teks khutbah jumaat - taubat

10
1 TEKS KHUTBAH JUMAAT “TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT” ﱠﺬ ﺍﻟ ﹾﺤ ﹶﻟ ﻮﻟ ﺎﳍ ﻯ ﻭ ﻳﻦ ﺍﻟ ﻰ ﺍﻟﺪ ﻳﻦ ﺍﳌ ﻮﻥ. ﹶﺷ ﹶﺷ ﹺ ﻭ ﹺ ﺍﻟﻌ ﺍﻟﻌ ﱠ ﺍﷲ ﹺﻻ ﹶﻪ ﹺﻟ ﱠ ﺇ ﹾ ﻻ ﹶﻥ ﹺﻪ ﹶﻰ ﺁﻟ ﺍﻷ ﹸﻪ ﺍ ﻋ ﱠ ﻣ ﹶﻥ ﹺﻌﺎﺑ ﺍﻟﺘ ﹺ ﺍﻟﺪ ﹶﻰ ﻳ ﺇﻟ ﺎﻥ ﹺﺣ ﹺﺈ ﹶﻬ. ﺎ ﺑ ، ﺍﷲ ﺎﺩ ﺎ ﻋ ﹶﻴ، ﹸﻮ ﺍ ﺍﷲ، ﻯ ﺍﷲ ﹾﻮ ﹺﺘ ﺎﻱ ﹸﻢ ﹸﻭ، ﹶﺎﺯ ﹶﺪ ﹶﻘ ﺍﻟ ﹸﻮ. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian, Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya serta hendaklah kita segera bertaubat kepada Allah s.w.t. Mudah- mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta diampuni segala dosa dan selamat di dunia dan di akhirat. Kaum muslimin yang berbahagia, Sesungguhnya kehidupan di dunia ini penuh dengan pelbagai ujian, cabaran dan dugaan sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan. Walaupun lazimnya nikmat kesenangan memberi kebahagiaan kepada kita semua, namun kadangkala nikmat kesenangan juga boleh menyebabkan manusia lalai, leka dan lupa diri sehingga terpedaya dengan permainan dunia khususnya kemaksiatan dan kemungkaran sehingga menyebabkan mereka melakukan dosa dan kesalahan serta perkara-perkara

Upload: shazana-binti-muhamed-saad

Post on 13-Jun-2015

11.257 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Khutbah Jumaat - Taubat

1

TEKS KHUTBAH JUMAAT

“TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT”

أشهد .ونكرشامل هرك ولو هلك ينى الدلع هرهظيل قحال يندى وداهلب هولسر لسرأالحمد هللا الذي

أشم ويظش العرالع بإال اهللا ر أن ال إله بهحصو هلى آلعو نياألم لهوسرو هدبا عدمحأن م ده

نيابعالتن ويم الدوإلى ي انسبإح مله.

. نقومتالفقد فاز ،أوصيكم واياي بتقوى اهللا ،ا اهللاتقو ،فيا عباد اهللا ،ما بعدأ

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan penuh

keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan

segala larangan-Nya serta hendaklah kita segera bertaubat kepada Allah s.w.t. Mudah-

mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta diampuni segala dosa

dan selamat di dunia dan di akhirat.

Kaum muslimin yang berbahagia,

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini penuh dengan pelbagai ujian, cabaran dan

dugaan sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan. Walaupun lazimnya

nikmat kesenangan memberi kebahagiaan kepada kita semua, namun kadangkala

nikmat kesenangan juga boleh menyebabkan manusia lalai, leka dan lupa diri sehingga

terpedaya dengan permainan dunia khususnya kemaksiatan dan kemungkaran

sehingga menyebabkan mereka melakukan dosa dan kesalahan serta perkara-perkara

Page 2: Teks Khutbah Jumaat - Taubat

2

yang ditegah oleh syara’ sama ada secara sengaja atau tidak. Sebagaimana

disebutkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-An'aam ayat 32:

Maksudnya: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-

sia dan hiburan yang melalaikan. Dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik

bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”

