

Satu Cerita Bernilai 10,000 Fakta

Big Al sedang menajamkan kemahiran pembentangan Joe. “Jangan sekadar memberikan fakta, sebaliknya berikan mereka satu cerita. Prospek dan pengedar-pengedar akan lebih mengingati cerita itu daripada fakta-fakta yang mudah dilupakan. Lagipun cerita-cerita menarik adalah lebih berkuasa dan lebih menaikkan semangat. Sudah tentu awak ingin menaikkan semangat prospek dan pengedar awak, bukan? Saya berani bertaruh yang awak masih lagi ingat satu cerita menarik yang diceritakan oleh cikgu awak di tahun satu. Tetapi, kemungkinan besar awak sudah lupa 90% dari fakta-fakta yang terpaksa awak hafal semasa di sekolah menengah. Betul atau tidak?”

Big Al kemudian berkongsi menceritakan beberapa cerita yang

dijamin akan menghidupkan sesuatu pembentangan perniagaan anda. “Kerja dengan bijak – Bukan kerja keras”

Jika presiden sebuah konglomerat yang besar menerima

pendapatan $1,000,000 setahun dan seorang buruh kasar menerima pendapatan $10,000 setahun, adakah ini bermakna yang presiden itu bekerja 100 kali lebih kuat? Adakah presiden itu bekerja 100 kali lebih lama dalam masa seminggu? Saya tak percaya yang seorang presiden mana-mana konglomerat itu boleh bekerja 400 jam seminggu. Oleh itu kenapa pula sesetengah orang itu boleh mendapat pendapatan lebih banyak daripada orang lain?

Mereka bekerja dengan bijak – bukan bekerja keras.

Mereka telah menemui cara untuk memberi lebih perkhidmatan, menjadi lebih cekap …..dan cara untuk membimbing orang lain untuk menjadi lebih produktif. Dalam erti kata lain, menghasilkan lebih nilai dalam masa yang sama.

Siapa yang awak akan bayar lebih? Seorang yang boleh menjual barangan anda yang bernilai $100 ataupun yang bernilai $1,000? Sudah tentu awak akan membayar 10 kali ganda lebih kepada orang kedua itu. Jika kita ingin mendapat lebih banyak pendapatan, kita perlu menghasilkan lebih banyak perkhidmatan. Kita mesti cari cara untuk bekerja dengan lebih bijak – bukan lebih kuat.

Page 28: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 28

Jika saya memerlukan sebuah longkang digali sepanjang satu

batu, dan sanggup membayar sebanyak $10,000, awak boleh memohon kerja itu. Awak boleh menggunakan penyodok kesayangan awak dan mula menggali. Dalam masa setahun longkang itu akan dapat disiapkan. Untuk longkang sepanjang satu batu itu saya akan bayar awak $10,000 kerana awak telah menyiapkan satu kerja yang bernilai $10,000.

Andaikan yang seorang kawan baik anda mendapat kerja

tersebut. Dia kemudiannya menyewa sebuah mesin penggali longkang pada kos $100, dan menyiapkan longkang itu dalam masa lima hari. Adakah dia telah menyiapkan kerja bernilai $10,000?

Siapa yang bekerja dengan bijak dan siapa yang bekerja keras? Cerita di atas ini mempunyai beberapa aplikasi. Awak boleh

menceritakan cerita ini kepada prospek awak untuk menunjukkan kepada mereka yang bekerja untuk orang lain juga adalah satu kerja keras, dan mempunyai perniagaan sambilan adalah cara bekerja dengan bijak.

Awak juga boleh menggunakan cerita ini kepada pengedar baru

yang menghabiskan seluruh masa mereka mencari pengedar “rangkaian peringkat pertama” yang baru. Itu satu kerja keras. Daripada cuba menaja semua orang secara peribadi, pengedar baru anda sepatutnya menggunakan “Sistem” di mana dia hanya perlu menaja beberapa pengedar secara peribadi, dan akhirnya mempunyai beratus pengedar di bawahnya. Itu caranya bekerja dengan bijak.

“Pembelajaran Yang Efektif”

Mari kita lihat berapa tahun daripada hidup kita dihabiskan di

sekolah:

Sekolah Rendah 6 tahun Sekolah Menengah 5 tahun Kolej/Universiti 4 tahun Jumlah 15 tahun

Kos pembelajaran di kolej boleh mencecah $10,000 setahun.

Kenapa kita pergi ke kolej? Untuk menjadi seorang yang berjaya. Tapi semasa di kolej kita belajar English, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, dan sebagainya, kesemua kursus ini direka

Page 29: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 29

untuk membuat kita seorang pekerja yang baik untuk orang lain. Kita tidak mengambil sebarang kursus untuk ‘Pengkhususan’ sebenar kita…Kejayaan.

Kita menghabiskan 15 tahun dari hidup kita dan $50,000 ( 5

tahun di kolej) dan tidak mengambil sebarang kursus pun bagaimana untuk menjadi seorang yang Berjaya. Tidakkah awak rasa ianya berbaloi untuk berbelanja $100 dan dua hari untuk mengambil kursus dan belajar bagaimana untuk menjadi seorang yang Berjaya?

Cerita di atas amat berguna untuk memotivasikan seseorang

pengedar untuk menghadiri kursus peningkatan kemahiran diri. Ianya juga boleh disesuaikan untuk memotivasikan prospek baru. (Encik Prospek, anda telah menghabiskan 15 tahun dan $50,000 belajar untuk menjadi seorang pekerja yang baik. Mahukah awak melabur $100 dan dua bulan masa awak untuk melihat samaada awak boleh menjadi seorang yang berjaya dengan menjadi majikan awak sendiri?)

“Ini Peluang Anda”

Siapa yang buat lebih banyak duit? Orang yang memiliki syarikat itu ataupun pekerja yang bekerja untuk dia? Sudah tentulah pemiliknya.

Encik Prospek, anda sekarang berpeluang untuk memiliki

perniagaan anda sendiri dan menentukan berapa banyak wang yang awak boleh janakan. Adakah awak ingin berterusan menjadi seorang pekerja dan biarkan boss awak tentukan berapa gaji bulanan awak, ataupun awak ingin memulakan perniagaan awak sendiri dengan menjadi pengedar sekarang?

Cerita di atas membantu Prospek itu membuat keputusan. Tidak

perlu berfikir panjang kerana pilihan yang ada amat jelas; tiada jalan tengah.

“Pengurus Pejabat”

Seorang ibu muda membuat keputusan untuk mendapatkan pekerjaan sepenuh masa untuk membayar pelbagai bil dalam membesarkan anak-anaknya.

Terdapat banyak pengorbanan yang perlu beliau buat iaitu:

Page 30: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 30

1. Dia tiada di rumah selama 8-10 jam sehari. Kerja rumah dan penyediaan makan akan terjejas.

2. Anak-anak beliau tidak lagi mempunyai kelebihan mempunyai emak sepenuh masa di rumah.

3. Dia akan terlepas pengalaman manis membantu anak-anak membesar.

4. Kurang masa untuk dihabiskan bersama keluarga oleh kerana waktu malam akan digunakan untuk menghabiskan kerja-kerja rumah.

Sebagai pulangan kepada pengorbanan yang beliau buat itu, dia

mendapat kerja yang membayar $2,000 sebulan. Selepas potongan-potongan, berapa sebenarnya pendapatan beliau?

$2,000 Gaji

-350 Cukai Pendapatan Persekutuan -50 Cukai Pendapatan Negeri -120 SOCSO -270 Ansuran bulanan kereta kedua - 60 Insuran bulanan kereta kedua - 50 Penyelenggaraan bulanan kereta kedua -130 Perbelanjaan petrol ke tempat kerja -320 Upah penjaga anak - 60 Salon Kecantikan -100 Perbelanjaan pakaian kerja - 80 Premium insuran dan sumbangan hadiah pejabat -100 Perbelanjaan makan

$ 310 Baki untuk bayar bil

Itu merupakan pendapatan kurang dari $2 sejam. Adakah berbaloi menghabiskan masa 22 hari sebulan jauh dari anak-anak dan menghabiskan 176 jam untuk bekerja tanpa mengambil kira masa yang dihabiskan untuk perjalanan pergi balik ke tempat kerja.

Dengan peluang kami ini anda dengan mudah boleh

memperolehi pendapatan $310 dari rumah dalam masa beberapa jam seminggu. Bukan sahaja ianya mudah, lebih menguntungkan dan meneyeronokkan, tapi anda juga boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga anda!

Cerita di atas membantu mereka menghargai masa yang

dihabiskan dengan keluarga mereka.

Page 31: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 31

Cerita Pencari Tiram

Andaikan yang anda seorang penyelam pencari tiram profesional yang sedang duduk di jeti di tepi laut. Setiap jam saya beri anda satu baldi yang mengandungi 100 tiram. Daripada 100 tiram itu ada lima yang mengandungi mutiara. Baki 95 tiram itu kosong.

Sebagai seorang profesional anda mengambil tiram pertama,

membukanya dan mendapatinya kosong. Dengan berhati-hati anda meletakkan tiram itu dalam tangan anda untuk memanaskannya dan kemudian anda duduk di situ beberapa hari dengan harapan yang ianya akan menghasilkan mutiara. Adakah ini yang akan anda buat?

Sudah tentu tidak, bukan? Anda akan membuang tiram yang kosong dan mengambil tiram yang lain hingga anda menjumpai mutiara di dalamnya.

Bagaimanapun, kebanyakan pengedar menganggap kawan-

kawan mereka sebagai ‘prospek yang baik’ dan seperti tiram kosong. Daripada keluar mencari prospek yang baik, mereka asyik mengharap, mengajak, menjemput dan merayu dengan orang yang sama dari minggu ke minggu. Mereka akan megajak orang yang sama sebanyak 17 kali ke perjumpaan “peluang perniagaan”! Mereka tak pernah nampak petanda-petanda itu. Mereka bekerja terlalu lama dengan “tiram kosong”.

Rahsia merekrut bukanlah dalam menyakinkan orang lain, tetapi mengasingkan orang. Anda akan meletihkan diri anda dan menjadi lemah semangat bekerja dengan “tiram kosng” yang sama. Kerja anda sebagai seorang perekrut profesional ialah mengasing-asingkan prospek hinggalah anda berjumpa dengan mereka yang ingin menjadi pengedar. Ianya sepuluh kali lebih mudah mencari pengedar yang ingin bekerja daripada meyakinkan prospek yang tidak berminat untuk bekerja.

Helang dan Tiram

Pada suatu masa lalu, dua telur berbincang tentang apa yang mereka ingin jadi bila mereka telah ditetaskan. Telur pertama berkata, “Saya nak menjadi tiram bila saya ditetaskan nanti. Tiram cuma duduk dalam air. Ia tak perlu membuat sebarang keputusan. Arus laut akan

Page 32: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 32

menggerakkannya, oleh itu ianya tak perlu ada perancangan. Air laut yang melaluinya ialah makanannya. Apa sahaja yang laut berikan itulah yang tiram terima, tak lebih dan tak kurang. Itulah hidup yang saya mahu. Mungkin ianya serba kekurangan, tapi tak ada keputusan yang perlu dibuat, tak ada tanggungjawab, cuma kewujudan yang mudah yang dikawal laut.

Telur kedua berkata, “Itu bukan kehidupan yang saya mahu.

Saya nak jadi helang. Seekor helang bebas ke mana sahaja yang ia mahu dan boleh buat apa sahaja yang ia mahu. Sudah tentu ia perlu mencari makanannya sendiri dan perlu membuat keputusan-keputusan untuk terus hidup, tapi ia bebas untuk terbang setinggi gunung. Helang mengawal keadaan dan bukannya dikawal oleh pihak lain. Saya tak mahu ada sebarang sekatan. Saya tak mahu menjadi hamba laut. Oleh itu saya sanggup berkorban untuk menjalani kehidupan sebagai helang.”

Yang mana satu anda mahu? Adakah anda ingin menjadi seekor

helang atau tiram? Cerita di atas adalah berkesan dengan prospek dan pengedar

yang sudah bosan, yang sudah berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Ianya direka untuk membuat mereka tidak ambil kisah dengan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh orang lain kepada mereka, dan juga untuk memotivasikan mereka untuk menentukan takdir mereka sendiri.

“Pelaburan Terbaik”

“Adakah anda merokok? Jika anda merokok sekotak rokok sehari, anda akan menghabiskan $20 seminggu. Adakah awak minum kopi? Dua cawan sehari akan menghabiskan $20 seminggu. Tapi berapa banyak pengedar yang boleh anda dapat dari rokok dan kopi itu?

“Tak seorang pun!

“Kenapa tidak melaburkan $12.95 wang anda untuk buku ini dan mula mendapatkan ramai pengedar–pengedar? Sebagai seorang ahli pernigaan, sudah tentu anda sanggup membelanjakan kurang dari kos secawan kopi untuk sebuah sistem yang dijamin kejayaannya?”

Adakah anda inginkan setiap pengedar-pengedar anda mengunakan Sistem ini?

Page 33: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 33

Dua Soalan Ajaib

Pengedar Joe berkata, “Cerita-cerita itu memang menarik, tapi kadang-kadang saya menghadapi masalah untuk memulakannya. Saya perlukan sesuatu untuk memulakannya. Saya pernah cuba bercakap tentang cuaca dan sukan, tapi itu cuma membuang masa dan prospek pun dapat merasakannya. Lagipun saya tidak berapa selesa bercakap, “Cuaca nampak baik hari ini, apa kata kita lihat peluang perniagaan ini?’ Nampak macam tak kena sahaja. Lagipun, jika ada cara untuk mewujudkan keserasian dan disamping itu dapat menilai samaada prospek itu berminat, saya akan dapat menjimatkan banyak masa dengan bercakap dengan mereka yang betul-betul berminat dan layak sahaja. Nampaknya saya telah banyak membuat pembentangan “peluang perniagaan” saya kepada orang-orang yang benar-benar tidak berminat. Awak ada tak jalan penyelesaian?

Big Al senantiasa mempunyai penyelesaian. Dia seorang yang

profesional. Dia menggunakan “Sistem”. Big Al menjawab, “Awak boleh jimatkan banyak masa

dengan membuat pra-penilaian prospek-prospek anda. Pada masa yang sama awak juga boleh ‘mewujudkan keserasian’ dan memulakan kerja awak. Tapi sebelum itu mari kita tengok apa kualiti yang seorang prospek itu perlu ada untuk menjadi pengedar.”

“Kebijaksanaan? Bukan… awak dan saya pernah menaja mereka

yang tidak begitu bijak. Penjual yang bagus? Bukan juga… kerana sesetengah pengedar yang berjaya ada yang pemalu dan tidak suka menunjuk-nunjuk. Sikap yang positif? Lansung tak tepat. Ada banyak pengedar-pengedar yang bersikap negatif di dunia ini. Sebenarnya ada dua kualiti penting yang perlu ada dalam diri prospek untuk menjadi seorang pengedar yang baik.

1. “Keinginan. Prospek itu mestilah mempunyai keinginan untuk

mendapatkan pendapatan tambahan. Bagaimanapun, kesilapan besar yang dibuat oleh perekrut amatur ialah mereka sering keliru antara kehendak dan keinginan. Ianya adalah dua perkara yang berbeza. Orang yang berkehendakkan pendapatan tambahan selalunya tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkanya. Perekrut amatur menumpukan usaha mereka kepada mereka yang menganggur dan tidak berduit yang tidak mempunyai keinginan untuk berusaha untuk lebih maju. Ini

Page 34: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 34

termasuklah mereka yang mempunyai kerja yang membosankan yang cuma ingin menonton TV selepas balik kerja. Mereka yang menganggur mungkin memerlukan duit lebih, tapi mungkin tidak mempunyai keinginan untuk keluar mendapatkannya. Dia mungkin berpuas hati dengan situasi hidupnya. Pengedar-pengedar amatur mungkin menghabiskan banyak masa untuk menukar minda orang yang tidak mempunyai keinginan. Bersikap seperti ahli psikologi mungkin baik untuk ego tetapi tidak baik untuk memenuhi poket kita.”

2. “Masa. Setiap orang mempunyai 24 jam dalam sehari. Apa yang

kita cari ialah orang yang sanggup meluangkan masa untuk peluang perniagaan kita. Awak mungkin berjumpa dengan orang yang mempunyai banyak masa lapang tapi tetap berkeras yang mereka tidak mempunyai masa untuk diluangkan. TV, bowling, dan lain-lain, adalah perkara yang terlalu penting untuk diabaikan. Prospek seperti ini bukan untuk kita. Kita mahukan prospek yang boleh memberi komitmen enam atau sepuluh jam seminggu untuk perniagaan mereka. Jika seseorang itu terlalu sibuk dia, akan mengatakan yang dia cuma boleh meluangkan empat jam seminggu, dan ini pun ok jugak. Sekurang-kurangnya dia boleh memberikan komitmen. Lagipun, orang yang sibuk biasanya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.”

“Oleh kerana sekarang kita tahu apakah kualiti yang diperlukan

oleh seorang pengedar yang bagus maka mudah untuk kita mengetahui samaada mereka layak atau tidak. Apa yang perlu kita buat ialah bertanya. Sebagai contoh:

Soalan: Adakah awak ingin mendapat duit lebih? Soalan: Adakah awak sanggup meluangkan masa selama enam hingga sepuluh jam seminggu?”

