teks juruacara

3
TEKS JURUACARA BENGKEL KERJA PENGURUSAN RISIKO AKTIVITI LUAR IPDA 2015 Ketibaan tetamu jemputan Mengumumkan ketibaan yang berusaha Tuan Haji Hashim Asman Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Tuan……………………………………JPAM dan BOMBA beserta ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit. Hadirin mohon berdiri –Nyanyian Lagu Negaraku –Nyanyian Lagu Negeri Kedah Hadirin dipersilakan duduk Ke Pekan Kuala membeli bingka, Burung merbah di pohon cemara, Majlis bermula tirai dibuka, Salam sejahtera pembuka bicara. Selamat petang dan salam sejahtera Selamat datang ke Bengkel Kerja Pengurusan Risiko Aktiviti Luar. Buat pengetahuan hadirin sekalian, bengkel ini julung kali diadakan dengan mengabungkan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pihak Pentadbiran IPG IPDA, JPAM, BOMBA dan penyelamatan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas kehadiran yang berusaha Tuan Haji Hashim Asman, Timbalan Pengarah IPDA dan Tuan……………………………… JPAM dan BOMBA kerana sudi memeriahkan bengkel pada petang ini. Kalau pergi Tanjung keramat, Anak manis jangan diangkat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bagi menambah keberkatan bengkel kita pada petang ini, dijemput yang berbahagia Ustaz Mohamad Fitri Hafizan untuk membaca doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Upload: alvin-wong

Post on 21-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hui

TRANSCRIPT

TEKS JURUACARA BENGKEL KERJA PENGURUSAN RISIKO AKTIVITI LUAR IPDA 2015

Ketibaan tetamu jemputanMengumumkan ketibaan yang berusaha Tuan Haji Hashim Asman Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, TuanJPAM dan BOMBA beserta ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit.Hadirin mohon berdiri Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negeri KedahHadirin dipersilakan dudukKe Pekan Kuala membeli bingka,Burung merbah di pohon cemara,Majlis bermula tirai dibuka,Salam sejahtera pembuka bicara.Selamat petang dan salam sejahteraSelamat datang ke Bengkel Kerja Pengurusan Risiko Aktiviti Luar. Buat pengetahuan hadirin sekalian, bengkel ini julung kali diadakan dengan mengabungkan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pihak Pentadbiran IPG IPDA, JPAM, BOMBA dan penyelamatan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas kehadiran yang berusaha Tuan Haji Hashim Asman, Timbalan Pengarah IPDA dan Tuan JPAM dan BOMBA kerana sudi memeriahkan bengkel pada petang ini.Kalau pergi Tanjung keramat,Anak manis jangan diangkat,Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.Bagi menambah keberkatan bengkel kita pada petang ini, dijemput yang berbahagia Ustaz Mohamad Fitri Hafizan untuk membaca doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.----------------bacaan doa-------------------Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Mohamad Fitri Hafizan atas bacaan doa itu tadi.Hadirin yang dihormati,Majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Tuan Haji Hashim Asman, Timbalan pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.--------------------ucapan timbalan pengarah-------------------Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Tuan Haji Hashim Asman, Timbalan Pengarah IPDA atas ucaapan sebentar tadi.Sidang hadirin yang dihormati,Kini tibalah masanya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuanuntuk menyampaikan ceramah pada hari ini. Dipersilakan.--------------------penyampaian ceramah-------------------Hadiran sekalian Demikianlah tadi satu ceramah yang amat berguna untuk pengetahuan kita semua. Terima kasih diucapkan kepada penceramah Tuan..atas ceramah dan penerangan yang penuh lengkap kepada kita. Semoga kita semua telah mendapat ikhtibar dan menambahkan ilmu daripada ceramah itu tadi.Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata. Dengan ini, majlis menjemput yang berusaha Tuan Haji Hashim Asman, Timbalan Pengarah IPDA naik ke atas pentas bagi menyampaikan cenderamata kepada penceramah .... Majlis mempersilakan.Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput yang berbahagian Tuan.. naik ke pentas bagi menerima cenderamata penghargaan daripada pihak pengurusan IPG Kampus Darulaman.Dengan berakhirnya sesi upacara penyampaian cenderamata, maka berakhirlah ceramah pengurusan risiko luar. Sekali lagi, majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan program ini.Seterusnya, semua hadirin diminta bergerak ke kawasan lapang yang berhampiri geraj bas untuk sesi amali dan demonstrasi memadam kebakaran.Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pengendalian program pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa, dengan rendah hati memohon ribuan ampun dan maaf. Mengumumkan keberangkatan keluar dewan yang berusaha Tuan Haji Hashim Asman, Timbalan Pengarah IPDA penceramah jemputan diiringi ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit ke kawasan aktiviti. Hadirin diminta berdiri.