Sidang jumaat yang dimuliakan,

Sememangnya tidak dinafikan bahawa manusia pastinya tidak mungkin terlepas dari

berbuat kesalahan dan dosa serta bersifat pelupa tetapi Allah SWT Yang Maha

Pengasih lagi Maha Penyayang serta Maha Adil terhadap setiap hamba-hamba-Nya

telah mengurniakan peluang untuk mereka memperbaiki diri sendiri dan

menyelamatkan diri dari terus sesat iaitu dengan jalan bertaubat sebagai satu jalan

keluar untuk menghapuskan dosa. Bahkan mereka turut dijanjikan dengan pelbagai

ganjaran yang baik dan berlipat kali ganda. Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat

bagi mereka yang melakukan dosa kerana kejahilan mereka. Firman Allah SWT dalam

surah an-Nisaa ayat 17:

Maksudnya: “Sesungguhnya taubat yang diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang

yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian (ketika mengetahui

perkara itu dosa) mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu)

Page 3: Teks Khutbah Jumaat - Taubat

3

taubat mereka diterima Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha

Bijaksana.”

Jelaslah bahawa sifat orang-orang yang beriman itu apabila mereka melakukan

kesalahan dan dosa, maka mereka bersegera mengingati Allah SWT dengan memohon

keampunan daripada-Nya. Sebagaimana termaktub dalam firman Allah SWT dalam

surah al-Imran ayat 135 :

Maksudnya: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau

menganiaya diri sendiri, mereka bersegera mengingati Allah lalu memohon ampun akan

dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan

Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu,

sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”

Sidang jumaat yang dimuliakan ,

Kalimah taubat dari segi bahasa bererti pulang atau kembali. Taubat kepada Allah

SWT pula bererti kembali kepada Allah SWT dan pulang ke pangkuan-Nya serta

berada di ambang pintu-Nya. Bertaubat dari segala dosa yang dilakukan sama ada

dosa kecil atau besar adalah wajib ke atas setiap orang muslim dan merupakan satu

ibadah. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31:

Page 4: Teks Khutbah Jumaat - Taubat

4

Maksudnya: “dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, Wahai orang-orang yang

beriman, supaya kamu berjaya.”

Taubat merupakan proses pembersihan diri daripada segala bentuk dosa dan

maksiat, menggalakkan seseorang untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dan

bermakna dan mengharap pengampunan dari Allah SWT untuk menghampirkan diri

kepada-Nya serta mendapat kasih dan rahmat daripada-Nya jua. Ia adalah satu-

satunya jalan keluar bagi mereka yang kehilangan arah setelah tersesat kerana

bergelomang dengan dosa dan maksiat serta harapan dalam mengembalikan

kepercayaan dan kesedaran kepada diri sendiri betapa kasih, rahmat dan keampunan

Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya itu amat luas dan tidak terbatas. Rasulullah

SAW sendiri bertaubat lebih tujuh puluh kali sehari sebagaimana yang dinyatakan

dalam hadis baginda SAW daripada Abu Hurairah r.a katanya:

واهللا إني ألستغفراهللا : اهللا صلى اهللا عليه وسلم يقول رسول رضي اهللا عنهما سمعتعن أبي هريرة

وأتوب إليه فى اليوم أكثر من سبعني مرةMaksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah SAW

bersabda: Demi Allah! Saya meminta ampun dan bertaubat kepada Allah dalam sehari

lebih dari tujuh puluh kali.”

Bayangkanlah, jika Rasulullah SAW yang merupakan seorang kekasih Allah

yang dimuliakan oleh-Nya dan bersifat maksum serta dijamin mendapat keampunan

Allah SWT akan dosa-dosa baginda SAW yang terdahulu serta akan datang masih lagi

bertaubat lebih dari tujuh puluh kali setiap hari, bagaimana pula kita sebagai hamba

Allah yang tidak pernah terlepas dari berbuat salah dan silap?