“Kita cuma mendengar jawapan mereka dan menentukan

samaada mereka layak atau tidak. Mudah sahaja. Dengan dua soalan ajaib itu awak juga boleh mewujudkan keserasian dan terus memulakan kerja awak. Yang ajaibnya bukanlah dalam soalan-soalan itu. Perkara ajaibnya adalah dalam jawapan-jawapannya. Tumpukan perhatian kepada apa yang prospek anda katakan dan bagaimana mereka menjawabnya.”

Pengedar Joe mengambil nota bagaimana untuk menggunakan

dua soalan ajaib itu dalam temujanji beliau yang berikutnya. Dengan

Page 35: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 35

maklumat baru ni Joe merasakan yang dia semakin menghampiri untuk menjadi seorang perekrut profesional.

Page 36: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 36

“Berikan mereka yang mempunyai kehendak..satu pekerjaan.

Berikan mereka yang mempunyai

keinginan...satu peluang!”

- Big Al

Page 37: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 37

Hasil Lumayan

Big Al menghabiskan keseluruhan petang itu untuk menunjukkan Pengedar Joe “Gambaran Keseluruhan”. Organisasi pengedar yang betul-betul besar bukanlah hasil daripada seorang bintang pujaan yang secara peribadi merekrut 1,000 orang, tapi merekrut seorang perekrut profesional yang kemudiannya menaja beberapa pengedar yang bagus dan mambantu mereka setiap dari mereka untuk mendapatkan 100-200 pengedar di bawah mereka.

Bukankah seseorang itu akan merasa lebih seronok untuk

mempunyai lima hingga ke sepuluh “Jeneral” yang berdikari dan amat terlatih dengan organisasi yang juga begitu terlatih… daripada mempunyai 1,000 orang “Perebet” yang tidak terlatih dan tidak bersemangat tanpa mempunyai organisasi?

Berikut adalah cara bagaimana untuk kita mendapatkan organisasi yang kukuh dan menguntungkan.

1. Kita bekerja sebagai satu pasukan dengan pengedar tahap

pertama (yang merupakan seorang pekerja dan bukannya pengedar yang tidak bersemangat) sehingga kita membina sekurang-kurangnya 15 pengedar dalam kumpulannya.

2. Kita membantu pengedar tahap pertama untuk mengenal pasti

lima hingga lapan pekerja yang baik yang boleh bekerja dengan beliau sebagai satu pasukan.

3. Oleh kerana pengedar tahap pertama kita tidak boleh bekerja

dengan setiap pekerja-pekerja beliau dengan serta merta, kita boleh membantu dia dengan berpasukan dengan beberapa pekerja beliau. Walaupun kita bekerja dengan pengedar tahap kedua atau ketiga, kita masih membina organisasi kita dengan melatih dan merekrut pengedar-pengedar di bawah kita.

4. “Sistem” ini memberikan kita pengedar-pengedar berikut bagi

setiap pekerja:

1 pekerja 6 pekerja bawahan 9 pengedar tidak bermotivasi/pengguna produk

Page 38: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 38

Jika kita mempunyai enam atau tujuh pekerja yang bagus, kita akan membina beratus-ratus pengedar dalam organisasi kita oleh kerana mereka akan mengulangi kejayaan kita.

5. Pastikan yang setiap pekerja dalam organisasi kita mempunyai

sebuah buku ini. Jangan berikan buku ini kepada pengedar yang tidak bermotivasi, oleh kerana ianya akan menyinggung mereka kerana kita menyuruh mereka untuk bekerja. Kita kemudiannya perlu kerap membuat kaji semula “Sistem” ini dengan pekerja-pekerja kita untuk memastikan agar mereka tidak hilang arah.

6. Hanya apabila organisasi anak didik kita telah dilatih dengan

sepenuhnya barulah kita menambah lagi anak didik kita. Jangan terlalu ghairah melatih terlalu banyak anak didik dan pastikan yang anda menghabiskan apa yang kita telah mulakan.

Kemudian Big Al bertanya jika Pengedar Joe ada apa-apa soalan

lagi.

Joe menjawab, “Tiada langsung. Kumpulan saya dah ada lebih daripada 300 orang dan saya tidak menyimpang daripada Sistem ini. Saya selalu membuat pembentangan “peluang perniagaan” saya dengan orang lain dan dengan maklumat yang saya terima, saya telah mula menjadi perekrut profesional seperti anda.”

Page 39: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 39

Bagaimana Untuk Menjadikan Pasangan Anda Percaya Dalam Penetapan-Matlamat (Goal-Setting)

Masalah dalam pemasaran rangkaian ialah perbezaan dalam komitmen antara pasangan suami isteri. Sering kali, cuma seorang sahaja yang tertarik untuk menghadiri mesyuarat, latihan dan perhimpunan, manakala seorang lagi mengadu tentang tiada masa kualiti yang dihabiskan dengan keluarga dan terlalu banyak masa dihabiskan di luar rumah.

Ini adalah alasan yang kukuh untuk mewujudkan pergeseran,

perasaan tidak puas hati dan juga penceraian. Salah seorang daripada pasangan melihat pemasaran rangkaian sebagai satu peluang untuk mencapai matlamat kewangan keluarga. Seorang lagi pula tidak percaya yang pemasaran rangkaian boleh menjadi landasan untuk mencapai matlamat hidup mereka. Mereka ingin mencapai matlamat kewangan untuk keluarga tetapi tidak mempunyai keyakinan dalam pasangan masing-masing ataupun dalam pemasaran rangkaian itu sendiri. Bagaimana kita hendak mengatasi masaalah sebegini? Cerita berikut boleh memberi anda panduan:

Osman Optimis merupakan pengedar yang teruja dengan Acme Corporation. Walaupun dia baru sahaja menyertai syarikat ini, dia telah menunjukkan sedikit kejayaan. Sebabnya? Osman baru sahaja menyertai satu seminar syarikat di mana beliau belajar untuk memfokuskan usahanya dan untuk menetapkan satu matlamat kejayaan pada tahap-tahap tertentu.

Matlamat Osman ialah untuk memiliki sebuah kereta Mercedes

Benz terbaru. Osman akan makan, tidur, dan bercakap tentang Mercedes Benz tersebut dan bila beliau akan memperolehinya. Untuk membantu beliau membayangkan matlamatnya, Osman menggunting gambar-gambar Mercedes Benz dan menampalnya dalam setiap bilik di rumahnya. Beliau menampal gambar yang terbesar di tengah-tengah cermin bilik air supaya beliau akan diingatkan setiap hari akan matlamat beliau.

Malangnya, Puan Osman Optimis tidak berkongsi semangat

bersama Osman untuk mencapai matlamat tersebut. Beliau benci

Page 40: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 40

dengan semua gambar-gambar yang berada di dalam rumahnya, perbualan yang asyik tentang Mercedes Benz, dan kepercayaan membuta tuli Osman yang kononnya, dengan menggambarkan matlamatnya, mimpi Osman akan menjadi kenyataan. Tetapi apa yang paling beliau benci ialah gambar Mercedes Benz besar di tengah-tengah cermin bilik air beliau. Setiap pagi selepas Osman meninggalkan rumah, Puan Osman Optimis akan menurunkan gambar itu. Setiap malam sebelum masuk tidur, Osman pula akan meletakkan semula gambar Mercedes Benz kegemarannya di atas cermin bilik air itu.

Aktiviti meletak dan menurunkan gambar itu berlarutan selama

enam bulan. Kemudian sesuatu berlaku, Osman telah menyimpan duit yang cukup dari pemasaran rangkaian beliau untuk membayar duit muka kereta Mercedes Benz itu.

Petang itu, Osman dengan penuh yakin memandu pulang ke

rumah dengan kereta Mercedes Benz terbaru beliau, dan membunyikan hon bila beliau sampai. Beliau duduk dalam kereta dengan penuh kebanggaan bila isterinya terlopong melihatnya melalui tingkap.

Esok paginya ada gambar baju kulit bulu binatang yang

berjenama mahal pula diletakkan di atas cermin bilik air.

Page 41: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 41

Memeterainya Sebelum Memulakannya.

Prospek dan jurujual menghadapi perang psikologi sepanjang pembentangan jualan mereka. Jurujual itu akan memberikan sebab-sebab kenapa prospek patut membeli barangan beliau. Jika prospek tidak memperlengkapi diri mereka dengan keburukan barangan tersebut, dia tidak akan mempunyai sebarang pertahanan apabila jurujual menjual barangan mereka. Oleh itu, prospek patut menumpukan perhatian untuk mencari alasan-alasan untuk tidak membeli barangan tersebut, mengelak dari perangkap yang dipasang oleh jurujual itu, dan sentiasa mengawasi sebarang helah jualan yang mungkin akan digunakan oleh jurujual itu.

Dengan semua masalah ini, prospek tidak mempunyai masa

untuk benar-benar mendengar dan membuat pertimbangan ke atas faktor-faktor positif kenapa mereka mesti membeli. Penyelesaian kepada masalah penjualan yang sejagat ini adalah amat mudah. Buatkan prospek berasa selesa dengan memberitahu mereka:

1. Ramai orang sudah membeli barangan anda. 2. Kos keseluruhan barangan anda. 3. ‘Sebab’ kenapa mereka tidak patut beli. 4. Dan anda akan menyampaikan fakta-fakta dan ianya terpulang

kepada mereka. Rahsianya ialah untuk memberitahu empat perkata di atas SEBELUM anda membuat pembentangan jualan anda. Berikut adalah dua contoh penggunaan teknik di atas:

(a) Encik Prospek, kebanyakan orang yang saya temui menyertai rangkaian Acme Network oleh kerana mereka dapat melihat bagaimana ianya boleh meningkatkan pendapatan mereka. Tambahan pula, kos untuk menyertai program ini cuma $49.00; ini lebih murah daripada meletakkan iklan di dalam akhbar. Yang nyata, cuma ada dua sebab sahaja kenapa orang tidak menyertai kami: mereka tidak memahami program kami; atau keadaan ekonomi tidak memberansangkan dan mereka tidak mampu untuk membayar $49.00 dengan serta merta. Apa yang saya akan sampaikan ialah fakta-fakta asas tentang peluang perniagaan kami dan jika anda menyukainya, bagus, kita akan memulakannya. Kalau anda tidak menyukainya pun, tak ada masalah. Adil tak?

Page 42: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 42

(b) Encik Prospek, kebanyakan orang amat menyukai Acme Widget

kami yang menakjubkan. Mereka selalu menceritakan kepada kawan-kawan mereka tentangnya. Lagipun ianya cuma $30.00 dan kos ini cuma seperti $1 sehari untuk sebulan, lebih murah dari harga rokok kalau difikir-fikirkan. Kalau awak nak tahu, alasan tunggal kenapa orang tidak membeli Acme Widget yang menakjubkan ini ialah kerana mereka tidak mempercayai yang ianya betul-betul berkesan, ataupun kerana mereka tidak dapat membelanjakan $30.00 sebulan. Apa-apa pun, biar saya tunjukkan bagaimana ianya berfungsi dan jika awak menyukainya, beli satu untuk mengejutkan isteri anda. Kalau awak tidak menyukainya pun, tak ada masalah. Adil tak?

Dengan menggunakan teknik empat peringkat ini SEBELUM

pembentangan jualan anda, peratus anda berjaya menjual akan meningkat dengan dramatik. Berikut adalah sebab-sebab kenapa ianya amat berkesan ke atas prospek anda:

1. Anda telah memberitahu prospek yang ramai orang sudah membeli barangan atau menyertai peluang yang anda berikan. Prospek anda tidak mahu menjadi orang yang pertama membelinya. Dia ingin mengetahui jika ada orang lain yang sudah membuat keputusan untuk membelinya. Oleh kerana sudah ramai orang yang membeli barangan anda, mereka akan lebih cenderung untuk menyertai pihak majoriti.

2. Anda telah memberitahu prospek tentang kos keseluruhan

produk anda, dan pengalaman ini bukanlah seperti kebanyakan “jurujual” yang pernah mereka jumpa sebelum ini. Mereka biasanya menyembunyikan harga barangan mereka dan cuma mendedahkannya di saat-saat akhir pembentangan jualan mereka. Prospek akan berasa risau sepanjang pembentangan kerana takut harga barangan tersebut akan mengejutkan mereka dan ragu-ragu tentang kos sebenar barangan tersebut. Dengan mendedahkan harga barangan itu terlebih dahulu, minda prospek akan lebih tenang untuk mendengar ciri-ciri dan manfaat barangan tersebut.

3. Anda telah membina keyakinan dan kepercayaan dengan

prospek dengan memberitahu beliau keseluruhan kos dari awal-awal lagi. Prospek akan melihat anda sebagai seorang ahli perniagaan yang jujur, dan bukannya sebagai seorang jurujual yang menyembunyikan maklumat dan cuba untuk memberi tipu

Page 43: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 43

muslihat kepada mereka. Walaupun harga anda ‘tinggi’ atau ‘mengejutkan’, mereka masih ingin mendengar tentang produk anda dan melihat betapa bagusnya produk itu hingga produk itu boleh dijual pada harga yang begitu tinggi.

4. Teknik ini memberikan anda pendekatan yang “tidak berat

sebelah, tidak menekankan, dan tidak apa” berbanding dengan pendekatan “tekanan tinggi, awak mesti beli”. Penolakan prospek terhadap produk anda akan terhapus bila mereka melihat yang anda tidak memberi tekanan tinggi untuk menjual. Bila digunakan dengan betul, pendekatan sederhana ini akan memotivasikan prospek anda untuk menilai produk anda, dan mereka pasti akan lebih tertarik untuk membelinya.

5. Dengan memberikan prospek anda “alasan-alasan’ untuk tidak

membeli, anda telah mengurangkan tekanan kepada mereka. Mereka tidak perlu melawan anda untuk memberitahu kenapa mereka tidak mahu membeli, kerana mereka tahu anda akan menerima alasan-alasan mereka itu. Dengan mengalihkan kebimbangan ini, prospek anda boleh mendengar dan menumpukan perhatian ke atas ciri-ciri dan kelebihan pembentangan jualan anda.

6. Jika anda merancang dengan teliti, “alasan-alasan” untuk tidak

membeli sebenarnya akan lebih memaksa prospek untuk membeli. Dalam dua contoh di atas, dengan diam-diam kita telah memberitahu prospek, “Semua orang telah membeli kecuali orang yang tidak memahami atau tidak mampu.” Ini juga membantu anda untuk mengasingkan bantahan ataupun penolakan di penghujung pembentangan jualan anda. Prospek anda samaada akan mendapatkan lebih maklumat daripada anda ataupun dia memang sebenarnya tidak mampu membeli.

7. Dengan memberitahu kepada prospek yang ianya okay jika dia

beli ataupun tidak, anda secara semulajadinya telah membuang tekanan ke atas prospek. Bagaimanapun, apabila prospek bersetuju dengan soalan “Adil tak?” itu tadi, dia sebenarnya telah membuat komitmen untuk membuat keputusan SEKARANG juga. Jika digunakan dengan betul ianya dapat mengelakkan bantahan “Saya akan fikirkannya semula”.

Page 44: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 44

Bagaimana Caranya Melenyapkan Kumpulan Jualan Anda.

Norman Negatif mempunyai satu masalah. Jualan kumpulannya tidak berkembang seperti yang beliau harapkan. Masalah ini sudah tentu bukan berpunca daripada Norman kerana beliau telah mengambil masa untuk menyiasat dan mencari punca kenapa kumpulan beliau tidak produktif. Setelah membuat analisa dengan cermat, orang yang bertanggungjawab telah dikenal pasti. Syarikat pemasaran rangkaian Norman beroperasi dengan teruk dan tidak dapat menyokong usaha-usaha kumpulannya dengan memberikan khidmat pelanggan yang terbaik dan menganjurkan pelbagai promosi yang diharapkan. Kesimpulannya… syarikatnya sendiri yang “membunuh” kumpulan beliau dan ini membuatkan Norman amat marah.

Sudah tentu jauh api dari panggang. Yang sebenarnya

pengedar-pengedar lain daripada syarikat yang sama berkembang dengan pesat sekali. Kemungkinan Norman membandingkan perkembangan kumpulannya dengan pemimpin-pemimpin lain dan merasakan beliau ada sedikit kekurangan. Daripada menyalahkan kepimpinan beliau sendiri, Norman melihat pihak luar sebagai alasan kepada kegagalan kumpulan beliau. Sudah tentu jika Norman berhenti menyalahkan operasi syarikat beliau, kerosakan kepada kumpulannya adalah minima. Bagaimanapun Norman, seperti pemimpin-pemimpin negatif yang lain, masih tidak mahu mengakui kelemahan beliau sendiri dan cuba meluruskan benang yang basah. Lihatlah sahaja jadual mingguan beliau:

Ahad

Merungut kepada keluarga beliau kenapa seluruh dunia menentangnya. Walau sekuat mana beliau mencuba, faktor yang di luar kawalan beliau berterusan memaksa beliau gagal. Beliau menjangkakan yang apabila sampai hujung minggu nanti, kumpulan beliau akan menjadi tidak bersemangat langsung dengan syarikat pemasaran beliau. Sedikit pun beliau tidak menjangkakan yang apa yang beliau fikirkan itu akan menjadi kenyataan.

Page 45: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 45

Isnin

Norman mengambil masa yang lazimnya beliau gunakan untuk mencari prospek untuk menulis kepada syarikat pemasaran beliau. Beliau menyenaraikan masalah-masalah yang disebabkan oleh syarikat dan memberitahu yang mereka memerlukan seseorang yang berkebolehan seperti beliau untuk menguruskan syarikat tersebut. Sudah tentu beliau tidak memberikan sebarang penyelesaian positif tetapi beliau sempat mencaci seorang wakil syarikat yang ditugaskan untuk menolong memperkembangankan kumpulan di wilayah beliau.

