teks berita sukan

2
BERITA SUKAN KEJOHANAN BADMINTON SIRI SUPER TERBUKA JEPUN Pemain badminton sensasi negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya menundukkan seteru utama dari China, Lin Dan pada final kelmarin dalam pertarungan rubber set, 22-20, 16-21, 21-17. Kejayaan Lee Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan gagal diiringi oleh satu lagi finalis, pasangan beregu emas negara, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong yang tewas kepada beregu China, Fu Haifeng-Can Yun 21-18, 14-21, 12-21. Kekalahan ini bermakna mereka juga gagal menebus kehampaan pada Kejohanan Dunia pada bulan lepas kepada lawan sama. PIALA MALAYSIA Semalam telah berlangsung perlawanan ulangan antara Pahang dan Kuala Lumpur yang berkesudahan Pahang menewaskan Kuala Lumpur 5-2. Gol- gol Pahang hadir menerusi jaringan Fazli Baharudin pada minit ke-30, Azamuddin Akil pada minit ke-45 untuk mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Separuh kedua bertambah rancak apabila Pahang terus menambah jaringan gol menerusi R. Karthigesu pada minit ke-64. Kuala Lumpur cuba bangkit melalui dua jaringan gol menerusi Badrul Hisyam Azmi pada minit ke-60 dan Ahmad Hazwan Bakri seminit kemudian. Bagaimanapun kebangkitan Kuala Lumpur dipatahkan menerusi jaringan sepakan percuma Saiful Nizam Miswan pada minit ke-70. Famirul Asraf Sayuti melengkapkan malam gemilang Pahang dengan jaringan kelima pada minit ke-85. Kegembiraan jelas terpancar di wajah pengurus Pahang, Dollah Salleh apabila anak buahnya berjaya mendapat tiga mata penuh. Kita ikuti temuramah antara pengurus Pahang dengan rakan setugas saya, Nazmi Azeri. Silakan. BERITA SUKAN LUAR NEGARA Persembahan penyerang sensasi Manchester United ketika membantu kelabnya menewaskan Chelsea dalam final Piala FA kelmarin terus mendapat pujian. Terbaru, pengurus Chelsea Carlo Ancellotti memuji jaringan hatrik pemain Manchester United yang juga penyerang utama England itu. Menurut beliau lagi, penyerang tersebut mempunyai masa depan yang cerah dan juga merupakan nadi kepada pasukannya bagi

Upload: sherlizamt

Post on 02-Sep-2015

2.172 views

Category:

Documents


87 download

DESCRIPTION

g vghbhj b

TRANSCRIPT

BERITA SUKANKEJOHANAN BADMINTON SIRI SUPER TERBUKA JEPUNPemain badminton sensasi negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya menundukkan seteru utama dari China, Lin Dan pada final kelmarin dalam pertarungan rubber set, 22-20, 16-21, 21-17. Kejayaan Lee Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan gagal diiringi oleh satu lagi finalis, pasangan beregu emas negara, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong yang tewas kepada beregu China, Fu Haifeng-Can Yun 21-18, 14-21, 12-21. Kekalahan ini bermakna mereka juga gagal menebus kehampaan pada Kejohanan Dunia pada bulan lepas kepada lawan sama.PIALA MALAYSIASemalam telah berlangsung perlawanan ulangan antara Pahang dan Kuala Lumpur yang berkesudahan Pahang menewaskan Kuala Lumpur 5-2. Gol-gol Pahang hadir menerusi jaringan Fazli Baharudin pada minit ke-30, Azamuddin Akil pada minit ke-45 untuk mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Separuh kedua bertambah rancak apabila Pahang terus menambah jaringan gol menerusi R. Karthigesu pada minit ke-64. Kuala Lumpur cuba bangkit melalui dua jaringan gol menerusi Badrul Hisyam Azmi pada minit ke-60 dan Ahmad Hazwan Bakri seminit kemudian. Bagaimanapun kebangkitan Kuala Lumpur dipatahkan menerusi jaringan sepakan percuma Saiful Nizam Miswan pada minit ke-70. Famirul Asraf Sayuti melengkapkan malam gemilang Pahang dengan jaringan kelima pada minit ke-85. Kegembiraan jelas terpancar di wajah pengurus Pahang, Dollah Salleh apabila anak buahnya berjaya mendapat tiga mata penuh. Kita ikuti temuramah antara pengurus Pahang dengan rakan setugas saya, Nazmi Azeri. Silakan.BERITA SUKAN LUAR NEGARAPersembahan penyerang sensasi Manchester United ketika membantu kelabnya menewaskan Chelsea dalam final Piala FA kelmarin terus mendapat pujian. Terbaru, pengurus Chelsea Carlo Ancellotti memuji jaringan hatrik pemain Manchester United yang juga penyerang utama England itu. Menurut beliau lagi, penyerang tersebut mempunyai masa depan yang cerah dan juga merupakan nadi kepada pasukannya bagi menghalang Chelsea mempertahankan kejuaraan liga buat dua tahun berturut-turut.