teks ceramah sosial bertajuk vandalisme yang berleluasa di kalangan remaja

Upload: mohamad-faris

Post on 03-Jun-2018

735 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Teks Ceramah Sosial Bertajuk Vandalisme Yang Berleluasa Di Kalangan Remaja

    1/5

  • 8/12/2019 Teks Ceramah Sosial Bertajuk Vandalisme Yang Berleluasa Di Kalangan Remaja

    2/5

    sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku

    remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.

    Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam

    kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai

    idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

    Ibu bapa juga antara faktor pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan

    remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-

    buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had

    kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada

    keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut

    kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan

    berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan

    yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak

    dalam gejala negatif ini.

    Hadirin yang dikasihi,

    Media massa juga mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar

    sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau

    rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme

    boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah

    meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi

    tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

  • 8/12/2019 Teks Ceramah Sosial Bertajuk Vandalisme Yang Berleluasa Di Kalangan Remaja

    3/5

    Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang

    akhirnya akan melahirkan produk yang pincang. Sikap sesetengah masyarakat kini

    yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial

    sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah

    vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan

    harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di

    bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli

    terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan

    diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa

    tanggungjawab terhadap harta benda awam.

    Hadirin yang dihormati,

    Langkah-langkah bagi mengurangkan vandalisme ini harus diambil dan

    dilaksanakan Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh

    pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Undang-Undang Kecil

    Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh

    didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit

    kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah

    vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan

    menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat

    awam seperti pusat membeli-belah) Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah

    agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

    Ibu bapa juga berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang

    falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada

    anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta

  • 8/12/2019 Teks Ceramah Sosial Bertajuk Vandalisme Yang Berleluasa Di Kalangan Remaja

    4/5

    sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini

    maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi

    dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan

    di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat

    dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

    Hadirin sekalian,

    Setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan mereka dengan bersikap

    prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan

    yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling

    mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan

    mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan

    kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat

    dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda

    perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta

    benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah

    mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran

    seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan

    tanggungjawab

    Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media

    massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa

    memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran dan

    menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar

    atau yang terdapat dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu

  • 8/12/2019 Teks Ceramah Sosial Bertajuk Vandalisme Yang Berleluasa Di Kalangan Remaja

    5/5