Pada sebelah malamnya, Norman menghadiri mesyuarat latihan

mingguan beliau dengan muka yang masam dan bersikap menyindir. Pemimpin-pemimpin lain menjauhkan diri mereka daripada beliau kerana mereka sedang sibuk membantu pengedar baru mereka menetapkan matlamat mereka di dalam perniagaan ini. Namun, Norman masih mampu berjumpa penaja beliau dan menceritakan semua masalah-masalah beliau kepadanya. Beliau juga memberitahu yang penajanya bodoh kerana masih bersama dengan syarikat yang sanggup membuat pelbagai perkara buruk kepada kumpulan mereka. Penaja Norman walaubagaimanapun berjaya membawa Norman ke kedai kopi yang berhampiran untuk memberi nasihat secara peribadi sebelum Norman menyebarkan perkara-perkara negatif kepada ahli kumpulan mereka yang lain. Norman kecewa. Oleh kerana Norman tidak mendapat simpati orang lain, beliau balik dengan perasaan yang lebih marah. Lebih banyak langkah drastik yang perlu diambil oleh beliau untuk membetulkan keadaan.

Selasa

Norman secara peribadi memanggil pengedar-pengedar yang tidak aktif dan bertanya dengan mereka kenapa mereka tidak aktif. Jika mereka tidak mempunyai alasan mereka sendiri, Norman dengan gembiranya mensyorkan alasan-alasan beliau. Norman memberi perhatian dengan teliti dengan apa yang mereka fikir adalah kelemahan syarikat dan kemudian beliau akan menambah pula dengan pandangan beliau sendiri. Norman tahu… jika penaja kepada pengedar-pengedar ini yang masih aktif tahu tentang kesemua maklumat ini, mereka pun akan membuat keputusan yang bijak untuk membuat aduan dan patut turut merasa marah.

Pada sebelah malamnya, Norman memanggil pengedar–

pengedar beliau yang aktif dan meluahkan kesemua masalah beliau kepada mereka. Oleh kerana upline dan ibu pejabat beliau tidak

Page 46: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 46

memberi respons, Norman merasakan yang adalah amat penting untuk mengadakan mesyuarat untuk mengumpul kesemua ahli kumpulan beliau dan masing-masing meluahkan ketidakpuasan hati mereka. Mesyuarat itu pun ditetapkan pada malam Khamis.

Rabu

Norman menelefon ibu pejabat dan bertanya kenapa mereka tidak membalas lagi surat yang beliau hantar. Beliau memberitahu mereka yang sikap mereka itu sungguh memalukan dan beliau mempersoalkan moral, etika dan kebijaksanaan mereka. Beliau juga menekankan yang beliau akan menamatkan perhubungan beliau dengan wakil daerah kumpulan pemasaran beliau. Orang yang Norman telefon meletakkan telefon kembali dan kemudiannya berfikir… satu-satunya cara berhubung dengan pengadu yang negatif ialah dengan membiarkan mereka sendiri yang menelefon lagi. Tiada faedahnya melayan orang yang bersikap negatif.

Malam Rabu itu dihabiskan dengan Norman menelefon penaja-

penaja upline beliau untuk menyemak jika mereka boleh datang ke sesi luahan perasaan tidak puas hati pada malam Khamis nanti. Norman menekankan bahawa kedatangan mereka adalah penting untuk mengetengahkan isu ini kepada syarikat pemasaran mereka. Namun begitu, kebanyakan daripada penaja-penaja upline beliau memohon maaf kerana mereka tidak dapat hadir disebabkan ada temujanji merekrut dan menjual.

Khamis

Pada petang itu, kesemua pengedar-pengedar Norman tiba dengan wajah yang sugul. Sepanjang dua hari yang lepas mereka telah membuat penilaian tentang kedudukan mereka dalam syarikat dan membuat kesimpulan yang kegagalan mereka berpunca daripada faktor-faktor yang bukan datang dari diri mereka sendiri. Dengan pimpinan Norman, mesyuarat itu berakhir dengan persetujuan bersama, “Dunia tidak berlaku adil kepada kumpulan mereka.” Satu-satunya tindakan yang boleh diambil ialah untuk berhenti berusaha untuk memperbaiki keadaan dan sama-sama menganjurkan mesyuarat “Kumpulan Putus Harapan” secara mingguan. Lagipun mereka perlukan sesuatu aktiviti untuk mengisi kekosongan yang wujud dari penamatan aktiviti-aktiviti syarikat mereka.

Page 47: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 47

Jumaat

Norman memulakannya pada awal-awal pagi dengan membuat jadual perjumpaan “Kelab Perungut & Pengadu”. Dalam agenda setiap perjumpaan ialah perbincangan bagaimana untuk meningkatkan keahlian. Jika mereka telah ditakdirkan untuk tidak lagi membuat pendapatan tambahan daripada pemasaran rangkaian mereka, maka ianya menjadi tanggungjawab mereka untuk mencari dan menyebarkan penderitaan mereka kepada mana-mana pengedar yang bermotivasi, bersikap positif dan berusaha untuk maju.

Sabtu

Norman Negatif menghabiskan masa dengan cuba mengimbangkan belanjawan keluarga beliau yang hanya “cukup-cukup makan” itu. Tanpa pendapatan tambahan daripada syarikat pemasaran rangkaian beliau, keluarga beliau terpaksa membuat beberapa pengorbanan untuk hidup mengikut kemampuan mereka. Norman kemudiannya berfikir sendiri, “ini amat tidak adil… cara dunia melayan aku, kumpulam pemasaran rangkaian aku dan kelaurga aku sangat tidak adil.”

Page 48: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 48

Biarkan Buku Kecil Ini Jalankan Tugasnya

Ramai perekrut mengambil pendekatan sederhana dalam proses mencari ahli baru dengan memperkenalkan pemasaran rangkaian sebagai cara untuk mengumpulkan wang persaraan. Teknik ini mudah dan hasilnya memberansangkan.

Mula-mula, pinjamkan mereka buku “How To Get Rich Without

Winning The Lottery” (Bagaimana Untuk Menjadi Kaya Tanpa Menang Loteri). Anda boleh dapatkan banyak buku ini pada harga $1.50 sahaja sebuah, oleh itu pastikan anda menyimpan stok yang banyak. Buku ini menerangkan bagaimana seseorang itu boleh mengumpul kekayaan dengan menggunakan beberapa kaedah yang disarankan. Kaedah yang disarankan ialah:

1. Membelanjakan kurang daripada apa yang anda perolehi dan

melabur perbezaannya. 2. Mendapatkan pendapatan tambahan melalui kerja sambilan dan

melaburkan perbezaannya.

3. Mempunyai perniagaan secara sambilan dan melabur hasil daripadanya.

4. Mengumpul cek pemasaran rangkaian untuk sesuatu yang

memang anda lakukannya setiap hari dan melaburkannya.

Kebanyakan pembaca akan segera mengenal pasti salah satu daripada pelan-pelan atau contoh-contoh itu dan akan merasa teruja dengan konsep di atas. Mereka menyedari yang jika lebih banyak wang yang disimpan, lebih cepat untuk mereka mengumpul kekayaan dan dana pencen mereka. Biarkan prospek anda lebih kurang tiga hari untuk membaca buku itu sebelum anda kembali untuk mengambilnya.

Bila anda mengambil buku itu, kemungkinan besar prospek anda

akan merasa kagum dengan isi kandungannya hinggakan mereka ingin menyimpannya untuk perpustakaan peribadi mereka. Pada masa itu, ajukan soalan, “Jika ada cara untuk anda menambahkan simpanan anda sebanyak dua kali ganda atau tiga kali ganda, mahukah awak tahu tentangnya?” Jawapannya selalunya ialah “Sudah pasti!” Inilah petunjuk kepada “Pembentangan Peluang Perniagaan” anda.

Page 49: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 49

Tarikan utama anda ialah bagaimana mereka boleh mengambil pendapatan mereka daripada perniagaan permasaran rangkaian dan menambahkannya kepada dana persaraan mereka. Pada masa itu, anda boleh lihat yang prospek anda merasa teruja. Ianya memberikan mereka cara untuk mencapai matlamat kekayaan kewangan dalam masa yang berkali ganda lebih cepat. Sebagai contohnya, dengan hanya beberapa ratus ringgit tambahan yang dijana daripada perniagaan sambilan itu, yang kemudiannya dilabur dalam dana persaraan mereka, prospek boleh bersara dalam masa 10-20 tahun lagi.

Ini memberikan anda jaminan pengedar jangka panjang yang

mencari kerjaya yang stabil bersama anda.

Ianya berbeza dengan pengedar yang terdesak untuk menyamakan pendapatan daripada pemasaran rangkaiannya dengan pendapatan daripada pekerjaan tetap beliau, agar beliau boleh berhenti kerja secepat mungkin. Jika pendapatan daripada pemasaran rangkaiannya tidak seperti yang beliau harapkan dalam jangka masa yang pendek, beliau akan berasa lemah semangat dan akan mengalah. Ini berlainan untuk pengedar yang hanya mencari pendapatan yang berterusan dan melabur daripada pendapatan sampingan ini secara tetap.

Jika anda belum membaca buku “How To Get Rich Without

Winning The Lottery”, jangan salah anggap dengan teknik ini. Ianya merupakan cara yang amat berkesan untuk membina satu kumpulan pengedar yang teguh.

Page 50: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 50

Bertukar Barangan/Perkhidmatan Untuk Tingkatkan Jualan Peribadi

Seorang pengedar barangan vitamin memerlukan rambutnya disyampu dan beliau pergi ke sebuah salon kecantikan. Bila rambut beliau selesai disyampu dan tiba masanya untuk membayar $20, satu idea tercetus diminda beliau. Pakar kecantikan itu ada menyebut yang beliau merasa letih kerana terpaksa berdiri sepanjang hari, jadi pengedar vitamin itu menawarkan vitamin-vitamin yang bernilai $20 sebagai ganti tunai.

Khuatir jika pengedar itu tidak mahu lagi berkunjung ke

kedainya, pakar kecantikan itu pun bersetuju. Pakar kecantikan itu biasanya tidak mampu untuk membeli vitamin-vitamin yang bermutu, tapi kalau pengedar itu sering mengunjungi kedainya, dia akan dapat mengumpul kesemua vitamin-vitamin yang beliau perlukan. Lagipun, bukankah lebih baik untuk dia mendapat vitamin-vitamin percuma, daripada salon kecantikannya dibiarkan kosong disebabkan kekurangan pelanggan? Pelanggan tetap beliau yang lain membayar tunai dan ianya telah menampung kos perniagaan beliau. Seorang pelanggan tambahan untuk vitamin percuma nampak seperti satu urusniaga yang bagus. Kos yang diperlukan cumalah sedikit masa, dan masa itu selalunya tidak digunakan di dalam perniagaannya sebelum ini.

Pengedar vitamin itu pulang ke rumah dan membuat sedikit

pengiraan. Vitamin bernilai $20.00 itu cuma melibatkan kos sebanyak $15.00. Dia juga menerima bonus sebanyak $5.00 (25%) kerana beliau adalah di tahap penyelia dan mengekalkan jualan yang tinggi. Kos bersih beliau cuma $10.00, satu penjimatan sebanyak 50%! Jika beliau boleh membuat pertukaran barangan/perkhidmatan untuk kesemua keperluan harian, beliau akan menerima faedah-faedah yang berikut:

1. Penjimatan sebanyak 50% dari pembelian beliau. Ianya seperti

mengurangkan belanjawan beliau sebanyak 50%. 2. Mendapat pelanggan baru yang biasanya tidak membayar secara

tunai. Ramai orang yang menyangka vitamin yang beliau jual adalah mahal dan tidak mahu membayar secara tunai untuk vitamin itu. Bagaimanapun, mereka sanggup bertukar-tukar

Page 51: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 51

dengan barangan, perkhidmatan ataupun masa terluang mereka. Kini dia boleh menarik pelanggan-pelanggan baru dengan teknik pemasaran ini.

3. Dengan bertukar barangan untuk pembaikan kereta, simpan kira

dan sebagainya, dia telah meningkatkan jualan barangan yang beliau beli daripada syarikat pemasaran rangkaian beliau. Ianya seperti mendapat bonus hasil jualan beliau untuk perbelanjaan harian beliau. Ia juga membantu beliau mencapai kuota bulanan beliau.

4. Dengan penjimatan sebanyak 50% ke atas barang-barang

keperluan, beliau boleh menggunakan wang itu untuk dilabur semula dalam perniagaan beliau ataupun disimpan dalam akaun simpanan.

5. Jika pelanggan baru beliau berpuas hati dengan produk vitamin itu, ramai pelanggan baru yang dirujuk oleh mereka akan muncul.

Kaedah yang beliau bina adalah amat mudah.

(A) Cuba cari perniagaan yang mahukan ramai pelanggan

dan mereka tidak terlalu sibuk. Jika perniagaan mereka beroperasi pada kapasiti tinggi dengan pelanggan-pelanggan yang membayar tunai, mereka mungkin tidak berminat untuk bekerja lebih masa untuk ditukarkan dengan vitamin. Bagaimanapun, jika sebuah bengkel kereta dibuka lapan jam sehari dan cuma sibuk untuk enam jam, mereka mungkin tak kisah untuk memenuhkan dua jam yang tidak produktif itu dengan pelanggan yang ingin bertukar barangan.

(B) Jangan menganggu mereka berurusan dengan

pelanggan-pelanggan tetap mereka. Daripada berkata, “Saya mahukannya dilakukan sekarang,” katakan, “Awak boleh lakukannya bila awak ada masa terluang.”

(C) Ingatkan pengusaha perniagaan itu yang anda boleh

menjadi pelanggan mereka yang tetap.

(D) Beritahu pengusaha perniagaan itu yang anda akan menjadi pengiklan yang bagus untuk mereka. Berjanji dengan mereka yang anda akan canangkan perniagaan mereka untuk mendapat pelanggan baru.

Page 52: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 52

Memperolehi Sesuatu Secara Percuma

Apa kata kalau suatu hari anda pergi ke bank di tempat anda dan membuat cadangan berikut kepada pegawai bank:

“Saya ingin mendepositkan $100,000 dalam Sijil Simpanan

Tetap. Saya ingin membuat pengeluaran faedah ke atasnya serta merta. Bagaimanapun saya belum bersedia untuk membuat deposit itu sekarang, tetapi awak boleh membuat pembayaran faedah itu sekarang.”

Pegawai bank itu berkemungkinan akan berkata, “Tidak

Mungkin!” Anda perlu memasukkan deposit terlebih dahulu sebelum anda boleh mendapat bayaran faedah. Walaupun contoh ini nampak bodoh, kita menghubungi ramai prospek setiap bulan yang inginkan sebegini.

Mereka mahukan ganjaran terlebih dahulu sebelum

mereka mendepositkan usaha mereka.

Pernahkah anda mendengar kenyataan-kenyataan sebegini daripada pengedar dan prospek-prospek mereka?

o “Saya tak mahu membeli produk itu bulan ini. Tunggulah bulan depan kalau-kalau saya dapat cek bonus yang mencukupi.”

o “Jika saya dapat cek bonus yang besar mungkin saya akan tertarik.” o “Ini nampak macam kerja keras. Ianya mungkin akan mengambil

beberapa bulan sebelum saya mendapat ganjarannya.” o “Kenapa perlu saya membayar untuk bilik mesyuarat kumpulan saya? Biarkan mereka yang bayar. Mereka yang akan menggunakannya.” o “Jika anda berjanji untuk membina satu kumpulan yang besar untuk saya barulah saya akan menimbangkan untuk menyertainya.” o “Biar syarikat memulakan kempen pemasaran yang baru yang akan membuatkan pengedar-pengedar datang beramai-ramai

Page 53: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 53

mengetuk pintu rumah saya. Itulah masanya saya akan mula menaja.” o “Jika kumpulan saya melakukannya dengan baik barulah saya mampu utnuk membantu mereka berkembang.” o “Kenapa saya perlu melabur dalam alat bantuan jualan dan alat bantuan produk? saya belum membuat sebarang jualan pun lagi.”

Senarai ini boleh ditambah lagi dan lagi. Nampaknya semua

orang mahukan sesuatu secara percuma.

Bukankah lebih baik kalau syarikat-syarikat membayar gaji kepada kita sebelum kita mula bekerja? Sudah tentu. Tapi kita perlu realistik. Jika kita ingin menjadi seorang pemimpin, kita mesti membantu prospek-prospek dan pengedar-pengedar kita memahami yang ganjaran akan datang selepas berusaha. Tiada benda yang datang secara percuma.

Page 54: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 54

Permulaan Pengedar Baru

Ada pepatah yang mengatakan, “Jika anda tidak tahu arah mana anda pergi, mana-mana jalan boleh membawa anda ke sana.” Masalah dengan pengedar-pengedar baru ialah mereka benar-benar tidak tahu ke mana arah mereka atau bagaimana caranya menuju arah mereka. Masalah yang lebih besar ialah bila penaja mereka juga tidak tahu bagaimana untuk ke sana.

Mari kita mulakan dengan peringkat permulaan di mana penaja

menjual kepada mereka set permulaan (alat peralatan) pengedar baru tetapi tanpa produk. Malangnya, kita semua tahu yang kita tidak boleh menjual dari kedai yang kosong, jadi kenapa kita ingin membebankan rekrut baru kita? Mereka perlukan produk dengan serta merta untuk empat aspek di dalam perniagaan mereka.

