teks juruacara majlis graduasi skpa 2014

14
1 Teks Juruacara Majlis Hari Graduasi dan Anugerah Cemerlang 2014 SK Panglima Adnan Port Dickson Tarikh : 22 Nov 2012 (Sabtu) Tempat : Politeknik Port Dickson Masa : 8.00 pagi Perkara Teks Ketibaan tetamu kehormat (diiringi cak lempong) Mengumumkan, ketibaan tetamu kehormat Yang Dihormati Tuan Mohammad Azwar Iqbal B Tahir, Ketua Pegawai Daerah Pendidikan Port Dickson diiringi oleh tetamu-tetamu jemputan dan para graduan… Nyanyian Lagu Negaraku Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu Negeri Sembilan. Hadirin diminta berdiri. Ucapan alu- aluan Juruacara Bissmillah……. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Dihormati, TUAN MOHAMMAD AZWAR IQBAL B TAHIR KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH P.DICKSON, YANG BERUSAHA PN SANIAH BT ABDUL SAMAD GURU BESAR SK PANGLIMA ADNAN, EN MOHAMMAD JUSOP ADI PUTRA B SHARUDDIN YANG DIPERTUA PIBG SK PANGLIMA ADNAN EN NOOR HANAN B MOHD NURUDDIN NAIB YANG DIPERTUA PIBG SK PANGLIMA ADNAN Guru-guru Penolong Kanan serta guru-guru, AJK PIBG para ibu bapa, para hadirin serta murid-murid sekalian

Upload: amirul-amzar

Post on 01-Feb-2016

249 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

1

Teks Juruacara Majlis Hari Graduasi dan Anugerah Cemerlang 2014

SK Panglima Adnan Port Dickson

Tarikh : 22 Nov 2012 (Sabtu)Tempat : Politeknik Port Dickson

Masa : 8.00 pagi

Perkara TeksKetibaan tetamu

kehormat(diiringi cak lempong)

Mengumumkan, ketibaan tetamu kehormat Yang Dihormati Tuan Mohammad Azwar Iqbal B Tahir, Ketua Pegawai Daerah Pendidikan Port Dickson diiringi oleh tetamu-tetamu jemputan dan para graduan…

Nyanyian Lagu

Negaraku

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu Negeri Sembilan. Hadirin diminta berdiri.

Ucapan alu-aluan

Juruacara

Bissmillah…….Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati, TUAN MOHAMMAD AZWAR IQBAL B TAHIR KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH P.DICKSON,

YANG BERUSAHA PN SANIAH BT ABDUL SAMAD GURU BESAR SK PANGLIMA ADNAN,

EN MOHAMMAD JUSOP ADI PUTRA B SHARUDDINYANG DIPERTUA PIBG SK PANGLIMA ADNAN

EN NOOR HANAN B MOHD NURUDDINNAIB YANG DIPERTUA PIBG SK PANGLIMA ADNAN

Guru-guru Penolong Kanan serta guru-guru, AJK PIBG para ibu bapa, para hadirin serta murid-murid sekalian

Page 2: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

2

Pergi berhuma di Bukit RokanSebelum pulang mengail ikan

Kehadiran tuan-puan kami alu-alukanKecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan POLITEKNIK PORT DICKSON yang indah ini, bagi menjayakan MAJLIS HARI GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG, SK PANGLIMA ADNAN BAGI TAHUN 2014.

Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini - YANG DIHORMATI, TUAN MOHAMMAD AZWAR IQBAL B TAHIR, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DEARAH PORT DICKSON kerana  sudi hadir dalam MAJLIS HARI GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG pada tahun ini.

Majlis turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak penaja seperti

o usahawan dan orang perseorangan

Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian.  Semoga dengan kehadiran semua, majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Bacaan doa Tetak buluh kajang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat,

Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.

Bagi memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. 

Untuk itu, majlis mempersilakan  AL-FADHIL USTAZ AZUHAN BIN CHE OTHMAN untuk memimpin bacaan 

Page 3: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

3

doa. Dipersilakan.

Ucapan terima kasih

dan menjemput

Majlis mengucapkan terima kasih kepada AL-FADHIL USTAZ AZUHAN BIN CHE OTHMAN atas bacaan doa sebentar tadi.

Bukan rumput sebarang rumpun,Rumput penghias tepi halaman;Bukan jemput sebarang jemput,

Jemput memohon kata aluan.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan Guru Besar SK Panglima Adnan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YANG BERUSAHA PN SANIAH BINTI ABDUL SAMAD, GURU BESAR SK PANGLIMA ADNAN, untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.Ucapan GB

SKPAUcapan

terima kasih dan

menjemput

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  YANG BERUSAHA PN SANIAH BINTI ABDUL SAMAD, atas ucapan sebentar tadi.