Page 5: Teks Khutbah Jumaat - Taubat

5

Sidang jumaat yang dirahmati sekalian,

Perlulah diingat bahawa bertaubat itu bukan hanya sekadar mengucapkan kalimah

istighfar sahaja tetapi hendaklah disertai dengan penyesalan, dengan niat dan azam

tidak akan mengulangi perkara dosa yang pernah dilakukan. Taubat buklanlah perkara

remeh kerana seseorang yang bertaubat tetapi masih terus melakukan perkara-perkara

keji dan berbuat maksiat serta bermacam-macam lagi kemungkaran dianggap seolah-

olah mempermainkan taubat itu sendiri. Tidak guna ibadah yang banyak sekalipun jika

seseorang itu masih melakukan dosa seperti mengumpat, mengata, mengeji,

memfitnah dan pelbagai dosa-dosa yang lain kerana di akhirat kelak ia akan tergolong

di kalangan mereka yang rugi. Para ulama telah menjelaskan bahawa perbuatan

bertaubat itu belum dianggap sempurna kecuali dengan memenuhi syarat-syarat

berikut:

Pertama : Jika hak-hak yang bersangkutan antara hamba dan Tuhan-Nya, hendaklah

seseorang itu meninggalkan dosa dan maksiat dengan perbuatannya itu dan berazam

untuk tidak akan kembali melakukannya lagi.

Kedua : Andai kata hak-hak bersangkut-paut dengan hak anak adam, maka hendaklah

meninggalkan perbuatan dosa tersebut, menyesalinya, berazam tidak melakukannya

lagi serta hendaklah dia membersihkan dirinya daripada hak orang itu. Umpamanya,

jika seseorang itu menyakiti atau menganiaya seseorang yang lain seperti

mencederakannya, menghina, mengumpat ataupun ia merampas harta benda mereka

maka hendaklah ia memohon kemaafan daripada mereka serta mengembalikan hak

yang telah diambil secara penganiayaan itu atau meminta agar dihalalkan oleh tuannya.

Di samping itu, para ulama juga ada menjelaskan bahawa antara lain syarat

taubat itu ialah dorongan bertaubat hendaklah semata-mata kerana Allah SWT atau

kesedaran bahawa maksiat itu merupakan sesuatu yang keji pada pandangan syarak

serta semata-mata rasa takut kepada azab Allah di Hari Kiamat dan tamak kepada

balasan syurga, bukan bertaubat kerana sesuatu dorongan yang bukan kerana

Page 6: Teks Khutbah Jumaat - Taubat

6

keikhlasan. Umpamanya kerana takut jika tidak bertaubat, maka kemudaratan akan

menimpa terhadap diri, kehormatan atau hartanya dan yang demikian tidak dinamakan

taubat. Contohnya menyesali dan bertaubat daripada meminum minuman keras,

merokok dan sebagainya disebabkan takut membahayakan kesihatan tubuh badan, ini

bukanlah dinamakan sebagai taubat. Begitu juga, menyesali dan bertaubat daripada

memakan harta haram dengan cara rasuah, menipu, mencuri, pecah amanah dan

sebagainya kerana takut kehilangan pekerjaan, kehilangan kedudukan pangkat, maka

ia juga tidak dinamakan sebagai taubat.

Kaum muslimin yang dikasihi sekalian,

Taubat dalam erti kata yang sebenar-benarnya bertujuan semata-mata mengharapkan

dua perkara daripada Allah SWT iaitu dihapuskan segala dosa-dosanya dan

dikurniakan balasan syurga. Oleh itu, taubat yang dilakukan mestilah bertitik tolak

daripada keinsafan untuk kembali kepada Allah SWT semata-mata, ikhlas dan

berusaha memenuhi segala syarat taubat. Mudah-mudahan Allah mengampuni segala

dosa sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At-Tahriim ayat 8 :

Maksudnya: "Wahai orang-orang Yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah

dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-

kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya

beberapa sungai…"

Justeru, terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikkan dalam membantu

seseorang untuk membersihkan jiwanya daripada sebarang kotoran dosa iaitu pastinya

dengan mengikut ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Antaranya dengan menghindarkan

diri daripada maksiat, berkawan dengan rakan yang baik-baik, melawan pujukan

Page 7: Teks Khutbah Jumaat - Taubat

7

syaitan dan hawa nafsu, sentiasa menyesali dosa-dosa silam, memperbanyakkan

istighfar, melakukan amal soleh, berdoa dan sentiasa muhasabah diri.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka luas bagi seluruh hamba Allah yang

ada di permukaan bumi ini dan hanya akan tertutup apabila roh sampai ke halkum iaitu

di saat ia menghadapi kematian dan di kala itu manusia telah berputus asa terhadap

hidup ini. Maka ketika itu taubat tidak lagi diterima, sebagaimana hadis Nabi SAW

daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin Khattab r.a, Rasulullah SAW

bersabda:

بين النا عمهناهللا ع يضن اخلطاب رب رمن عاهللا بدبن عمحالر دبأبي ع نلمعسو هليلى اهللا عص

إن اهللا عز وجل يقبل توبة العبد ما لم يغرغر: قال Maksudnya: ”Bahawasanya Allah Azza Wa Jalla menerima taubat seseorang hamba

selama rohnya masih belum sampai ke halkum (kerongkong).” (H. R Tarmizi)

Adapun bagi seluruh manusia umumnya, pintu taubat akan ditutup apabila matahari

terbit di sebelah barat di mana sepatutnya ia tenggelam dan keadaan ini menunjukkan

bahawa kiamat sudah hampir terjadi.

Oleh itu, sidang jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita

bersegera untuk bertaubat sebelum terlambat dan lakukanlah amal ibadat jika mahu

selamat di dunia dan di akhirat. Setiap orang yang telah sedar dan insaf akan

kesalahan-kesalahan yang dilakukan hendaklah menyegerakan taubatnya tanpa

bertangguh-tangguh kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba. Jangan tunggu

sehingga tiba waktu penyesalan sudah tidak berguna lagi. Firman Allah SWT surah al-

Imran ayat 133:

Page 8: Teks Khutbah Jumaat - Taubat

8

Maksudnya: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk

mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya

seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Dan janganlah pula sesekalipun kita merasa berputus asa dari rahmat Allah

SWT untuk kita memohon keampunan dari-Nya sekalipun dosa yang dilakukan itu

terlalu banyak kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat hamba-

hamba-Nya. Firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 53 :

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah

melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),

janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah

mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi

Maha Mengasihani.”

كالذكر الحو اتاألي نم هيا فبم اكمإيني وفعنم ويظالع آنى القرف لكمو ياهللا ل كاري بنل مقبتم ويميلالع يعمالس وه هإن هتالوت كمنموا اهللا .ورفغتأسذا وه يلل قور أقوائسلو لكمو يل ميظالع

إن هورفغتات فاسواألمو مهناء مياألح اتنمؤالمو ننيمؤالمو اتملسالمو نيملسالم رفوالغ وه هميحالر.

Page 9: Teks Khutbah Jumaat - Taubat

9

BIBLIOGRAFI A. Buku-buku

Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi (1994), Empat Puluh Hadis Penawar Hati, Al-

Khazanah Al-Banjariah: Kedah.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi (Terj. Abu Aminah Wajihah) (2007), Bertaubat Kepada

Allah, Perniagaan Jahabersa: Johor Bahru.

H. Zainuddin Hamidy et. al. (2002), Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I, II,

III dan IV, Parel Fajr Publishing House.

H. M Syreich (1988), Kembali ke Jalan Yang Lurus, Pesantren Terpadu Al-

Awwabin, Jakarta.

Muhammad Uzair Al-Aziz (1994), Siri Khutbah Jumaat, Dinie Publishers: Kuala

Lumpur.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2002), Khutbah Jumaat Siri Ketiga,

JAKIM: Putrajaya.

B. Internet

Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Khutbah Taubat didapati pada 31 Mac 2008 daripada

http://www.geocities.com/kutak00/drYusof/taubat_qardhawi.html

Ust. Jamaludin (27 Julai 2007), Khutbah Jumaat Taubat didapati pada 31 Mac 2008

daripada

http://pejabat-mufti-perlis.com/v01/modules.php?op=modload&name=News&file=

article&sid=33&mode=thread&order=0&thold=0

Page 10: Teks Khutbah Jumaat - Taubat

10

Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Khutbah Jumaat Taubat (5

Mei 2006) didapati pada 31 Mac 2008 daripada http://www.religious-

affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=277

Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Khutbah Jumaat Taubat (5

Mei 2006) didapati pada 31 Mac 2008 daripada http://www.religious-

affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=278

Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Khutbah Jumaat: Sudahkah Anda Bertaubat?

didapati pada 31 Mac 2008 daripada

http://berita.perak.gov.my/Januari/sudahkah_anda_bertaubat.htm