1. Kegunaan Sendiri. Ianya cara terbaik untuk belajar dan mempercayai produk. Jika rekrut kita tidak betul-betul mempercayai produk kita untuk menggunakannya, kenapa kita menaja mereka? Mereka patut menjadi pelanggan terbaik kepada diri mereka sendiri.

2. Jualan runcit. Mereka perlu ada produk yang mencukupi di

tangan untuk membuat beberapa jualan runcit. Tentu nampak tidak bagus kepada bakal pelanggan apabila rekrut baru anda cuba menjual kepada mereka, tetapi beliau sendiri tidak cukup keyakinan dengan produk mereka sehingga tidak empunyai stok untuk jualan. Ianya nampak seolah-olah beliau tidak menjangka pelanggannya akan membeli. Walaupun beliau berjaya juga menjual, keuntungan beliau akan hangus kerana terpaksa membelanjakan petrol untuk berulang-alik, daripada rumah penaja beliau (untuk mendapatkan stok) dan kemudiannya ke tempat pelanggan runcit beliau. Tujuan perniagaan ini adalah untuk membuat keuntungan dan bukannya untuk menyokong Petronas atau Shell. Lagipun, adakah pelanggan anda akan terus membeli daripada anda sekiranya anda terus katakan yang produknya akan sampai seminggu atau dua minggu daripada hari mereka membuat pesanan?

3. Sampel. Jika perniagaan anda memerlukan anda memberi

sampel, di sinilah anda boleh menunjukkan contoh yang baik. Jika anda menjual barangan makanan, berikan atau jual kepada

Page 55: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 55

prospek-prospek anda makanan itu dalam unit yang kecil yang bernilai dua tiga ringgit untuk mereka mencuba dan memberikan pandangan mereka. Jika anda dalam syarikat barangan pencuci… gunakan saiz kecil pencuci yang popular dan sebagainya.

4. Set Permulaan Pengedar Baru. Bila anda mendaftarkan

pengedar baru, beliau memerlukan stok pada malam itu dengan serta merta. Jika anda bercadang untuk memulakan beberapa orang pengedar, anda juga perlu banyak stok di dalam tangan. Produk ini untuk menghidupkan enjin pengedar-pengedar baru anda sebelum mereka menerima produk yang mereka tempah secara peribadi daripada syarikat. Jika pengedar baru anda juga bercadang untuk menaja beberapa orang dengan serta merta, beliau memerlukan stok yang mencukupi untuk memulakannya dengan baik.

Faktor utama yang boleh menaikkan semangat rekrut-rekrut

baru dalam perniagaan ini ialah dengan membeli stok permulaan. Mereka akan senantiasa ingat yang mereka telah membelanjakan $200 atau $300 untuk produk-produk itu dan ianya boleh digunakan untuk memulakan perniagaan baru mereka. Sudah tentu anda akan memberikan mereka jaminan beli-balik, kerana tujuan anda adalah untuk membantu mereka memulakannya dengan pantas dan bukannya untuk membuat duit daripada mereka.

Kita mahukan semua orang bermula sebaik mungkin.

Jika mereka mempunyai dana yang terhad, tawarkan untuk

menerima cek pasca tarikh (post dated cheque). Memastikan yang mereka mempunyai stok dalam tangan adalah amat kritikal untuk kejayaan mereka. Lagipun adalah tidak berbaloi untuk menaja mereka yang tidak mempunyai atau tidak mahu membuka akaun semasa. Oleh itu tawarkan mereka untuk menerima cek pasca tarikh jika mereka tidak mampu menyimpan stok yang banyak di peringkat permulaan.

Kesimpulannya, pengedar-pengedar baru kita akan hanya dapat

menjana pendapatan jika mereka dapat menggerakkan stok mereka. Marilah kita memberi pengedar-pengedar baru kita peluang yang terbaik untuk berjaya.

Page 56: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 56

Faedah Beberapa cara pengiklanan inovatif untuk merekrut ahli baru

telah mula muncul baru-baru ini. Daripada menumpukan tema dan manfaat utama tentang peluang perniagaan mereka, pemimpin-pemimpin jualan sebaliknya telah mengenalpasti menfaat yang spesifik untuk mereka serlahkan dalam menarik rekrut-rekrut baru. Harapan mereka ialah untuk mencari orang yang mempunyai kehendak spesifik untuk manfaat ini dan membuka mata mereka kepada peluang perniagaan mereka itu. Sebagai contoh, satu iklan berbunyi : Perlukan kereta baru? Jangan bayar beribu ringgit untuk duit muka. Terima kereta baru dari kami setiap dua tahun dan pendapatan lumayan $1,000 hingga $1,500 sebulan secara sambilan. Telefon (xxx) xxx-xxxx.

Syarikat pemasaran rangkaian ini menawarkan kereta yang

disewa untuk kegunaan pemimpin-pemimpin jualan yang mencapai jualan kumpulan melebihi $5,000 sebulan dalam lima bulan berturut-turut. Prospek menjawab iklan itu dengan menyangkakan yang dia akan mendapat kereta syarikat dan mungkin bekerja sebagai ajen syarikat kereta sewa.

Realitinya ialah prospek itu perlu membina kumpulan pemasaran

rangkaian dan apabila jualan mencecah $5,000 sebulan, barulah mereka menerima kereta itu. Pendekatan ini berkesan kepada orang yang takut dengan pemasaran rangkaian tetapi amat bermotivasi untuk mendapatkan kereta itu.

Kejayaan pendekatan ini, sudah tentu bergantung sepenuhnya

kepada penaja untuk menyakinkan mereka yang pemasaran rangkaian adalah satu peluang perniagaan yang baik untuk mendapatkan kereta itu. Satu pendekatan yang baik ialah untuk mempunyai pelan yang mudah untuk difahami dan boleh memotivasikan mereka untuk menyertai perniagaan ini.

Satu pelan yang di beri kepada satu prospek adalah seperti

berikut:

Kami mempunyai pelbagai produk-produk yang anda biasa beli di kedai-kedai runcit berdekatan. Dengan menukar tabiat pembelian anda dan juga tabiat pembelian beberapa kawan anda, saya boleh

Page 57: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 57

tunjukkan bagaimana anda boleh mendapat $700.00 sebulan dan sebuah kereta “dengan percuma”.

Setiap bulan anda akan membeli barangan bernilai $100.00

daripada kami. Jumlah ini akan, dengan mudahnya, kami potong dari akaun semasa anda. (Potongan otomatik dari akaun semasa memudahkan pembelian atau pemenuhan kuota). Anda boleh ambil produk-produk yang anda perlukan pada bila-bila masa sepanjang bulan. Saya kemudiannya akan membantu anda merekrut dua kawan anda untuk membuat perkara yang sama. Kita kemudiannya akan membantu setiap seorang dari mereka untuk merekrut dua orang kawan mereka dan sebagainya. Tiada seorang pun yang perlu merekrut lebih daripada dua orang. Lagipun semua orang kenal sekurang-kurangnya dua orang.

Kumpulan anda akan kelihatan seperti begini : 2 pengedar

peringkat pertama, 4 peringkat kedua, 8 peringkat ketiga, 16 peringkat keempat dan 32 pengedar peringkat kelima untuk keseluruhan 63 pengedar-pengedar. Dengan hasil jualan $100.00 seorang, kesemuanya akan mendatangkan jualan sebanyak $6,300; lebih banyak dari jumlah yang anda perlukan untuk layak mendapat kereta. Apa yang anda perlu buat cuma menaja dua orang dan menukarkan tabiat pembelian mereka. Pendapatan sambilan anda akan melebihi $700.00 dan anda akan mendapat sebuah kereta “secara percuma” selama dua tahun. Tambahan lagi, pengedar-pengedar anda juga boleh melayakkan diri untuk kereta dan pendapatan sambilan yang sama seperti anda.

Apa yang menarik tentang pembentangan perniagaan anda di

atas ialah anda tidak terlalu mendedahkan mereka dengan falsafah pemasaran rangkaian, latar belakang syarikat, jenis-jenis produk mahupun pelan pemasaran. Anda cuma tumpukan kepada kereta prospek dan cara anda menyampaikannya. Kesemua cara-cara pembentangan yang biasa dilakukan tidak perlu anda gunakan.

Satu lagi cara pengiklanan yang banyak diamalkan ialah insuran

kesihatan. Tajuk iklan itu adalah seperti berikut: “Adakah insuran kesihatan anda mahal?” atau “Kadar insuran berkumpulan untuk individu.”

Sesetengah syarikat pemasaran rangkaian menawarkan insuran

secara percuma atau insuran pada kadar premium yang rendah kepada pemimpin-pemimpin jualan mereka yang cemerlang. Prospek akan merasa seronok bila mengetahui yang mereka boleh

Page 58: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 58

mendapatkan insuran kesihatan yang murah dan menambahkan pendapatan mereka pada masa yang sama. Ianya menawarkan insuran kesihatan secara percuma dan ditambah pula dengan keuntungan.

Bagaimana pula dengan lawatan-lawatan pelancongan? Berapa

ramai orang yang anda kenali yang mampu menikmati pelancongan kelas satu atau tempat yang lebih baik untuk mereka membelanjakan duit mereka? Lawatan pelancongan kelas satu yang dibayar oleh syarikat pemasaran rangkaian anda boleh menjadi sebab yang memotivasikan anda menyertainya.

Adakah susah untuk membuat orang merasa teruja dengan

lawatan percuma ke Acapulco, Hawaii, Eropah dan sebagainnya? Anda akan terkejut dengan apa yang seseorang sanggup buat untuk pelancongan percuma selama seminggu.

Oleh kerana pemasaran rangkaian saban tahun menjadi semakin

popular, pendekatan yang baru mesti digunakan untuk mendekati mereka yang mempunyai pengetahuan yang sedikit dan telah membuat penilaian negatif berdasarkan maklumat yang sedikit. Ini adalah satu pasaran yang besar yang dipenuhi dengan potensi yang belum diterokai dan menunggu anda untuk menggunakannya. Apakah manfaat yang syarikat anda tawarkan? Manfaat cukai, kereta, lawatan pelancongan, insuran, pengiktirafan, barang kemas, atau ?????

Page 59: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 59

Usaha Tidak Ke Mana

Pernahkah anda perasan yang ramai pemasar rangkaian yang bekerja dengan begitu keras tapi masih tidak pergi ke mana-mana? Ianya boleh membuat anda menitiskan air mata bila melihat kerja keras mereka itu tidak mendatangkan apa-apa hasil. Kerap kali mereka yang tidak bernasib baik ini adalah dalam downline kita sendiri dan mengharapkan kita menyelesaikan dilema mereka. Cuba kita lihat satu kes ini.

Rohani Rajin ialah contoh unggul seorang jurujual. Beliau juga

kelihatan seperti bintang jurujual anda yang seterusnya. Rohani mempunyai tabiat kerja yang bagus dan konsisten. Setiap hari beliau menetapkan tiga temujanji untuk merekrut dan menaja sekurang-kurangnya seorang pengedar baru. Kita boleh lihat dalam masa 30 hari Rohani akan mempunyai sekurang-kurangnya 30 pengedar di dalam kumpulan beliau. Masalahnya ialah kumpulan Rohani tidak menghasilkan sebarang jualan.

Kebanyakan dari rekrut-rekrut Rohani tidak membuat tempahan permulaan, dan sekiranya ada yang menempah, tidak membuat tempahan seterusnya. Situasi ini amat mengecewakan anda. Anda dapat lihat bakal bintang anda merasa tidak bersemangat akibat daripada ketiadaan hasil yang nyata – tiada jualan.

Mari kita definisikan masalah ini. Rohani Rajin ialah seorang jurujual. Rohani sibuk meyakinkan

kesemua prospek beliau dengan menggunakan kemahiran menjual beliau yang sememangnya sangat bagus. Beliau terlalu inginkan untuk “membuat jualan” dan amat gembira untuk mendapatkan tandatangan prospek di atas borang pendaftaran pengedar baru. Malangnya, Rohani berhenti menjual kepada prospek beliau di situ sahaja. Beliau gagal mendapatkan komitmen daripada prospek beliau untuk mengerjakan perniagaan ini. Beliau membiarkan prospek keseorangan untuk membuat sendiri keputusan ke atas matlamat peribadi mereka, pelan aktiviti dan komitmen mereka untuk berusaha menjadikan perniagaan ini satu kejayaan. Ini menambahkan lagi kerosakan ke atas perniagaan beliau.

Rekrut baru itu tidak mempunyai pengalaman untuk membuat

keputusan sendiri dan berkemungkinan besar akan bertindak sama

Page 60: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 60

seperti 95% daripada populasi; mereka akan gagal membuat keputusan-keputusan atau akan gagal membuat komitmen terhadap perniagaan mereka sendiri. Mereka ini akan gagal kecuali jika ada seseorang yang menjadi pemimpin yang akan menolong dan membimbing mereka.

Rohani Rajin telah mengelakkan bahagian yang paling penting

dalam jualan iaitu mendapatkan KOMITMEN. Satu contoh ucapan penutupan untuk rekrut baru Rohani mungkin berbunyi sebegini : “Encik Rekrut Baru, saya berasa gembira yang anda telah bersetuju untuk menyertai organisasi kami yang hebat ini. Anda patut membuat tempahan produk untuk memulakan anda bulan ini, jadi saya akan tinggalkan senarai harga barangan dan katalog untuk anda lihat. Tolong fikirkan beberapa orang yang anda rasa anda boleh rekrut supaya anda akan mempunyai beberapa pengedar dalam kumpulan anda. Telefon saja saya jika anda ada apa-apa masalah. Satu lagi, ada sebuah perjumpaan besar yang telah dirancang pada Sabtu terakhir bulan ini. Saya bercadang untuk hadir. Cubalah datang sama.”

Rohani telah meninggalkan keseluruhan proses komitmen

kepada Encik Prospek Baru. Satu kesilapan besar! Malangnya, kita pun kerap membuat kesilapan yang sama seperti Rohani kerana beberapa sebab berikut:

1. Kita terlalu teruja dengan kejayaan kita merekrut ahli baru hinggakan kita bergegas untuk meraikannya.

2. Kita takut kalau kita bertanya tentang komitmen pada masa itu,

Encik Rekrut Baru mungkin akan bertukar fikiran dan mengundurkan diri.

3. Kita mengambil keputusan bahawa gagal mendapatkan

komitmen ialah cara yang paling senang untuk mencapai apa jua matlamat kita.

Daripada tiga sebab di atas ini, sebab nombor dua sering

merupakan punca kenapa kita gagal mendapatkan komitmen. Secara logiknya, bilakah masa yang paling baik untuk mendapatkan komitmen? Pada masa pembentangan pertama di mana semangat prospek untuk perniagaan di tahap paling tinggi? Ataupun beberapa hari kemudian bila semangat prospek untuk perniagaan sudah berkurangan? Sudah pasti masa yang paling baik untuk mendapatkan komitmen prospek ialah semasa pembentangan pertama. Menunggu

Page 61: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 61

kemudian memaksa anda mengembalikan semula semangat prospek sebelum anda boleh mendapatkan komitmen beliau.

Sebab kenapa kebanyakan pemasar rangkaian menunggu hingga

perjumpaan kedua untuk mendapatkan komitmen ialah kerana mereka tidak mahu menjejaskan jualan permulaan, iaitu menarik prospek memasuki perniagaan mereka. Teori “Yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran” ini adalah untuk memastikan yang prospek telah teguh berada dalam perniagaan sebelum anda mendesak beliau untuk memberikan komitmen. Malangnya strategi sebegini tidak berkesan.

Katakanlah semasa pembentangan permulaan, anda meminta

Encik Rekrut Baru komitmen beliau untuk membeli produk, menetapkan beberapa temujanji merekrut, dan untuk menghadiri promosi produk besar-besaran minggu berikutnya.

Encik Rekrut Baru menjawab, “Tak mungkin, kalau saya

terpaksa berbuat demikian, saya tak mahu terlibat. Lebih baik awak koyakkan sahaja borang pendaftaran saya itu dan buangkannya.”

Jika inilah jawapan beliau semasa pembentangan perniagaan

yang pertama, bila semangat beliau berada di tahap tertinggi, cuba fikirkan betapa negatifnya jawapan yang beliau akan beri beberapa hari selepas itu – bila perasaan beliau untuk perniagaan itu menjadi semakin kurang positif. Bukankah ianya satu kelebihan untuk kita mengetahui sekarang samaada kita mempunyai rekrut yang bagus sebelum kita membuang banyak masa dan tenaga ke atas rekrut yang tida berguna dan tidak produktif?

Sebenarnya, kita mempunyai SEMUANYA UNTUK DI PEROLEHI

dan TIADA APA-APA UNTUK DIRUGIKAN dengan mendapatkan komitmen serta-merta semasa pembentangan permulaan anda. Kenapa tunggu hingga kemudian bila kita hanya akan membuang masa mereka dan masa kita? Mari kita dapatkan komitmen itu sekarang.

Page 62: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 62

Memancing Ikan Besar

Halim dan Halimah Haruan merupakan pasangan pemasar rangkaian yang bekerja keras dan telah mencapai kejayaan yang sederhana. Usaha mereka yang konsisten selama beberapa tahun ini telah memenangi kesetiaan beberapa pengedar downline yang lain. Halim dan Halimah juga disukai oleh komuniti di kawasan perumahan mereka.

Malangnya, perniagaan pemasaran rangkaian tidak

menguntungkan pasangan usahawan ini. Syarikat pemasaran rangkaian mereka yang terakhir telah gulung tikar dan walaupun syarikat sebelumnya juga mempunyai produk yang bagus, pasangan Halim/Halimah ini menghadapi sedikit konflik dengan penaja upline mereka. Oleh itu pasangan Halim/Halimah telah kecewa dengan pemasaran rangkaian dan secara tidak langsung tergolong di dalam kumpulan pemasaran rangkaian yang kecewa. Halim meneruskan kerja tetap beliau manakala Halimah pula menjadi surirumah sepenuh masa menjaga anak-anak mereka.

Big Al tinggal di bandar bersebelahan. Big Al baru saja habis

melatih seorang pengedar dan sedang mencari seorang rekrut baru yang berpotensi.

Sudah tentu pasangan Halim/Halimah ini boleh menjadi calon

yang baik kerana mereka telah menunjukkan keinginan mereka untuk berjaya dengan bekerja keras bersama pengedar-pengedar lain sebelum ini. Big Al merasakan yang latihan mereka di dalam pemasaran rangkaian sebenarnya tidak mencukupi dan itulah kekurangan tunggal yang membuatkan mereka tidak berjaya. Big Al tahu yang latihan-sambil-bekerja beliau akan membuatkan pasangan Halim/Halimah ini menjadi pengedar berjaya di dalam pemasaran rangkaian. Mereka mempunyai ramai kenalan; dan Big Al mempunyai kemahiran.

Cuma satu sahaja masalah yang tinggal. Pasangan

Halim/Halimah ini tidak mahu lagi terbabit dengan pemasaran rangkaian. Pengalaman mereka yang lepas tidak begitu menguntungkan dan mereka tidak mahu lagi memperjudikan nasib mereka.

Page 63: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 63

Bagaimanapun pada Big Al, pasangan Halim/Halimah ini akan menjadi “tangkapan besar” beliau, jadi Big Al mula mencari sebab-sebab yang boleh memotivasikan mereka untuk terlibat semula di dalam pemasaran rangkaian.

Halim dan Halimah mempunyai satu kereta sahaja. Sebagai satu

keluarga, ini bermakna yang Halimah terpaksa menunggu Halim balik dari kerja sebelum beliau boleh menggunakan kereta. Ini mungkin boleh menjadi faktor motivasi, tetapi kebanyakan pemasaran rangkaian memerlukan beberapa bulan kelayakan dan jumlah jualan yang tinggi untuk mendapatkan kereta syarikat. Ianya akan menjadi sukar untuk meyakinkan pasangan Halim/Halimah untuk bekerja keras selama beberapa bulan cuma untuk berkemungkinan mendapatkan kereta tambahan.

Pada pagi Isnin, Big Al pergi ke kedai jualan kereta dan

menyewa sebuah kereta sport. Big Al memandu kereta itu ke rumah Halimah dan berhenti untuk melawat beliau. Big Al menerangkan kepada Halimah tentang program pemasaran rangkaian beliau dan bagaimana beliau secara peribadi akan memantau mereka hingga mereka berjaya. Big Al meyakinkan Halimah yang dia dan Halim mungkin tidak akan berminat dengan peluang itu walaupun mereka mungkin akan mendapat tambahan $200 ke $300 sebulan dengan pertolongan beliau. Big Al cuma ingin meinggalkan maklumat itu supaya Halimah boleh berbincang dengan suami beliau.

Bila Big Al sudah bersedia untuk pulang, beliau meminta Halimah

menghantarnya balik dengan menggunakan kereta sport yang beliau pandu. Big Al menerangkan yang jika pasangan Halim/Halimah ini ingin terbabit dengan program beliau, pendapatan tambahan mereka dengan mudahnya dapat digunakan untuk membuat pembayaran ansuran kereta yang beliau pandu ke situ.

Untuk memberi peluang kepada Halimah agar beliau boleh melihat kebaikan menyertainya, Big Al memberitahu Halimah yang kereta itu boleh dia gunakan untuk dua hari berikutnya. Jika Halimah ingin menyimpan kereta itu, apa yang beliau perlu buat ialah meyakinkan Big Al untuk menyertai beliau dalam program itu. Bila Halimah menghantar Big Al balik, dia sudah tertawan dengan idea mempunyai kereta beliau sendiri untuk pergi membeli belah dan mengambil dan menghantar anak-anak beliau ke sekolah. Big Al mengucapkan terima kasih kepada Halimah kerana menghantar beliau pulang dan dia memberitahu yang dia akan singgah semula ke rumah Halimah dalam masa dua hari lagi.

Page 64: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 64

Big Al tahu yang sebaik sahaja Halimah sudah terdedah dengan

kemudahan dan betapa fleksibelnya mempunyai kereta sendiri, Halimah akan berusaha dengan keras dalam pemasaran rangkaian beliau.

Sebaik sahaja Halim tiba di rumah setelah pulang dari kerja,

Halimah sudah menyenaraikan nama-nama prospek untuk Halim dan Big Al ziarahi.

Big Al tahu, Halim dan Halimah mungkin akan menjadi

tangkapan besar buat beliau.

Page 65: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 65

Peraturan Hidup

“Kebimbangan Untuk Rugi Melebihi Keinginan Untuk Menghasilkan Untung”

-Big Al

Kita semua ingin mengubah nasib orang lain untuk menjadi lebih baik.

Bagaimanapun kita boleh memperolehi hasil yang lebih baik

dengan bekerja dengan mereka dan menerima mereka seadanya. Jika seseorang itu boleh diubah, ianya satu keajaiban. Mahukan bukti?

Terdapat berjuta-juta pasangan yang berkahwin di Malaysia ini.

Di dalam setiap perkahwinan, salah seorang pasangan itu akan cuba mengubah pasangan mereka atau kedua-duanya masing-masing ingin mengubah pasangan mereka. Jika si suami seorang yang selekeh, si isteri percaya yang bila sahaja mereka berkahwin, beliau boleh mengubah perangai si suami dan sebagainya. Di dalam berjuta-juta perkahwinan ini, tidak ada lansung bukti yang si isteri atau si suami berjaya mengubah pasangan mereka. Puratanya, orang tidak mahu diri mereka diubah.

Jika orang tidak mahu diubah, tidakkah anda fikir yang kita

boleh mendapat hasil yang lebih baik dengan bekerja dengan mereka dengan menerima mereka seperti yang sedia ada?

Jadi bagaimana pula kita boleh memotivasikan mereka?

Adakah kita akan menggunakan teknik-teknik yang telah kita pelajari di dalam buku-buku motivasi di pasaran? Kebanyakan daripada teknik-teknik daripada buku-buku tersebut mengajar cara mengubah sikap mereka. Sebaliknya kita patut mengubah prioriti mereka. Kita patut membuatkan mereka melihat ‘gambaran besar’ bila mereka cuma ingin melihat ‘gambaran kecil’ di dalam hidup mereka. Kita patut cuba membuat mereka mengubah tabiat mereka dan sebagainya.

Kita semua tahu yang teknik-teknik ini tidak begitu berjaya

kerana ORANG SECARA AMNYA TIDAK MAHU BERUBAH. Apa yang boleh kita buat untuk memotivasikan mereka? Kita

perlu ingat yang secara semulajadinya orang berusaha keras untuk mengelakkan diri daripada kerugian di dalam hidup mereka. Sebagai

Page 66: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 66

contoh, jika Junaidi Jimat mendapat satu saman $30 kerana kesalahan meletak kereta, beliau akan cuba mengelakkan daripada RUGI dengan mengambil cuti setengah hari dan kemudian pergi ke majlis perbandaran dan merayu agar saman itu dibatalkan. Junaidi tidak mahu rugi $30.

Tetapi berapa banyakkah yang Junaidi dapat jimat? Realitinya,

beliau kerugian. Mari kita mengiranya:

$ 45 Kerugian kerana mengambil cuti separuh hari. $ 10 Untuk petrol pergi dan balik ke majlis perbandaran $ 5 Bayaran meletak kereta semasa di majlis perbandaran

(Junaidi tidak mahu disaman lagi.) $60 Jumlah dibelanjakan untuk mengelakkan kerugian = $30!

Junaidi telah berusaha dengan gigih untuk mengelakkan

kerugian – satu contoh yang baik mengenai TAKUT KERUGIAN (fear of loss).

Satu lagi contoh: Sally baru sahaja mendaftar keluar daripada

sebuah hotel sejam yang lepas dan sudah memandu sejauh 80 kilometer. Tiba-tiba beliau teringat yang beliau tertinggal sebuah jam yang bernilai $30 di atas meja di biliknya. Daripada meneruskan perjalanan beliau, cuba teka apa yang Sally buat? Sudah tentu. Beliau membazirkan dua jam untuk berpatah balik ke hotel itu dan membazirkan duit minyak untuk perjalanan itu, kerana TAKUT KERUGIAN.

Sebaliknya, Sally boleh meneruskan perjalanan beliau, membuat

satu atau dua jualan di dalam masa dua jam yang telah dibazirkan, dan memperolehi wang dua kali ganda daripada $30 itu. Adakah KEINGINAN UNTUK MENGHASILKAN UNTUNG lebih besar daripada TAKUT KERUGIAN bagi Sally?

Tidak, Sally sangat bermotivasi untuk mengelakkan kerugian. Suhaimy menghabiskan keseluruhan hujung minggu beliau

untuk memotong rumput dan mengecat rumah beliau. Ini satu lagi contoh TAKUT KERUGIAN. Suhaimy tidak mahu berbelanja dengan duit beliau. Sebaliknya, Suhaimy boleh membuat kerja sambilan di farmasi di tempatnya semasa hujung minggu itu dan mendapat duit sebanyak tiga kali ganda daripada apa yang beliau perlu bayar kepada budak-budak muda sejiran untuk memotong rumput dan mengecat rumahnya.

Page 67: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 67

Ini adalah contoh terbaik peraturan kehidupan ini. Suhaimy tidak

mahu berusaha untuk mendapat hasil tapi akan bekerja keras sepanjang hujung minggu untuk mengelakkan kerugian.

Leman pula baru berpisah dengan kekasih beliau. Untuk

memenangi hatinya, beliau menghantar bunga, cokelat, hadiah dan menelefonnya selalu. Satu usaha yang menakjubkan yang tidak pernah beliau buat sebelum berpisah dengan kekasih beliau. Leman tidak suka ditinggalkan dan bermotivasi untuk membuat apa sahaja untuk mendapatkan kembali kekasihnya. TAKUT KERUGIAN adalah melebihi KEINGINAN UNTUK MENGHASILKAN UNTUNG oleh kerana beliau tidak pernah berusaha sebegitu untuk memperbaiki hubungan mereka semasa ianya masih baik.

Oleh itu bagaimana kita boleh mengaplikasikan pemerhatian

yang menakjubkan ini di dalam perniagaan kita? Mari kita terima seseorang itu seadanya dan memotivasikan mereka melalui prinsip:

“TAKUT KERUGIAN MELEBIHI KEINGINAN UNTUK

MENGHASILKAN UNTUNG.” Daripada kita merayu, memujuk, merasuah dan mencuba untuk

mendapatkan pengedar tahap pertama kita yang malas itu untuk bekerja dan menempah produk, mari kita gunakan taktik yang berbeza, TAKUT KERUGIAN.

Kita akan secara peribadi menaja dua orang pengedar baru dan

meletakkan mereka di bawah pengedar tahap pertama kita yang malas itu. Untuk pengedar tahap pertama kita yang malas itu mendapatkan bonus, beliau perlu membeli produk. Jika beliau tidak membeli produk, beliau akan kehilangan bonus yang akan beliau dapat melalui pengedar yang di bawah beliau itu.

Sekarang apa yang anda rasa pengedar tahap pertama kita yang

malas itu akan buat? Beliau akan berusaha untuk membeli produk untuk mengelakkan

kehilangan bonus yang sudah menunggu. Sudahkah kita memotivasikan beliau? Ya.

Adakah KETAKUTAN BELIAU DENGAN KERUGIAN MELEBIHI

KEINGINAN UNTUK MENGHASILKAN UNTUNG? Ya. Sebelum ini kita gagal untuk memotivasikan beliau dengan peluang untuk menjadi

Page 68: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 68

kaya, dan sebagainya… sekarang, tidak lagi, jika beliau membeli produk dan memulakan langkah dalam perniagaan ini.

Bolehkan kita menggunakan prinsip ini di dalam bidang lain di

dalam perniagaan kita ini? Ya. Kita cuma dihadkan oleh daya imaginasi kita sahaja.

Page 69: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 69

Sindrom Ladang Tenusu

Setiap pengedar pemasaran rangkaian akan bertanyakan soalan-soalan ini di dalam kerjaya pemasaran rangkaian mereka: “Bagaimana saya boleh meningkatkan jualan kumpulan saya?” atau “Bagaimana saya boleh dapatkan cek bonus bulanan yang lebih besar?”

Dengan menganalisa pilihan yang ada, cuma ada dua pelan

tindakan yang nampaknya berkemungkinan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Mari kita lihat pelan tindakan Nombor Satu.

1. Latih angkatan pengedar anda yang sedia ada untuk

meningkatkan jualan.

Pilihan ini diambil oleh hampir ke semua pengedar pemasaran rangkaian atas beberapa sebab. Secara logiknya, jika diberikan latihan yang betul, ianya akan membantu pengedar yang aktif meningkatkan jualan peribadi.

Jika setiap seorang pengedar yang aktif dapat membuat jualan

sebanyak yang kita buat kerana pemahaman tentang produk yang lebih baik… jika setiap seorang pengedar aktif itu seperti kita dapat memahami dan mencintai produk jualan mereka… jika setiap seorang pengedar aktif itu menggunakan dan menjual lebih banyak produk… dan jika setiap seorang pengedar aktif itu boleh mempelajari kemahiran menjual dan mencari prospek yang telah kita perolehi sepanjang kerjaya kita… jumlah jualan kita boleh meningkat semalaman sebanyak dua atau tiga kali ganda.

Selain itu, jika melalui latihan yang diberikan, kita boleh

memotivasikan ke semua pengedar tidak bersemangat yang telah kita kumpulkan sepanjang kerjaya kita. Cuba bayangkan potensi besar untuk meningkatkan jualan kumpulan kita. Sekarang, perkara tunggal yang boleh menghalang kita ialah latihan untuk pengedar-pengedar kita.

Jadi, kita membuat keputusan untuk melaksanakan program

latihan selama tiga malam Khamis berturut-turut. Tiga malam itu adalah masa yang diperlukan untuk mereka mempelajari kandungan, laporan ujian, testimoni dan risalah syarikat. Kita mempunyai kerja rumah, ujian mingguan dan demonstrasi. Mereka yang menghadirinya ialah pengedar-pengedar utama kita yang datang untuk setiap

Page 70: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 70

perjumpaan, selalunya dengan rekrut terbaru mereka ataupun prospek, dan mereka menghargai pemahaman dan pandangan baru yang mereka dapat lihat di dalam produk-produk syarikat mereka. Mereka juga begitu kagum dengan latihan kita sehinggakan mereka berkeras menyuruh kita meneruskan ke latihan selanjutnya di dalam latihan jualan runcit, seperti yang telah kita janjikan terdahulu.

Latihan untuk mengajar menjual secara runcit dijadualkan pada

hari Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 2 petang selama empat Sabtu berturut-turut. Kita ingin membina kemahiran menjual yang teguh, belajar mengendalikan bantahan-bantahan, formula AIDA, fakta, ciri-ciri produk, kebaikan produk dan sebagainya. Kita rangkumkan lakonan peranan (role play), pertandingan jualan, menghafal pembentangan produk, dan sebagainya. Kumpulan yang baru kita latih itu begitu bagus hinggakan setiap kali anda ucapkan “Hai” kepada mereka, secara teorinya, mereka akan dapat menjual sebarang produk kepada anda.

Sekarang, kumpulan kita sudah bersedia untuk bengkel lengkap

merekrut. Bukankah baik kalau kita dapat gunakan kesemua kemahiran-kemahiran menjual kita itu ke atas beberapa prospek pengedar baru kita?

Pada malam Isnin, kita jadualkan kelas merekrut pada pukul 7

malam hingga 10 malam untuk lima minggu berikutnya. Kita akan merangkumi cara-cara mendapatkan prospek, menutup pembentangan jualan, pembukaan pembentangan jualan, langkah-langkah untuk menaikkan minat, mengiklan, mengiklan secara pos, mendapatkan pengedar baru dan memulakan mereka di dalam perniagaan ini. Lagipun, pengedar baru kita patut mendapat seorang penaja yang terlatih dan profesional seperti kita!

Selepas latihan merekrut, kita menyedari yang graduan-graduan

kita tidak menghasilkan pengedar-pengedar baru dengan sekerap yang kita harapkan dan ada yang tidak langsung menaja sesiapa pun. Nampaknya mereka telah mengalami masalah pengurusan diri dan memerlukan sedikit latihan kepemimpinan. Jadi, kita melantik seorang pakar runding yang mengenakan bayaran $375 seorang untuk menjalankan seminar intensif selama dua hujung minggu, untuk mengajar mereka prinsip-prinsip yang boleh membentuk pemimpin pemasaran rangkaian yang hebat.

Kemudian kita terfikir…

Page 71: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 71

Kita telah membina satu angkatan pengedar-pengedar veteran, yang tahu kesemuanya tentang produk, boleh memberi pembentangan perniagaan yang meyakinkan kepada rekrut-rekrut baru, mempunyai kemahiran menjual yang cemerlang, tahu bagaimana menjadi pemimpin yang baik, tetapi tidak bermotivasi untuk berbuat sesuatu.