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan YANG BERUSAHA, EN MOHAMMAD JUSOP ADIPUTRA B SHARUDDIN, YDP PIBG SK PANGLIMA ADNAN untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Ucapan YDP PIBG

Ucapan terima kasih

dan menjemput

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada  EN MOHAMAMD JUSOP ADIPUTRA B SHARUDDIN, atas ucapan sebentar tadi

Page 4: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

4

Hadirin dan hadirat yang dihormati, kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan   YANG DIHORMATI, TUAN MOHAMMAD AZWAR IQBAL B TAHIR, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DEARAH PORT DICKSON untuk menyampaikan ucapan seterusnya, merasmikan MAJLIS HARI GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG, SK PANGLIMA ADNAN, BAGI TAHUN 2014.

Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Ucapan Perasmian

Ucapan terima kasih

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  YANG DIHORMATI, TUAN MOHAMAMD AZWAR IQBAL B TAHIR, atas ucapan serta perasmian MAJLIS HARI GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG ,SK PANGLIMA ADNAN, bagi tahun 2014 sebentar tadi.

Konvo Pra Kini, tibalah kita ke acara pembukaan iaitu penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid PRA SEKOLAH.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput EN MOHAMMAD JUSOP ADIPUTRA B SHARUDDIN, YDP PIBG SK PANGLIMA ADNAN untuk memulakan upacara penyampaian sijil.

Dipersilakan.

Berikut, diumumkan penerima SIJIL GRADUASI PRA SEKOLAH. Dijemput, dari kelas (DELIMA / BERLIAN)

Senarai nama Pra

Ucapan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  EN

Page 5: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

5

terima kasih MOHAMAMD JUSOP ADIPUTRA B SHARUDDIN, atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Kedudukan 1-3

Majlis diteruskan dengan penyampaian ANUGERAH CEMERLANG KEDUDUKKAN 1-3 DALAM PENDIDIKAN KHAS DAN KELAS ARUS PERDANA SERTA PENYAMPAIAN HADIAH BACAAN TERBANYAK

Majlis mempersilakan EN NOOR HANAN B MOHD NURUDDIN, NYDP PIBG SK PANGLIMA ADNAN bagi menyampaikan anugerah yang seterusnya.

Dipersilakan.

Kedudukan1-3

Berikut merupakan nama-nama penerima ANUGERAH CEMERLANG KEDUDUKKAN 1-3 DALAM KELAS PENDIDIKAN KHAS

o Dari kelas PPKI ARIF dijemput ……o Dari kelas PPKI BIJAK dijemput ……o Dari kelas PPKI CERDIK dipersilakan ….o Dari kelas PPKI DEDIKASI dipersilakan …..o Dari kelas PPKI ELIT dipersilakan……..

Seterusnya merupakan nama-nama penerima ANUGERAH CEMERLANG KEDUDUKKAN 1-3 DALAM KELAS ARUS PERDANA

o Dari tahun 1 INTERGRITI/ PRODUKTIF / INTELEK / DINAMIK, dijemput ……….

o Dari tahun 2 INTEGRITI / PRODUKTIF / INTELEK/ DINAMIK dijemput ……….

o Dari tahun 3 INTERGRITI / PRODUKTIF / INTELEK / DINAMIK dijemput ……….

o Dari tahun 4 INTERGRITI / PRODUKTIF / INTELEK / DINAMIK dijemput ………..

o Dari tahun 5 INTERGRITI / PRODUKTIF / INTELEK / DINAMIK dijemput ……

o Dari tahun 6 INTERGRITI / PRODUKTIF /

Page 6: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

6

INTELEK / DINAMIK dijemput ……

Seterusnya diumumkan penerima HADIAH PEMBACA TERBANYAK

Dari TAHAP 1 / 2, Dijemput….

Berikut merupakan penerima ANUGERAH KHAS KEHADIRAN PENUH 2014

Dipersilakan…Ucapan

terima kasih Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada EN

NOOR HANAN B MOHD NURUDDIN atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Persembahan

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisa

Penyampaian sijil selesai sudahPersembahan pelajar menyusul pula

Para hadirin sekalian,

Majlis diserikan lagi dengan PERSEMBAHAN BORIA yang bertajuk BORIA SUKA-SUKA yang akan dipersembahkan oleh murid-murid PENDIDIKAN KHAS.

Dipersilakan.

Persembahan Boria

Demikianlah tadi persembahan boria oleh murid-murid Pendidikan Khas .

Cabutan bertuah

Majlis berehat sebentar bagi memberi laluan kepada acara CABUTAN BERTUAH

Untuk makluman para hadirin, nombor cabutan yang bertuah akan dipaparkan di skrin dan penerima boleh mengambil hadiah di meja pendaftaran selepas majlis graduasi selesai.