Dengan fakta yang berada di depan mata kita itu, baru kita

benar-benar nampak yang kesemua latihan-latihan kita sebelum ini tidak berkesan dan membazir. Kesemua kemahiran di dalam dunia ini tidak memberi erti jika pengedar kita tidak bermotivasi untuk keluar, mengatasi ketakutan mereka, dan berbuat sesuatu. Apa yang kita ada ialah sekumpulan pelajar profesional, yang selalu pergi ke kelas dan latihan supaya mereka tidak perlu keluar ke dunia sebenar untuk mengerjakan perniagaan ini.

Secara logiknya, kenapa pula mereka perlu keluar? Dalam kelas

latihan, mereka tida pernah menghadapi bantahan ataupun tohmahan dan dikelilingi oleh mereka-mereka yang bersikap positif. Ianya lebih menyeronokkan.

Akhirnya kita mengenal pasti masalah kita. Kita mempunyai satu

angkatan pengedar-pengedar veteran yang suka pergi ke perjumpaan-perjumpaan dan menikmati kehidupan sosial dan persahabatan yang ditawarkan oleh perniagaan kita. Mereka takutkan kejayaan hinggakan mereka sering menghadiri seminar-seminar, bengkel-bengkel, kelas dan sebagainya agar mereka sentiasa sibuk supaya mereka tidak perlu menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan bantahan dan penolakan.

Penyelesaiannya… lupakan dan buangkan kesemua latihan kita

dan sebaliknya wujudkan satu latihan yang bagus tentang motivasi. Jika kita dapat memotivasikan orang-orang kita, hasilnya akan

menyusuli. Lagipun kita telah lihat banyak pengedar yang tiada kemahiran jualan, kemahiran merekrut atau kemahiran produk tetapi keluar membina perniagaan yang besar kerana mereka bermotivasi untuk melakukannya. Kumpulan kita yang setia, kurang bermotivasi untuk mengatasi ketakutan mereka. Oleh itu mereka tidak berbuat apa-apa. Mereka seronok pergi ke pelbagai perjumpaan hinggakan mereka tidak ada masa untuk keluar dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka telah perolehi. Kita sebenarnya sudah terlalu banyak melatih mereka.

Page 72: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 72

Jika motivasi ialah penyelesaian kita, kita akan keluar mendapatkan penceramah motivasi terbaik yang boleh kita cari… dan mengupah mereka untuk ceramah sepanjang Sabtu untuk menaikkan semangat pasukan kita… untuk mereka menyedari potensi mereka… untuk mempercayai diri mereka sendiri… dan untuk keluar dan melakukan perniagaan ini!

Hari penting itu pun tiba dan yang datang cuma kumpulan

terlebih-latih kita. Tapi kali ini agak berbeza. Kumpulan kita sedang berdiri di atas kerusi, melaungkan slogan-slogan kejayaan, membuat komitmen baru, menetapkan matlamat, mendapatkan semangat dan amat bermotivasi. Masing-masing memberikan semangat kepada yang lain dan mengatakan betapa seronoknya mereka rasa… betapa bagusnya semua orang yang berada di situ… dan betapa yakinnya mereka yang mereka akan sampai ke puncak kejayaan. Kumpulan kita yang sebelum ini lesu dan malap, kini sudah bermatlamat, bermotivasi dan tidak sabar-sabar lagi untuk keluar dan melakukannya.

Petang Sabtu, mereka pulang dan mendifinisikan semula

matlamat perniagaan mereka. Mereka menyebarkan berita gembira ini kepada ahli keluarga mereka, mengatakan yang akhirnya mereka boleh mengharapkan ganjaran besar daripada perniagaan pemasaran rangkaian mereka.

Ahad merupakan hari cuti. Pengedar-pengedar kita yang baru

bermotivasi itu menggunakan sepenuhnya hari itu untuk merancang pelan tindakan mereka dan mendengar semula kaset-kaset motivasi yang mereka dengar sebelum ini.

Isnin ialah hari kerja, tetapi apabila mereka pulang dari kerja,

cabaran pertama mereka ialah siapa yang akan mereka hampiri terlebih dahulu. Selepas mengkaji semula senarai prospek, mereka yakin yang Farid dan Junaidi akan menjadi sasaran pertama yang terbaik. Farid mengingatkannya yang dia sudah 15 kali dijemput ke perjumpaan peluang perniagaan pemasaran rangkaian ini dan Farid dengan seriusnya menyatakan yang dia tidak berminat.

Tidak mahu mengalah, pengedar kita bersorak gembira, “Saya

merasa bagus!” dan menjadi lebih bersemangat. Sudah tentu kita tidak akan membiarkan Farid merosakkan semangat kita.

Panggilan seterusnya ialah kepada Junaidi. Junaidi memberitahu

yang beliau tidak dapat berjumpa dengan mereka malam itu kerana perlawanan bola sepak Liga Perdana Selangor melawan Kedah akan

Page 73: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 73

bermula dalam masa 30 minit lagi. Pengedar bermotivasi kita baru teringat… dan membuat keputusan untuk turut menonton permainan itu… kerana sebelum ini, beliau sudah lupa tentang adanya permainan itu semasa sedang teruja untuk menetapkan matlamat perniagaan beliau.

Malam Selasa memberikan hasil yang sama. Satu-dua panggilan

ke prospek-prospek lama beliau mengesahkan kebimbangan beliau yang tiada sesiapa pun yang benar-benar berminat dengan perniagaan itu.

Malam Rabu pula malam untuk keluarga dan pada hari Khamis,

semua orang sedang merancang untuk hujung minggu. Hujung minggu pula bukanlah masa untuk merekrut kerana

semua orang sedang menghabiskan masa mereka dengan ahli keluarga mereka dan sedang menikmati cuti dua hari setelah penat seminggu bekerja.

Setelah menganalisa dan meneliti kesemua fakta, Pelan tindakan

Nombor Satu tidak mendatangkan hasil yang diingini. Jadi, apakah penyelesaian kepada masalah “Bagaimana hendak meningkatkan jualan?” ini.

Dalam bab berikutnya, kita akan lihat penyelesaian kepada

“Sindrom Ladang Tenusu” ini.

Page 74: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 74

Sindrom Ladang Tenusu (Bahagian II)

Masalah utama pemimpin-pemimpin pemasaran rangkaian ialah mereka percaya yang jika mereka memerah dengan lebih kuat, lebih banyaklah susu yang akan diperolehi. Penyelesaian sebenar untuk mendapatkan lebih banyak susu ialah dengan mendapatkan lebih banyak lembu. Statistik sepanjang 30 tahun lalu membuktikan yang satu-satunya cara untuk meningkatkan jualan ialah dengan mendapatkan kumpulan yang lebih besar. Memerah beberapa ringgit tambahan daripada pengedar-pengedar anda yang sedia ada tidak akan dapat meningkatkan jualan anda dengan banyak.

Hasil yang 10 kali ganda lebih besar akan anda perolehi jika

anda berusaha untuk mencari pengedar baru daripada anda memerah beberapa titik tambahan daripada pengedar yang sedia ada.

Kenapa pemimpin-pemimpin ini tidak menghabiskan masa yang

berharga ini untuk mencari pengedar-pengedar baru? Takut dengan penolakan atau bantahan. Lebih mudah untuk menghabiskan masa melatih kumpulan yang

sedia ada dan mendapat pujian, mengatakan anda cukup bijak dan menakjubkan. Malangnya, ianya tidak akan meningkatkan perniagaan anda. Ianya cuma memberikan anda perasaan seronok. Jika anda berniaga hanya untuk berasa seronok, ini mungkin sesuatu yang bagus; tetapi kalau anda mencari suatu perniagaan yang menguntungkan dan untuk meningkatkan jualan, latihan berterusan ini adalah suatu jenaka yang “kejam” untuk anda dan pengedar-pengedar anda.

Menaja rekrut-rekrut baru bukanlah satu perkara yang

menyenangkan. Anda pasti merasa tidak selesa bila mereka berkata “Tidak.” Banyak kali anda merasakan yang kalaulah anda boleh balik semula ke persekitaran selesa bersama-sama kumpulan sedia ada anda… yang selalu berfikiran positif… sudah tentu anda akan merasa lebih gembira. Ianya tidak mudah untuk keluar dan mencari seseorang yang tidak dikenali… meyakinkan mereka untuk satu temujanji… dan menjual mereka dengan peluang perniagaan yang hebat ini dan mempamerkan keterampilan diri anda.

Page 75: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 75

Cakap memang senang tetapi ianya sukar untuk dilaksanakan. Sudah tentu kita patut berhenti melawat dan bersosial dengan kumpulan pengedar sedia ada kita. Sudah tentu kita patut keluar untuk mencari dan mendapatkan pengedar-pengedar baru. Ingat! Lebih banyak lembu bermakna lebih banyak susu.

Bagaimanapun kita menghadapi beberapa faktor yang sentiasa

menghalang kita – tiada prospek-prospek baru, ketakutan, tiada kredibiliti dengan orang yang tidak dikenali, tiada pengalaman jualan, dan tiada pelan untuk kejayaan.

Penyelesaiannya ialah pembentangan jualan “Dua-dengan–Satu”

di mana pengedar kita membuat temujanji dan kita membuat pembentangan. Kita tidak akan merasa hilang keyakinan walaupun berdepan dengan penolakan yang kerap… jadi minda kita berada di dalam keadaan yang baik untuk membuat pembentangan. Apa yang pengedar kita perlu buat cuma mengaturkan temujanji dan kemudian hanya duduk dan melihat. Inilah kekuatan sistem ini kerana ianya mengatasi ketakutan dan masalah merekrut orang yang tidak dikenali, (“Satu dengan Satu”).

Satu lagi faktor penting di dalam mendapatkan rekrut-rekrut

baru ialah rekrut–rekrut baru ini lebih bersemangat. Mustahil untuk mendapatkan pengedar-pengedar veteran yang teruja dan bersemangat. Mereka telah lama berkecimpung di dalam bidang ini dan sudah melihat kesemuanya. Mereka sudah mempromosikan produk kepada kesemua kawan-kawan mereka dan pada mulanya penuh teruja; sekarang lebih selesa dengan kesederhanaan.

Sudah berapa kali kita lihat pengedar baru yang tidak

berpengalaman dapat mengatasi pengedar lama cuma dari segi semangat dan keterujaan mereka? Nak masukkan nafas baru ke dalam kumpulan anda? Dapatkan pengedar-pengedar baru. Mereka akan meningkatkan lagi keseronokan di dalam aktiviti kumpulan anda.

Sesebuah kumpulan itu berkembang dengan kuasa pecutan atau

melalui kempen-kempen jualan yang anda jalankan. Anda perlu kekalkan perkembangan ini, tetapi bila ianya sudah bermula, kumpulan ini akan berkembang dengan sendirinya secara geometrik. Kita semua telah lihat sesebuah kumpulan yang saiznya berkembang dengan besarnya, di dalam masa yang singkat, kerana semua orang merasa teruja dan penuh keyakinan. Dan keyakinan itu semakin berkembang bila orang mula membawa lebih ramai orang lain ke

Page 76: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 76

perjumpaan, yang seterusnya membakar semangat di dalam kumpulan itu.

Rahsianya ialah bagaimana hendak memulakan semangat atau

kempen penajaan, bukannya sekadar mendapatkan satu atau dua pengedar baru seminggu. Matlamat kita ialah untuk mencetuskan letupan merekrut atau pergerakan yang akan menyebabkan penajaan secara besar-besaran berlaku.

Kesimpulannya, jangan buang masa anda dengan terlebih

latihan atau bersosial dengan pengedar-pengedar anda. Jalan sebenar untuk membina jualan yang lebih besar ialah mendapat lebih banyak pengedar-pengedar, bukannya dengan memerah usaha daripada pengedar-pengedar yang sedia ada.

Untuk mendapatkan lebih banyak susu, dapatkan lebih

banyak lembu!

Page 77: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 77

Kes Kehilangan Dana Persaraan

Joe Pekerja Pejabat sudah berumur 58 tahun dan baru sekarang serius memikirkan tentang persaraan. Sepanjang kerjayanya, beliau tidak pernah menyimpan ataupun merancang tentang persaraan beliau yang semakin hampir. Baru sekarang beliau tiba-tiba terfikir mengenai masalah terlalu sedikit masa — tetapi terlalu banyak yang hendak dicapai. Joe perlu merancang dan menyediakan pendapatan persaraan beliau di dalam masa tujuh tahun sahaja.

Nasib baik Joe ada sesuatu untuk memulakannya. Skim pencen

syarikat beliau menawarkan $550 sebulan. Walaupun jumlah ini tidaklah banyak tetapi sekurang-kurangnya ianya lebih baik daripada tiada lansung.

Joe memikirkan tentang tahun-tahun itu di mana beliau percaya

yang syarikatnya akan menjaga beliau, bila beliau pencen nanti. Ternyata, ianya satu lawak jenaka! Tujuh tahun dari sekarang beliau akan bersara dan $550 mungkin tidak mencukupi untuk membayar bil elektrik dan air, dan juga cukai tanah.

Joe juga akan layak untuk manfaat SOCSO bila beliau bersara

nanti. Setelah dikira, manfaatnya berjumlah $750 sebulan. “Sekurang-kurangnya adalah jugak hasil untuk tahun-tahun saya mencarum dulu,” Joe berfikir sendiri.

Duit pencen sebanyak $1,300 sebulan bukanlah banyak, tetapi

ianya lebih daripada apa yang orang lain ada bila mereka bersara nanti. Joe membuat keputusan yang selepas belanja makanan, belanja kereta, sewa atau bayaran balik pinjaman perumahan, dan sebagainya, $1,300 itu cukup-cukup sahaja untuk keperluan minima beliau. “Macam mana saya nak berjimat dan menampung semula masa yang hilang?” Joe berfikir.

Joe membuat keputusan untuk memulakan perniagaannya

sendiri secara sambilan. Beliau menjadi pengedar untuk sebuah syarikat pemasaran rangkaian dan walaupun dia tidaklah begitu berjaya, beliau berjaya mendapat $800 bersih sebulan.

Joe secara sistematiknya menyimpan selama setahun dan

menggunakan simpanan $9,600 itu sebagai duit pendahuluan 10% untuk rumah bernilai $96,000 di sebelah rumah beliau sekarang.

Page 78: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 78

Rumah itu disewakan $1,200 sebulan dan selepas cukai, insuran, dan perbelanjaan-perbelanjaan kecil, ada baki $1,000 untuk membayar balik pinjaman sebanyak $86,000.

Joe mendapatkan pinjaman perumahan itu pada kadar faedah

7% dan bercadang untuk membayar balik dalam masa enam tahun supaya rumah itu tiada lagi hutang bila beliau mencecah umur 65 tahun.

Untuk berbuat demikian ianya memerlukan pembayaran balik

sebanyak $1,500 sebulan. Joe mengambil $1,000 sewa bersih dan menambah $500 daripada cek bulanan pemasaran rangkaian beliau.

Di hujung tahun keenam rumah itu sudah habis dibayar. Oleh

kerana nilai rumah di kawasan sejiran Joe meningkat sebanyak 9% setahun, rumah itu sekarang bernilai $130,000. Joe telah menjual rumah itu kepada kawannya tanpa duit muka, dan memberi kawannya gadaian 20 tahun pada kadar 8% untuk bayaran balik sebanyak $1,100 sebulan untuk pokok dan faedah. Sekarang kewangan persaraan Joe nampak lebih cerah.

Pelan Pencen Syarikat $ 550 SOCSO 750 Hasil gadaian rumah 1,100 Pendapatan pemasaran rangkaian 800 JUMLAH PENDAPATAN $3,200

Joe membuat keputusan untuk meneruskan perniagaan sambilan ini selepas beliau bersara. Beliau sukakan aktiviti ini dan sentiasa mencari jalan untuk membelanjakan duit beliau dengan cermat. Dengan pendapatan pencen sebanyak $3,200 sebulan, Joe boleh hidup selesa untuk selamanya.

Nota kepada Pemimpin Pemasaran Rangkaian: Bayangkan

berapa banyak pendapatan persaraan Joe yang terkumpul kalau beliau memulakan 8 atau 10 tahun lebih awal. Dengan melabur semula, pendapatan daripada rumah yang beliau beli, Joe dengan mudah boleh bersara dengan $50,000 setahun atau lebih.

Ingat: Ramai pengedar baru tidak menyedari yang dengan

sedikit kejayaan sebanyak $800 sebulan, jika dilaburkan dengan bijak, bermakna kebebasan kewangan di dalam

Page 79: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 79

beberapa tahun sahaja. Anda tidak perlu menjadi bintang di dalam pemasaran rangkaian untuk mencapai jaminan kewangan (financial security) anda.

Page 80: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 80

Cerita Padang Strawberi

Rahsia sebenar di dalam menjual adalah menggunakan bahasa yang prospek anda boleh fahami. Berapa kalikah anda lihat jurujual yang bijak menggunakan bahasa-bahasa komplex yang kelihatan seakan-akan mengkagumkan prospek mereka? Walapun kelihatan mengkagumkan, kebanyakan prospek gagal membeli kerana mereka tidak faham keseluruhan mesej yang hendak disampaikan si jurujual.

Kita perlu ingat yang jika ada mana-mana bahagian di dalam

mesej kita itu tidak jelas, secara semulajadinya prospek akan cenderung untuk melengahkan keputusan mereka atas sebab “takut dengan perkara yang tidak diketahui.”

Berikut adalah contoh perkataan yang kita gunakan dan ayat di

dalam kurungan adalah apa yang prospek kita mungkin andaikan.

• Downline (satu perkara yang akan berlaku kemudian) • PV (satu penyakit yang jarang berlaku seperti… “Awas! jangan

dihidapi oleh penyakit-penyakit PV”)

• BV ( satu jenis penyakit yang lebih merbahaya)

• Breakaway (meninggalkan pemasaran rangkaian untuk membuat perkara lain)

• Tajaan (derma ikhlas untuk kanak-kanak kebuluran di luar

negeri)

• Bonus (air kacang soya yang sedap rasanya)

• Pengedar (orang yang mengedar bahan-bahan yang dilarang)

• Pemborong (orang yang membeli dan menjual barang yang banyak dan bekerja di pasar borong)

• Overrides (gear keempat dalam transmisi otomatik)

Mana-mana perkataan di atas boleh digunakan di dalam

pembentangan perniagaan anda. Bagaimanapun, kita mesti memberikan penjelasan yang tepat dan memahami yang prospek

Page 81: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 81

mungkin menghadapi kesukaran menterjemahkan makna sebenar kita. Ingin sedikit kegembiraan di hati anda? Hadiri satu perjumpaan peluang perniagaan dan dengar betul-betul perkataan-perkataan yang sukar di fahami, yang digunakan oleh penceramah. Perhatikan pandangan kosong daripada prospek-prospek baru yang terpinga-pinga di dalam bilik itu. Anda mungkin tertawa kecil sendirian dan berasa geli hati, tetapi sekurang-kurangnya anda dapat melihat satu contoh dramatik mengenai cara komunikasi yang buruk.

Semua penilaian ini, seterusnya, membawa kita kepada cerita

ladang strawberi. Cerita strawberi ini merupakan satu cara yang baik untuk anda

kaitkan kepada seseorang yang baru mengenali bagaimana pemasaran rangkaian berfungsi. Selalunya seseorang yang baru itu keberatan untuk menyertai anda kerana beliau mempersoalkan kesahihan dan samaada pemasaran rangkaian itu sah di sisi undang-undang. Cerita strawberi ini akan membuat beliau rasa lebih selesa kerana ia menunjukkan bagaimana pemasaran rangkaian ini merupakan satu pilihan untuk mengedarkan produk selain daripada penjualan secara runcit yang diketahui umum.

Inilah Ceritanya:

Katakanlah anda ingin membeli strawberi daripada kedai runcit di tempat anda. Bagaimanakah strawberi itu sampai ke kedai runcit tersebut?

Mula-mula, strawberi itu dipetik dari sebuah ladang kecil di

Cameron Highland dan kemudiannya dijual kepada koperasi di situ. Selepas itu, koperasi itu menjualnya kepada sebuah syarikat pengedar kebangsaan. Syarikat pengedar kebangsaan itu kemudiannya menjual strawberi itu kepada broker-broker daerah yang kemudiannya menjualnya dengan ‘sedikit’ keuntungan kepada syarikat tempatan. Syarikat itu pula menjualnya kepada gudang-gudang besar untuk rangkaian peruncit setempat, yang kemudiannya menjualnya kepada kedai-kedai runcit, yang menjualnya pada harga 30-40% lebih tinggi untuk menampung kos gaji pekerja, sewa, pengiklanan, insuran, bil air dan elektrik, stok, dan sebagainya.

Setiap orang di dalam rangkaian itu akan menampung kos

mereka dengan menambahkan harga. Oleh itu, walaupun kos

Page 82: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 82

strawberi itu cuma 25 sen di ladang, harga akhir di kedai ialah $1.00. Ini dikenali sebagai cara pengedaran runcit di dalam pemasaran.

Satu lagi alternatif di dalam pengedaran ialah melalui pemasaran

jualan langsung ataupun pemasaran rangkaian. Di sini, peladang-peladang (atau pengeluar-pengeluar) menjual strawberi secara terus kepada pengedar-pengedar pada harga borong. Pengedar-pengedar mendapat manfaat dengan menjualnya pada harga borong ataupun mereka boleh mendapat duit tambahan dengan menjualnya kepada pelanggan-pelanggan dengan harga runcit. Ini adalah cara langsung untuk memasarkan produk, dan dengan menghapuskan untung orang tengah, pemasaran rangkaian dapat menyalurkan penjimatan ini kepada pengedar-pengedar mereka di dalam bentuk keuntungan tambahan yang dipanggil bonus.

Cara bonus ini berfungsi adalah seperti berikut. Jika anda

membeli strawberi di kedai runcit setempat anda dan anda sangat menyukainya dan memberitahu jiran anda, kedai itu akan menerima jualan tambahan akibat daripada pengiklanan daripada mulut-ke-mulut anda. Kedai itu, sebagai membalas jasa anda, akan menghantar anda cek bonus pengiklanan mulut-ke-mulut tersebut.

Tak mungkin, bukan? Ini kerana kedai itu sudah membelanjakan

wang untuk pengiklanannya sendiri, termasuklah pengiklanan di dalam akhbar tempatan. Jadi sudah tidak ada lagi baki keuntungan yang tinggal untuk anda.

Tetapi di dalam pemasaran rangkaian, kesemuanya berbeza! Jika anda menyukai strawberi yang anda beli secara borong

daripada syarikat pemasaran rangkaian anda, dan anda memberitahu jiran anda tentangnya, dan jiran anda menjadi pengedar dan membeli strawberi itu secara borong daripada syarikat pemasaran rangkaian anda, anda akan mendapat bonus! Syarikat pemasaran rangkaian itu akan memberi anda bonus untuk usaha anda yang telah menghasilkan tambahan di dalam jualan.

Inilah sebabnya kenapa ramai orang yang teruja dengan

pemasaran rangkaian… kerana membuat sesuatu yang datang secara semulajadi (berkongsi perkara yang baik) dan dibayar bonus kerananya. Kedai-kedai runcit tidak mungkin akan dapat bersaing apabila orang mengetahui tentang kelebihan besar pemasaran rangkaian. Lagipun, jika anda sukakan strawberi dan memberitahu jiran anda, yang mana satu yang anda akan pilih:

Page 83: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 83

Beritahu jiran anda tentang strawberi tersebut… dan dibayar

bonus oleh syarikat pemasaran rangkaian anda atau tidak dibayar langsung oleh kedai runcit setempat anda?

Pilihannya amat jelas: Pemasaran jualan lansung atau

pemasaran rangkaian adalah pilihan yang lebih baik untuk kita.

Page 84: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 84

Bagaimanakah Caranya Membuat Pembentangan Untuk Merekrut Dengan Jayanya

“Ianya tidak mencukupi jika hanya sekadar menghafal satu pembentangan merekrut,” kata Big Al, “Anda perlu memahami prinsip dan psikologi di sebalik pembentangan-pembentangan peluang perniagaan yang hebat.

“Untuk anda melakukannya, mari kita lihat satu pembentangan

yang diberikan oleh seseorang. Yang nyata, tidak semua daripada kita berpeluang untuk menghadiri pembentangan dua-dengan-satu, oleh itu mari kita menghadiri perjumpaan peluang perniagaan yang diberikan oleh seorang pemimpin syarikat pemasaran rangkaian yang lain. Kita ingin perhatikan seseorang yang berkeyakinan, boleh berucap di hadapan khalayak ramai, telah mencapai kejayaan dan boleh dianggap sebagai berada di dalam kelas 5% teratas.”

Pada malam Isnin itu, Big Al dan Joe Pengedar menghadiri satu

perjumpaan peluang perniagaan untuk satu “Produk Yang Mengkagumkan.” Mereka duduk di barisan belakang agar mereka boleh memerhatikan penceramah tersebut dan juga reaksi hadirin.

Mereka memilih perjumpaan itu kerana ianya mempunyai

reputasi sebagai yang terbaik dan paling menarik di bandar itu. Dengan buku nota di tangan, mereka menunggu dengan sabar kerana perjumpaan itu bermula 35 minit lewat kerana menunggu hadirin yang lewat tiba. Big Al memberitahu yang perjumpaan yang bermula lewat seakan-akan mendenda pengedar yang datang awal dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada mereka yang datang lewat. Akhirnya, perjumpaan itu pun bermula.

Penceramah pertama memperkenalkan dirinya dan dengan serta

merta memberitahu hadirin betapa hebatnya beliau. Beliau memberitahu mereka yang beliau berada di tahap 5% teratas kerana beliau berfikir seperti seorang pemenang. Secara tidak langsung, ia bermaksud para hadirin ialah orang-orang yang kalah kerana mereka pada masa itu bukan lagi pengedar untuk syarikat yang hebat itu dan cara pemikiran mereka perlu diubah…

Selepas 20 minit menerangkan kenapa hadirin semua sedang

menuju kehancuran kewangan jika tidak menyertai beliau,

Page 85: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 85

penceramah itu akhirnya memberitahu nama syarikatnya dan mula bercerita tentang pengasas-pengasasnya yang mengkagumkan.

Salah seorang pengasas syarikat tersebut membesar di rumah

papan dan mengalami kegagalan demi kegagalan. Cuma dengan usaha luar biasa, barulah beliau dapat mengatasi kesemua kesusahan dan beliau kemudiannya membina falsafah hidupnya sendiri. Falsafah inilah yang menjadi tulang belakang syarikat itu dan sebab tunggal syarikat itu ditubuhkan ialah untuk berkongsi pengetahuan ini dengan orang ramai… iaitu perniagaan ini bukanlah untuk membuat keuntungan sahaj, tetapi untuk mengubah pemikiran orang-orang Malaysia.

Sejarah hidup seorang lagi pengasas syarikat tersebut

didedahkan dengan jelasnya selama 10 minit, dan selepas itu senarai panjang pencapaian akademik penceramah pula dibaca. Perjalanan panjang beliau ke makam-makam purba dan mengenali pelbagai budaya asing, pengetahuan beliau tentang manuskrip purba, dan teknik-teknik beliau yang begitu terperinci turut dirujuk. Tiba-tiba, seorang hadirin wanita bangun dan bersorak dengan linangan air mata, menerangkan bagaimana produk-produk syarikat tersebut telah mengubah hidupnya. Sekurang-kurangnya ini telah membangunkan beberapa hadirin yang hampir tertidur.

Selepas memberikan penghormatan kepada pengasas-pengasas

syarikat tersebut selama 15 minit lagi, penceramah itu pun menjemput pengedar-pengedar yang sedia ada untuk datang ke depan dan menerangkan tentang produk-produk dan berkongsi pengalaman mereka.

Seorang pengedar berkata yang dia masih lagi baru dan belum

sempat mencuba produk-produk syarikat tersebut, tetapi beliau mengenali seseorang yang telah mencubanya dan telah sembuh daripada barah, nyanyuk dan masalah arteri dalam masa cuma seminggu. Caranya ialah dengan menelan 42 biji pil sehari.

Pengedar yang berikutnya pula memberitahu bagaimana anda

boleh buat berjuta-juta ringgit dalam masa beberapa minggu dengan konsep piramid yang mengkagumkan ini. Tambahan pula, anda tidak perlu menyukai atau menggunakan produk-produk syarikat tersebut, dan apa yang anda cuma perlu buat ialah mendapatkan orang lain untuk melabur di dalam pek permulaan dan semua orang akan menjadi kaya. Beberapa hadirin bertepuk tangan dengan kuatnya dan menjerit, “Mari kita lakukannya!”

Page 86: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 86

Pengedar yang berikutnya pula berkata yang dia tidak suka

dengan rasa produk syarikat tersebut tetapi dia merasakan yang ianya telah membantu ramai orang dan ianya tidak akan menjadi masalah kepada sesiapa sahaja untuk melakukan perniagaan itni. Pada masa itu beberapa jemputan melihat jam mereka, dan dengan senyap-senyap keluar melalui pintu belakang.

Pengedar yang berikutnya menceritakan pengalaman peribadi

beliau. Dia pernah menjadi buta, pekak dan lumpuh dan hampir mati sebelum beliau minum “Jus Super Ajaib”. Dalam masa dua minggu, dia telah benar-benar pulih dan sudah melayakkan diri untuk acara marathon Olimpik. Dua hadirin yang nampaknya seperti “ahli perniagaan” dengan mata yang terbeliak bertanya kepada bakal penaja mereka, “Apa ini?” Sebelum sempat dijawab, pengedar tersebut telah pun memanggil hadirin lain untuk sama-sama menyanyikan lagu tema penawar “Produk-produk Ajaib” tersebut.

Akhirnya, penceramah seterusnya pun bangun dan

mengumumkan yang beliau akan bercakap tentang pelan pemasaran. Selepas 90 minit menceritakan maklumat yang boleh dipersoalkan, hadirin merasa lega melihat yang mesyuarat itu akan sampai ke penghujung. Bagaimanapun, beberapa orang telah balik kerana ada komitmen lain atau masalah dengan pengasuh bayi mereka. Pelan pemasaran “Produk-produk Ajaib” itu pun didedahkan kepada para hadirin yang masih ada.

Yang pertama, seseorang itu akan menjadi penasihat kounselor

yang berkelayakan pada tahap kapten. Setelah mengumpul “mata wonderful”, orang itu akan menerima 4% daripada 6% bonus latihan ke atas pengedar yang tidak berstatus kounselor setiap bulan.

Bila seseorang itu mencecah jumlah BV sebanyak 60% dari PV

kumpulan beliau, tidak termasuk mata bonus produk, dia boleh bergerak ke 70% tahap untung bersih dalam satu jualan sahaja. Mata “bulan biru” pula adalah berbeza keseluruhannya. Dalam kes ini seseorang itu akan masuk ke dalam program itu sebagai pengedar yang tidak berkelayakan tetapi melayakkan diri mereka melalui “pelan am penyeliaan terus” yang unik. Akhirnya, keputusan ini patut dibuat serta merta kerana bulan piagam itu akan berakhir esok.

Selepas 30 minit menerangkan dengan terperinci tentang pelan

pemasaran “Produk-Produk Ajaib” tersebut, penceramah itu

Page 87: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 87

menjemput seorang lagi ke depan untuk menceritakan pengalaman peribadi beliau.

Sepuluh minit selepas itu penceramah itu sudah teramat keliru

tentang di mana beliau berada, jadi dia pun menamatkan perjumpaan itu dan mengucapkan terima kasih kepada baki pengedar–pengedar teras yang masih ada di situ. Mereka semua tersenyum dan mengatakan betapa hebatnya perjumpaan itu dan mereka kemudiannya beredar ke restoran setempat untuk berbincang strategi perjumpaan hebat mereka yang seterusnya.

Page 88: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 88

Jawapan Kepada Pembentangan Merekrut Yang Tidak Efektif

Big Al dan Pengedar Joe pergi ke kedai kopi terdekat untuk membincangkan perjumpaan peluang perniagaan yang baru sahaja mereka hadiri. “Begitu Mengkagumkan!” komen Pengedar Joe. “Saya tak pernah lihat pembentangan perniagaan yang begitu tidak teratur dan tidak profesional. Saya tidak tahu samaada nak jatuh sakit atau nak ketawa. Orang yang paling bijak di perjumpaan itu ialah hadirin-hadirinnya. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai kebijaksanaan untuk meninggalkan pembentangan itu separuh jalan. Saya boleh lihat kenapa tiada persaingan di dalam pemasaran rangkaian. Sesiapa yang mengambil sedikit masa untuk mempelajari asas-asasnya boleh menjadi lebih baik daripada kebanyakan orang.”

Big Al mengangguk tanda setuju dan berkata, “Joe, awak telah

melihat saya memberi banyak pembentangan dan awak juga telah membuat pembentangan sendiri dengan kumpulan awak. Awak telah meniru asas pembentangan saya. Sekarang, telah sampai masanya awak mempelajari kenapa kita mempunyai struktur pembentangan kita sebegitu.

“Seperti yang awak tahu, pembentangan kita mengambil masa

cuma 25-30 minit dan ianya pergi terus ke teras maklumat yang diperlukan oleh prospek untuk membuat keputusan bijak samaada untuk menyertai atau tidak. Awak juga mungkin menyedari yang pembentangan kita mempunyai lima bahagian utama. Setiap bahagian utama itu direka untuk menjawab lima soalan utama yang ada di dalam diri prospek untuk membuat keputusan samaada ingin menyertai atau tidak. Mari kita mengkajinya semula secara saintifik supaya awak mempunyai pemahaman yang lebih baik di dalam pembentangan pemasaran rangkaian ini.”

SEKSYEN 1: INDUSTRI

Prospek kita ingin mengetahui jenis industri yang kita ceburi. Mereka mungkin tidak ada minat terhadap industri yang tertentu seperti insuran atau pun hartanah. Kita boleh menjawab soalan pertama mereka ini dengan mudah. Kita cuma beritahu mereka yang kita di dalam industri pemasaran bertingkat atau pemasaran rangkaian. Ada dua jenis prospek, mereka yang faham tentang

Page 89: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 89

pemasaran rangkaian dan mereka yang tidak faham langsung mengenainya.