Page 7: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

7

Dengan ingin majlis menjemput PUAN ZURAIDAH BT AHMAD, GURU PENOLONG KANAN 1 SK PANGLIMA ADNAN untuk menyampaikan hadiah kepada yang bertuah.

Hadiah KAP

Bulan purnama ke pekan Kuah,Di tengah hari membeli ragi;

Anugerah khas untuk yang bertuah,Tanda usaha dihargai.

Anugerah seterusnya merupakan ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KELAS AGAMA PETANG DAN MATAPELAJARAN TERBAIK BAGI TAHUN 2014

Dengan sukacitanya majlis mempersilakan PN SANIAH BT ABDUL SAMAD, GURU BESAR SK PANGLIMA ADNAN untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima

Anugerah dimulakan dengan penyampaian PELAJAR TERBAIK

Dari kelas, 1/2/3/4/5/(ABU BAKAR / UMAR), dipersilakan…

Seterusnya, merupakan penerima untuk MATAPELAJARAN TERBAIK,

Bagi matapelajaran (TILAWAH AL-QURAN/BAHASA ARAB/JAWI/AKHLAK/SIRAH/ULUM SYARIAH)

Dijemput..

Ucapan terima kasih

Terima kasih diucapkan kepada PUAN SANIAH BT ABDUL SAMAD atas kesudian menyampaikan anugerah

Persembahan

Para hadiri sekalian, kita rehat sejenak dengan menonton persembahan seterusnya yang akan dipersembahakan oleh murid-murid PRA SEKOLAH

Page 8: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

8

Terimalah….

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid PRA SEKOLAH atas persembahan sebentar tadi.

Cabutan bertuah

Majlis sekali lagi memberi laluan kepada acara CABUTAN BERTUAH

Suka diingatkan, nombor cabutan yang bertuah akan dipaparkan di skrin dan penerima boleh mengambil hadiah di meja pendaftaran.

Dengan ini majlis menjemput PUAN HJH NORIZAN BT ZAINUDDIN, GURU PENOLONG KANAN HEM SK PANGLIMA ADNAN untuk menyampaikan hadiah kepada yang bertuah.

Terima kasih diucapkan kepada PUAN HJH NORIZAN BT ZAINUDDIN dan tahniah kepada penerima hadiah cabutan bertuah.

Matapelajaran terbaik

Melati kuntum cantik berhias,Tumbuh melata di tepi kali,Anugerah Cemerlang 2014 ,

Murid-murid bertuah kita hargai

Hadirin hadirat sekalian

Majlis diteruskan dengan penyampaian ANUGERAH MATAPELAJARAN TERBAIK

Oleh itu majlis sekali lagi mempersilakan EN MOHAMMAD JUSOP ADIPUTRA B SHARUDDIN, YDP PIBG SK PANGLIMA ADNAN bagi menyampaikan anugerah yang seterusnya.

Dipersilakan.

Penyampaian hadiah

Penyampaian seterusnya ialah penyampaian ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK BAGI SETIAP TAHAP

Page 9: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

9

Diumumkan penerima o ANUGERAH MATAPELAJARAN TERBAIK

UNTUK MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) / (PENULISAN) / BAHASA INGGERIS / MATEMATIK / SAINS / BAHASA ARAB / PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN MORAL / KAJIAN TEMPATAN / KEMAHIRAN HIDUP / PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN / SEJARAH /REKA BENTUK & TEKNOLOGI / TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Ucapan terima kasih

dan menjemput anugerah

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada EN MOHAMMAD JUSOP ADIPUTRA B SHARUDDINatas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. 

Anugerah khas

Kehadiran penuh

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan EN NOOR HANAN B MOHD NURUDDIN, NYDP PIBG SK PANGLIMA ADNAN bagi menyampaikan ANUGERAH KHAS KEHADIRAN PENUH 2014

Majlis mempersilakan

Ucapan terima kasih

dan menjemput anugerah

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada EN NOOR HANAN B MOHD NURUDDIN atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. 

Persembahan

Para hadiri sekalian, kita rehat sejenak dengan menonton persembahan rekoder yang akan dipersembahkan oleh murid-murid SK PANGLIMA ADNAN

Dipersilakan….

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid atas persembahan sebentar tadi

Page 10: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

10

Pasukan rekoder itu tadi telah dilatih sepenuhnya oleh Puan Siti Zubaidah dan Puan Mahani

Cabutan bertuah

Majlis sekali lagi memberi laluan kepada acara CABUTAN BERTUAH

Dengan ingin majlis menjemput PUAN NOR ASIKIN BT ABU OTHMAN, GURU PENOLONG KANAN PPKI SK PANGLIMA ADNAN untuk menyampaikan hadiah kepada yang bertuah.

Terima kasih diucapkan kepada PUAN NOR ASIKIN BT ABU OTHMAN dan tahniah kepada penerima hadiah cabutan bertuah.