Kepada mereka yang sudah biasa dengan pemasaran rangkaian,

kita sudah pun menjawab persoalan mereka dan kita boleh cepat-cepat ke Seksyen Dua. Kepada mereka yang tidak memahami pemasaran rangkaian, kita cuma ceritakan kepada mereka cerita strawberi di bab sebelum ini sahaja. Cerita ini menghalalkan konsep pemasaran rangkaian dan membuat mereka selesa dengan cara alternatif untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan. Sudah tentu kita mahukan prospek kita merasa tenang. Betul, tak? Seksyen 1 di dalam pembentangan kita akan cuma mengambil masa maksima dalam tiga atau empat minit sahaja.

SEKSYEN 2: SYARIKAT

Prospek kita tidak berminat di dalam odit kewangan yang lengkap, berapa besar bilik air eksekutif, sejarah hidup ibu pengasas, jenis-jenis kelayakan yang penyelia kualiti miliki, atau jenis kualiti kertas yang digunakan di pejabat. Keinginan sebenar beliau ialah untuk mengetahui nama syarikat, jika pengurusan syarikat mempunyai pengalaman, jika syarikat itu sedang berkembang dan mempunyai pelan yang baik untuk masa hadapan. Dalam erti kata lain, samaada mereka ialah orang baik ataupun penipu.

Terlalu banyak pembentangan perniagaan yang menyentuh

tentang statistik kewibawaan syarikat yang sepatutnya disimpan untuk masa latihan. Pada peringkat sekarang, prospek cuma ingin tahu beberapa fakta sahaja, bukannya sejarah lengkap syarikat. Persoalan beliau tentang syarikat biasanya boleh dijawab dalam seminit sahaja.

SEKSYEN 3: PRODUK-PRODUK

Kerap kali “pengedar baru” menceritakan kepada prospek apa yang membuat beliau teruja, bukannya apa yang prospek mahu dan hendak dengar. Bila seorang “pengedar baru” hendak memulakan perniagaan ini, dia biasanya sudah tertawan dengan produk yang ditawarkan. Dalam perasaan teruja ini, beliau merasakan yang prospek mesti mendengar setiap testimoni, setiap laporan ujian dan setiap ciri kesemua produk yang dijual oleh syarikat itu. Proses ini akan mengambil masa berjam-jam dan biasanya akan membosankan prospek yang cuma akan cuba melarikan diri.

Page 90: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 90

Apa yang prospek ingin tahu cumalah, “Adakah permintaan untuk produk-produk ini? Bolehkah ianya dijual?” Keseluruhan pembentangan kita itu tidak patut berkisar tentang harga, kualiti dan laporan ujian produk-produk itu, tetapi bagaimana orang menggunakannya dan sedang menikmatinya sekarang! Kita perlu jawab soalan-soalan prospek. Sudah tentu, faktor-faktor lain bagi produk itu adalah penting, tetapi mari kita bersikap profesional dan menjawab dahulu soalan-soalan yang boleh membantu prospek membuat keputusan samaada peluang perniagaan itu adalah untuk mereka ataupun tidak. Pembentangan produk kita patut mengambil masa selama lima hingga lapan minit. Kita cuma memberikan gambaran luaran tentang sesuatu produk atau satu kumpulan produk dan bukannya bengkel latihan lengkap untuk kesemua produk.

SEKSYEN 4: LATIHAN

Inilah perbezaan antara “pembentangan merekrut yang professional” dengan “percubaan oleh perekrut amatur yang menyedihkan” di dalam pembentangan peluang perniagaan. Pernahkah kita terfikir kenapa senario yang berikutntya berlaku?

Seorang prospek kepada “pengedar baru” duduk di sepanjang

pembentangan selama sejam. Di akhir pembentangan itu, dia berpusing kepada bakal penajanya dan berkata, “Wah, produk–produk itu memang bagus, dan pelan pemasaran itu nampak seperti jalan kepada kebebasan kewangan. Duit yang boleh diperolehi daripada perniagaan ini sungguh mengkagumkan! Bagaimanapun saya tidak akan menyertainya.”

Kenapa ini berlaku? Mudah. Orang yang memberi penyampaian itu lupa untuk menjawab

soalan yang paling penting di dalam keseluruhan penyampaian itu: BOLEHKAN SAYA LAKUKANNYA?

Prospek baru itu sudah tentu mahukan kesemua manfaat yang

ditawarkan oleh program itu, tetapi dia tidak pernah berada dalam pemasaran rangkaian, atau dia pernah gagal melakukannya sebelum ini. Oleh itu, kita kenalah menjawab soalan beliau, “Bolehkah saya melakukanya?” jika kita mahu menaja mereka ke dalam program kita itu. Kita melakukannya dengan menerangkan program latihan kita.

Program latihan kita merangkumi risalah, buku-buku, kaset-kaset, dan sebagainya yang boleh didapati daripada syarikat. Selain

Page 91: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 91

daripada itu terdapat banyak perjumpaan latihan setempat di kawasan beliau. Kita dengan tegas menggalakkan beliau untuk menyertainya untuk MEMULAKAN proses latihan beliau tetapi ini cuma merupakan bahagian pertama latihan kita.

BAHAGIAN KEDUA ialah latihan “Sambil Bekerja”. Kita meminta

beliau untuk menetapkan beberapa temujanji dan melihat atau memerhati sambil kita menaja beberapa pengedar baru ke dalam organisasinya. Kita sedang membina kumpulan beliau sambil beliau cuma melihat sahaja! Apakah yang lebih mudah baginya? Prospek baru kita akan merasa lebih selesa bila mengetahui yang dia akan menghadiri latihan dan memerhatikan penaja beliau membina organisasi beliau. Prospek baru kita akan menyedari yang perniagaan itu adalah sesuatu yang boleh beliau lakukan. Dengan jaminan itu prospek kita sudah bersedia untuk meneruskan dengan program kita walaupun dia belum lagi mendengar tentang bayaran.

Bahagian ini mungkin akan mengambil masa lima minit.

Bagaimanapun, lebih ramai pengedar yang direkrut pada masa penerangan penting mengenai latihan ini daripada keseluruhan pembentangan kita.

SEKSYEN 5: PELAN PEMASARAN

Lima atau sepuluh minit terakhir penyampaian kita patut didedikasikan untuk menerangkan bagaimana program pampasan kita dilaksanakan. Prospek kita akan mempunyai tiga soalan tentang bahagian ini:

Berapa banyak kos yang perlu saya bayar? Apa yang perlu saya buat? Berapa banyak pendapatan yang boleh saya dapat?

Dengan menjawab soalan, “Berapa banyak kos yang perlu saya

bayar?”, dengan serta merta kita akan membuat prospek kita merasa lega. Kebanyakan “jurujual” akan menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk menceritakan tentang kos kepada prospek. Kita akan berbuat sebaliknya. Kita tidak mahu prospek kita berfikir sepanjang pembentangan kita, “Berapa banyak kos yang perlu saya bayar?”

Page 92: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 92

Persoalan “Apa yang perlu saya buat?” telah terjawab di dalam seksyen latihan. Cuma tetapkan beberapa temujanji dan perhatikan kita bina kumpulan mereka!

Persoalan “Berapa banyak pendapatan yang boleh saya dapat?” pun mudah sahaja. Kita cuma beri gambaran kasar pelan pemasaran kita dan memberi contoh-contoh apa yang telah orang lain lakukan di dalam perniagaan ini.

Itu sahaja rahsia pembentangan yang hebat dan profesional.

Tiada apa-apa misteri langsung. Jika kita cuma jawab soalan-soalan asas prospek itu, kita akan dapat menaja dengan mudah. Dan yang paling menariknya ialah ianya cuma mengambil masa kurang daripada 25 atau 30 minit!

Dan anda tidak perlu risau tentang penutupan pembentangan

anda. Bila kita sudah selesai, apa yang perlu kita buat ialah bertanya kepada mereka adakah ianya sesuai untuk mereka atau pun tidak. Tidak ada alasan untuk mereka memikirkannya lagi. Kesemua soalan-soalan mereka sudah terjawab. Tak perlu ada tekanan kepada prospek anda.

Pengedar Joe mengambil perhatian dengan teliti dan bercadang

untuk menghadiri satu lagi perjumpaan pemasaran rangkaian pesaing mereka di dalam minggu yang berikutnya. Ianya satu hiburan yang murah dan Pengedar Joe memang sukakan lawak jenaka.

Page 93: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 93

Makanan Minda

“Apa yang anda fikirkan menentukan apa yang anda mahu…

Usaha menentukan

apa yang anda perolehi.”

Fikirkanlah.

—Big Al

Page 94: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 94

Fakta mencerita. Cerita menjual. -Big Al

Saya selalu menggunakan cerita-cerita menarik untuk membuat jualan yang paling besar….

iaitu mendapatkan prospek saya menginginkan pemasaran rangkaian di dalam hidup mereka.

Jika anda dapat mencapainya, ianya akan menjadi m-u-d-a-h. Beberapa bulan yang lepas saya telah menghasilkan kaset audio latihan yang mengandungi cerita-cerita hebat yang boleh anda gunakan untuk menaja prospek-prospek anda. Ianya sebahagian daripada siri latihan audio bulanan kami. Sekarang, kami telah menukarkan kaset audio latihan itu kepada CD. Anda akan menyukai:

• How the grocery story gets everyone to think big – how they can clean up in network marketing.

• The missing Social Security check story that creates that massive “fear of loss” that gets people to act now.

• The exhaling story (who could resist this?)! [nota: produk ini adalah di dalam bahasa Inggeris] Ada banyak lagi cerita hebat di dalam CD ini dan ianya mudah untuk dipelajari, mudah untuk diceritakan, dan berkesan. Buatlah penajaan menjadi mudah dengan CD cerita ini dan dapatkan dua kaset bonus dengan pembelian anda!

Cuma USD$19.95 termasuk penghantaran! Tempah melalui internet di: http://www.fortunenow.com atau

telefon (281) 280-9800!

Page 95: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 95

Empat Gambaran Aneh Untuk Membina

Perniagaan Pemasaran Rangkaian

Mencari dengan cepat lebih banyak prospek…dan menukar mereka menjadi pemimpin…dan ubah kerjaya pemasaran rangkaian anda

selama-lamanya!

Baca laporan percuma ini di :

http://www.fortunenownewsletter.com

Page 96: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 96

Bagaiamana Caranya Untuk Dikerumuni Prospek-Prospek Yang Merayu Anda

Untuk Menyertai Perniagaan Pemasaran Rangkaian Anda.

Art Jonak dan Keith Schreiter menulis laporan 14 mukasurat ini. Banyak idea-idea yang menarik untuk pengedar anda memperolehi lebih banyak prospek datang kepada mereka.

Saya amat sukakan bahagian ini:

“Melahirkan prospek dengan serta merta

tanpa menjawab telefon anda “ Jika anda belum memuat turun atau menyalin laporan ini, lakukannya sekarang. Cuma layari:

http://mlmlessons.com/pdf/swampedreport.pdf

Page 97: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 97

"Bagaimana dengan cepatnya mendapatkan prospek daripada kalangan pemandu teksi itu,

pelayan restoran, pengurus kedai atau orang yang anda tidak kenali yang anda betul-betul

ingin berjumpa.”

Inilah peralatan yang sempurna yang boleh…

menukarkan orang yang anda tidak dikenali kepada prospek pemasaran rangkaian dengan USD$1.30 sahaja!!

Adakah anda segan bila menghampiri orang yang tidak dikenali? Mahukah anda menukarkan kenalan kepada prospek yang teruja dan bersemangat? Bagaimana untuk menghampiri prospek tentang perniagaan anda tanpa kelihatan seperti jurujual yang tamakkan komisyen? Buku membina prospek kami yang setebal 64 muka, How To Get Rich Without Winning The Lottery, yang ditulis Keith Schreiter, adalah satu kursus mini bagaimana untuk mengumpul kekayaan kewangan – dengan penekanan khas bagaimana pemasaran rangkaian boleh mempercepatkan prospek anda menjadi kaya.

Prospek anda akan sukakan anda kerana hadiah ini. Buku ini mudah untuk dibaca, mudah untuk dilaksanakan, dan boleh menunjukkan sesiapa sahaja, tukang kayu, saintis, surirumah, atau juga peguam prinsip-prinsip untuk mengumpul kekayaan. Langkah # 1: Ini merupakan hadiah yang boleh membina perhubungan jangka panjang. Oleh itu tinggalkan sebuah buku ini untuk pemandu teksi yang memberi perkhidmatan yang baik, pekerja hotel yang membantu anda membuat perjumpaan peluang perniagaan anda, pelayan restoran yang sentiasa tersenyum, dan kepada kawan-kawan baik anda yang ingin menjadi kaya, tetapi tidak tahu macam mana.

Page 98: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 98

Langkah #2: Biarkan prospek anda membaca buku itu. Ianya mengambil masa 30 minit untuk membaca buku setebal 64 muka ini, dan ianya sungguh berkesan. Di belakang buku itu terdapat notis berikut:

“Mahu tahu dengan lebih lanjut?

Buku ini diberi sebagai hadiah oleh <masukkan nama anda dan nombor telefon>

Adakah anda serius untuk menghasilkan kekayaan? Jika ya, hubungi orang di atas untuk mendapatkan

naskah percuma :

“22 More Tips To Help You Become Wealthy Fast” Langkah #3: Jika prospek anda bermotivasi dan telah menukarkan “pemikiran kerja” kepada “pemikiran kekayaan”, dia sudah tertawan untuk memulakan perniagaan secara sambilan, terutamanya pemasaran rangkaian. Prospek anda sudah mempunyai sebab untuk menghubungi anda. Dia mahukan laporan "22 More Tips To Help You Become Wealthy Fast" report. (Muat turunkan salinan laporan ini dari laman web kami agar anda dapat membuat seberapa banyak salinan yang anda mahu). Dan, bila anda berjumpa dangan prospek anda untuk memberikan laporan itu, anda sudah ada prospek yang sudah tertawan dan amat bermotivasi dalam mencari cara untuk meningkatkan pendapatan beliau melalui pemasaran rangkaian. Menarik bukan?

Ganjarannya: Sesiapa sahaja di dalam downline anda boleh merekrut dengan mudah. Tiada lagi penolakan jualan dan tiada lagi jualan yang gagal dan tiada lagi kekurangan prospek! Buku ini akan menukar orang biasa kepada prospek yang teruja dalam masa 30 minit. Dan jika prospek anda tidak mahu terlibat dengan pemasaran rangkaian, buku ini akan dihargai sebagai satu rujukan dan panduan kepada kekayaan. Bayangkan rujukan yang anda akan dapat daripada mereka ini yang sedang mengalami permulaan di dalam mencari kekayaan kerana anda. Harganya? Lebih sedikit dari kaset audio tetapi lebih mengkagumkan.

Page 99: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 99

Saya cadangkan anda menempah dua set sekarang dan perhatikan senyuman pada muka downline anda bila mereka dibanjiri dengan prospek-prospek yang sudah tertawan. Telefon kami di (281) 280-9800 untuk mendapatkan buku-buku anda. Bersedia untuk revolusi merekrut!

Tempah Sekarang! KAAS Publishing P.O. Box 890084

Houston, TX 77289

Phone: (281) 280-9800

http://www.fortunenow.com

Pengedar pemasaran rangkaian bukannya malas. Mereka sanggup bekerja keras. Buku ini

menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pemasar pemasaran rangkaian. Mereka

mahu elakkan penolakan jualan. Inilah jawapan mereka!”

Page 100: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 100

Bagaimanakah Anda Dapat Membina Empayar MLM Anda Dengan Sebanyak Mana Prospek

Yang Anda Kehendaki, Pada Bila-Bila Masa Dan Di Mana Jua Anda Berada?

Adakah ini pernah terjadi kepada anda? Pengedar anda telefon dan bertanya, “Saya sudah kehabisan prospek. Apa perlu saya buat?” Apakah yang anda akan beritahu pengedar tersebut?

• “Bersikap positif?” • “Tetapkan matlamat baru dalam

perniagaan ini?” • “Jadi lebih bersemangat?” • “Motivasikan diri dan teruskan

usaha?” Atau anda gelabah dan terus berpeluh? Terlalu ramai pengedar yang bertanyakan soalan ini kepada kami, jadi kami pun mula menulis kesemua cara berlainan di mana anda boleh mendapatkan prospek dan menaja mereka sebagai pengedar baru. Kami habiskan masa selama beberapa minggu untuk menulis, dan hasilnya ialah sebuah buku panduan yang tebalnya lebih daripada 500+ mukasurat, dan melebihi 7 paun beratnya. Lebih menarik lagi! Kami kumpulkan kesemua tulisan kami ini dan muatkannya ke dalam satu cakera padat yang anda boleh gunakan untuk diberikan kepada kumpulan anda sebagai alatan latihan. Buku elektronik “103 Ways & Places to Sponsor New Distributors” ini boleh didapati di laman web:

www.MLMLessons.com/103

Page 101: Rahsia Sistem Merekrut MLM - rahsiamlm.com · Berikan alamat email anda dan siri pelajaran akan dihantar secara ... menghapuskan mitos dan ‘cerita dongeng’ MLM. ... satu organisasi

Rahsia Sistem Merekrut MLM

________________________________________________________________________ www.RahsiaMLM.com Mukasurat 101

Tawaran Istimewa!

Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” Schreiter ada sesuatu yang istimewa untuk anda; graduan “Rahsia Sistem Merekrut MLM”.

Sekiranya berminat untuk mempelawa Tom “Big Al” Schreiter berucap dan memberi latihan di perhimpunan, mesyuarat kumpulan atau

konvensyen anda, sila hubungi beliau di [email protected] atau telefon 281-280-9800 (USA).

(Jemput “Big Al” berucap di Malaysia atau di mana jua anda berada)