Konvo Tahun 6

Para hadirin sekalian.. Kini tibalah acara yang dinantikan..

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid tahun 6.

Dengan ini, majlis mempersilakan YANG DIHORMATI, TUAN MOHAMAMD AZWAR IQBAL B TAHIR, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PORT DICKSON bagi menyempurnakan acara tersebut.

Dengan hormatnya dipersilakan.

Konvo Tahun 6

Diumumkan penerima SIJIL GRADUASI TAHUN 6… Dari kelas 6 INTEGRITI/PRODUKTIF/INTELEK/DINAMIK,

dijemput….

Ucapan terima kasih

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YANG DIHORMATI, TUAN MOHAMMAD AZWAR IQBAL B TAHIR atas kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi.

Anugerah khas

SARANA & SAHSIAH

Majlis sekali lagi mempersilakan PN SANIAH BT ABDUL SAMAD, GURU BESAR SK PANGLIMA ADNAN untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ANUGERAH KHAS SARANA IBU BAPA, ANUGERAH

Page 11: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

11

TOKOH NILAM DAN ANUGERAH SAHSIAH CEMERLANG 2014

Dipersilakan dengan hormatnya.

Nama Diumumkan nama-nama penerima ANUGERAH KHAS SARANA IBUBAPA 2104

o Mempersilakan ………………. (2x)

(baca biodata) Diumumkan penerima ANUGERAH TOKOH NILAM 2014

Seterusnya, diumumkan nama-nama penerima ANUGERAH SAHSIAH CEMERLANG 2014

o Dijemput …………. dari kelas …………………

Terima kasih Terima kasih atas kesudian puan memyampaikan anugerah

Tokoh koko & murid

Kini tibahlah kita ke acara kemuncak

Majlis sekali lagi mempersilakan YANG DIHORMATI, TUAN MOHAMAMD AZWAR IQBAL B TAHIR, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PORT DICKSON bagi menyempurnakan acara kemuncak iaitu penyampaian ANUGERAH KOKURIKULUM, ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM dan TOKOH MURID 2014.

Dipersilakan dengan hormatnya.

Penyampaian hadiah

ANUGERAH KOKURIKULUM (baca biodata)

Dengan ini, majlis menjemput…………………………………. Untuk menerima ANUGERAH KOKURIKULUM 2014

ANUGERAH KHAS KOKURKULUM (baca biodata)

Page 12: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

12

Dengan ini majlis mempersilakan …………………………………….untuk menerima ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM 2014.

Sekalung tahniah diucapkan.

TOKOH MURID Seterusnya kita beralih kepada ANUGERAH TOKOH

MURID 2014 Untuk maklumat hadirin sekalian, 3 calon tokoh murid

telah terpilih. Pemilihan tersebut dibuat dengan teliti oleh panel pemilihan tokoh murid yang terdiri daripada PIHAK PENTADBIR, BARISAN GURU CEMERLANG, GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, GURU DISIPLIN, DAN GURU PENYELARAS TAHUN 6.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan berberapa aspek iaitu pencapaian AKADEMIK, KOKURIKULUM, DAN SAHSIAH.

Calon-calonnya adalah…….

Para hadiri sekalian, 3 orang murid telah dicalonkan tetapi hanya seorang

sahaja yang layak merangkul anugerah tokoh murid 2014.

** **** BACA BIODATA ******

Tahniah diucapkan kepada TOKOH MURID 2014

Ucapan terima kasih

dan penyampaian cenderahati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada TUAN MOHAMMAD AZWAR IQBAL B TAHIR atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. 

Oleh itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan EN MOHAMMAD JUSOP ADIPUTRA B SHARUDDIN, YANG DIPERTUA PIBG untuk menyampaikan cenderamata kepada YANG DIHORMATI, TUAN MOHAMMAD AZWAR IQBAL B TAHIR

Page 13: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

13

Majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada para tetamu jemputan dan EN MOHAMMAD JUSOP ADIPUTRA B SHARUDDIN

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

Persembahan khas tahun

6

Majlis ingin menjemput semua murid-murid tahun 6 naik ke atas pentas untuk mempersembahkan dua buah lagu khas untuk warga pendidik SK Panglima Adnan

Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 6. Tahniah kerana telah berjaya menamatkan pendidikan rendah. Semoga berjaya menempuh alam persekolahan peringkat menengah.

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Banyak keluk ke penarik,Keluk tumbuh pohon kuini;

Nan elok bawalah balik,Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;

Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa MAJLIS HARI GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG, SK PANGLIMA ADNAN BAGI TAHUN 2014, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Page 14: Teks Juruacara Majlis Graduasi SKPA 2014

14

Mengumumkan, perarakan keluar TETAMU KEHORMAT meninggalkan majlis untuk majlis jamuan. Turut dijemput, para tetamu, ibubapa, guru serta murid-murid.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh